Seorang REN atau pembantu ejen harta tanah merupakan seorang yang memainkan peranan penting dalam urusan jual beli hartanah. Kehidupan mereka yang sibuk mengendali dan mengurus transaksi hartanah orang ramai.
Ramai yang melihat kerjaya REN ni sebagai kerja yang senang lenang, tapi ini kerana seorang REN bekerja pada masa mereka tersendiri.
Artikel ini bertujuan untuk kongsi kehidupan harian seorang REN dan menjawab soalan khalayak ramai mengenai kerjaya seorang REN. Antaranya mencari listing hartanah, merancang pemasaran untuk listing, bertemu pelanggan dan lakukan viewing, melakukan kerja admin, dan latihan dan perbincangan bersama rakan REN dan agensi.
1. Mencari listing hartanah
Listing hartanah adalah unit-unit hartanah yang diperoleh daripada pemilik. Hartanah ini diamanahkan kepada REN untuk dijual ataupun disewa. Sebelum unit hartanah ini diiklankan, ejen hartanah perlu mendapat kebenaran dari pemilik.
Listing ni pula datang dari mana? Pelbagai cara untuk seorang REN mendapatkan listing mereka. Antara cara paling mudah adalah melalui marketplace. Dalam alaf digital kini, marketplace terdapat merata-rata antaranya di laman portal atau melalui media sosial.
Satu tips untuk mencari listing melalui marketplace adalah untuk mencari posting yang lama. Ini kerana kemungkinan besar hartanah ini mempunyai kesukaran untuk dijual dan seorang REN yang menghubungi tuan hartanah boleh berusaha untuk mengiklankan dan menjual hartanah tersebut.
2. Merancang pemasaran untuk listing
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk pemasaran sesebuah listing seorang REN. Dengan menggabungkan cara tradisional dan moden, seorang REN mampu mencapai pemasaran yang lebih luas.
Abad ini lebih mudah untuk seorang REN melakukan pemasaran yang berada di hujung jari, mudah, murah, dan mampu capai lebih ramai bakal pelanggan.
Tetapi, masih ramai yang gemar melihat hartanah secara fizikal, jadi dengan menggunakan perkhidmatan banting, banner, risalah, dan lain-lain, seorang REN boleh menggunakan cara pemasaran sebagai senjata mereka untuk mencari sesuap nasi.
Untuk menggunakan strategi ini dengan lebih padu, seorang REN perlu pandai utamakan hartanah yang perlukan cara tradisional atau moden. Tidak semua hartanah boleh digunakan dengan cara tradisional dan lebih efektif dengan pendekatan moden.
3. Bertemu pelanggan dan lakukan viewing
Yang ini merupakan proses penting harian paling penting bagi seorang REN iaitu sesi viewing bersama pelanggan mereka. Proses viewing ini boleh jadi deal maker atau breaker sebuah transaksi.
Selain dari membersih dan mencantikkan sebuah hartanah, seorang REN perlukan cara komunikasi yang hebat untuk pastikan seorang pelanggan tertarik dengan hartanah yang mereka persembahkan.
Proses viewing ini boleh dilakukan bersama tuan hartanah ataupun tidak. Untuk melancarkan proses transaksi, seorang REN boleh berunding dengan tuan hartanah untuk harga yang menepati citarasa pelanggan.
Seorang pemilik hartanah boleh hubungi seorang REN untuk menjual atau menyewakan hartanah mereka. Seorang REN harus cuba yang terbaik untuk pastikan kehendak seorang pemilik tercapai.
➡️ Jom mulakan kerjaya anda sebagai seorang REN sekarang! ⬅️
💡 5 Langkah Mulakan Kerjaya REN di Malaysia!
4. Melakukan kerja admin
Selepas mengiklan, mempromosi, dan berunding dengan pelanggan, seorang REN perlu pastikan kertas kerja mereka kemas dan teratur. Kerja admin seperti pengarangan kontrak, draf pajakan, penghantaran dan menyusun fail, serta menjawab email dan menjawab pertanyaan pelanggan berpotensi.
Dengan pastikan kertas kerja seorang REN teratur, ianya dapat membantu melancarkan kerja serta proses pembayaran mereka. Selain itu, seorang REN akan bekerja dengan ahli bank, pemaju, dan ahli guaman untuk transaksi hartanah.
5. Latihan dan perbincangan bersama rakan REN dan agensi
Sebagai seorang REN ianya penting untuk melalui latihan demi pelajari ilmu-ilmu baharu dan mengukuhkan ilmu mereka yang diteraskan. Ini kerana kerjaya seorang REN berubah mengikut peredaran zaman.
Seperti contoh cara pengiklanan 10 tahun dahulu tidak sama seperti cara pengiklanan hari ini. Oleh itu, latihan diberi membantu REN untuk melakukan pengiklanan dan urusan jual beli hartanah.
Perbincangan bersama REN dan agensi pula berlaku untuk menetapkan matlamat dan bantu memana REN yang ada masalah dengan urusan perniagaan mereka. Di sini seorang mentor atau ketua akan memberi dorongan kepada mereka yang masih baharu agar mereka tidak mengalah.
Berikut adalah kehidupan harian seorang REN. Ianya nampak mudah tapi pelbagai yang perlu dilakukan oleh seorang REN untuk pastikan pendapatan mereka lumayan dan usaha mereka membuahkan hasil!
Berminat untuk memulakan kerjaya anda sebagai seorang REN? Serlahkan potensi anda dengan sertai syarikat hartanah terbesar Asia, IQI Global!
Isi maklumat anda dibawah dan kami akan hubungi anda!