Penularan pandemik Covid-19 telah meninggalkan beberapa parut terhadap ekonomi negara termasuklah industri-industri yang gagah berusaha untuk menangani kerugian.
Tetapi, pengusaha dan pengeluar telah suaikan diri pada saat ini dengan menggunakan platform digital untuk mencari jualan. Tiada bezanya pada pengguna yang bantu tingkatkan penjualan secara dalam talian pada tahun 2020.
Pasaran Hartanah Malaysia
Pasaran hartanah menyaksikan kejatuhan YoY pada separuh pertama 2020 (1H2020). Jumlah urus niaga hartanah untuk 1H 2020 turun 27.9% YoY kepada 115,476, sementara nilai transaksi menurun 31.5% menjadi RM46.94bilion, berdasarkan data terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) yang beroperasi di bawah Perkhidmatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Jabatan (JPPH).
Manakala pada tahun 2021, NAPIC melaporkan hartanah lambakan (overhang) sedikit pembaikan pada penghujung 2020. NAPIC turut mengatakan pasaran kediaman dijangka mengalami kenaikan perlahan pada separuh kedua tahun 2021, dengan tumpuan tetap pada segmen yang berpatutan.
Impak positif Covid-19 terhadap pasaran hartanah
Dalam kesusahan pasti ada kesenangan untuk para pembeli hartanah. Terdapat beberapa impak positif Covid-19 terhadap pasaran hartanah. Kesan positif ini kebanyakkannya untuk para pembeli yang inginkan hartanah mereka sendiri.
1. Harga hartanah turun
Sebagai pembeli ini merupakan petanda yang baik untuk membeli hartanah mereka yang pertama. Pada tahun 2019, kesan pandemik yang awal, harga hartanah kediaman dijangka akan terus susut dalam tempoh satu hingga dua tahun berikutan lambakan unit rumah tidak terjual di Malaysia dahulunya mencecah nilai sebanyak RM29.47 bilion.
Manakala pada tahun 2020, harga diminta pembeli rumah di Malaysia mula mencatatkan penurunan pada suku ketiga 2020, merentasi semua empat pasaran utama termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.
2. Lebih ramai pembeli di pasaran
Kerana dilanda pandemik, lebih ramai pembeli ada di pasaran dan menginginkan hartanah mereka sendiri. Dengan kadar faedah serta harga hartanah yang murah, lebih ramai pembeli kini menjadi agresif dan ingin mengaut keuntungan masa hadapan.
Menurut kajian oleh Juwai IQI, pada hujung tahun 2020 dan awal 2021, Covid-19 tidak menjejas jualan hartanah di Malaysia. Malah, Juwai IQI memuktamadkan AS$88 juta (RM364 juta) jualan projek kediaman baharu di seluruh Malaysia berbanding tahun 2019.
3. Kadar Dasar Semalaman (OPR) BNM rendah
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 1.75 peratus, kadar terendah sejak tahun 2004. Oleh kerana kadar yang rendah, lebih ramai pembeli ingin menggunakan peluang keemasan ini untuk membeli hartanah pertama mereka.
4. Pelbagai pakej ransangan kerajaan untuk meransang pemilikan dan pelupusan
Pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai pakej ransangan sebagai langkah untuk membantu pengguna serta ekonomi negara. Antaranya ialah pengecualian duti setem bagi rumah pertama.
Dengan wujudnya skim bantuan serta program, beban pembeli amat diringankan dan dipermudahkan untuk mereka membeli hartanah mereka.
▶️ Kesemua elaun pembelian rumah pertama oleh kerajaan tahun 2021
5. Kenaikan penggunaan digital untuk jual hartanah
Kesukaran untuk melihat dan memeriksa rumah yang mereka inginkan, lebih ramai pengguna saksikan LIVE para REN yang memaparkan listing mereka dalam talian. Dengan menggunakan platform digital, para REN boleh capai lebih ramai pengguna serta memudahkan para pengguna dengan hanya melihat rumah idaman dari applikasi telefon pintar mereka.
Baca juga: 5 Langkah Mudah Beli Rumah Subsale [2021] 🏡
Impak negatif Covid-19 terhadap pasaran hartanah
Seperti mana yang diketahui ramai, terdapat pelbagai impak negatif yang berlaku akibat pandemik Covid-19. Kerugian tidak bertumpu hanya pada pasaran hartanah, malah ekonomi negara menghadapi masalah akibat pandemik.
1. Banyak projek tergantung
Lockdown yang berlangsung pada Mac 2020 – May 2020 telah menutup semua sektor kecuali sektor perkhidmatan perlu telah menangguh banyak projek perumahan yang sedang berjalan.
BNM berkata projek perumahan yang dilancarkan pada suku kedua tahun 2020 adalah sedikit, ia akan terus menjejaskan aktiviti pasaran dengan jumlah unit baharu berjumlah hanya sekitar seperlima (3.911 unit) daripada purata suku tahunan pada tahun 2019.
Sementara itu, jumlah rumah yang belum terjual kekal meningkat hampir 170,000 unit, kebanyakannya masih dalam pembinaan
2. Harga hartanah turun
Bagi pembeli ini merupakan keuntungan dan peluang, manakala bagi pemaju dan pelabur, ini merupakan satu kerugian yang besar. Pemaju tidak dapat untuk selesaikan projek mereka yang boleh mendatangkan keuntungan besar serta harga hartanah yang turun menyebabkan pelabur harus menjual hartanah mereka dengan harga yang murah.
3. Pembeli tidak berani berbelanja
Akibat pandemik Covid-19, ramai yang kehilangan pekerjaan dan terpaksa menganggur dan melakukan kerja rencam untuk meneruskan hidup mereka. Pada masa yang sama simpanan yang telah mengambil masa yang lama untuk kumpul digunakan untuk menjaga diri dan ahli keluarga.
Pengangguran di Malaysia meningkat kepada 772,900 orang pada kadar 4.8 peratus pada Disember 2020 menurut perangkaan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Justeru, ramai tidak berani berbelanja untuk pelaburan pasaran hartanah.
4. Lambakan rumah meningkat
Kerana harga rumah yang mahal, ramai yang berpendapatan sederhana dan rendah tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri. Malah dengan pandemik, ia mainkan peranan lebih besar dari segi pendapatan masyarakat – mereka yang hilang punca pendapatan atau menanggung kehidupan seharian berbanding melabur untuk sebuah rumah.
Berdasarkan laporan pasaran hartanah yang dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) bagi separuh tahun pertama 2020 (H1 2020), sebanyak 31,661 unit rumah siap dibina belum terjual, dengan nilai mencecah RM20.03 bilion setakat Jun 2020.
Jumlah itu menyaksikan peningkatan 3.3 peratus dalam bilangan dan 6.4 peratus dalam nilai berbanding tempoh sama tahun 2019 iaitu 30,664 unit rumah bernilai RM18.82 bilion.
Wabak Covid-19 masih melanda negara kita. Mari kita sama-sama berusaha untuk patuhi SOP dan hidup dalam norma baharu. Dengan usaha kita, kita boleh bantu untuk kembalikan ekonomi negara seperti sedia kala sebelum pandemik.
Anda berminat untuk mulakan pengembaraan pelaburan hartanah anda? Ingin mencari rumah pertama?
IQI Global bersedia untuk bantu anda! Isi maklumat anda di bawah dan kami akan hubungi anda!