Bila dah masuk hujung tahun ni, pasti ramai di antara anda yang sibuk merancang nak membawa keluarga menikmati aktiviti luar jauh dari kesibukan kota kan? Ha, salah satu daripadanya adalah dengan pergi berkhemah.
Tapi, macam susah je dengan keributan dan kepayahan untuk mendirikan khemah. Kena memasak dan hidupkan unggun api sendiri lagi, memang agak memenatkan. Apatah lagi kalau nak bawa anak-anak yang masih kecil dan ahli keluarga yang sudah tua ikut sekali.
Jika anda masih inginkan suasana perkhemahan bersama alam semula jadi secara olok-olok, maka Glamping adalah pilihan terbaik buat anda! Anda akan tetap dekat dan menikmati alam semula jadi tanpa perlu mengorbankan keselesaan dan ketenangan fikiran.
1. Tadom Hill Resorts |
Anda tahu tak, sebenarnya terdapat banyak tempat sesuai buat seisi keluarga untuk pergi glamping di Malaysia? Jika anda mencari tempat glamping di Selangor, kami menyediakan senarai lokasi glamping yang menarik untuk anda di sini. Jadi teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut!
Sebelum tu, Apa Itu Glamping?
Glamping adalah singkatan istilah hasil gabungan ‘glamourous’ dan ‘camping’. Tepat seperti namanya, Glamping adalah berkhemah dengan penuh gaya.
Ia merupakan satu peningkatan daripada perkhemahan tradisional dan selalunya melibatkan tinggal di penginapan kecil yang serba lengkap seperti homestay, chalet atau khemah kanopi moden. Glamping memberikan keseimbangan sempurna antara penerokaan alam semula jadi dan penginapan yang selesa. Keperluan dan kemudahan semua telah disediakan, bermakna anda tak perlu risau tentang peralatan mandian, bilik air dan tempat tidur.
Di Malaysia, kemudahan penginapan glamping mungkin berbeza. Sesetengah mungkin lengkap dengan Wi-Fi dan perkhidmatan pembersihan harian, manakala yang lain mungkin tidak. Semestinya, glamping mungkin tak seasli perkhemahan biasa, tetapi glamping pastinya kurang tekanan dan lebih selesa!
Mari Rehatkan Diri Dan Minda Anda Di Lokasi Glamping Ini!
1. Tadom Hill Resorts
Kredit Foto: Facebook Tadom Hill Resorts
Selalunya agak susah nak cari penginapan yang berinspirasikan buluh seperti di Tadom Hill Resorts ni. Terletak secara eksklusif di rizab alam semula jadi Banting sendiri, Tadom Hill Resorts terletak dalam jarak 45 minit pemanduan dari Kuala Lumpur dan 15 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Jaraknya yang agak dekat ini sesuai sangat untuk menjadi tempat glamping buat anda sekeluarga!
Di Tadom, anda boleh memilih aktiviti yang pelbagai bagi meluangkan masa anda dengan bebas. Lengkap dengan pelbagai aktiviti darat dan air, anda boleh memilih untuk menjadi pengembara, menjadi aktif dan berehat apabila anda mahu, atau menghabiskan semua masa anda hanya untuk bersantai.
Kredit Foto: Facebook Tadom Hill Resorts
Sama ada tingkatkan adrenalin anda untuk menyelam ke Tasik Emerald Tadom, duduk di gazebo buatan buluh sambil menikmati pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan, senarai berterusan. Lebih penting lagi, Tadom Hill Resorts menawarkan sesuatu untuk semua orang.
Kredit Foto: Facebook Tadom Hill Resorts
Jenis penginapan |
|
Kemudahan |
|
Aktiviti yang disediakan |
|
Kadar |
|
Alamat: Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Hubungi: 012 – 5225728 / 012 – 5225908 / 012 – 5225883
E-mel: reservation@tadomhillresorts.com
Laman web | Facebook | Instagram
2. River & Glamp.
Kredit Foto: Facebook River & Glamp.
Terletak di Sungai Buloh, selami keindahan alam semula jadi di River & Glamp! Glamping resort alam semula jadi milik muslim di Selangor ini adalah tempat percutian yang sempurna dari kehidupan bandar, dan mempunyai banyak jenis penginapan yang disediakan. Bermula dari chalet ke pondok tepi sungai. Ambil peluang ini untuk bersiar-siar di hutan simpan ini tanpa perlu korbankan keselesaan moden anda dengan bermalam di khemah glamping yang serba baharu di resort!
Kredit Foto: Facebook River & Glamp.
Sesuai untuk lima tetamu, setiap khemah glamping mempunyai lima tilam, kipas mudah alih dan penghawa dingin, linen segar, dan akses ke bilik mandi berdekatan. Bukan itu sahaja, kutleri, gril barbeku dan uncang minuman segera juga disediakan jika anda lapar. Bukan itu sahaja, pihak resort juga sediakan sarapan pagi dan makan malam dengan hanya caj RM25 seorang.
Kredit Foto: Facebook River & Glamp.
Jenis penginapan |
|
Kemudahan |
|
Kadar |
|
Alamat: Nur Laman Bestari, Jalan Ulu Yam Bharu, Ulu Yam, Selangor
Batu Caves Selangor, 68100
E-mel: riverandglamp@gmail.com
Hubungi: +60 17-402 3966
Laman web | Facebook | Instagram
3. The Sticks
Kredit Foto: Laman Web The Sticks
Matlamat utama di The Sticks adalah nak kurangkan beban, kurangkan penggunaan elektronik dan buat anda relaks! Rumah penginapan mesra alam ini menjanjikan rumah hutan untuk anda berehat dan bersantai sepenuhnya. Penginapan mereka dipanggil tendok, persilangan antara khemah dan pondok, bertujuan untuk menyediakan tempat percutian kembali ke alam semula jadi. Jangan risau, tendok masih menjadikan tempat tinggal yang selesa, indah dan tenang!
Kredit Foto: Laman Web The Sticks
Selain itu, makan malam dan sarapan pagi disertakan sebagai sebahagian daripada kadar harga bilik. Tambahan, anda pun boleh tambah RM25 lagi seorang untuk mendapatkan hidangan penuh termasuk makan tengah hari dan minum petang. Namun, anda dinasihatkan supaya tidak bawa makanan luar! Jadi jangan risau tentang makanan, dan anda mempunyai lebih banyak masa untuk berjemur di persekitaran yang indah, bermandi-manda di sungai dan main buaian atau hammock!
Kredit Foto: Laman Web The Sticks
Jenis penginapan | Tendok (persilangan antara khemah dan pondok) |
Kemudahan |
|
Kadar |
|
Nota: The Sticks menyediakan hidangan lazat yang dimasak sepenuhnya dengan bahan-bahan halal. Tapi, sila ambil perhatian bahawa minuman beralkohol juga turut tersedia untuk dijual di ruang makan (dikenali sebagai Dewan). Kami mengesyorkan anda makan mengikut budi bicara anda sendiri.
Alamat: Lot 213, Jalan KKB – Bukit Frasers, Kuala Kubu Bharu, 44000 Selangor
E-mel: bookings@thesticks.my
Laman Web | Facebook | Instagram
4. MoonKissed By the River
Kredit Foto: Facebook Moonkissed By The River
Cahaya bulan yang menenangkan pada waktu malam, bunyi air sungai yang menenangkan dan angin sepoi-sepoi menjadikan pengalaman glamping yang sempurna. Dapatkan ciuman bulan di tepi sungai, seperti namanya MoonKissed By the River!
Lokasi Glamping ini amat sesuai untuk pencinta alam di luar sana! Terletak di Hulu Langat, MoonKissed By the River terkenal dengan tapak glamping yang mesra keluarga sesuai untuk kumpulan besar Hari Keluarga (Family Day), santai bersama teman rapat dan melakukan aktiviti alam. Di samping itu, nikmati juga aktiviti BBQ dan perkhemahan di tepi Sungai Semungkis bersama keluarga dan rakan-rakan.
Kredit Foto: Facebook Moonkissed By The River
Di sini, anda akan menemui khemah glamping yang dihias dengan baik untuk keselesaan glamper. Beberapa tempat unggun api terletak di kawasan tapak supaya anda boleh menikmati malam yang hangat dan menenangkan. Jangan lupa untuk membawa pakaian renang dan pelampung anda untuk menyelam ke dalam sungai yang terletak di dalam kawasan perkhemahan!
Kredit Foto: Facebook Roy Terachi
Jenis penginapan | Khemah Glamping |
Kemudahan |
|
Kadar Harga | Dari RM250 – RM500, bergantung pada saiz bilik glamping |
Alamat: Moonkissed By The River, Batu 14 1/2 Jalan Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor
Hubungi: 019-6022824 / 019-6022834
E-mel: moonkissedbytheriver@gmail.com
5. Dusun Bonda
Kredit Foto: Laman Web Dusun Bonda
Dusun Bonda merangkumi definisi sebenar glamping, juga bermaksud ‘kebun ibu’ dicipta oleh pemiliknya dengan harapan dapat memberikan pengalaman zaman kanak-kanak yang indah kepada anak perempuannya.
Mesra kanak-kanak ialah perkataan terbaik untuk menggambarkan tapak glamping ini dengan kemudahan seperti kolam buatan manusia, air terjun dan taman permainan. Beberapa jenis penginapan glamping tersedia untuk dipilih. Jika anda inginkan pengalaman glamping yang sebenar, anda boleh memilih Khemah Loceng dengan bilik mandi peribadi bersebelahan dengan unit. Selain itu, anda boleh luangkan masa selebihnya di Sungai Ulu Tamu berdekatan atau sediakan makanan anda di dapur umum yang serba lengkap. Buat makluman anda, terdapat dua mata air panas semula jadi hanya dalam jarak tiga minit pemanduan dari tapak perkhemahan glamping.
Kredit Foto: Laman Web Dusun Bonda
Jadi bawa anak-anak anda ke sini untuk menikmati pengalaman glamping yang indah dan cipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama orang tersayang!
Kredit Foto: Laman Web Dusun Bonda
Jenis Penginapan | Khemah glamping berloceng |
Kemudahan |
|
Kadar Harga | Dari harga RM350 – RM650, Bergantung pada saiz bilik glamping |
Alamat: Lot 2121 (2996) Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, Selangor
Hubungi: 019-6022824 / 019-6022834
E-mel: booking@dusunbonda.com
Nikmati Percutian Pendek Ke Alam Semula Jadi Di Lokasi Glamping Ini Di Selangor!
Jadi, jika anda mencari tempat glamping yang terbaik di Selangor, pastikan anda gunakan senarai ini untuk inspirasi! Lagi-lagi hampir semua lokasi glamping yang disyorkan adalah berdekatan dengan sungai. Hal ini supaya anda dan orang tersayang dapat lari dari kesibukan kota bagi menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan. Anda akan tetap dekat dan menikmati alam semula jadi tanpa perlu mengorbankan keselesaan dan ketenangan fikiran.
Bunyi sungai yang menenangkan dan angin sepoi-sepoi, menjadikan ia pengalaman glamping yang sempurna. Jangan tunggu lagi! Teruskan merancang percutian yang sempurna bersama rakan dan keluarga berdasarkan lokasi yang kami kongsikan ini!
IQI ialah syarikat hartanah global terkemuka dengan 30,000 ejen di lebih 20 negara di seluruh dunia. Sertai kami sekarang untuk membuat perubahan dalam industri hartanah!