Version: EN
‘Influencer’ ialah istilah yang hangat diperkatakan dalam talian, dengan kemunculan revolusi teknologi di mana segala-galanya adalah digital. Dan influencer juga merupakan seseorang yang memberikan pengaruh kepada masyarakat. Contohnya seperti selebriti, blogger, youtuber, ataupun seorang public figure yang dianggap penting di komuniti tertentu. Ia menjadi perkara ‘baru’, terutamanya di kalangan pelajar lepasan SPM yang ingin meneruskannya sebagai kerjaya sepenuh masa mereka dan bukannya menyambung ijazah. Tapi, mudah atau tidak untuk dikenali dalam talian melalui media sosial?
Ingin tahu bagaimana rasanya menjadi seorang influencer/pencipta kandungan? Di sini, kami menemu bual Afif Farhan (@afifexp), yang merupakan seorang lepasan SPM dan juga seorang ‘influencer’ yang sedang berkembang dengan minatnya dalam pembuatan konten di sosial media, mengenai pandangannya untuk menjadi seorang pencipta kandungan (content creator) di Tiktok!
1. Apakah yang membuatkan anda mula mencipta konten di Tiktok?
Afif: Sejujurnya, saya mula membuat video sejak dulu lagi. Ketika saya berumur 9 tahun, YouTuber Minecraft merupakan inspirasi saya ketika itu. Kemudian ketika saya berumur 11 tahun saya mula berkecimpung dalam skit, dan tidak lama kemudian, saya mencuba video penglipur lara ataupun bercerita. Dan saluran YouTube saya mula mendapat perhatian, dengan kira-kira 3000 peninjau (viewer).
Merebut Peluang
Afif: Kemudian saya dapat komen yang mengatakan, “Afif kena cuba Tiktok, saya dengar ia agak mudah untuk dapat sambutan dan juga pengikut”. Jadi saya mencubanya dan tidak begitu banyak sambutan dan juga penonton yang saya dapatkan di sana. Kemudian saya berhenti dan meneruskan Youtube saya.
Selepas tamat SPM, saya memutuskan untuk mencuba Tiktok sekali lagi, kerana saya fikir mungkin ia adalah peluang yang baik untuk saya mencubanya sekali lagi dengan membuat konten tentang SPM. Dan ternyata saya betul! Dan saya mula mencipta lima video pertama, tetapi sejurus selepas itu, saya kurang pasti konten apa lagi yang perlu saya lakukan. Saya fikir, jika saya mencipta konten yang berbeza daripada topik asal, saya tidak akan mendapat sebarang tontonan lagi. Tetapi saya mengambil keputusan untuk mencubanya sekali lagi, dan atas sebab tertentu, video yang tidak berkaitan dengan SPM juga mendapat banyak tontonan iaitu sebanyak 200,000 tontonan! Jadi saya meneruskannya.
@afifexptying a plastic bag like a pro 😎♬ kiss me more – audios <3
2. Apakah yang perlu dipertimbangkan oleh mereka di luar sana sebelum menyiarkan konten dalam talian?
Fikirkan tentang Penonton Anda
Afif: Saya percaya penglibatan penonton adalah nombor satu, kerana pada dasarnya tanpa penonton, kita bukanlah sesiapa.
Jadi di Tiktok, untuk sentiasa mendapat tontonan yang tinggi anda seharusnya memikirkan tentang penonton dan cara penulisan cerita anda. Ia bukan sahaja terpakai kepada pencerita seperti saya, tetapi ia juga boleh digunakan di mana-mana konten. Tetapi setiap video, saya percaya, mempunyai jalan cerita beserta plot tersendiri, semudah yang mungkin. Oleh itu, saya berpendapat bahawa setiap pencipta harus sentiasa menumpukan pada jalan cerita – jika ia berhubung dengan baik dan masuk akal kepada penonton, sama ada mereka boleh menonton lima saat pertama video dan mengetahui dengan tepat apa yang mereka lakukan.
View this post on Instagram
3. Apakah faedah menjadi seorang influencer?
Fleksibiliti Bekerja
Afif: Salah satu faktor yang membuatkan saya ingin memulakannya ialah fleksibiliti dalam waktu bekerja. Dan tidak banyak kerja perlu dibuat dalam penerbitan video. Ia hanya memerlukan sekitar 3 ke 4 jam sehari untuk membuat satu video berdurasi 1 minit, kerana saya cuba membuat video sebaik yang mungkin untuk penglibatan penonton. Saya rasa itu sesuai dengan gaya hidup saya, di mana saya boleh membuat video pada waktu petang dan kemudian menyiarkannya pada pukul 7 malam.
Berhubung dengan Orang Ramai
Afif: Selain itu, saya rasa bahagian yang terbaik ialah berhubung dengan ratusan dan ribuan orang di seluruh dunia. Apabila saya melihat komen, saya akan membaca setiap satu dan ianya menyenangkan. Ianya seperti rasa bangga dalam diri (self-pride) bagi saya.
