Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Juwai-IQI Buka Pusat R&D Global di Malaysia

“Malaysia yang mempunyai lokasi yang strategik untuk membuka sebuah pusat R&D. Selain dari tenaga kerja yang berkemampuan, sokongan infrastruktur juga mainkan peranan untuk keputusan ini.” ini merupakan kenyataan Kashif Ansari, Ketua Pegawai Eksekutif, Juwai IQI ketika ditanya berkenaan mengapa membuka pusat R&D di Malaysia.

Inisiatif yang disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ini mengukuhkan lagi cita-cita untuk membuka sebuah pusat R&D Global di Malaysia.

Juwai IQI

Program-program yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia seperti MYDigital yang bakal menaik taraf kadar kelajuan dan rangkaian internet negara dapat mempercepatkan pelan Juwai IQI.

Pusat R&D ini akan bertapak di Millerz Square, Jalan Klang Lama. Selain itu, akan membuka lebih 1000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Dengan kadar kepesatan teknologi, Juwai IQI merupakan sebuah syarikat yang mengutamakan kegunaan teknologi maklumat dalam transaksi dan perniagaan.

Tonton video penuh: Niaga AWANI

Sumber: Astro AWANI

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