Perunding hartanah wanita pertama dari kalangan Bumiputera yang berjaya memenangi bonus rumah di IQI? Ya, anda tak salah dengar! Ini bukan cerita biasa, ini kisah kejayaan yang luar biasa!
Bayangkan, dari seorang graduan Sains Biomolekul ke pemenang bonus rumah pertama bagi kalangan Bumiputera?! Kejayaan yang mungkin pernah dianggap mustahil.
Salah seorang ketua pasukan dari IQI Elite, Natasha Gideon, buktikan yang ianya tidak mustahil dan boleh jadi kenyataan bila ada usaha, semangat dan berkat tidak putus asa.
Baca lebih lanjut untuk lihat bagaimana Natasha berjaya mengubah perjalanan hidupnya dengan IQI!
Dari Seorang Wartawan ke Perunding Hartanah: Kisah Natasha
- Permulaan Perjalanan Natasha dalam Bidang Hartanah
- Keputusan Untuk Meninggalkan Zon Selesa
- Pengalaman Menarik yang Dihadapi Sepanjang Menjadi Perunding Hartanah
- Apa Goals Seterusnya Yang Ingin Dicapai?
- Kehidupan Natasha Gideon sebagai Influencer Hartanah
- Nasihat buat ‘newbies’ yang mahu memulakan kerjaya dalam bidang hartanah
Permulaan Perjalanan Natasha dalam Bidang Hartanah
Natasha Gideon, anak jati Banting Selangor dan merupakan anak sulung bagi 2 beradik, sebenarnya bermula dengan kerjaya yang agak berbeza! Berbekalkan ijazah BSc Sains Biomolekul, langkah pertamanya dalam dunia kerjaya adalah sebagai wartawan di sebuah majalah hartanah.
Menarik, kan?
Melalui pengalaman sebagai wartawan hartanah, dia mendapat peluang eksklusif untuk menemubual ramai pakar terkemuka dalam industri ini.
Melalui pengalaman berharga ini, dia terinspirasi oleh kisah kejayaan pelabur serta ejen muda yang akhirnya membuatkannya meninggalkan dunia kewartawanan, lalu mengambil risiko untuk terjun sepenuhnya ke dalam bidang hartanah sebagai perunding hartanah!
Keputusan Untuk Meninggalkan Zon Selesa
Melangkah keluar dari zon selesa pekerjaan 9 hingga 5 dengan pendapatan yang tetap bukanlah sesuatu yang mudah, menurut Natasha.
Waktu kerja fleksibel ≠ waktu bebas = Komitmen yang diperlukan jauh lebih tinggi.
Ditambah pula dengan ketidaktentuan pendapatan —bayangkan, ada ketika di mana Natasha terpaksa bertahan tanpa komisen selama 6 bulan! Namun, semua pengalaman tersebut mengajarnya erti ketabahan dan kesabaran dalam perjalanan kariernya sebagai perunding hartanah.
Jadi… apa yang membuatkannya meneruskan keputusannya?
Cabaran! Saya suka cabaran dan tahu potensi pendapatan yang boleh dicapai oleh REN dan perunding hartanah. Saya memang minat cari duit! Kalau kerja 9-5, walaupun dah berusaha sampai 200%, gaji tetap sama je. Tapi dalam hartanah, bila saya usaha 200%, pendapatan saya pun boleh naik dua kali ganda!
Natasha Gideon
Pengalaman Menarik yang Dihadapi Sepanjang Menjadi Perunding Hartanah
Seperti kebiasaan, pengalaman pertama setiap perjalanan baharu adalah yang paling menakutkan tetapi akan sentiasa diingati, begitu juga dengan Natasha.
Bagi Natasha, jualan subsale pertamanya adalah yang menarik dan meninggalkan kesan yang mendalam buatnya!
Urusan jualan subsale pertama Natasha adalah dengan seorang warga asing yang pada mulanya menyatakan kebenciannya terhadap ejen dan peguam hartanah secara terus terang kepadanya.
Namun, Natasha tetap membantu beliau untuk mendapatkan unit yang diingini dan berhasil melakukannya dalam tempoh hanya 3 minggu!
Hasilnya, pelanggan tersebut akhirnya mengakui kebolehannya dengan menyatakan, “Awak memang hebat dalam hal ini. Terima kasih banyak!” Sehingga hari ini, mereka masih kekal berhubung di LinkedIn.
Apa Goals Seterusnya Yang Ingin Dicapai?
Satu Jawapan = Empayar
Natasha Gideon, sebagai salah seorang ketua pasukan di IQI, benar-benar yakin dengan kebolehan pasukannya dalam membuat jualan, terutama dalam pasaran bumiputera. Baginya, kepercayaan dan keyakinan adalah kunci untuk membina pasukan yang mantap.
Apa yang membuatkan pendekatannya unik ialah dia tidak menetapkan sebarang kriteria ketat dalam merekrut ahli baru. Natasha percaya bahawa ramai yang tidak menyedari potensi sebenar mereka sehingga mereka diberi peluang untuk mencubanya sendiri.
Prinsipnya jelas: “Saya akan ambil sesiapa saja yang betul-betul ‘hungry’ atau semangat untuk buat jualan.”
