Tak boleh dinafikan bahawa gaji adalah perkara paling penting dalam mencari kerja. Mestilah kita nakkan gaji yang tinggi seiring dengan tugas dan hasil usaha yang kita dah perjuangkan, kan?
Jadinya, tak salah pun untuk kita cerewet sedikit dalam memilih kerja dengan gaji tertinggi yang bersesuaian dengan keinginan, pengalaman dan ilmu yang kita ada.
Berikut merupakan antara sektor pekerjaan yang dikatakan mempunyai tahap gaji tertinggi di Malaysia.
Tapi tunggu dulu! Nak gaji ‘masyuk’ ni memerlukan kepakaran dan tanggungjawab yang tinggi ye~
5 Pekerjaan Gaji Tertinggi di Malaysia
1. Pakar Bedah (Surgeon)
Pernah tertanya tak kenapa kerjaya sebagai doktor bedah sering disebut-sebut sebagai salah satu yang paling menguntungkan dan menarik?
Harini kita nak fokus kepada satu sebab yang paling bling-bling iaitu mestilah gaji! Doktor bedah di Malaysia 2024 boleh memperoleh gaji antara RM20,000 hingga RM45,000 sebulan. Ya betul, sebulan!
Tapi nak jadi doktor bedah ni bukan mudah ya. Ianya memerlukan komitmen dan dedikasi yang luar biasa.
Para doktor bedah menjalani pendidikan perubatan selama bertahun-tahun, termasuk ijazah perubatan, latihan klinikal, dan residensi.
2. Peguam (Lawyer)
Jawatan peguam ni sering kita lihat dalam drama dan merupakan antara kerjaya yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Dan yang menariknya, perundangan merupakan antara course yang paling popular di Malaysia. Gaji seorang peguam di Malaysia adalah antara RM8,000 ke RM26,000 sebulan.
Ia bukan sahaja memerlukan tahap pendidikan yang tinggi tetapi pengalaman dan kepakaran yang luas dalam bidang ini.
Kes-kes berprofil tinggi atau mewakili syarikat besar boleh membawa ganjaran kewangan yang luar biasa, menjadikannya pekerjaan yang sangat menguntungkan berdasarkan komisen.
3. Akauntan (Accountant)
Ok, antara senarai gaji tertinggi seterusnya ialah akauntan! Kerjaya sebagai seorang akauntan adalah antara yang sering mendapat permintaan tinggi dalam pasaran. Ia juga mungkin antara kerja yang memiliki tanggungjawab besar kerana melibatkan wang.
Menjalani profesion dalam perakaunan boleh memperoleh pendapatan yang bagus terutamanya untuk fresh graduate.
Seorang akauntan boleh mendapat purata gaji sebanyak RM59,708 setahun. Ini adalah gaji permulaan yang hebat dengan banyak potensi untuk pembangunan pada masa hadapan.
Pastinya untuk menjadi seorang akauntan, anda perlu melepasi ujian ACCA yang merupakan antara ujian paling sukar. Tetapi ianya akan menjadi berbaloi bagi mereka yang meminati bidang ini.
4. Juruterbang (Pilot)
Siapa yang tak teruja bila sebut tentang pekerjaan sebagai seorang juruterbang kan? Kerjaya sebagai pilot ni dianggarkan boleh menerima gaji sekitar RM10,000 ke RM12,000 sebulan!
Jika anda suka melancong ke tempat-tempat baru, maka kerjaya ini sangat sesuai dengan anda. Mungkin kedengaran mudah tetapi realitinya sukar kerana melibatkan pesawat besar dan berat.
Seorang pilot juga perlu mendapatkan sijil atau lesen untuk mengendalikan pesawat.
Mereka bukan sahaja menerbangkan pesawat, tetapi tanggungjawab mereka juga adalah untuk memastikan kesemua penumpang dan anak pesawat selamat tiba ke destinasi yang dituju.
5. Ejen Hartanah (Property Agent)
Pekerjaan ini tidak memerlukan ijazah kerana pekerjaan sebagai ejen hartanah lebih kepada kemahiran dalam komunikasi, kepimpinan dan rundingan.
Kerjaya ini sesuai dengan fresh graduate dan mereka yang ingin memulakan kerjaya tanpa pengalaman sebelumnya.
Pendapatan seorang ejen hartanah boleh mencecah sehingga RM50,000 sebulan! Belum termasuk komisen lain melalui penjualan yang mereka dapat lagi.
Tak sukar pun untuk mulakan kerjaya sebagai ejen hartanah ni. Ada langkah mudah untuk mulakan kerjaya sebagai ejen hartanah.
Melangkah ke dalam kerjaya baharu boleh jadi mencabar. Namun, dengan sokongan yang betul dan tahap keberanian yang kuat, menukar kerjaya mungkin merupakan keputusan terbaik yang boleh anda lakukan.
Jika anda ingin mendapatkan hasil terbaik daripada usaha anda, Sertai IQI Global sekarang! Hubungi kami di bawah untuk maklumat lanjut!
Baca Selanjutnya: