Malaysia kini menjadi destinasi kedua paling popular di Asia Tenggara bagi pembeli hartanah dari China, naik dari tempat ketiga pada tahun 2022, menurut laporan terbaru dari Juwai IQI. Manakala, Thailand masih kekal di kedudukan teratas.
Antara kawasan utama yang menjadi tumpuan pelabur dari China di Kuala Lumpur adalah Central Business District (CBD) dan kawasan kejiranan eksklusif seperti Bukit Damansara, Bangsar, dan Kenny Hills.
Kawasan-kawasan ini terkenal dengan aksesibiliti yang baik dan persekitaran yang hijau, menjadikannya pilihan utama bagi pelabur luar yang mencari nilai dan kemewahan di pasaran hartanah Malaysia.
Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, mendedahkan bahawa mereka menerima ribuan permintaan dari calon pembeli asing. Sejurus dengan itu, peningkatan ini menyumbang kepada pertambahan pembelian rumah oleh pembeli China yang kini merupakan segmen terbesar pembeli asing di Malaysia.
Pada suku pertama tahun 2024, jumlah pertanyaan daripada pembeli dari China meningkat sebanyak 42% berbanding suku sebelumnya. Peningkatan ini telah membawa kepada kenaikan yang setara dalam jumlah pembeli yang telah membuat pembelian hartanah di Malaysia.
Pembeli dari China kini mewakili segmen terbesar pembeli asing di Malaysia, dengan minat yang khusus terhadap hartanah tanah dan apartmen bertingkat, terutamanya di kawasan Kuala Lumpur dan Johor. Harga hartanah yang diminati oleh mereka kebiasaannya mencecah sehingga RM2 juta.
Kashif Ansari
Peningkatan jumlah pelajar dari China di institusi pendidikan tinggi Malaysia, yang meningkat sebanyak 35% kepada 44,043 pelajar pada tahun 2023, juga telah menjadi faktor utama yang mendorong permintaan terhadap hartanah.
Kashif turut menjelaskan bahawa pelajar juga akan menjadi pendorong utama permintaan perumahan di Malaysia. Keluarga pelajar ini cenderung memilih untuk membeli rumah di Malaysia, menjadikannya pilihan yang lebih mudah dan selesa untuk tempat tinggal semasa tempoh pengajian.
Juwai IQI telah dipaparkan dalam The Malaysian Insight, The Vocket dan ID Investing.
Juwai IQI merupakan syarikat hartanah global terkemuka yang diakui kerana kepakarannya dalam menyediakan analisis mendalam dan komprehensif mengenai pasaran hartanah, baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa.
Klik di bawah untuk mendapatkan lebih banyak maklumat pakar mengenai hartanah dari blog kami!