Teknologi maklumat (IT), teknologi kewangan (fintech), teknologi makanan (foodtech) semua ini dah biasa dengar dah. Tapi, teknologi dan hartanah, pernah dengar tak?
Teknologi hartanah (PropTech), gabungan istilah yang luar biasa dan jarang kita dengar. Sebab apa? Sebab biasanya kalau kita cakap pasal bidang hartanah, yang kita tahu kena buat sales atau jualan. Buat jualan, perlu ke teknologi?
Anda nak mudahkan kerja anda dalam industri hartanah ini? YA.
Nak tingkatkan skills pemasaran anda? YA.
Tapi, pada masa yang sama, kerja anda akan jadi lebih cekap? YA!
Kalau macam itu, anda memang perlu gunakan teknologi hartanah.
Era ini pun semua dah serba canggih. Industri hartanah pula sangat sengit. Takkan nak buat segala-galanya sendiri?
Kita perlu sentiasa selangkah ke depan berbanding orang lain, betul tak? Nanti anda tertinggal di belakang, orang lain dah maju dan laju dengan cara kerja mereka yang cekap!
Inilah masanya untuk anda manfaatkan PropTech!
Anda tahu agensi hartanah mana yang terkenal dan sinonim dengan penggunaan Proptech? Semestinya agensi hartanah IQI Global! Digitalisasi sudah cukup serasi dengan IQI.
Ketahui lebih lanjut dengan membaca artikel di bawah: |
1. Digitalisasi Amalan Hartanah
Daripada jumlah penduduk Malaysia sebanyak 32.73 juta orang, 29.55 juta merupakan pengguna internet sehingga Januari 2022. Meningkat lebih 300 ribu pengguna berbanding Januari 2021, dan melebihi 80 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia!
Apa maksud angka-angka ini?
Sebenarnya, angka-angka ini menunjukkan bahawa penduduk di Malaysia adalah antara penduduk dunia yang tinggi pelaburannya dalam teknologi, bergantung tinggi kepada internet dan juga telefon pintar.
Jadi, kita tak boleh sia-siakan prospek teknologi ini! Kebergantungan dan minat yang semakin meningkat dalam teknologi boleh dimanfaatkan dalam pelbagai industri, termasuklah industri hartanah.
PropTech mengoptimumkan amalan hartanah. Cara orang membeli, menjual, menyewa dan mengurus hartanah disambungkan oleh ekosistem teknologi yang merangkumi landskap digital.
Teknologi yang memacu PropTech termasuk data besar, kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, realiti maya (VR), realiti terimbuh (AR), internet benda (IoT), 5G dan blok rantai (blockchain). Aspek PropTech ini sedang diuji di seluruh dunia.
Ketahui juga: Aplikasi percuma yang bermanfaat untuk REN |
2. PropTech Seiring Trend Teknologi
Apabila PropTech perlahan-lahan berkembang menjadi norma perniagaan hartanah moden, ambil perhatian tentang trend dan teknologi ini!
Data Besar
Melalui data besar, pelbagai kategori dalam tindakan berbelanja akan disusun menjadi sebuah kumpulan data baharu. Contoh, data arah aliran membeli dan menjual, trafik, demografi dan hasil tinjauan pengguna. Data-data ini digunakan semula untuk mendapatkan prospek pelanggan yang lebih baik.
VR (Reality Maya) dan AR (Realiti Terimbuh)
Dengan perkembangan realiti maya, syarikat hartanah boleh mencipta ruang maya langsung untuk mempamerkan hartanah yang akan mereka jual kepada bakal pelanggan. Bukan macam gambar statik sahaja ya, sekarang dah boleh tengok 360 darjah! Siling dan lantai pun boleh! Lebih jimat untuk kedua-dua belah pihak pembeli dan penjual, jimat dari segi masa dan juga kos.
IoT (Internet Benda)
IoT (Internet of Things) merujuk kepada peranti dan perkakas pintar yang disambungkan ke cloud digital. Contohnya, jam tangan digital yang boleh tunjukkan status kesihatan kita melalui aplikasi dalam telefon pintar, atau perkakas elektrik pintar dan moden yang mana kalau kita tekan saja butang dalam telefon, boleh bergerak sendiri!
Semua itu IoT. Kalau kita perhatikan, ramai pemaju yang sudah mula untuk menggunakan IoT ini untuk membina rumah pintar. Lebih mudah dan moden dan boleh selaraskan penyelenggaraan.
5G
5G ialah kunci kepada pelbagai kemajuan teknologi zaman sekarang. Begitu juga untuk PropTech, kita mengharapkan fasiliti jalur lebar tanpa wayar yang dibekalkan adalah baik dan menjadi lebih baik lagi pada masa hadapan untuk membina ekosistem digital yang kukuh.
Pembelajaran Mesin dan AI
Penilaian dan penaksiran hartanah juga sebahagian daripada proses yang anda perlu lalui sebelum anda menjual/membeli sesebuah hartanah.
Tahukah anda melalui pembelajaran mesin, kita boleh membuat penaksiran nilai hartanah secara automatik?
Jangkaan yang diperoleh daripada pembelajaran mesin menjangkau 90 peratus ketepatan! Dengan perubahan dinamik dalam industri hartanah, memang rugi kalau kita tak manfaatkan ketepatan tersebut.
3. Keselesaan dan Kualiti Hidup yang Lebih Baik
Sekarang, inovasi dan teknologi sudah menjadi norma untuk semua industri. Perubahan ini memang sukar untuk dielakkan, apatah lagi kita hidup pada abad ke-21. Tambahan pula, pandemik COVID-19 yang melanda kita sudah menunjukkan bahawa dengan bantuan teknologi, ekonomi semakin pulih.
Mengapakah industri hartanah juga turut sama penting untuk mengikuti perubahan ini? Kerana digitalisasi merupakan keperluan pada zaman sekarang. Bagaimana?
PropTech bertujuan untuk memudahkan pengguna, kerana itu reka bentuk antara pengguna mudah diakses dan memfokuskan kepada semua pengguna. Beberapa perkara yang berjaya diatasi ialah:
- Kurang Fleksibiliti
- Kekurangan Komuniti
- Proses Pajakan dan Pembayaran yang membosankan
Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa membeli hartanah adalah proses yang sangat peribadi dan istimewa. Bukannya seperti kita hendak membeli makanan dekat pasar malam, atau nak beli baju. Jumlah yang diperlukan bukannya sedikit, betul tak?
Terdapat unsur komunikasi antara manusia tertentu yang penting dalam proses penjualan hartanah, dan sampai kita berjaya memasukkannya ke dalam PropTech, barulah kita betul-betul dapat menerokai keupayaan yang ditawarkannya.
IQI Global dalam misi untuk memperkasakan PropTech!
Kami antara agensi yang menggunakan teknologi secara optimum untuk melancarkan pengalaman setiap orang dalam proses pembelian/penjualan.
Anda berminat untuk sertai kami? Lengkapkan borang di bawah!