Kandungan artikel ini disumbangkan oleh Vincy Lim dari Tawau dan David Leong dari Kota Kinabalu, seorang pakar hartanah berpengalaman di IQI yang akan berkongsi cerapan tentang trend pelaburan hartanah di Sabah.
Bayangkan sebuah syurga di Malaysia yang kaya dengan pemandangan alam yang memukau dan keunikan budaya yang menarik —itulah Sabah!
Pulau Borneo, Sabah kini terkenal sebagai destinasi pelaburan yang menawarkan potensi besar, di mana keindahan alam bertemu dengan peluang ekonomi yang luar biasa.
Pasaran hartanah Sabah semakin berkembang pesat, khususnya di Kota Kinabalu dan Tawau. Sekaligus menarik minat pelabur antarabangsa, terutamanya dari China.
Sabah sentiasa menjadi tumpuan dalam pembangunan negara. Kerajaan Malaysia memperuntukkan berjuta-juta ringgit setiap tahun untuk projek infrastruktur di Sabah dan Sarawak. Dalam Belanjawan 2025, Sabah menerima peruntukan RM6.7 bilion bagi membangunkan kemudahan asas penting seperti jalan raya, bekalan elektrik, dan air bersih.
Sabah bukan sekadar destinasi pelancongan utama, tetapi juga menyimpan daya tarikan yang unik! Jadi, apa yang menjadikannya pilihan utama pembeli, pelabur, dan pelancong dari seluruh dunia?
Antara Potensi Pelaburan di Sabah:
Pandangan Hartanah Sabah
1. Jenis-Jenis Perumahan di Sabah
Sabah, khususnya Tawau, menjadi salah satu kawasan utama dengan fokus besar pada skim perumahan mampu milik, menurut Vincy Lim.
Program seperti Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan PR1MA semakin mendapat perhatian, terutama dalam kalangan keluarga berpendapatan sederhana dan rendah. Dengan harga rumah di bawah RM250,000, skim ini menawarkan peluang memiliki rumah yang sesuai dengan kemampuan, bergantung pada tahap pendapatan, saiz keluarga dan lokasi.
Namun, bagi mereka yang mengidamkan hartanah bertanah yang lebih luas, harga jauh berbeza. Di sektor swasta, rumah teres bertanah bermula pada harga RM800,000 ke atas. Manakala, rumah berkembar pula berada dalam lingkungan RM1.3 juta hingga RM1.4 juta.
Pilihan di Sabah ini membuktikan bahawa terdapat sesuatu untuk setiap golongan —daripada mereka yang mencari kediaman mampu milik hingga mereka yang mengimpikan kediaman mewah.
Jenis Perumahan di Tawau | Harga |
---|---|
Skim Rumah Mampu Milik (Rumah Mesra Rakyat, PR1MA dan banyak lagi) | Bermula dari RM 250,000 *Bergantung pada jumlah pendapatan |
Sektor Swasta – Rumah Teres Bertanah | Harga bermula dari RM800,000 ke atas |
Sektor Swasta – Rumah Berkembar | Harga berada dalam lingkungan RM1.3 juta hingga RM1.4 juta |
Namun ianya berbeza pula bagi ibu negeri Sabah, iaitu Kota Kinabalu. Menurut David Leong, Kota Kinabalu menawarkan segala-galanya, daripada kondominium mewah yang moden hingga rumah bertanah dan hartanah komersial yang strategik.
Berbanding Tawau, Kota Kinabalu mempunyai populasi bandar yang jauh lebih besar, menjadikannya pusat permintaan tinggi untuk rumah bertanah dan kondominium bertingkat.
Bagi rumah bertanah, harganya boleh mencecah sehingga RM1.5 juta, terutamanya untuk hartanah bersaiz besar di kawasan yang menjadi rebutan ramai.
Sementara itu, kondominium di tengah bandar biasanya berharga antara RM1.2 juta hingga RM1.5 juta untuk unit berkeluasan 1,200 hingga 1,500 kaki persegi. Sesuai untuk mereka yang mencari kehidupan moden di tengah-tengah kesibukan bandar.
Dengan permintaan yang tinggi dan pelbagai pilihan hartanah, Kota Kinabalu terus menjadi tumpuan utama pelabur dan pembeli di Sabah.
Jenis Perumahan di Kota Kinabalu | Harga |
---|---|
Skim Perumahan Mampu Milik (Rumah Mesra Rakyat, PR1MA dan lain-lain) | Harga bermula dari RM250,000 *Bergantung pada jumlah pendapatan |
Sektor Swasta – Rumah Teres Bertanah | Harga mencecah sehingga RM1.5 juta |
Sektor Swasta – Rumah Berkembar | Harga antara RM1.2 juta hingga RM1.5 juta |
Kondo-kondo ni memang laku keras untuk Airbnb, lagi-lagi sebab sektor pelancongan di KK makin berkembang..
