PERSAINGAN merupakan norma dunia perniagaan. Persaingan tak semestinya sentiasa negatif! Persaingan yang sihat melahirkan syarikat yang terbaik dalam pasaran. Jadi, penting untuk kita mempunyai semangat berdaya saing bagi merebut kedudukan yang terbaik dalam apa-apa pun industri.
Cuba kita lihat dalam perekrutan, setiap agensi hartanah pastinya mahukan ejen yang bersemangat dan pandai mengatur strategi pemasaran kerana mereka membawa nama syarikat. Anda juga sebagai bakal agen pun pasti mahukan yang terbaik, betul tak?
Tapi, pilihan di tangan anda bukannya sedikit, belum termasuk agensi hartanah antarabangsa. Jadi, macam mana anda nak pastikan pilihan anda tu adalah yang TERBAIK?
Ok, ikut tips kami! Ini kriteria yang anda perlu lihat.
1. Pasukan yang berjaya merangkul kemenangan
Pertama, agensi yang sentiasa dinobatkan anugerah lazimnya agensi yang terbaik. Untuk dinobatkan sahaja perlu menjalani banyak saringan, apatah lagi kalau pasukan itu berjaya menang. Betul tak?
Jadi, anda masih dalam pencarian agensi hartanah yang DIIKTIRAF dan DIPERCAYAI? Sertai kami di IQI!
Agensi hartanah IQI telah dinobatkan dengan pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa dan tempatan. Berpengalaman dengan urusan hartanah di dalam dan luar negara, kami juga menerapkan segala pengalaman di peringkat global untuk memastikan ejen-ejen hartanah kami berilmu dan mampu mencapai sasaran jualan mereka dengan konsep mesra pelanggan dan profesional.
Berikut antara anugerah IQI (2018 – 2019):
- Anugerah Berlian Agensi All-Star – Anugerah Hartanah StarProperty (SREA) 2019
- Anugerah Agensi Terunggul – Anugerah Hartanah StarProperty (SREA) 2019
- Anugerah Agensi Caring Coral – Anugerah Hartanah StarProperty (SREA) 2019
- Kecemerlangan Firma Pelaburan & Penasihat – Anugerah Kepimpinan Perniagaan Global 2019
- Agensi Terbaik Tahunan (Titanium) – Anugerah Pengiklanan Ejen iProperty 2018
- Agensi All-Star (5 bintang) – Anugerah Hartanah StarProperty (SREA) 2018
- Agensi Pengundi Tertinggi – Anugerah Hartanah StarProperty (SREA) 2018
2. Perunding global
Banyak kelebihan jika anda sertai IQI sebagai ejen hartanah. Untuk menembusi pasaran antarabangsa kini lebih mudah kerana anda juga berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ejen hartanah antarabangsa.
Ibu pejabat IQI terletak di Dubai. IQI juga mempunyai cawangan di Malaysia, Filipina, Kemboja, Thailand, Vietnam, Australia dan Kanada. Kami tawarkan pelbagai pilihan pelaburan dengan pemaju terkenal di seluruh dunia.
Hasil gabungan IQI dan Juwai.com pada tahun 2019, IQI berjaya memperluas akses untuk pelabur hartanah dari China untuk membeli rumah di rantau Asia Pasifik melalui tapak web atau pemasaran luar talian oleh IQI Global.
Juwai.com kini mencapai lebih 5.5 juta pengguna setiap bulan dengan penyenaraian dari 111 negara.
Terbaru, IQI telah bergabung dengan agensi hartanah RINA Group yang mempunyai lebih 1,000 ejen dan perunding hartanah. Besar peluang untuk anda bekerja dan menyesuaikan diri di negara dan tempat yang berbeza jika anda menjadi ejen untuk agensi hartanah antarabangsa.
3. Kepimpinan melalui ‘role model’
Setiap ejen hartanah IQI mempunyai pasukan masing-masing. Ketua atau Team Leader dilantik untuk menjadi role model mereka. Ketua dipilih daripada yang terbaik untuk dijadikan teladan kepada ejen-ejen yang lain. Mereka akan membantu anda untuk meningkatkan prestasi dan juga membimbing anda untuk keluar dari zon selesa.
Kami juga menyediakan program latihan sesuai untuk ejen pada semua peringkat. Dalam latihan ini, anda akan diajar segala-galanya tentang hartanah dan cara untuk jadi realtor yang cekap dan berjaya dalam industri hartanah.
>>Klik di sini untuk memulakan kerjaya hartanah anda. Latihan PERCUMA disediakan setiap minggu.<<
4. Memperkasakan anda
Kami bantu ubah kehidupan anda. Kami telah bantu tingkatkan kehidupan orang ramai dengan dua cara:
- Kami ciptakan perniagaan hartanah yang berjaya untuk mereka.
