Harga rumah di Malaysia dijangka meningkat tiga peratus dalam jangka 12 bulan akan datang dan terus melonjak 12 peratus bagi tempoh 12 bulan berikutnya, didorong unjuran yang lebih baik.
Bagi pasaran sewa, walaupun dijangka menunjukkan pertumbuhan hanya satu peratus bagi 12 bulan akan datang, namun ia diunjurkan meningkat lapan peratus selepas suku ketiga 2022, menurut Juwai IQI, firma teknologi hartanah dalam laporan kaji selidik hartanah terkininya yang dikeluarkan pada Isnin.
“Unjuran bagi pasaran hartanah kediaman Malaysia semakin baik.
“Memandangkan kita hampir pasti melaksanakan pembukaan semula ekonomi dan mengekang pandemik, kami menjangkakan aktiviti transaksi serta harga hartanah rumah meningkat tahun ini,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Kashif Ansari.
“Pembeli rumah kali pertama meraih manfaat daripada dasar rangsangan oleh kerajaan, kerana mereka memiliki lebihan simpanan dan dorongan lebih kuat untuk membeli rumah sendiri, susulan pandemik,” katanya.
Baca selanjutnya: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian