Pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang lebih ketat terhadap sektor ekonomi dan sosial adalah langkah terbaik dilakukan kerajaan dalam menyeimbangkan kesan ekonomi serta kesihatan.
Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed, pula menegaskan kerjasama semua pihak diperlukan untuk memerangi pandemik dan orang ramai perlu patuh SOP bagi mengurangkan penularan virus yang memberi kesan kepada ekonomi.
Beliau berkata, bagi mengurangkan penularan virus dan mengawal pandemik, satu-satunya penyelesaian ketika ini ialah memastikan majoriti penduduk iaitu 70 hingga 80 peratus mendapat vaksin.
“Juwai IQI terus mengekalkan pendirian kami bahawa rangka kerja dasar kerajaan boleh membantu mengurangkan COVID-19 dengan lebih ramai orang mendapat vaksin dan mematuhi SOP yang lebih ketat.
“Vaksinasi adalah satu-satunya penyelesaian untuk mengurangkan COVID-19,” katanya.
Beliau menambah, eksport dan permintaan domestik menjadi kunci utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia menuju ke hadapan dan pelaburan dijangka meningkat sebaik sahaja program vaksinasi dilaksanakan lebih pantas.
Baca selanjutnya: Berita Harian
Sumber: Berita Harian