Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Kerja Dari Rumah (WFH) yang Bergaji Tinggi di Malaysia

Penat dengan jem setiap pagi? Atau bosan dengan rutin pejabat dengan gaji basic?

Kerja dari rumah = work-life-balance?

Kini, ramai golongan muda lebih mengutamakan keseimbangan kerja dan hidup, mencari pekerjaan yang menawarkan fleksibiliti dan gaji yang setimpal.

Dengan perkembangan teknologi dan digital, kerja dari rumah lebih mudah dicapai, membuka peluang bagi mereka yang mahu mencapai kejayaan tanpa mengorbankan kehidupan peribadi.

Jadi, jika anda berminat mencari kerjaya dari rumah yang berpotensi dan lebih kebebasan, jawapan anda mungkin di sini!



Di bawah kami senaraikan 7 pekerjaan dari rumah yang bergaji tinggi di Malaysia!

kanak mengangkat tangan semasa sesi pembelajaran dalam talian.

1. Tutor Dalam Talian (Online Tutor)

Pendapatan Tahunan Yang Dijangka: RM24,000 – RM72,000

Kerjaya tutor dalam talian menggunakan akses teknologi dan platform seperti Google Meet dan Zoom yang memudahkan komunikasi, sama ada diperingkat tempatan mahupun global.

Fleksibiliti dari segi masa dan lokasi menjadikan kerjaya ini menarik, tapi berbeza dengan rutin 9-5.

Bezanya, anda boleh pilih masa sendiri mengikut jadual yang sesuai.

Lelaki sedang duduk santai di atas sofa sambil bekerja.

2. Wakil Perkhidmatan Pelanggan (Customer Service)

Pendapatan Tahunan Yang Dijangka: RM24,000 – RM48,000

Sebagai wakil perkhidmatan pelanggan, tugas utama adalah untuk membantu pelanggan menyelesaikan masalah dan menjawab pertanyaan.

Kerjaya ini sangat sesuai untuk mereka yang sabar, komunikatif dan suka membantu orang.

Dengan adanya sistem sokongan panggilan dalam talian, ramai syarikat kini menawarkan peluang kerja dari rumah bagi jawatan tersebut untuk mencepatkan urusan pertanyaan.

telemarketer memakai fon kepala dengan mikrofon.

3. Telepemasaran (Telemarketer)

Pendapatan Tahunan Yang Dijangka: RM24,000 – RM48,000

Antara kerjaya yang dinyatakan, kerjaya ini merupakan antara yang paling senang dan rilek. Kriterianya mudah: wakil telepemasaran hanya perlu bekerja menggunakan telefon bimbit sahaja.

Oleh itu, tak kira umur, ramai yang berminat bekerja sebagai part-time sebagai pendapat sampingan.

Tugas utama termasuklah menghubungi pelanggan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan. Jadi, individu yang petah bercakap dan pantas berfikir sesuai dengan jawatan ini.

Menariknya, wakil syarikat turut menawarkan komisen yang lumayan kepada telemarketer yang berjaya mencapai sasaran.

Komputer dengan paparan yang panjang.

4. Penulis Kandungan (Copywriter)

Pendapatan Tahunan Yang Dijangka: RM36,000 – RM60,000

Sesiapa sahaja boleh menulis, asalkan ada minat dan kesungguhan.

Sebagai penulis kandungan, tugas utama adalah menghasilkan artikel, blog, atau teks lain yang menarik dan bermanfaat untuk pembaca.

Orang yang mempunyai kreativiti dalam menulis dan gemar menulis boleh berjaya dalam bidiang tersebut.

data analisis menggunakan komputer

5. Penganalisis Data (Data Analyst)  

Pendapatan Tahunan Yang Dijangka: RM36,000 – RM60,000

Kerjaya sebagai penganalisis data melibatkan tugasan seperti menganalisis data untuk membantu syarikat membuat keputusan yang lebih baik.

Mereka biasanya menggunakan alat seperti Excel, SQL, Power BI dan Python untuk membantu dalam pengiraan dan strategi berdasarkan data.

Setiap alat ini membuktikan kebolehannya untuk melaksanakan tugas dari rumah, sambil memerlukan kemahiran teknikal yang kuat tentang data.

lelaki membangunkan laman web dan menulis kod.

6. Pembangunan Perisian (Web Developer)

Pendapatan Tahunan Yang Dijangka: RM36,000 – RM72,000

Kerjaya pembangun web berpotensi mendapat gaji tinggi walaupun di peringkat permulaan, bergantung kemahiran.