David Leong
2. Inisiatif Hebat untuk Pembeli Rumah Pertama Kali
Belanjawan 2025 memperlihatkan komitmen besar kerajaan dalam menjadikan pemilikan rumah lebih mudah dicapai. Dengan peruntukan sebanyak RM5.93 bilion, pelbagai inisiatif perumahan diperkenalkan untuk membantu rakyat Malaysia memiliki kediaman mereka sendiri.
Salah satu manfaat yang menarik ialah insentif untuk pembeli rumah kali pertama, layak mendapat potongan cukai sehingga RM7,000 apabila membeli hartanah kediaman bernilai sehingga RM500,000.
Kebanyakan yang mohon skim perumahan mampu milik ni adalah keluarga. Skim ni memang peluang terbaik untuk penduduk dapat rumah dengan harga subsidi..
Vincy Lim
3. Potensi Pelaburan di Sabah: Fokus pada Semporna
Jika anda mencari peluang pelaburan di Sabah, Semporna adalah lokasi yang wajib diberi perhatian.
Terkenal dengan lokasinya berhampiran Sipadan, destinasi menyelam bertaraf dunia, Semporna terus menarik pelancong dari seluruh dunia. Tidak hairanlah, harga sewa hartanah di kawasan pelancongan utama di sini boleh mencapai RM5,000 hingga RM10,000 sebulan —cerminan permintaan tinggi dari pelancong.
Pelabur semakin bijak memanfaatkan peluang ini dengan memulakan perniagaan Airbnb. Konsep ini memberikan pengalaman penginapan yang fleksibel dan lebih menarik kepada pelancong, berbanding kos tinggi hotel.
Lebih menarik lagi, pengembangan Lapangan Terbang Tawau dijangka merancakkan lagi sektor pelancongan dan pembangunan hartanah di Semporna, menjadikannya tumpuan utama pelabur hartanah.
Pasaran pelaburan di Semporna sangat berkait rapat dengan industri pelancongan, dan banyak juga hotel baharu sedang dibina..
Vincy Lim
Beberapa tahun kebelakangan ini, Semporna menyaksikan kemasukan pelabur tempatan dan antarabangsa, terutamanya dari China, yang membeli tanah untuk membangunkan hotel dan resort mewah.
Malah, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, pada September 2024, menekankan hubungan ekonomi yang semakin kukuh antara Sabah dan China, dengan pelbagai projek kerjasama termasuk dalam sektor hospitaliti seperti pembinaan hotel, vila pantai dan watervilla di pulau-pulau berdekatan.
Dengan permintaan yang semakin meningkat, Semporna terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan hartanah terkemuka di Sabah.
Sabah: Keindahan Alam dan Potensi Pelaburan yang Tidak Ternilai
1. Daya Tarikan Semula Jadi yang Memukau
Dengan pantai yang memukau, hutan hujan tropika yang subur dan budaya yang kaya, Sabah adalah destinasi yang sempurna untuk pencinta alam dan mereka yang ingin menikmati pengalaman budaya yang unik.
Pertumbuhan pesat industri pelancongan di Sabah telah mencipta lonjakan permintaan terhadap hartanah komersial, khususnya di kawasan berhampiran tarikan pelancongan utama.
Bagi mereka yang mencari lokasi terbaik untuk pelaburan atau penempatan semula, Vincy Lim mencadangkan Kundasang sebagai pilihan utama.
Terletak di tanah tinggi Ranau, Kundasang memukau dengan keindahan semula jadinya. Iklim yang sejuk dan menyegarkan menjadikannya tempat yang ideal untuk melarikan diri dari kepanasan tropika.
Kundasang memang luar biasa! Pemandangan Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara, betul-betul menakjubkan. Ditambah pula dengan iklim sejuk pergunungan, memang tempat yang sempurna untuk berehat dan lari dari cuaca panas serta lembap..
Vincy Lim
2. Perayaan Tempatan
Budaya tempatan Sabah bukan sekadar kebanggaan negeri, malah ia memainkan peranan besar dalam membentuk pasaran hartanah dan merancakkan ekonomi. Salah satu acara budaya paling ikonik di Sabah ialah Pesta Menuai atau Pesta Kaamatan, yang menjadi daya tarikan utama, terutamanya kepada pelancong tempatan.
Selain itu, acara tradisional seperti Rekata Lebah menambah keunikan warisan budaya Sabah, menjadikan negeri ini kaya dengan tradisi yang memikat hati.
