Pengumuman Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bernilai RM20 bilion memperlihatkan usaha berterusan kerajaan memacu pertumbuhan ekonomi negara sejajar dengan strategi pemulihan ekonomi negara 6R bagi menangani pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi.
Pendekatan 6R merangkumi ketegasan (Resolve); ketahanan (Resilient); memulakan semula (Restart); pemulihan (Recovery); memperkasa (Revitalise); dan menyusun semula (Reform).
PEMERKASA adalah program tambahan pemulihan ekonomi terkini kerajaan selepas melaksanakan lima pakej rangsangan bernilai lebih RM600 bilion termasuk Belanjawan 2021 yang diumumkan tahun lalu.
Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed, berkata kerajaan sungguh komited dalam menyokong pemulihan ekonomi dan perniagaan di negara ini.
Beliau berkata, dasar ekonomi bercampur-campur dilihat membuahkan hasil dengan ekonomi negara ini menampakkan pengukuhan dan pertumbuhan dijangka berlegar antara 3.0 peratus dan 4.0 peratus atau lebih tinggi.
Baca selanjutnya: Berita Harian
Sumber: Berita Harian