Projek Perumahan Rakyat (PPR) merupakan program projek perumahan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia bagi mereka yang kurang berkemampuan (B40).
PPR dibahagikan mengikut dua kategori:
- Sewa (serendah RM124.00 sebulan)
- Beli (RM 35,000.00 untuk satu unit di Semenanjung Malaysia dan RM 45,000.00 di Sabah dan Sarawak.)
Pada Februari 2021, Datuk Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengumumkan akan menukarkan nama PPR kepada Rumah Malaysia bagi projek akan datang.
Penukaran nama tersebut adalah bagi memastikan tiada rumah yang tidak berpenghuni serta untuk mengelakkan transaksi yang tidak sah bagi sewa milik perumahan.
11 lagi tambahan projek Rumah Malaysia yang menyediakan 4,120 buah unit bakal dibina di seluruh negara. 3 daripadanya terletak di Kluang, Sembrong dan Pengerang negeri Johor.
Perkara yang anda perlu tahu mengenai Rumah Malaysia
1. Perbezaan antara PPR dan Rumah Malaysia
- Keluasan rumah tidak kurang daripada 900 kaki persegi apabila dibandingkan dengan projek sekarang iaitu sekitar 700 kaki persegi.
- Kementerian juga akan melaraskan kadar sewa di seluruh negeri.
- Syarat yang diperketatkan:
-
- Permohonan yang layak haruslah segera mendiami rumah tersebeut dalam tempoh 3 bulan setelah projek tersebut selesai.
- Pemohon akan diberikan 2 tahun tempoh penyewaan sementara menguruskan pinjaman daripada bank dan sebagainya.
- Jika pemohon gagal untuk mendapatkan sebarang pembiayaan dalam tempoh 2 tahun, kerajaan negeri akan menentukan samaada untuk menyembung tempoh penyewaan ataupun mencari pemohon yang baru.
-
2. Persamaan antara PPR dan Rumah Malaysia
- Kemudahan:
-
- Taman permainan, dewan komuniti, rumah ibadat dan banyak lagi.
-
- Keluasan:
-
- 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 dapur, 2 bilik air.
-
- Jenis bangunan:
-
- Bandar: Bangunan setinggi 5 – 18 tingkat
- Luar bandar: Rumah teres.
-
3. Siapa yang layak untuk memohon Rumah Malaysia?
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan keatas.
- Pendapatan isi rumah dibawah RM3,000 sebulan.
- Pemohon belum memiliki rumah.
- Syarat tambahan tertakluk kepada kerajaan negeri.
4. Dimana dan bagaimana untuk memohon Rumah Malaysia?
Bagi anda yang berminat, boleh layari laman web yang tertera dibawah:
- PERLIS INDERA KAYANGAN
- KEDAH DARUL AMAN
- PULAU PINANG
- PERAK DARUL RIDZUAN
- SELANGOR DARUL EHSAN
- NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
- MELAKA
- JOHOR DARUL TAKZIM
- TERENGGANU DARUL IMAN
- KELANTAN DARUL NAIM
- PAHANG DARUL MAKMUR
- KUALA LUMPUR
- SABAH
- SARAWAK
- WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Ataupun boleh layari laman web utama, Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara & laman web, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (TEDUH).
Perhatian: Langkah untuk memohon, syarat kelayakan dan kaedah pemilihan tertakluk kepada kerajaan negeri masing-masing.
Adakah anda mahu dan juga berkelayakan untuk memiliki Rumah Malaysia?
Usah risau, ejen kami ada untuk membantu anda. Isi borang dibawah dan kami akan menghubungi anda.