Saya nak bina empayar sendiri dan perlukan lebih ramai REN, PEA, dan REA dalam team saya yang boleh bantu saya untuk bantu lebih ramai orang. Dalam masa yang sama, saya juga nak pastikan ejen-ejen saya dapat hidup dengan lebih selesa dan berkualiti.
Natasha Gideon
Dia sendiri juga merasa sangat bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada IQI selama 9 tahun dan penuh semangat untuk terus maju bersama syarikat ini.
Bagi beliau, apa yang benar-benar membezakan IQI adalah cara mereka menghargai dan memberi ganjaran kepada ejen, yang akhirnya membawa kesan positif kepada jualan syarikat. Pelaburan dalam ejen dan REN (Real Estate Negotiator) ternyata memberikan impak positif yang ketara dalam perkembangan syarikat ini.
Kehidupan Natasha Gideon sebagai Influencer Hartanah
Kalau di Malaysia, kita ada influencer terkenal seperti Khairul Aming yang terkenal dengan perkongsiannya tentang masakan dan Richard Ker dengan perkongsian tentang pemasaran digital.
Bagi perkongsian tentang hartanah pula kita ada Natasha Gideon atau juga lebih dikenali di alam maya sebagai Marie jual Kondo! Nama yang tidak asing lagi bagi mereka yang kerap mengikuti konten-konten tentang hartanah. Betul tak?
Dengan gaya penyampaian yang penuh personaliti dan pendekatan yang unik, dia telah berjaya mengubah pandangan orang ramai terhadap dunia hartanah.
Malah, kehebatannya dalam bidang ini telah menarik perhatian saluran terkemuka seperti Astro Awani dan pelbagai stesen radio lain untuk menjemputnya berkongsi ilmu serta pandangan berharga tentang hartanah.
Sudah pasti perjalanannya sebagai influencer hartanah bukanlah sesuatu yang dia capai dalam masa sehari. Menurutnya, konsistensi adalah kuncinya.
Sebenarnya tak ada satu video yang betul-betul viral pun, tapi saya antara REN yang awal-awal mula buat konten kesedaran tentang hartanah dan konsisten dari 2019. Masa COVID tahun 2020, orang ramai mula follow video-video saya. Saya teruskan je kongsi info, dan tak sangka orang terima dengan positif. Kalau bab viral tu, bagi saya bonus je.
Natasha Gideon
Natasha benar-benar menganggap hartanah sebagai sebahagian besar kehidupannya. Kejayaan dan semangat ini banyak disokong oleh suaminya, yang sentiasa memahami dan memberi dorongan terhadap apa yang dilakukannya. Dia bijak mengintegrasikan bidang ini ke dalam rutin hariannya sehingga ia menjadi sebahagian semula jadi daripada kehidupannya.
Nasihat buat ‘newbies’ yang mahu memulakan kerjaya dalam bidang hartanah
1. Cari leader yang hebat di IQI
2. Jangan takut untuk ambil langkah berani
Tiada jaminan bahawa semua perkara akan berjalan lancar seperti yang kita harapkan, itu sudah pasti. Tapi jika kita melakukannya dengan sepenuh hati dan usaha, keputusan itu tidak akan mendatangkan penyesalan.
Natasha ingin memberi motivasi kepada individu yang ingin berjaya dalam bidang hartanah dengan menyarankan mereka untuk kembali ke “fighting mode” yang pernah dilalui semasa menghadapi cabaran paling sukar dalam hidup.
Setiap orang pasti pernah melalui fasa yang paling sukar dalam hidup sebelumnya, tapi lihat di mana anda sekarang? Anda telah berjaya melalui masa-masa sukar itu!
Jika anda berikan 300% usaha dan fokus, dalam tempoh 6 bulan anda akan lihat hasilnya. Apa yang penting, janji pada diri sendiri untuk buat yang terbaik dan jangan sesekali mungkiri janji itu.
Natasha Gideon
Dia juga turut mengungkapkan rasa bangga dan gembira menjadi sebahagian daripada IQI dan berhasrat untuk terus berkembang serta membina legasinya di syarikat ini. Dengan penuh keyakinan, Natasha mengajak yang lain untuk turut bersamanya mencapai kejayaan di puncak industri hartanah.
IQI adalah sebuah agensi yang teratur dan telus, dengan pendekatan global yang jelas membezakannya daripada agensi-agensi kecil yang sering dibayangi isu politik dalaman.
Natasha Gideon
Setiap langkah menuju kejayaan pasti ada liku dan halangan, tetapi kisah Natasha Gideon membuktikan bahawa impian tidak akan tercapai tanpa keberanian untuk mencuba.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi bahawa jika anda berani melangkah keluar dari zon selesa, kejayaan dan impian anda juga tidak mustahil untuk dicapai. Jadi, apa lagi? Mulakan langkah pertama anda hari ini!
Di IQI, kami membawa impian anda menjadi kenyataan. Sertai pasukan Natasha dan rasai pengalaman bekerja dalam suasana yang penuh inspirasi, di mana kejayaan bukan sekadar impian tetapi realiti!
Baca Selanjutnya:
1. Hembusan Nafas Baharu Yang Berjaya Mengubah Nasib AG Sasidar sebagai Ejen Hartanah bersama IQI Global!
2. Pernah Ditipu Sehingga Lebih Daripada RM400k?! Dengarkan Kisah Kebangkitan Ejen Hartanah IQI Membawanya Memenangi Bonus Rumah!