Tahun 2025 menjadi satu lagi tahun yang mencabar namun penuh pencapaian buat IQI Global.
Dalam landskap pasaran hartanah yang terus berubah, IQI bukan sahaja menyesuaikan diri, malah terus melangkah ke hadapan dengan strategi yang lebih kukuh dan berfokus.
Pelbagai inisiatif, pencapaian dan pengembangan global telah memperkukuh kedudukan IQI sebagai pemain hartanah antarabangsa yang relevan dan berdaya saing.
Artikel ini akan mengupas kembali pencapaian penting yang membentuk perjalanan IQI Global sepanjang tahun 2025.
Rangkuman IQI Global Sepanjang 2025
- 1. Prestasi Jualan Global Mencecah USD4.3 Bilion
- 2. Jejak IQI Global Kini Meliputi Lebih 33 Negara
- 3. Rangkaian Ejen Hartanah Meningkat Hampir 10,000 Orang
- 4. Agihan Komisen Harian Mencapai USD312,000
- 5. Pencapaian Anugerah dan Pengiktirafan Industri
- 6. Ganjaran Eksklusif Termasuk Percutian Mewah
- 7. Peristiwa-Peristiwa Penting IQI 2025
1. Prestasi Jualan Global Mencecah USD4.3 Bilion
Tahun 2025 menyaksikan IQI Global terus mencatatkan prestasi jualan yang mengagumkan walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi dunia.
Jumlah transaksi keseluruhan mencapai USD4.3 bilion, dengan pasaran Malaysia menyumbang USD3.7 bilion.

IQI Vietnam muncul sebagai pasaran paling cemerlang dengan jualan bernilai USD405 juta, diikuti Australia USD116 juta dan Kanada USD92 juta.
Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan IQI sebagai antara peneraju global dalam industri hartanah yang berdaya saing.
2. Jejak IQI Global Kini Meliputi Lebih 33 Negara

Antara penambahan cawangan baharu termasuk:
- IQI Korea
- IQI Montenegro
- IQI Bulgaria
- IQI Sardinia
- IQI Pattaya
- Juwai Cambodia
- IQI German
Pengembangan ini membuka peluang lebih luas kepada ejen untuk menembusi pasaran antarabangsa yang pelbagai.
3. Rangkaian Ejen Hartanah Meningkat Hampir 10,000 Orang
Tiap tahun, IQI Global terus mencatat pertambahan ejen baharu!

Memasuki tahun 2025, rangkaian ejen hartanah IQI Global di peringkat antarabangsa berkembang dengan penambahan 9,498 ejen baharu.
Walaupun angka ini sedikit menurun berbanding tahun sebelumnya, ia tetap menjadi bukti kukuh terhadap keyakinan berterusan terhadap jenama IQI.
Hingga ke hari ini, lebih daripada 60,000 ejen telah bernaung di bawah IQI Global.
4. Agihan Komisen Harian Mencapai USD312,000
Bayaran komisen harian di IQI Global mencatat peningkatan ketara pada tahun 2025, dengan agihan mencecah sehingga USD312,000 sehari.

Selari dengan komitmen kami, IQI Global terus memastikan bayaran komisen yang setimpal sebagai penghargaan terhadap dedikasi dan usaha berterusan ejen-ejen kami.
5. Pencapaian Anugerah dan Pengiktirafan Industri
IQI Global mencipta sejarah apabila berjaya meraih empat anugerah utama di Anugerah StarProperty 2025— All Star Award (Mega), Developer Preferred Award, Best Digital Marketing Award, dan Best Technology Award untuk lima tahun berturut-turut.

Tahun 2025 juga merupakan tahun kegemilangan buat IQI Global selepas merangkul 24 anugerah keseluruhan.
Kejayaan yang membuktikan kekuatan IQI Warriors, prestasi jualan yang konsisten serta komitmen terhadap profesionalisme dalam industri hartanah.
6. Ganjaran Eksklusif Termasuk Percutian Mewah
Ejen-ejen berbakat kami turut diraikan dengan ganjaran percutian ke Dubai, Korea Selatan dan beberapa destinasi menarik lain.
Antara insentif lain juga termasuk bonus rumah serta pemberian 463 unit produk Apple bernilai RM2.1 juta.

Insentif ini bukan sahaja meningkatkan motivasi, tetapi juga memperkukuh semangat kebersamaan dalam organisasi.
Ia menjadi simbol penghargaan terhadap dedikasi ejen yang menyumbang kepada kejayaan syarikat.
7. Peristiwa-Peristiwa Penting IQI 2025
Sepanjang tahun, IQI menganjurkan pelbagai acara berimpak tinggi untuk komuniti ejen dan pelanggan.
Antara acara utama:
IQI Prestige Award
Sebuah majlis untuk menghargai prestasi dan usaha gigih ejen IQI Realty dalam menjayakan jualan hartanah.

Juwai IQI International Summit 2025
Di mana para pelabur, usahawan dan profesional berkumpul membincangkan isu global seperti masa depan hartanah, peluang pelaburan di ASEAN, pengurusan kekayaan, dan inovasi.

Adapt AI Convention 2025
Satu konvensyen yang menghimpunkan pemimpin industri, pakar teknologi dan usahawan untuk meneroka potensi sebenar AI dalam membentuk masa depan perniagaan.

JIQI Campus Club



Bengkel ini untuk mendedahkan lagi industri hartanah dan pengenalan syarikat IQI kepada pelajar universiti yang diadakan di MMU dan UCSI pada tahun ini.
JIQI Hustle Hub
Hustle Hub menjadi platform dinamik yang menghimpunkan generasi muda untuk berkongsi inspirasi, membina jaringan industri, serta membuka peluang kerjaya dalam hartanah melalui sesi interaktif dan pengalaman komuniti yang positif.



Daripada kampus ke kerjaya – perkongsian JIQI Hustle Hub bersama IQI CS Group & MAD.CO Team tentang peluang kerjaya dalam industri hartanah.
Sesi pengambilan kerja sebagai REN juga diadakan kepada pelajar yang berminat.
IQI Cares
Setiap tahun, pasukan IQI akan mengadakan IQI Cares, satu projek yang diadakan untuk memberi dan menunjukkan sokongan kepada komuniti yang kurang bernasib baik.



Pada April 2025, pasukan IQI telah menganjurkan satu program khas “Projek Happy” di Petrosains KLCC bersama Jiwa Amal Malaysia buat kanak-kanak yang menghidap kanser.
Sebuah program untuk mencipta momen penuh keceriaan, harapan dan kekuatan bersama para pejuang kecil yang luar biasa.
Sorotan tahun ini mencerminkan komitmen IQI dalam membina ekosistem hartanah yang mampan, berinovasi dan berorientasikan teknologi.
Dengan visi yang jelas dan sokongan komuniti global, IQI bersedia meneruskan perjalanan merealisasikan impian dan mengubah kehidupan ramai individu pada tahun-tahun mendatang.
Di IQI Global, usaha anda akan diberi ganjaran lumayan dan peluang baik untuk meningkatkan potensi diri! Sertai IQI dan bina masa depan anda hari ini.
Baca Selanjutnya:
