Buat anda yang suka mencari tempat-tempat trend baru, ada berita best untuk anda! Semua House KL kini kembali dengan wajah baru yang lebih fresh dan moden.
Permata tersembunyi ini sekali lagi bersedia untuk jadi tumpuan utama bagi penduduk tempatan dan juga pelancong! Bayangkan, pusat beli-belah yang penuh dengan sejarah dan nostalgia sejak tahun 1986, kini diberi nafas baharu!
Dengar cerita, ia akan jadi “Pasar Seni” versi baharu – lebih urban dan lebih trendy. Menarik! Tak sabar nak pergi, kan?
Semua House KL: Pusat Beli Belah Trendy 2024
1. Sejarah Semua House KL
Sumber: The Star
Buat penduduk Kuala Lumpur, saya yakin pusat beli belah Semua House KL ni tak asing dah bagi anda. Ditubuhkan pada tahun 1985 dan pernah menjadi tempat “lepak” paling hot di kawasan Masjid India, KL.
Bayangkan masa tu—kedai pakaian dengan fesyen terkini, kedai barang kemas, pusat snuker yang sentiasa meriah dan medan selera yang jadi pilihan untuk makan sedap lepas shopping semua ada!
Semua House menjadi destinasi wajib kalau nak cari barang perayaan atau sekadar lepak dengan kawan-kawan. Dan kalau nak tahu, lokasi pertama bagi Habib Jewels juga di Semua House.
2. Apa Dah Jadi Kepada Semua House?
Adat dalam perniagaan, masa dan tren berubah. Dengan banyak pembukaan pusat beli-belah moden dan pandemik COVID-19 melanda, Semua House mula hilang seri. Pusat beli-belah ni jadi sunyi dan beberapa kedai terpaksa gulung tikar.
Disebabkan keusangan serta banyak daya saing yang terjadi, pengurusan membuat keputusan drastik untuk menutup sementara pusat beli belah ini untuk menjalankan renovasi besar-besaran pada September 2022.
3. Pembaharuan Semua House
Selepas tiga tahun dalam renovasi, Semua House kini kembali dengan vibe yang segar dan moden!
Sekarang, ia tampil dengan lima tingkat penuh gaya—dari reka bentuk industri yang edgy, instalasi seni yang cool, sudut lepak yang trendy, hingga medan selera baru, Semua Rasa, yang pasti akan jadi hotspot makanan.
Dengan makeover ini, Semua House bersedia untuk kembali jadi tempat kegemaran ramai, membawa nostalgia dengan sentuhan moden yang pasti buat sesiapa pun teruja!
4. Aktiviti Yang Boleh Dilakukan di Semua House
Dengan transformasi baharu ni, lagi banyak aktiviti dan pengalaman menarik yang boleh anda nikmati! Jom tengok apa yang menarik di sini:
Aktiviti dan Event Seronok
Insta-Worthy Spots
Sumber: @lewyee_ng (IG)
Semua House penuh dengan sudut-sudut cantik untuk bergambar. Dari instalasi seni yang kreatif hingga tangga utama yang dihiasi dengan lampu ambien yang memukau — semuanya memang “Instagrammable”!
Skateboarding Workshops
Nak cuba sesuatu yang mencabar? Sertai bengkel skateboard di Burrow Skateshop. Ini peluang terbaik untuk mencuba trick baru dan berseronok!
Workshops
Pada waktu atau peristiwa tertentu, akan ada banyak bengkel kreatif, sesuai untuk anda yang nak belajar skil baru atau nak buat aktiviti bersama.
Pop-Up Events
Selalu ada acara pop-up seperti bazar dan pameran yang menampilkan vendor tempatan. Inilah masanya untuk anda support lokal!
Tempat Membeli-Belah yang Wajib Singgah
Fesyen dan Aksesori
Kalau anda peminat fesyen, anda akan suka pilihan kedai fesyen dan aksesori di sini, termasuk jenama tempatan seperti KAIN dan TOPGIRL. Banyak pilihan menarik!
Barang Kemas
Habib Jewels masih kekal sebagai salah satu tarikan utama di sini, menawarkan koleksi barang kemas eksklusif yang pasti memikat hati.
Kedai Runcit dan Vendor Tempatan
Terdapat lebih 40 kedai runcit yang menjual pelbagai barangan, dari pakaian ke perhiasan — ada sesuatu untuk semua orang!
Makanan dan Minuman yang Menggoda Selera
Semua Rasa Food Court
Medan selera yang baru ini menawarkan pelbagai pilihan makanan dari vendor terkenal seperti The Bao Guys, Alta Burger’s, Mee Biang Biang, dan Calle Taco’s. Memang tempat terbaik untuk memuaskan selera!
Kafe dan Restoran
Selain medan selera, ada juga kafe dan restoran menarik untuk anda nikmati pelbagai jenis hidangan sambil lepak santai. Nasi lemak burung hantu pun ada!
5. Bagaimana Untuk Sampai Ke Semua House KL
Untuk menuju ke Semua House KL, ada pelbagai cara yang mudah dan praktikal untuk anda pilih:
1. MRT & LRT
Naik je MRT atau LRT dan turun di stesen Bandaraya atau Medan Tuanku. Dari situ, hanya perlu berjalan kaki beberapa minit je untuk sampai.
2. Bas
Anda lebih suka naik bas? Boleh je, banyak pilihan laluan yang berhenti berhampiran Semua House, seperti 103, 104, 107, 190, dan 2202. Nak lebih detail boleh gunakan aplikasi Moovit untuk memudahkan perjalanan anda!
3. Keretapi
Anda juga boleh memilih untuk menaiki keretapi dan turun di stesen KTM Bank Negara. Dari sana, hanya perlu berjalan kaki seketika untuk tiba di Semua House.
4. Memandu Sendiri
Kalau anda lebih suka memandu, gunakan aplikasi peta yang anda suka untuk mendapatkan panduan arah yang tepat ke Semua House.
Alamat: 3 Lorong Bunus 6, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur 50100, Malaysia.
Semua House kini menjadi destinasi wajib kunjung di Kuala Lumpur! Nak beli-belah, makan-makan, atau sekadar bersantai? Pergi je Semua House KL!
Tiada istilah cepat atau lambat untuk memulakan karier baharu yang dapat mengubah kehidupan anda. Ya benar, antaranya dalam insudtri hartanah. Sertai IQI sebagai ejen hartanah sekarang untuk mengalaminya sendiri!
Baca Selanjutnya:
1. 10 Tempat Menarik di Selangor untuk Lawatan Sehari!
2. 5 Bangunan Tertinggi di Malaysia: Sejarah dan Fakta Unik!
3. 10 Tempat Menarik Dikunjungi Untuk Cuti Raya di Malaysia 2024