Perayaan-perayaan ini bukan sahaja menghidupkan semangat komuniti tetapi juga menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi. Setiap pengunjung yang hadir membelanjakan wang untuk penginapan, makanan, pengangkutan, membeli-belah dan aktiviti, menjana pendapatan besar untuk pelbagai sektor.
Lebih menarik lagi, perayaan ini juga mencipta peluang pekerjaan dalam industri hospitaliti, pengangkutan, runcit, dan hiburan, memperkukuhkan ekonomi tempatan secara keseluruhan.
Festival-festival ni bukan saja dapat menarik pelancong, tapi juga memupuk pertukaran budaya dan eratkan semangat komuniti..
David Leong
3. Pembelian Rumah Kedua
Walaupun Kota Kinabalu (KK) terkenal sebagai hab utama di Sabah, suasana bandar yang sibuk mungkin tidak sesuai bagi mereka yang mencari ketenangan alam semula jadi.
Sebaliknya, ramai pencinta alam dan pelabur dari Sarawak, Brunei, Taiwan, Korea dan China memilih lokasi seperti Pulau Manukan dan Sapi yang indah, atau kawasan tanah tinggi yang sejuk seperti Kundasang dan Lembah Danum, untuk dijadikan rumah kedua.
Pemangkin Pembangunan Ekonomi Sabah
1. Lebuhraya Pan-Borneo
Lebuhraya Pan-Borneo, yang telah lama dinanti-nantikan, kini memasuki Fasa 1B, mencetuskan peluang baharu untuk pembangunan Sabah. Lebuhraya ini, mendapat pujian dari penduduk tempatan dan pelancong, membuka akses yang lebih mudah ke bandar dari Brunei, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi di rantau ini.
Merentasi sekitar 2,000 kilometer, lebuhraya ini menghubungkan Sabah, Sarawak, dan Brunei, memperkukuhkan hubungan rentas sempadan. Ia bukan sahaja memudahkan pengangkutan tetapi juga mempercepatkan perdagangan dan pelancongan di kawasan ini.
Pelabur dari Brunei kini lebih mudah meneroka pasaran hartanah Sabah, sementara penduduk Sabah juga boleh memanfaatkan peluang di Brunei. Dengan infrastruktur yang semakin berkembang, Sabah bersedia untuk terus menarik pelabur dan pelancong dari seluruh dunia.
Kesimpulannya
Sebagai kesimpulan, pasaran hartanah Sabah membuka peluang yang luas untuk pelabur tempatan dan antarabangsa.
Dengan skim perumahan mampu milik dan tarikan pelancongan yang memukau, Sabah menawarkan potensi luar biasa bagi mereka yang ingin memulakan perjalanan dalam pelaburan hartanah pada harga yang berbaloi.
Landskap hartanahnya yang semakin berkembang turut membuka pintu kepada peluang dalam segmen kondominium mewah, rumah bertanah, dan hartanah komersial.
Apabila semakin ramai pembeli mengambil kesempatan daripada peluang ini, permintaan terhadap hartanah kediaman di Sabah juga dijangka akan melonjak pada masa akan datang.
Sabah kini bukan sahaja menjadi destinasi pelancongan yang memukau, tetapi juga lokasi strategik yang penuh dengan peluang bagi pelabur hartanah yang ingin mencipta kejayaan.
Berpusat di Tawau, Vincy Lim adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia hartanah. Dengan pengalaman bertahun-tahun, beliau baru-baru ini diiktiraf sebagai IQI Top Subsales Performers untuk kawasan Tawau. Mahu tahu lebih banyak tentang perjalanan hartanahnya? Ikuti halaman Facebook Hartanah Vincy!
Di Kota Kinabalu, David Leong menyerlah dengan kepakarannya dalam industri hartanah. Dengan pelbagai pengalaman dan pencapaian cemerlang, beliau terus mengumpul anugerah dari IQI setiap tahun. Mahukan perkembangan terkini tentang hartanah di KK? Ikuti halaman Facebook Hartanah David untuk lebih banyak input!
Sabah kini menjadi destinasi pelaburan hartanah yang tidak boleh dilepaskan! Dengan skim perumahan mampu milik dan tarikan pelancongan yang menarik, menawarkan peluang yang sangat berbaloi.
Berminat? Hubungi kami sekarang dan kami akan hubungkan anda dengan pakar hartanah terbaik!
Baca Seterusnya:
1. Tinjauan Hartanah Pahang: Potensi Besar Pelaburan Hartanah
2. PRIYA Kuantan: Merealisasi Impian Rumah Mampu Milik di Pahang
3. Belanjawan 2025: Memberi Sinar Harapan Buat Pembeli Hartanah