Versi: EN
Kandungan artikel ini disumbangkan oleh Mohd Saiful, seorang pakar hartanah berpengalaman di IQI yang mengkhususkan dalam hartanah di kawasan Pahang.
Pahang, permata tersembunyi yang juga merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia, terkenal dengan kekayaan alam semula jadinya seperti hutan hujan tropika, pantai-pantai yang menawan dan destinasi sejuk seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands.
Dengan semakin banyak pembangunan baharu dan projek perumahan di kawasan pelancongan dan bandar seperti Kuantan, Pahang semakin mendapat perhatian sebagai tempat pelaburan hartanah yang berpotensi.
Negeri ini bukan sahaja sesuai untuk mereka yang ingin berehat dari kesibukan bandar, tetapi juga menarik minat pelabur yang mencari pulangan tinggi dalam pasaran hartanah.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pahang?
- 1. Bagaimana Pasaran Hartanah Semasa di Pahang?
- 2. Apakah Trend Perumahan di Pahang?
- 3. Apa Keistimewaan Hartanah di Pahang Yang Menjadi Daya Tarik Pelabur dan Pembeli?
- 4. Kenapa Pahang Dianggap Tempat Yang Baik untuk Didiami?
- 5. Apakah Kelebihan Utama Pahang?
- 6. Di Manakah ‘Hotspot’ Utama?
- 7. Bagaimana Potensi Pelaburan di Pahang Sekarang?
- 8. Kawasan Mana Berpotensi Baik Untuk Pelaburan Hartanah di Pahang?
- 9. Apakah Perbezaan Antara Projek Baharu dan Subsale?
- 10. Apakah Perubahan yang Diperlukan Untuk Menarik Minat Pelabur?
- 11. Apakah Nasihat Penting untuk Mereka Yang Ingin Melabur Hartanah di Pahang?
1. Bagaimana Pasaran Hartanah Semasa di Pahang?
Di Kuantan, permintaan terhadap perumahan untuk didiami sendiri semakin meningkat, terutamanya di kawasan bandar. Projek perumahan baru dan pembangunan bercampur masih giat dijalankan.
Kawasan pelancongan seperti Cameron Highlands, Genting Highlands dan Pantai Cherating juga memberi impak besar kepada pasaran hartanah di Pahang. Lokasi-lokasi ini sering menjadi tumpuan pelancong, menjadikannya pilihan popular untuk pelaburan hartanah yang berpotensi mendatangkan keuntungan.
Dengan pembangunan infrastruktur seperti ECRL dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT2), harga hartanah di kawasan terlibat, seperti Bandar Baru KotaSAS di Kuantan, turut melonjak. Pasaran rumah mampu milik juga terus mendapat permintaan tinggi, terutamanya dari golongan B40 melalui projek Priya dan Pr1ma.
Mohd Saiful
Pemaju swasta seperti Lagenda Properties turut menawarkan rumah pada harga yang lebih mampu milik, membuka lebih banyak peluang kepada pembeli dan pelabur.
2. Apakah Trend Perumahan di Pahang?
Jenis rumah seperti teres setingkat dan dua tingkat mendapat permintaan tinggi!
Bagi rumah landed, kategori seperti teres, semi-D dan pembangunan township seperti di KotaSAS, Kuantan, menjadi pilihan utama. Selain itu, projek hijau dan berkonsepkan eco-living seperti Aman Plus di Tas dan Marina di Tanjung Lumpur juga semakin popular.
Walaupun rumah bertingkat tinggi (high-rise) masih kurang popular di Pahang, tahun 2024 menyaksikan beberapa projek high-rise sedang dibangunkan, termasuk projek EXSIM di Tanjung Lumpur, Kuantan. Mungkin ini petanda perubahan dalam trend pasaran hartanah di masa hadapan?
Mohd Saiful
3. Apa Keistimewaan Hartanah di Pahang Yang Menjadi Daya Tarik Pelabur dan Pembeli?
Menurut Saiful, mereka melihat hartanah sebagai peluang menjana pendapatan pasif yang mudah dipantau dan diurus —Bagi pelabur luar pula, harga hartanah di Pahang jauh lebih mampu milik berbanding KL, Selangor, atau Penang!
