Kumpulan teknologi hartanah, Juwai IQI, berkata keutamaan industri hartanah Malaysia dalam Belanjawan 2022 akan datang adalah untuk menumpu bagi menyokong pemilik rumah kali pertama.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari, berkata berdasarkan kajian terkini, ejen hartanah di seluruh negara ingin melihat lebih banyak tumpuan diberikan untuk memudahkan pembeli rumah kali pertama dan pembeli rumah berharga rendah membeli rumah mereka sendiri, serta jaminan kewangan dan peluang membina kekayaan seiring dengan pemilikan rumah itu.
“Tiga langkah yang paling popular dalam industri hartanah adalah lebih banyak inisiatif menyokong pembeli rumah kali pertama, memberikan pelepasan duti setem dan mengembalikan Kempen Pemilikan Rumah (HOC).
“Setiap satu daripada ini adalah keutamaan bagi 18 peratus hingga 19 daripada industri yang dikaji selidik, iaitu hampir seorang daripada lima ejen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kashif berkata, keutamaan utama industri itu bagaimanapun berbeza mengikut negeri yang mana di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak sebanyak 27 peratus responden lebih memilih untuk melanjutkan HOC.
Baca selanjutnya: Berita Harian
Sumber: Berita Harian