Kerjaya perunding hartanah merupakan kerjaya yang sangat fleksibel. Kerjaya ini membolehkan penampungan tanggungjawab peribadi sambil menjana pendapatan sampingan, membuatkan ia kerja yang sempurna untuk suri rumah!
Sebagai perunding hartanah merangkap suri rumah, anda masih dapat memperuntukkan tenaga dan masa untuk anak-anak kecil dan kerja rumah sambil meraih keuntungan dari kerjaya yang lumayan ini!
Namun, ramai masih beranggap bahawa kerjaya dalam bidang hartanah yang semakin pesat mengembang ini sukar untuk diceburi. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa tanggapan yang kurang tepat serta keraguan terhadap proses untuk menyertai sebagai seorang perunding hartanah.
Usahlah bimbang, kerana panduan kami akan memberi anda keyakinan untuk melangkah ke dunia hartanah sebagai seorang perunding hartanah – tanpa berkompromi kerjaya “sepenuh masa” anda sebagai suri rumah!
Apakah itu Perunding Hartanah?
Perunding Hartanah ataupun REN (real estate negotiator) ialah individu yang memberikan khidmat nasihat dan perudingan dalam urusan jual beli, sewa beli, atau sewaan hartanah dengan memberikan pandangan profesional dan penilaian pasaran.
Di samping itu, mereka juga dikontrak oleh syarikat untuk menyenaraikan dan memasarkan hartanah di bawah pengawasan Ejen Hartanah Berdaftar (REA). Jadi, anda tidak dibenarkan bekerja secara bebas melainkan anda berada di bawah penyeliaan agensi hartanah.
Salah satu tanggapan besar adalah anda mesti mempunyai ijazah ataupun pengalaman sembelum penyertaan. Ia tidak sebegitu rumit! Anda cuma mesti berumur 18 tahun ke atas dan anda perlu didaftarkan di bawah mana-mana agensi hartanah untuk ceburi kerjaya ini.
1. Memperolehi Lesen Perunding Hartanah
Seseorang harus terlebih dahulu memperolehi lesen perunding hartanah dari Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia sebelum anda boleh menjual.
Namun itu, Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah mewajibkan anda untuk sertai dan luluskan Kursus Persijilan Perunding yang berlangsung selama 2 hari sebelum anda diiktiraf sebagai seorang perunding hartanah.
Kursus tersebut akan memberi banyak manfaat terutamanya jika anda tiada pengalaman mahupun pengetahuan tentang kerjaya perunding hartanah atau bidang hartanah secara menyeluruh. Jangan risau, anda pasti akan lulus jika anda tumpukan perhatian dan belajar dengan bersungguh-sungguh kerana secara jujurnya, kerja suri rumah jauh lebih sukar!
2. Memahami Pasaran Hartanah
Walaupun Kursus Persijilan Perunding bertujuan untuk mengasuh minda tentang dasar-dasar industri hartanah dan pengajaran asasi yang lain, pendidikan anda tidak terhenti di sini sahaja.
Anda harus memahami pasaran hartanah dengan baik serta peka dengan perubahan dan gerakan pasaran.
Ini termasuk memahami trend pasaran, harga hartanah di daerah tertentu, dasar kerajaan yang berkaitan dan sebagainya.
Anda dapat mempelajari ini melalui sesi latihan, menghadiri seminar dan berinteraksi dengan komuniti perunding hartanah.
3. Membina Jaringan Kenalan
Untuk mencapai kejayaan dalam bidang hartanah ini, anda harus memiliki jaringan yang kuat untuk mempromosikan layanan anda dan membina kepercayaan dengan pelanggan anda.
Anda akan membina jaringan ini dengan menghadiri acara perniagaan dan memanfaatkan media sosial seperti LinkedIn, Instagram dan Meta (Facebook) untuk mempromosikan diri anda.
4. Manfaatkan Teknologi Pintar
Teknologi kini mengalami evolusi yang belum pernah berlaku sebelum ini. Dengan kepelbagain platform dan aplikasi di hujung jari kami, sayang jika kami abaikan potensi teknologi yang mampu memudahkan aliran kerja kami.
