Tidak dinafikan, karier sebagai ejen hartanah sering disebut sebut sebagai antara pekerjaan yang boleh meraih gaji yang lumayan.
Hasil jualan dari satu rumah, cukup untuk menikmati hasilnya selama 3 bulan! Ha, boleh bayangkan tak berapa jumlahnya?
Jadi, adakah anda tertarik untuk menceburi kerjaya ejen hartanah ini? Kalau begitu, jom baca dulu artikel ini untuk mengetahui tugas dan kebaikan lainnya.
Mengapa Karier Ejen Hartanah?
Skop Tugas Ejen Hartanah Bersama Pemilik Hartanah
Skop kerja ejen hartanah adalah untuk memastikan proses jual beli atau penyewaan hartanah berjalan lancar, dengan matlamat utama mendapatkan hasil yang terbaik untuk pemilik hartanah. Di bawah adalah antaranya:
1. Penilaian Hartanah
Membantu pemilik menilai pasaran semasa hartanah berdasarkan lokasi, saiz, keadaan hartanah dan data pasaran terkini. Ini penting untuk memastikan hartanah dijual/disewa pada harga yang sesuai.
2. Pemasaran Hartanah
Ejen bertanggungjawab mempromosikan hartanah melalui pelbagai saluran seperti laman web hartanah, media sosial, iklan dan bahan promosi lain untuk menarik pembeli/penyewa yang berpotensi.
3. Pengurusan Pelawat dan Lawatan
Mengatur dan menguruskan lawatan hartanah bagi pembeli/penyewa yang berminat seperti menjadualkan temu janji, memberikan maklumat tentang hartanah dan menjawab sebarang pertanyaan jika diajukan.
4. Negosiasi dan Rundingan
Ejen hartanah memainkan peranan penting dalam perundingan antara pemilik dan pembeli atau penyewa. Berusaha mendapatkan harga terbaik untuk pemilik, sambil memastikan kedua-dua pihak berpuas hati dengan syarat-syarat perjanjian.
5. Pengurusan Dokumentasi
Bertanggungjawab menguruskan semua dokumentasi yang berkaitan dengan jualan atau penyewaan hartanah, termasuk perjanjian jual beli, surat tawaran dan kontrak sewaan.
6. Konsultasi dan Khidmat Nasihat
Memberikan nasihat kepada pemilik tentang strategi hartanah seperti lebih baik jual atau sewa hartanah dan cadangan mengenai penambahbaikan hartanah yang boleh meningkatkan nilainya.
7. Perkhidmatan Selepas Jualan
Dalam beberapa kes, ejen hartanah juga menyediakan perkhidmatan selepas jualan seperti membantu dengan proses perpindahan hak milik atau menyelesaikan sebarang isu yang timbul selepas transaksi.
Skop Tugas Ejen Hartanah Bersama Pembeli Hartanah
Skop kerja ejen hartanah ketika berurusan dengan pembeli adalah untuk memastikan pembeli mendapat hartanah yang memenuhi keperluan mereka pada harga yang adil, dengan proses yang lancar dan bebas masalah. Di bawah adalah antaranya:
1. Memahami Keperluan Pembeli
Ejen hartanah perlu memahami keperluan dan keutamaan pembeli, termasuk jenis hartanah yang dicari, lokasi yang diinginkan, bajet dan ciri-ciri khusus lain yang penting bagi pembeli.
2. Pencarian Hartanah
Menyediakan senarai pilihan yang relevan berdasarkan keperluan pembeli, seperti menyemak hartanah yang tersedia di pasaran dan menyarankan hartanah yang bersesuaian dengan keperluan pembeli.
3. Pengurusan Lawatan Hartanah
Mengatur lawatan ke hartanah yang diminati oleh pembeli. Ini termasuk mengatur masa lawatan, memberi maklumat terperinci mengenai hartanah dan menemani pembeli semasa lawatan untuk menjawab sebarang pertanyaan.
4. Negosiasi Harga
Ejen bertindak sebagai perantara dalam perundingan harga antara pembeli dan penjual, berusaha mendapatkan harga terbaik untuk pembeli sambil memastikan syarat-syarat perjanjian adil dan memuaskan.
5. Pengurusan Dokumentasi
Membantu pembeli menguruskan semua dokumentasi yang diperlukan untuk pembelian hartanah, seperti surat tawaran, perjanjian jual beli dan urusan pinjaman perumahan, memastikan semua aspek undang-undang dan prosedur dipatuhi dengan betul.
6. Nasihat Kewangan dan Pinjaman
Ejen juga boleh memberi nasihat mengenai pilihan pinjaman perumahan yang tersedia, membantu pembeli memahami kadar faedah, tempoh pinjaman dan syarat-syarat lain yang berkaitan.
7. Pemeriksaan Hartanah
Mengatur pemeriksaan hartanah bagi memastikan hartanah berada dalam keadaan baik sebelum pembelian dan bantu mengenal pasti sebarang isu atau kos pembaikan yang perlu dipertimbangkan.
8. Perkhidmatan Selepas Pembelian
Ejen juga boleh menyediakan perkhidmatan selepas pembelian, seperti membantu pembeli dengan proses pindah milik, mendapatkan perkhidmatan undang-undang atau menangani sebarang isu yang timbul selepas pembelian.
Kenapa Menjadi Ejen Hartanah Adalah Pilihan Kerjaya yang Bagus?
Menjadi ejen hartanah mempunyai banyak kebaikan yang boleh memberi impak positif kepada kehidupan dan kerjaya anda. Berikut adalah beberapa kebaikan utama:
Masa Depan Yang Terkawal
Menceburi karier ini bermakna anda memegang kunci masa depan anda sendiri, bukan lagi bergantung kepada majikan.
Jika anda bercita-cita untuk memperoleh pendapatan yang besar, maka anda harus memberikan komitmen sepenuhnya dan berusaha gigih untuk mencapainya.
Inilah peluang untuk anda menentukan kejayaan anda sendiri, dengan potensi pendapatan yang tidak terbatas!
Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu
Pendapatan Yang Lumayan
Ya benar, menjadi seorang ejen hartanah memang tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan seperti karier lain kerana tiada gaji asas, akan tetapi! Komisen yang diperoleh boleh jadi sangat tinggi!
Bayangkan, jika anda berjaya menjual sebuah rumah bernilai RM300,000 dengan komisen 3%, anda akan memperoleh RM9,000 hanya dari satu jualan sahaja!
Masa Yang Fleksibel
Menjadi ejen hartanah bermakna anda bebas dari waktu kerja 9 pagi hingga 5 petang. Di sinilah keistimewaannya —anda mempunyai kuasa penuh untuk menentukan jadual kerja anda sendiri!
Kerjaya ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengimbangi antara kerja dan kehidupan peribadi, kerana waktunya yang fleksibel.
Walaupun begitu, pastikan masa anda mengurus jadual dan masa anda dengan baik dan disiplin!
Industri Yang Stabil
Di Malaysia dan di seluruh dunia, permintaan terhadap hartanah tidak pernah surut. Lebih banyak permintaan bermakna anda tidak akan pernah kurang peluang untuk meraih komisen dari jualan.
Potensi keuntungan anda hanya akan semakin bertambah seiring dengan peningkatan nilai hartanah!
Tetapi yang lebih penting adalah memilih agensi hartanah yang bukan sahaja boleh dipercayai, tetapi juga mampu membuka peluang besar untuk anda melonjak lebih jauh dalam kerjaya ini.
Seperti IQI, agensi yang dikenali kerana membimbing ejen-ejennya ke arah kejayaan dengan sokongan dan sumber yang terbaik!
Mengapa IQI Global Adalah Pilihan Terbaik untuk Ejen Hartanah?
Kenapa memilih agensi hartanah yang bagus itu penting bagi ejen hartanah? Ianya penting kerana ia bakal menentukan perjalanan karier anda. Sebuah agensi yang baik akan menjadi platform untuk anda berkembang.
Agensi yang memberikan tunjuk ajar, membuka peluang dan menyokong anda sepanjang perjalanan akan menjadi katalis kepada kejayaan anda dalam industri hartanah.
Pilihan agensi bukan sekadar pilihan pekerjaan —ia adalah pelaburan dalam masa depan anda.
Jadi, apa yang IQI Global “bring to table” jika anda menjadi ejen hartanah di bawah naungan mereka?
Sokongan Secara Menyeluruh
Di IQI Global, kami memberikan sokongan penuh untuk memastikan kejayaan anda! Kami menawarkan dua tingkat ruang kerja bersama yang PERCUMA untuk ejen kami, tempat yang ideal untuk bekerja dan mengadakan perjumpaan dengan pelanggan.
Bukan sekadar itu, ruang kerja bersama ini juga dilengkapi oleh kemudahan yang lengkap untuk urusan hartanah anda seperti bilik mesyuarat, pod telefon, ruang dapur dan banyak lagi.
Alatan Jualan Yang Canggih
Jualan hartanah jadi lebih mudah dan seronok dengan Atlas SuperApp, aplikasi hebat yang direka khas hanya untuk ejen hartanah IQI Global!
Bayangkan, semua yang anda perlukan ada dalam satu aplikasi —dari pemprosesan jualan hingga mencipta kandungan menarik untuk media sosial.
Dan yang paling best, semuanya PERCUMA! Dengan Atlas SuperApp, urusan jualan anda jadi lebih lancar dan efisien, memudahkan anda memasarkan hartanah dengan hanya di hujung jari.
Komisyen Dan Ganjaran Menarik
Di IQI Global, kerja keras anda adalah keutamaan kami! Sebagai tanda penghargaan, kami pastikan komisen dibayar dalam masa hanya 5 hari sahaja – cepat, mudah, dan tanpa kerumitan!
Tunggu dulu, ianya tidak berhenti sampai di situ. Kami juga menawarkan pelbagai ganjaran hebat seperti bonus rumah, bonus kereta, percutian mewah 5 bintang, dan juga subsidi untuk pemandu peribadi bagi ejen yang mencapai sasaran mereka.
Latihan Percuma Sepanjang Hayat
Jika anda baru dalam industri hartanah, latihan dan pengetahuan adalah kunci untuk memulakan langkah yang tepat. Di sinilah IQI Global memainkan peranan penting dalam memberikan anda sokongan sepenuhnya dengan platform pembelajaran yang luar biasa iaitu IQI Academy.
Dengan IQI Academy, anda boleh belajar sebanyak mana ilmu yang anda mahukan, di mana-mana sahaja! Seperti biasa yang paling menarik ialah semua kursus ini PERCUMA.
Sertai kami dan rasai sendiri betapa IQI Academy boleh menjadi pemangkin kejayaan anda!
Kerjaya ejen hartanah akan berkembang dengan sendiri, melalui usaha masing-masing. Haluan ini tiada paksaan. Anda boleh menetapkan sendiri pendapatan yang anda ingini sebagai ejen hartanah di Malaysia.
Nak mengubah haluan kerjaya? Tunggu apa lagi? Ambil peluang ini untuk mencapai kejayaan yang baru untuk anda. Di IQI, kami akan memberi pengalaman yang penuh dengan peluang yang berpositif – hanya dari RM188. Sertai IQI hari ini!
Baca Selanjutnya:
1. Apakah Kebaikan Menyertai IQI Global Sebagai Ejen Hartanah?
2. Kembangkan Sayap Anda sebagai Perunding Hartanah dengan Bimbingan IQI!
3. Berapakah Gaji Ejen Hartanah? Ini 6 Perkara Tentang Gaji Ejen Hartanah