Tahun Baru Cina, juga dikenali sebagai Festival Musim Bunga, adalah perayaan yang disambut oleh orang Cina di seluruh dunia. Ia menandakan permulaan kalendar lunar, dan biasanya disambut pada hari pertama bulan pertama kalendar lunar.
Cuti Tahun Baru Cina merupakan peluang untuk keluarga berkumpul dan meraikan hari tersebut dengan pelbagai juadah makanan yang menarik, hadiah dan melakukan aktiviti tradisional. Ia juga merupakan masa untuk menghormati nenek moyang mereka dan memberi penghormatan kepada Tuhan.
Sebanyak manakah anda mengetahui tentang Tahun Baru Cina? Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Tahun Baru Cina yang anda patut tahu!
Perkara Yang Boleh Dilakukan |
Perkara Yang Boleh Dilakukan
1. Warna Merah!
Salah satu tradisi Tahun Baru Cina yang paling terkenal ialah penggunaan hiasan berwarna merah, yang dipercayai membawa tuah. Tanglung merah, sampul merah dan keratan kertas merah semuanya adalah hiasan yang kita biasa nampak waktu sambutan Tahun Baru Cina.
2. Makanan Tradisi
Tahun Baru Cina juga dikaitkan dengan makanan tertentu, seperti ladu, ikan, dan niangao (sejenis kuih beras manis). Makanan ini dipercayai membawa tuah dan kemakmuran untuk tahun akan datang.
3. Perjumpaan Keluarga
Tahun Baru Cina adalah masa untuk keluarga berkumpul dan meraikannya. Ramai orang akan balik kampung dari jauh untuk berjumpa dengan orang yang tersayang dan sertai perayaan Tahun Baru Cina.
Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan
1. Menyapu dan Membersih
Menyapu atau membersihkan pada beberapa hari pertama tahun baru dianggap tidak bernasib baik, kerana ia dipercayai akan menghanyutkan tuah dan nasib. Jika anda ingin melakukan sebarang pembersihan, lakukan sebelum cuti bermula!
2. Basuh Rambut dan Potong Kuku
Membasuh rambut dan memotong kuku juga dianggap tidak bernasib baik pada beberapa hari pertama tahun baru, kerana ia dipercayai menghilangkan tuah!
3. Memakai Pakaian Hitam atau Putih
Ia dianggap tidak bernasib baik untuk memakai pakaian berwarna hitam atau putih semasa tahun baru, kerana warna ini dikaitkan dengan kematian dan pengebumian. Lebih baik memakai warna merah supaya anda boleh menerima tuah dan menghalau roh jahat!
Kesimpulan
Tahun Baru Cina adalah masa untuk meraikannya dengan gembira, dan merupakan acara kebudayaan yang penting untuk berjuta-juta orang di seluruh dunia. Tahun baru adalah masa untuk anda melihat kembali perkara yang lalu dan mengharapkan penambahbaikkan yang lebih baik!
Pernah terfikir kenapa sesetengah ejen hartanah dapat mencapai matlamat dan impian mereka? Kerana mereka menyertai IQI Global! Sebuah syarikat yang dapat mengubah impian anda menjadi kenyataan! Sertai kami hari ini!