Percaya atau tidak, kita sudah hampir ke penghujung tahun 2022. Walaupun tahun ini adalah tahun yang cukup luar biasa yang penuh dengan dugaan, tangisan dan gelak tawa, tapi sudah tiba masanya untuk kita mengucapkan selamat tinggal.
Akan tetapi, perpisahan tak semestinya penuh kesedihan. Sejurus kita memasuki tahun 2023, ketika jam tepat menunjukkan 12, apa kata kita cuba memastikan kita membuka lembaran baru yang lebih bermakna?
Berikut adalah 5 tempat buat anda meraikan Malam Tahun Baru 2023 bersama insan tersayang!
1. RexKL
Siapa kata Tahun Baru perlu disambut dengan pertunjukan bunga api sahaja? Mari sambut tahun baharu dengan ‘good vibes’ dan muzik yang hebat di RexKL Block Party di Alley Play pada 31 Disember. Bermula dari pukul 4 petang hingga 10 malam yang akan dihoskan oleh krew Phil’s Pizza! Sementara itu, jangan lepaskan peluang untuk melibatkan diri anda dalam ‘audiovisual installation’ oleh artis Malaysia Afterlife, WC Sin Way Chyuan, di mana ia terbuka kepada orang ramai.
2. Sunway Velocity Mall
View this post on Instagram
Nikmati malam yang tidak dapat dilupakan di Sunway Velocity dengan Majlis Ambang Tahun Baru 2023 di Jalan Peel (bonus, masuk adalah PERCUMA)! Bermula jam 5 petang, luangkan malam anda dengan permainan karnival dan trak makanan ataupun ‘foodtruck’. Dalam pada itu, jangan lepaskan peluang menyertai pesta untuk menanti detik-detik pergantian tahun dengan barisan artis ternama; seperti Ayda Jebat, Haqiem Rusli, Vanessa Reynauld dan banyak lagi. Sambutan tahun baharu pastinya tak lengkap tanpa pertunjukan bunga api yang menerangi langit ketika jam tepat pukul 12!
3. Desa Park City
View this post on Instagram
Raikan tahun baru di Desa Park City dengan Pesta Cahaya yang mengagumkan. Dengan 7 titik sentuh berbeza untuk anda mengambil angin malam di sekitar taman bersama orang tercinta. Ditambah lagi dengan tema Lampu Nordic, anda boleh nikmati pelbagai pameran seni yang berlangsung dari 1 Disember hingga 5 Februari 2023. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengagumi Pesta Cahaya sambil makan malam atau menikmati secawan kopi; menghitung detik pergantian ke tahun 2023 yang unik dan tak dapat dilupakan.
4. Atmosphere360 at KL Tower
Adakah anda sedang mencari tempat makan malam yang tenang pada malam tahun baru sambil melihat panaroma indah kotaraya Kuala Lumpur? Apa kata raikannya bersama orang tersayang di Restoran Atmosphere 360 di Menara KL! Dengan ketinggian 280 meter di atas tanah, restoran berputar 360 darjah ini menyediakan bufet penuh dan pilihan menu sementara bunga api bercahaya di sekeliling anda. Ayuh sambut tahun baharu sambil menikmati pengalaman makan malam yang luar biasa dan penuh bermakna!
5. Sunway Lagoon
View this post on Instagram
Jika anda sedang mencari tempat untuk menyambut Malam Tahun Baru yang menarik, jom ke Sunway Lagoon untuk menghadiri konsert ambang 2023! Sertai Alan Walker, R3hab, Joe Flizzow, Sonaone dan banyak lagi untuk malam yang tidak dapat dilupakan dengan persembahan DJ bertaraf dunia secara langsung di Surf Beach, Sunway Lagoon. Dapatkan tiket anda sebelum ia habis di sini sekarang!
Pernah terfikir kenapa sesetengah ejen hartanah dapat mencapai matlamat dan impian mereka? Mereka menyertai IQI Global! Sebuah syarikat yang boleh mengubah impian anda menjadi kenyataan! Sertai kami hari ini!