COVID-19 sudah menjadi norma dalam kehidupan kita. Kini, ramai pemain industri dilihat mengorak langkah baharu untuk beralih kepada pemasaran dalam talian. Ejen-ejen hartanah juga disarankan untuk berbuat sedemikian!
Sebenarnya, pemasaran dalam talian bukan sahaja untuk memastikan kelangsungan perniagaan ketika pandemik, malah untuk memudahkan urusan, mengurangkan kontak, mengurangkan kos pemasaran, kekal relevan dengan trend dan banyak lagi!
Ikuti senarai berikut untuk mengetahui taktik pemasaran untuk ejen hartanah yang paling berkesan untuk anda!
1. Pementasan rumah secara maya
Pementasan rumah adalah antara kaedah pemasaran yang PALING BERKESAN dalam bidang hartanah. Ejen-ejen hartanah boleh memanfaatkan taktik ini dengan mempamerkan lebih banyak KEKUATAN rumah berbanding kekurangan.
Memandangkan kini komunikasi kontak rapat tidak digalakkan, pementasan rumah yang selalunya dilakukan secara fizikal adalah disarankan untuk dilakukan secara maya. Bukan sahaja para pembeli dapat melihat gambaran rumah yang bakal mereka diami secara maya, malah ejen-ejen juga boleh menjimatkan kos dari segi reka bentuk dan hiasan untuk rumah fizikal yang kebiasaannya sangat tinggi!
2. Penstriman langsung
Tahukah anda bahawa KREDIBILITI adalah antara aspek penting bagi seseorang ejen hartanah? Klien juga sangat mementingkan aspek ini! Namun, bagaimana anda boleh tingkatkan kredibiliti anda dalam industri yang sentiasa berdaya saing ini?
Jadilah penceramah dalam mana-mana program hartanah dan lakukan penstriman langsung untuk dapatkan pendedahan daripada orang ramai dan juga untuk meningkatkan kredibiliti anda dalam industri ini!
Klien anda akan berasa lebih yakin untuk mempercayai anda. Mereka akan lebih cenderung untuk mencari anda sekiranya mereka mempunyai persoalan tentang jual beli hartanah. Inilah peluang untuk anda menukarkan mereka menjadi klien anda!
3. Memudahkan proses untuk klien
Dalam situasi sekarang, KOMUNIKASI EFEKTIF adalah sangat penting! Oleh itu, gunakan bahasa mudah faham yang ringkas kepada klien anda dan pastikan anda bertanya soalan yang betul kepada klien anda agar anda lebih memahami kehendak mereka. Dengan itu, anda boleh memendekkan jangka masa untuk berurusan dengan klien anda.
Ingat, anda perlu pantas dalam industri ini. MASA ADALAH EMAS untuk ejen hartanah!
4. Lawatan fizikal (Viewing)
KEPERCAYAAN adalah faktor penarik. Setiap pembeli rumah pastinya mempunyai ciri-ciri kesukaan mereka yang tersendiri. Jadi, kadang-kadang ada antara mereka yang mungkin lebih gemar melihat rumah secara fizikal. Jika klien anda meminta lawatan fizikal, jangan lupa untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga ketika membawa mereka melihat rumah tersebut.
Sediakan pensanitasi tangan dan pelitup muka. Dengan ini, klien anda akan berasa lebih selamat dan terjaga. Secara tidak langsung, anda berhasil mendapat kepercayaan daripada mereka!
5. Terokai Kaedah Baharu
Dalam pemasaran, KREATIVITI dan FLEKSIBILITI adalah satu keperluan. Kalau kita perhatikan syarikat-syarikat yang berjaya di Malaysia, mereka sangat inovatif dalam mengiklankan dan menjual produk. Oleh itu, anda perlu sentiasa memperbaharui dan fikirkan kaedah pemasaran hartanah yang menjadikan anda unik daripada ejen hartanah yang lain.
Ambil tahu tentang teknologi semasa dalam industri hartanah ini dan alat yang anda boleh gunakan untuk bersaing dengan ejen hartanah lain. Pastinya dalam pencarian kaedah baharu ini, anda akan menemui banyak peluang dan kenalan baharu!
Kejayaan tidak datang bergolek kepada anda. Anda perlu berusaha dan kejar kejayaan itu! Kami berharap taktik-taktik pemasaran ini dapat menginspirasikan ejen-ejen hartanah agar dapat membantu mereka dalam memasarkan hartanah-hartanah.
Anda inginkan peluang untuk memantapkan kemahiran anda? Sentiasa bersemangat untuk menambah kemahiran baharu dalam pemasaran hartanah?
PELUANG TERBUKA untuk anda! Sertai pasukan perunding hartanah kami sekarang dengan mengisikan borang di bawah ini.