Teknologi yang kebelakangan ini makin mesra pengguna dan berkuasa ialah teknologi berteraskan artificial intelligence (AI), terutamanya ChatGPT. ChatGPT sempurna untuk yang bekerja “sepenuh masa” dalam bidang suri rumah kerana anda perlu multitask pelbagai kerja rumah dan uruskan kerja hartanah pada masa yang sama.
Dengan ChatGPT, anda boleh mendraf penyenaraian hartanah yang efektif serta sedap mata memandang dengan beberapa minit sahaja! Jikalau anda hanya fasih dalam Bahasa Melayu dan ingin membuat penyenaraian dalam Bahasa Inggeris mahupun Mandarin, ChatGPT boleh terjemahkan penyenaraian anda untuk anda capai khalayak yang lebih pelbagai.
Anda juga patut manfaatkan media sosial berteraskan visual seperti TikTok. TikTok bukan sahaja mampu melancarkan personal branding anda malah ia juga untuk anda merakam konten seperti tinjauan hartanah, mengemukakan hartanah baru yang menarik, dan konten umum mengikut tren untuk menambah followers.
Dengan memanfaatkan teknologi-teknologi ini, anda pasti akan mahir dalam bidang hartanah serta dalam bidang menjaga kesejahteraan rumah tangga.
5. Jangan Tolak Ilmu
Dalam bidang ini, anda tidak boleh leka supaya anda tidak ketinggalan kerana dunia hartanah ini berputar dengan pantas. Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk sentiasa menambah ilmu di setiap peluang anda dapat.
Sertailah seminar dan hadir ke setiap sesi latihan ataupun ceramah. Walaupun anda yakin akan kebolehan anda, anda mampu pergi dengan lebih jauh selagi anda ada kemahuan untuk menambah ilmu.
Sedemikian seperti itu, anda juga meraih faedah jika anda tidak kedekut ilmu. Sertai komuniti perunding hartanah ataupun tubuhkan komuniti anda sendiri. Akibatnya anda dapat berkongsi ilmu yang anda telah pelajari dan pentingnya sekali, anda akan menjalin hubungan symbiotik bersama ahli komuniti kerana nda juga turut menerima ilmu daripada mereka.
6. Meningkatkan Kemahiran Komunikasi
Sebagai seorang perunding hartanah, anda perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik untuk menjual dengan berkesan.
Anda perlu memahami keperluan pelanggan dan membantu mereka untuk mencapai matlamat mereka.
Anda juga perlu mempunyai kemahiran negosiasi yang baik untuk membantu pelanggan mendapatkan harga terbaik.
7. Menjaga Hubungan Pelanggan
Untuk berjaya dalam jangka panjang dan berkelanjutan sebagai perunding hartanah, anda perlu menjaga hubungan pelanggan yang baik.
Setelah sudah anda puas mencekup beberapa jualan, anda harus mengingati untuk selalu hubungi pelanggan lama dan memastikan bahawa mereka puas dengan perkhidmatan anda.
Anda juga boleh meminta umpan balik daripada pelanggan dan menggunakannya untuk meningkatkan perkhidmatan anda.
Kesimpulannya, sebagai perunding hartanah anda perlu mempelajari aspek-aspek penting dalam bidang hartanah dan menjalin hubungan yang kukuh dengan pelanggan dan rakan kongsi hartanah untuk berjaya.
Jangan lupa bahawa kejayaan dalam bidang hartanah bermula dengan komitmen, kesabaran dan kerja keras. Namun sifat sabar dan berdedikasi sudah pasti ditanam dalam naluri setiap suri rumah serta ibu. Lagipun, kerjaya suri rumah atau ibu berkali ganda sukarnya daripada kerjaya lain, jadi anda pasti boleh mengharungi cabaran menjadi perunding hartanah!
IQI mempunyai lebih dari 30,000 ejen hartanah di seluruh dunia. Melalui mod kerjasamanya yang khusus untuk ejen, ianya membantu mereka untuk berkembang bersama!
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Tinggalkan butiran anda di bawah! Kami akan menghubungi dan membantu anda secepat mungkin.