@afifexpmeeting a follower for the first time!♬ Happier Than Ever – Billie Eilish
4. Apakah beberapa tanggapan yang salah/stigma yang lazim tentang “influencer”?
Peluang Pendapatan adalah Terhad
Afif: Tanggapan yang salah dari mereka terhadap saya ialah di mana mereka fikir saya kaya. Padahal sebaliknya, dan gaji yang diberi tidaklah seberapa, ia jauh lebih rendah dari gaji asas. Selepas bercakap dengan Tiktoker Malaysia yang lain, jika anda ingin mendapatkan gaji yang lumayan sebagai seorang influencer, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 200,000 pengikut, dan anda perlu mendapatkan tontonan tinggi secara konsisten – sekitar 80,000 tontonan dan ke atas untuk setiap video.
Pengikut > Tontonan ialah Mentaliti yang Paling Biasa
Afif: Seperkara lagi, rakyat Malaysia biasanya fokus kepada pengikut dan bukannya tontonan. Syarikat akan menumpukan perhatian dan melabur untuk pengarang dengan 300,000 jumlah pengikut, sedangkan jumlah tontonan mereka sedikit, dan walau bagaimanapun saya percaya kiraan tontonan adalah perkara yang paling penting jika memiliki akaun media sosial.
@afifexp Replying to @sheyizzaty ♬ kiss me more – audios <3
5. Apakah pendapat anda tentang meneruskan kerjaya sebagai influencer selepas tamat SPM, berbanding mendapatkan ijazah?
Bukan Pilihan Kerjaya yang Bijak
Afif: Saya tidak fikir ia berfaedah untuk berhenti hanya kerana ingin menjadi influencer di media sosial kerana, seperti yang saya katakan sebelum ini, gajinya tidak seberapa. Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 200,000 pengikut secara purata untuk mendapatkan gaji asas.
Belajar dan Buat!
Afif: Lebih mudah untuk meneruskan kerjaya semasa belajar berbanding ketika sudah bekerja. Apabila anda sedang belajar, anda hanya perlu belajar selama empat atau lima jam sehari, dan pada waktu petang, anda boleh menumpukan perhatian dalam pembikinan video yang terbaik dan mempelajari cara penonton anda.
Ijazah = Hormat
Afif: Dan selalunya bila belajar, mereka bukan sahaja mengejarnya untuk ilmu, tetapi untuk jawatan juga. Di Malaysia, ramai orang mementingkan untuk memiliki sebuah ijazah, terutamanya dalam dunia korporat. Anda mendapat lebih penghormatan apabila anda belajar lebih tinggi, jadi saya percaya adalah lebih baik untuk meneruskan pembelajaran daripada fokus semata-mata pada kerjaya di media sosial.
View this post on Instagram
6. Apakah nasihat yang akan anda berikan kepada mereka yang memulakan/merancang untuk berkecimpung dalam industri ini?
Buat untuk Melibatkan Diri
Afif: Jangan kaji algoritma, sebaliknya kaji penonton. Buat video sebaik yang boleh, dan akhirnya anda akan sampai ke sana. Dan saya tidak akan terlalu bergantung pada trend; betul ia akan membantu, tetapi saya tidak mahu hidup saya dikawal oleh trend semata untuk memperoleh penonton. Cadangan saya adalah untuk anda mengamalkan gaya hidup sihat dan kehidupan bekerja.
Konsisten adalah Kunci Utama
Afif: Konsisten dalam pembikinan video – lebih kerap anda memuat naik, lebih ramai pengikut yang akan anda peroleh, dan lebih tinggi peluang anda untuk mendapat 10,000 tontonan pertama, 100,000 tontonan dan juga 1 juta tontonan.
Mula pada Usia Muda
Afif: Mula awal. Masa terbaik ialah semasa anda belajar dan anda tidak sarat dengan kerja, memberikan lebih masa untuk anda menumpukan pada penciptaan konten dan memahami penonton anda.
“Ia hanya memalukan sehingga anda popular.”
Afif: Video pertama anda, atau setiap video yang anda buat, mungkin akan berasa malu atau sedikit cringe. Tidak kira apa jua konten yang anda buat, orang tidak lagi menganggapnya memalukan apabila anda menjadi terkenal. Kerana anda sudah mempunyai nama untuk diri sendiri, jadi terus melakukannya.
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk mempunyai kerjaya yang stabil di mana anda dapat memiliki gaji yang lumayan tanpa ijazah, serta mencipta nama secara dalam talian, mengapa tidak cuba menjadi perunding hartanah dengan kami?
Di IQI, kami menggalakkan pembelajaran dan pertumbuhan berterusan dalam pelbagai bidang, dengan banyak sumber tersedia untuk menjadi versi terbaik diri anda. Letakkan butiran anda di bawah untuk mengetahui caranya!