Dengan ROI (pulangan pelaburan) antara 7% hingga 14% setahun, terutama di kawasan seperti Kuantan, Pahang menawarkan pulangan yang lumayan. Di samping itu, dengan pembangunan besar seperti ECRL yang dijangka siap pada 2027 dan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan, potensi pertumbuhan di Pahang semakin tinggi.
Tambahan pula, Pahang telah dinobatkan sebagai destinasi pelancongan terbaik 2024, lagilah ramai yang tertarik dan teruja untuk melabur di sini.
4. Kenapa Pahang Dianggap Tempat Yang Baik untuk Didiami?
Jawapannya ringkas —kecantikan semula jadi.
Mungkin anda dah tahu tentang lokasi kediaman menarik di Pahang seperti Kuantan, Cameron Highlands dan Genting Highlands, yang menjadikannya pilihan pelaburan yang baik.
Selain daripada projek pembangunan besar seperti LPT2 dan ECRL, Pahang juga menyimpan khazanah alam semula jadi seperti ladang, hutan dan Sungai Pahang (sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia) – syurga buat pencinta alam.
Jangan lupa juga pantai yang menawan di Kuantan, Pekan dan Rompin! Kos sara hidup di sini pun seimbang – tak terlalu tinggi, tak terlalu rendah~
5. Apakah Kelebihan Utama Pahang?
Dua perkataan: Lokasi Strategiknya.
1. Geografi
Terletak di tengah-tengah antara wilayah tengah Malaysia seperti KL dan Selangor serta Pantai Timur, Pahang menjadi hab persinggahan utama. Ini menjadikan hujung minggu di Pahang sangat istimewa, dengan ramai pengunjung dari Terengganu dan Kelantan datang pada hari Jumaat dan Sabtu, manakala pelancong dari negeri-negeri lain pula memenuhi Pahang pada Sabtu dan Ahad.
2. Ekonomi
Dari segi pembangunan ekonomi, kerajaan Pahang sendiri mempunyai organisasi ‘Invest Pahang’ yang menyokong perkhidmatan, insentif dan kerjasama antara agensi kerajaan, rakan perniagaan serta stakeholders. Selain itu, Pahang juga sebahagian daripada ECER (East Coast Economic Region), yang bertujuan untuk memacu pertumbuhan ekonomi di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
6. Di Manakah ‘Hotspot’ Utama?
Kuantan, ibu negeri yang selalu happening! Dikenali sebagai ‘Bandar Event,’ kadang-kadang sampai 10-11 event seminggu so memang meriah. Dari pentadbiran hingga pelancongan, bandar ni tak pernah tidur, sentiasa jadi pusat aktiviti ekonomi dan sosial yang sibuk.
Mohd Saiful
Selain Kuantan, Cameron Highlands juga adalah destinasi pelancongan yang popular, kata Saiful. Genting Highlands pula menjadi tumpuan pelancong dengan taman temanya, termasuk Fox Studios.
Pekan, bandar diraja Pahang, terkenal dengan sejarah dan budaya diraja, manakala Temerloh pula popular dengan ikan patin serta industri peladangan. Raub dikenali dengan ladang durian Musang King, salah satu durian terbaik dunia dan Jerantut menawarkan keindahan Taman Negara —hutan hujan tertua di dunia.
7. Bagaimana Potensi Pelaburan di Pahang Sekarang?
Hartanah
Pahang menawarkan peluang pelaburan hartanah yang menarik, terutama dalam kondo tepi laut seperti projek Sea Crestz, di mana pelabur boleh menjana pendapatan melalui Airbnb. Selain itu, kawasan pelancongan seperti Cameron Highlands, Genting Highlands, dan Pantai Sepat juga menjadi tarikan utama.
Pertanian
Sektor pertanian juga menjadi pilihan yang popular, seperti pelaburan dalam tanah untuk sawit, durian dan nanas. Di kawasan industri Gebeng, pelabur boleh melabur dalam kilang atau gudang, kerana kawasan ini sedang berkembang.
Komersial
Peluang pelaburan komersial di Pahang juga terbuka luas, termasuk lot kedai yang boleh dijadikan taska atau institusi pendidikan.
8. Kawasan Mana Berpotensi Baik Untuk Pelaburan Hartanah di Pahang?
Kuantan, Genting Highlands dan Cameron Highlands terus menjadi kawasan utama untuk pelaburan hartanah, pelancongan dan hiburan. Selain itu, Temerloh juga melihat peningkatan dalam pembelian hartanah kediaman.
Jengka, dengan penempatan Felda terbesar di Semenanjung, turut menjadi kawasan yang menarik untuk pembangunan perumahan.
Kami mempunyai 7 stesen ECRL di Pahang: Cherating, Gebeng, Kotasas, Gambang, Maran, Temerloh, dan Bentong. Stesen-stesen ini adalah lokasi yang sangat strategik untuk pelaburan kerana ramai yang mungkin akan menyewa di kawasan berdekatan
Mohd Saiful
9. Apakah Perbezaan Antara Projek Baharu dan Subsale?
1. Projek
Projek yang fokus kepada sektor kediaman dan komersial menawarkan pilihan lebih mampu milik, sesuai buat mereka dengan bajet sederhana. Rekaan moden yang mengikut trend terkini turut menjadi tarikan utama.
2. Subsale
Sebaliknya, permintaan untuk hartanah sub-sale agak rendah berbanding projek baru. Namun, sub-sale adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mempunyai kewangan yang kukuh kerana hartanah ini sering ditawarkan pada harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran.
10. Apakah Perubahan yang Diperlukan Untuk Menarik Minat Pelabur?
Saya rasa penambahbaikan infrastruktur utiliti seperti bekalan air, elektrik dan internet perlu dilakukan. Beberapa kawasan masih mengalami gangguan yang mengganggu aktiviti harian, terutama di kawasan luar bandar.
Mohd Saiful
Menurut Saiful, kemudahan seperti pusat rekreasi dan pusat komuniti kat Pahang pun masih kurang. Ramai yang menantikan perumahan gated & guarded dengan harga lebih mesra poket, terutamanya dari segi keselamatan.
Rumah mampu milik berharga bawah RM200,000 juga amat diperlukan bagi golongan berpendapatan rendah, tetapi pilihan masih terhad. Festival hartanah boleh membantu meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai tentang peluang pelaburan dan prosedur pembelian rumah.
Mohd Saiful
11. Apakah Nasihat Penting untuk Mereka Yang Ingin Melabur Hartanah di Pahang?
Pertama, buat penyelidikan pasaran terlebih dahulu, termasuk perkembangan masa depan kawasan. Jangan hanya fokus pada harga murah —periksa juga nilai dan potensi kawasan tersebut.
Kedua, semak kelayakan pinjaman, sama ada melalui bank atau LPPSA. Pastikan anda mengutamakan value over price —hanya kerana harganya rendah tidak bermaksud ia pilihan terbaik, terutama jika lokasinya jauh dan kemudahan awamnya terhad.
Ketiga, perhatikan ROI (Return on Investment). Di Pahang, ROI yang baik biasanya sekitar 7%-15%. Jika ROI terlalu rendah, kurang dari 5%, mungkin pelaburan tersebut tidak sesuai untuk jangka panjang.
Akhir sekali, dah tentunya dapatkan REN berdaftar atau ejen yang boleh dipercayai seperti ejen dari IQI, salah satu agensi hartanah terbesar di Malaysia.
Berpusat di Kuantan, Pahang, Mohd Saiful merupakan seorang Team Leader yang dinamik dan Top Project & Buddy Manager di IQI iRealty Group. Komitmen dan ketekunan beliau dalam industri hartanah tidak hanya memberikannya penghargaan, tetapi juga menjadikan beliau antara peneraju utama dalam projek hartanah. Anugerah ‘Top 10 Project Performer HI 2024’ adalah salah satu daripada pencapaian terbarunya yang membuktikan dedikasinya.
Untuk terus mendapatkan perkembangan hartanah dan pelbagai info menarik, ikuti laman sosial Saiful Property dan Kuantan Daily News di Facebook.
Anda telah menemui faktor utama yang menjadikan Pahang sebagai peluang pelaburan hartanah yang utama! Dengan pemandangan yang menakjubkan dan pembangunan bandar yang pesat, sekarang adalah masa yang terbaik untuk anda berhubung dengan pakar kami dan meneroka pilihan pembelian hartanah.
Baca Selanjutnya:
1. 5 Cara Berunding Dengan Owner Rumah Sebelum Anda Beli Rumah