Individu yang berminat perlu menguasai bahasa pengaturcaraan seperti HTML untuk merancang dan membangunkan laman web.

Dengan hanya menggunakan komputer dan sambungan internet yang baik, pembangun web boleh bekerja sepenuhnya dari rumah, memberikan fleksibiliti dalam pengurusan masa dan lokasi kerja.

7. Ejen Hartanah (Property Agent)

Pendapatan Tahunan Yang Dijangka: RM20,000 – tanpa had

Tertanya mengapa bidang hartanah sangat menguntungkan?

Kebanyakan ejen hartanah memperoleh gaji berasaskan komisen, meningkatkan pendapatan mereka dengan ketara.

Komisen biasanya berkisar antara 1% hingga 3% daripada harga jualan, bergantung kepada nilai hartanah. Bagi beberapa syarikat, komisen ini boleh mencecah sehingga 5%!

Kebanyakan tugas seperti menguruskan perjanjian pelanggan dan berkomunikasi dengan klien boleh dilakukan dalam talian.

Lebih menarik, kerjaya ini tidak memerlukan pengalaman luas, menjadikannya sesuai untuk individu tanpa pengalaman.

Mengapa Memilih Kerjaya WFH?

Sejak tahun 2020, kerjaya bekerja dari rumah masih dalam trend disebabkan oleh faktor fleksibiliti waktu dan lokasi kerja yang ditawarkan.

Di bawah menujuk kelebihan memilih kerjaya WFH:

  1. Work-life-balance:Bekerja dari rumah memberi fleksibiliti masa untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan.
  2. Menjimatkan Kos: Pekerja dapat mengurangkan kos perjalanan dan perbelanjaan seperti makan di luar atau pakaian kerja.

3. Produktiviti yang Tinggi: Persekitaran yang lebih tenang dan fleksibel di rumah membolehkan pekerja memberi fokus sepenuhnya kepada tugas, meningkatkan produktiviti.

Apa Yang Anda Perlu Untuk Bekerja di Rumah?

Bekerja dari rumah menawarkan banyak kelebihan, tetapi individu perlu memastikan mereka memenuhi beberapa kriteria penting seperti:

  1. Peralatan Teknologi yang Berkualiti: Pastikan anda memiliki komputer yang sesuai dengan perisian terkini bagi menyokong tugas harian.
  2. Wi-Fi yang Stabil: Sambungan internet yang pantas dan stabil adalah kunci untuk mesyuarat maya, muat turun fail, dan komunikasi yang lancar.
  3. Kemahiran Digital yang Kukuh: Individu perlu mempunyai keupayaan menggunakan aplikasi dan teknologi semasa menguruskan projek.

Secara keseluruhannya, peralihan kepada kerjaya bekerja dari rumah semakin mengubah pasaran pekerjaan, menawarkan ganjaran kewangan serta kebebasan peribadi.

Ia telah menjadi pilihan utama untuk gologan muda disebab oleh kemudahan, kebebasan dan ganjarannya.

Sama ada anda baru bermula atau mencari perubahan, dengan kemahiran yang betul dan sikap yang sesuai, anda boleh mencapai kerjaya yang memuaskan.

Versi: CN


Soalan Lazim (FAQ)

Tidak semestinya. Banyak agensi seperti IQI Global menyediakan latihan lengkap untuk ejen baru.

Kerja yang memerlukan kehadiran fizikal seperti juruteknik, pekerja kilang, atau jururawat sukar dilakukan dari rumah kerana ia melibatkan penggunaan peralatan khusus dan interaksi secara langsung.

Tidak semestinya. Walaupun sesetengah pekerjaan WFH mungkin menawarkan gaji permulaan yang lebih rendah, banyak syarikat kini menyediakan bayaran yang kompetitif setara atau lebih tinggi daripada kerja fizikal, terutamanya dalam bidang digital dan pemasaran.


Berminat dengan kerja work-from-home tapi nak gaji tinggi? Kerjaya sebagai ejen hartanah bukan sahaja fleksibel dan lumayan, malah tidak memerlukan kelayakan pendidikan yang tinggi untuk bermula.

Inilah masa terbaik untuk mencuba sesuatu yang baru dan capai kejayaan dari rumah!

[custom_blog_recuit_form]


Baca Selanjutnya:

1. Gaji vs Komisyen: Mana Pilihan Yang Tepat?

2. 5 Pekerjaan Gaji Tinggi di Malaysia Tahun 2024 menurut Jobstreet!

3. Adakah Kerja Part Time Dari Rumah Menjana Pendapatan Yang Stabil?

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