- Kami bantu mereka untuk merealisasikan impian hartanah mereka, tidak kiralah sama ada memiliki rumah sendiri atau membina portfolio pelaburan.
Hubungan erat. “Sepasukan” atau “keluarga” adalah identiti kami. Di IQI, kerjasama antara ahli pasukan sangat dititikberatkan. Penting untuk sentiasa berhubung dan menjalankan perniagaan melalui hubungan yang erat! Kami turut sama berimpian tinggi dengan anda dan akan sentiasa membantu anda sedaya mungkin untuk kemajuan kita bersama.
Menikmati kepuasan hidup. Kami percaya gaya hidup yang mementingkan keperluan peribadi adalah penting! Kami memberi sokongan penuh untuk para ejen dan staf kami yang telah bekerja keras untuk menikmati kehidupan sepuas mereka. Banyak faedah disediakan jika anda sertai kami!
Majlis dansa mewah. Kami gembira dapat meraikan kejayaan anda! Ganjaran menanti untuk pasukan dan bintang-bintang kami yang telah bertungkus-lumus untuk para pelanggan. Majlis dansa sememangnya sudah sinonim dengan IQI kerana kami melakukannya di seluruh negara demi meraikan anda!
Keseimbangan. Di IQI, kami mementingkan keseimbangan kehidupan bekerja bagi membina kesetiaan dan komitmen.
5. Pasukan pakar yang berpengalaman
IQI berpegang teguh untuk melahirkan pemimpin dalam industri ini. Di IQI, anda akan dibimbing oleh pasukan pakar antarabangsa kami. Mereka akan menerangkan tentang perniagaan hartanah, cara untuk menangani cabaran dalam jualan dan kewangan, undang-undang yang mengawal pelaburan hartanah di negara yang berbeza dan cara melibatkan diri dengan pemaju hartanah secara profesional dengan terperinci kepada anda. Semuanya dalam persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan inklusif. Pencapaian anda juga akan diraikan dengan pelbagai hadiah dan peluang untuk melancong ke luar negara.
6. Kami percaya kepada dunia yang lebih baik
IQI dikenali dan diiktiraf kerana tanggungjawab korporatnya kepada masyarakat. Komuniti kami ialah keluarga kami dan kami memperkasakan ahli kami untuk memberi kembali kepada masyarakat. Kami memupuk cara kreatif untuk menyokong usaha tempatan seperti rumah anak yatim dan rumah orang tua dan secara aktif mempromosikan altruisme dalam kalangan pekerja kami. Jika anda menyertai kami sebagai ejen IQI, anda juga akan dapat melihat usaha kami untuk melakukan perubahan dalam kehidupan orang ramai.
IQI telah menganjurkan acara larian amal “LoveRun”. Melalui acara ini, sejumlah wang yang berjaya dikutip telah didermakan kepada badan-badan amal kebajikan. Selain itu, IQI juga bekerjasama untuk menganjurkan kempen derma darah dan menderma untuk kebajikan Rumah Aman, iaitu sebuah badan kebajikan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
Kenali IQI!
IQI bukan sekadar jenama atau syarikat, IQI ialah komuniti untuk mereka yang berani untuk berimpian tinggi, saling bekerjasama dan saling memberi semangat untuk berjaya. Kami di IQI tahu betapa pentingnya untuk mengamalkan konsep keluarga dalam pasukan kami, jadi kami memastikan keluarga IQI dijaga dan terus maju bersama-sama.
Sejarah membuktikan bahawa pelaburan hartanah merupakan pelaburan yang kekal stabil menempuh pelbagai kegawatan ekonomi. Kami di IQI bertekad untuk menjadi AGENSI HARTANAH TERBAIK supaya kami dapat menawarkan ketenangan fikiran kepada anda untuk berurusan dengan sebuah agensi hartanah yang stabil. Kami akan membimbing anda untuk membuat keputusan yang terbaik untuk sebarang bentuk pelaburan, termasuklah pelaburan rumit.
Sertai kami di IQI!
Kami di IQI sentiasa menginginkan anda untuk merasai pengalaman yang paling berharga sepanjang anda menyertai kami. Pastinya, kami inginkan pengalaman ini untuk memberi manfaat kepada anda sepanjang karier anda dalam industri hartanah!
Anda pasti mahukan yang terbaik! Tapi, adakah anda cukup berani untuk sertai dan berjaya dengan kami? Kami mahukan mereka yang berani keluar dari zon selesa dan berpandangan jauh. Adakah anda orang yang kami cari?
Jika YA, sertai agensi hartanah IQI sekarang! Jangan tunggu lagi, isikan borang di bawah ini sekarang dan nantikan panggilan kami!