JS-SEZ dijangka menjadi pemangkin ekonomi baharu Johor dengan menarik lebih banyak pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan nilai hartanah di kawasan strategik. Zon khas ini berpotensi mengubah Johor menjadi pusat pertumbuhan serantau yang lebih kompetitif.
Dengan gelombang pembangunan baharu dan pertumbuhan pasaran yang semakin rancak, IQI Johor berada pada landasan untuk memainkan peranan lebih besar dalam industri hartanah negeri itu. Ke mana hala tuju pasaran Johor selepas ini dan bagaimana IQI membentuk masa depannya?
