Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ketahanan, Inovasi & Pertumbuhan: Pelan Strategik Malaysia 2026

Versi: EN, CN

Artikel ini diambil daripada ulasan oleh Shan Saeed, Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan Juwai IQI, yang berkongsi pandangan pakarnya mengenai trend ekonomi global.



1. Arah Baharu Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 

Belanjawan Malaysia 2026 akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 10 Oktober. 

Belanjawan ini bukan sahaja membentangkan dokumen kewangan tahunan malah mencerminkan keutamaan kerajaan dan satu pelan strategik untuk arah pertumbuhan ekonomi Malaysia yang baharu.

Belanjawan 2026 merupakan pelan strategik Malaysia menuju tahun 2026 yang memfokuskan kepada ketahanan, inovasi dan pertumbuhan.

Shan Saeed, Ketua Ekonomi Kumpulan Juwai IQI 

Dalam persekitaran global yang semakin mencabar, Belanjawan 2026 bertujuan untuk membentuk semula keutamaan perniagaan dengan menyeimbangkan rasionalisasi subsidi, insentif fiskal baharu dan pembaharuan peraturan

Shan Saeed, Ketua Ekonomi Kumpulan Juwai IQI 

Dengan pertumbuhan KDNK diunjurkan antara 4.5% hingga 5.5%, kerajaan berhasrat untuk memacu perkembangan yang mampan sambil mengekang defisit fiskal sekitar 3.5% daripada KDNK.  

Satu trajektori berdisiplin berbanding 5.0% pada tahun 2022.  

2. Rasionalisasi Subsidi dan Tumpuan kepada Sektor Produktif 

Program rasionalisasi subsidi, yang dijangka menjimatkan antara RM10 – RM12 bilion setiap tahun, akan mengalihkan sumber kepada sektor yang meningkatkan produktiviti seperti infrastruktur digital, tenaga boleh diperbaharui, dan pemodenan logistik. 

Sementara itu, insentif cukai baharu berjumlah RM3 – RM4 bilion dijangkakan bagi bidang kecerdasan buatan (AI), reka bentuk semikonduktor, dan green manufacturing. 

Hal ini untuk menyelaraskan lagi Malaysia dengan Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN 2030, yang diramalkan membuka nilai digital serantau sebanyak AS$2 trilion. 

3. Implikasi terhadap Korporat dan Pelaburan Swasta 

Bagi syarikat korporat, langkah-langkah ini bersifat transformasi dan mencabar. Rasionalisasi subsidi tenaga mungkin meningkatkan kos operasi industri sebanyak 5 – 8%, mendorong syarikat untuk mempercepat kecekapan dan penerapan ESG. 

Namun, kredit R&D yang disasarkan dan lanjutan elaun modal dijangka dapat merangsang pelaburan sektor swasta sebanyak kira-kira RM25 bilion pada tahun 2026, menurut kesepakatan awal penganalisis. 

4. Kejelasan Dasar dan Daya Saing Strategik 

Dalam keadaan di mana perubahan dasar boleh menentukan semula model perniagaan dalam sekelip mata, kejelasan dan penglibatan dengan pengawal selia kini telah menjadi keutamaan strategik

Syarikat yang bertindak awal melabur dalam teknologi, kecekapan tenaga, dan tadbir urus yang telus akan muncul sebagai pemenang dalam seni bina pertumbuhan baharu Malaysia

5. Ketepatan Peruntukan dan Daya Tahan Ekonomi 

Akhirnya, Belanjawan 2026 bukanlah tentang langkah berjimat-cermat tetapi mengenai ketepatan dalam peruntukan.  

Mengalihkan modal daripada penggunaan kepada inovasi dan daripada kebergantungan kepada daya saing untuk memposisikan Malaysia sebagai ekonomi pertengahan paling berdaya tahan di ASEAN menjelang tahun 2027.


Walaupun pelbagai pandangan pakar telah dikemukakan mengenai Belanjawan 2026, orang ramai disarankan untuk mengikuti pembentangan yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri pada 10 Oktober ini bagi mendapatkan maklumat yang  menyeluruh.


Nak beli rumah tapi tak pasti mana yang paling berbaloi? Ejen hartanah IQI boleh bantu anda cari yang paling sesuai! Isi maklumat di bawah.





+60








Baca Selanjutnya:

  1. Pinjaman Rumah Kedua Susah Nak Lulus? Fahami 7 Strategi Ini!
  2. Jika Bencana Alam Melanda, Masih Perlu Bayar Pinjaman Rumah?
  3. Malaysia Terima RM31 Bilion Pelaburan China pada 2024

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