Kerjaya REN atau Pembantu Ejen Harta Tanah merupakan satu kerjaya yang penting dalam urusan jual beli hartanah. Ramai bakal pelanggan akan mencari seorang REN untuk bantu mereka dalam mencari rumah pertama mereka.
Kerjaya yang puas hati dalam melakar senyuman pada para pelanggan mereka yang berpuas hati dengan transaksi mereka, dan kerjaya yang tiada penghujung pada segi pendapatan (lagi banyak hartanah jual, lagi tinggi pendapatan).
Namun, ada segelintir yang tidak mahu ambil risiko kerana kerjaya seorang REN mengambil banyak masa dan tenaga seorang individu. Serta pendapatan seorang REN berpandu pada jumlah transaksi.
Di sini kami akan huraikan kelebihan dan kekurangan menjadi seorang REN separuh masa serta kelebihan menjadi REN sepenuh masa.
Kelebihan menjadi REN separuh masa
Apakah kelebihan menjadi seorang REN separuh masa?
1. Boleh cari pekerjaan lain
Orang tua selalu kata sambil menyelam, minum air. Seorang REN separuh masa boleh ambil kesempatan ini untuk mencari pekerjaan lain yang boleh memberi jaminan gaji bulanan dan tiada kesempitan kewangan.
Selain itu, seorang individu boleh menambah pendapatan mereka dengan hasil jualan yang mereka dapat.
2. Duit poket
Kerana melakukan kerjaya REN sebagai separuh masa, seorang individu mampu untuk jana pendapatan tepi yang banyak melalui transaksi hartanah yang mereka lakukan.
Kekurangan menjadi REN separuh masa
Dalam kelebihan pasti ada kekurangan. Oleh itu kami akan senaraikan beberapa kekurangan menjadi seorang REN separuh masa.
1. Sukar untuk memberi masa
Kerana seorang individu akan ada pekerjaan lain yang memerlukan perhatian mereka. Oleh itu, sukar untuk mereka sertai kursus-kursus, latihan, atau sesi bersama agensi mereka.
2. Kurang fokus pada kerjaya
Kerjaya REN perlukan fokus dan disiplin yang tinggi. Dengan melakukan kerjaya REN separuh masa, sukar untuk seorang individu fokus pada kerjaya mereka kemungkinan sukar untuk sertai kelas dan latihan yang disediakan oleh agensi mereka.
3. Kehilangan pelanggan
Kebiasaannya seorang REN separuh masa hanya ada masa pada hujung minggu dan saat itu yang mereka dapat meluangkan masa untuk pelanggan mereka yang ingin lakukan viewing dan lain-lain.
Dan tidak semua pelanggan ingin lakukan viewing pada hujung minggu. Apabila seorang REN sukar untuk meluangkan masa untuk pelanggan mereka, maka mereka akan hilang pelanggan.
▶️ Baca juga: Bagaimana untuk mulakan kerjaya dalam industri hartanah 🏠
Jadi, kita sudah bincangkan kelebihan dan kekurangan menjadi seorang REN separuh masa. Jom kita lihat kelebihan menjadi seorang REN sepenuh masa!
Kelebihan REN sepenuh masa
Seperti kerjaya lain, banyak yang seorang individu boleh peroleh dengan memberi fokus yang tulus kepada kerjaya REN.
1. Dapat fokus penuh pada kerjaya
Berbanding melakukan kerjaya REN separuh masa, seorang individu yang menjalankan kerjaya REN sepenuh masa dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada kerjaya mereka. Ini termasuk menghadiri latihan, kelas, seminar, dan sesi bersama mentor mereka.
2. Dapat mencari lebih ramai pelanggan
Dengan melakukan kerjaya REN sepenuh masa, seorang individu mampu memasarkan diri dan mencari lebih ramai pelanggan. Dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar mereka dan hari-hari yang mereka dapat luangkan bersama pelanggan, seorang REN sepenuh masa dapat menjaga dan menjawab segala soalan dari pelanggan mereka.
3. Dapat bina networking untuk cari lebih ramai pelanggan
Tidak dinafikan melalui networking seorang REN mampu mencapai lebih ramai pelanggan. Dengan meluangkan masa bersama pelanggan mereka pada hari biasa berbanding hanya pada hujung minggu, seorang REN sepenuh masa boleh disarankan oleh pelanggan mereka yang berpuas hati dengan transaksi mereka.
4. Dapat capai pendapatan yang diingini
Dengan usaha yang menyeluruh sebagai REN sepenuh masa, individu yang berusaha boleh lakukan lebih banyak transaksi. Dan apabila lebih banyak transaksi, maka pendapatan mereka juga akan berlipat ganda.
Berikut adalah kelebihan dan kekurangan untuk kerjaya REN separuh masa dan sepenuh masa. Terletak pada seseorang individu untuk mengecapi kejayaan mereka dalam hartanah. Dengan mengambil jalan untuk menjadi seorang REN sepenuh masa, seorang individu mesti rajin mencari jalan untuk mendapatkan jualan.
Berminat untuk menjadi seorang REN? IQI Global merupakan syarikat antarabangsa yang mempunyai lebih dari 18,500 REN serata dunia!
Ingin menjadi REN yang berjaya? Kami pilihan anda. Sertai kami sekarang!