Pada suku pertama tahun 2021, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (NAPIC) telah melaporkan 13,077 jualan hartanah serata Selangor dan 3,061 di WP Kuala Lumpur.
Menurut kajian yang dilaporkan oleh Juwai IQI, 40% rakyat Malaysia memasang niat untuk membeli rumah pertama mereka pada tahun 2021, terutamanya generasi muda.
Dengan kadar OPR rendah serta bantuan kerajaan, turut meringankan beban rakyat yang ingin memiliki rumah pertama, seperti pengecualian duti setem, serta elaun-elaun pembelian rumah pertama.
Kami ingin bantu anda capai impian anda dan memberi rujukan 7 kawasan paling popular di Lembah Klang untuk beli rumah pertama anda. Dalam senarai ini termasuklah Kajang, Shah Alam, Puchong, Subang Jaya, Cheras, Ampang, dan Petaling Jaya.
Jangan runsing, kerana kami akan paparkan di mana dan mengapa anda patut membeli rumah pertama anda di kawasan popular ini.
Kawasan popular Lembah Klang untuk beli rumah pertama
Dengan modal yang mencukupi dan tempat yang strategik, anda juga boleh beli rumah pertama anda di kawasan Lembah Klang yang panas dengan permintaan orang ramai.
1. Kajang
Dengan akses lebuhraya yang mudah, Kajang merupakan tempat popular di Lembah Klang dan menjadi pilihan pembeli kerana ia merupakan satu tempat yang strategik berdekatan pelbagai pusat pendidikan.
Selain itu, pengangkutan awam amat mudah diakses bagi penduduk yang memilih Kajang sebagai tempat penempatan mereka.
Terdapat banyak pembangunan baru yang boleh menarik perhatian pembeli dan semuanya masih dalam harga mampu milik.
2. Shah Alam
Shah Alam mencatat carian tertinggi pada tahun 2020. Ini kerana Shah Alam menawarkan kehidupan lebih tenang di samping memiliki akses kemudahan yang pelbagai seperti pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan, rekreasi, dan kedai makan.
3. Puchong
Kerana bersebelahan dengan tempat tumpuan yang lain seperti Subang Jaya, Petaling Jaya, dan Shah Alam, Puchong menjadi kawasan popular di Lembah Klang seterusnya yang diminati ramai kerana tempatnya yang strategik dan padat dengan pembangunan baru.
Menjadi tumpuan kalangan anak muda serta mereka yang berkeluarga kerana memiliki akses kemudahan yang tinggi – hospital, pekerjaan, serta pendidikan.
4. Subang Jaya
Tempat lepak hotspot bagi kalangan anak muda, Subang Jaya menawarkan pelbagai kemudahan untuk penduduknya. Dilihat sebagai kawasan yang mesra keluarga, Subang Jaya juga dikelilingi pusat membeli belah dan taman serbaneka yang berdekatan untuk menikmati hujung minggu.
Selain itu, ramai melihat Subang Jaya sebagai tapak pelaburan yang terbaik kerana harganya yang kian meningkat.
Jangan lupa untuk menggunakan skim elaun pembelian rumah pertama anda!
Baca selanjutnya di sini! ▶️ Semua elaun pembelian rumah pertama oleh kerajaan tahun 2021!
5. Cheras
Cheras merupakan tempat popular di Lembah Klang dari dahulu lagi.
Kawasan Cheras yang berada bersebelahan, Sungai Besi, Ampang, dan Bandar Kuala Lumpur menjadi tumpuan pembeli kerana lokasinya yang strategik serta menawarkan pelbagai kemudahan yang tidak berjauhan.
6. Ampang
Kawasan seterusnya yang popular di Lembah Klang ialah Ampang. Ia merupakan lokasi idaman ramai pembeli kerana lokasi yang strategik. Hanya beberapa minit dari Bandar Kuala Lumpur, pembangunan yang rancak, jenis hartanah yang pelbagai, jalan raya yang mudah diakses, dan banyak lagi.
Lengkap dengan kemudahan awam seperti bas dan tren, Ampang menjadi keinginan rakyat Malaysia bahkan ekspatriat!
7. Petaling Jaya
Kedudukannya yang strategik antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang membuka banyak peluang pelaburan dari dalam dan luar negara. Terdapat pelbagai sektor swasta dan kerajaan yang terletak di Petaling Jaya.
Kebanyakan penduduk di Petaling Jaya sudah bertempat sebelum tahun 1952 dan masih bertempat di sana kerana penambahbaikan dan pembangunan yang bagus.
Boleh pertimbangkan dahulu yang telah kami kongsikan dengan anda sebelum anda memilih rumah pertama anda. Pelan dengan baik untuk masa depan anda dan keluarga anda. Selamat mencari rumah pertama!
Kami di IQI Global membantu pembeli untuk membuat pilihan yang terbaik dalam memilih rumah pertama mereka.
Untuk elakkan beban serta segala kesulitan pada masa akan datang, anda perlu pilih agensi terbaik untuk bantu anda dalam pencarian rumah impian anda. Kami boleh bantu anda!
Isi maklumat anda di bawah dan kami akan hubungi anda!