Akibat dilanda pandemik Covid-19, pemasaran ekonomi dunia merudum dan pemasaran hartanah juga tidak dikecualikan.
Tetapi, selepas kes dilaporkan berkurangan dan khalayak ramai dibenarkan keluar dengan norma baharu, pakar ekonomi menjangkakan harga hartanah akan meningkat dengan mendadak kerana beberapa faktor – norma work from home dan pengecualian duti setem untuk rumah pertama.
Juwai IQI, syarikat hartanah terbesar Asia telah menjalankan sebuah survei untuk ketahui pendapat para pengguna mengenai harga hartanah pasca Covid-19. Ayuh kita baca dengan selanjutnya!
Rakyat Malaysia Jangka Harga Hartanah Akan Naik
Survei telah dijalankan sepanjang bulan Februari dan Mac, dan seramai 394 rakyat Malaysia sertai survei ini. Mereka dari negeri, latar belakang, dan pangkat yang berbeza. Walau bagaimanapun, mereka sependapat yang harga rumah akan naik.
Dalam 48% responden yang menjangka harga rumah akan naik, hanya 37% percaya yang peningkatan harga ini hanya sedikit dan bukan mendadak.
Kashif Ansari, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan dan pengasas bersama Juwai IQI berkata, “Lebih ramai percaya bahawa harga rumah akan meningkat pada tahun 2021 berbanding merudum. 48% percaya harga rumah akan meningkat tahun ini, dan hanya 34% yang berpendapat bahawa harga rumah akan turun. Bilangan orang yang menganggap harga rumah akan turun mendadak adalah sedikit, hanya 3%. Ini dibandingkan dengan 12% yang percaya sebaliknya, bahawa harga rumah akan meningkat dengan banyak.”
Di bawah kami memaparkan respon survei mengikut negeri dan generasi para responden:
Mengikut Negeri
Sarawak adalah negeri yang paling optimis, dengan 62% percaya bahawa harga akan naik pada tahun 2021. Hanya 24% di Sarawak yang percaya bahawa mereka akan turun.
Manakala, negeri yang paling pesimis adalah Pulau Pinang. 41% percaya harga akan turun tahun ini, berbanding 38% yang percaya harga akan naik.
Mengikut Generasi
Secara keseluruhan, Gen Z (9 – 24), 68% percaya bahawa harga akan meningkat berbanding hanya 21% yang berpendapat harga harta tanah akan menurun. Sementara itu, baby boomer (57-74) dan golongan tua yang lain, 43% percaya bahawa harga akan turun tahun ini, dan hanya 38% berpendapat bahawa harga akan naik.
Baca juga: 5 Langkah Mudah Beli Rumah Subsale [2021]
Gen Z Paling Bersemangat Untuk Membeli Rumah
Adalah sesuatu yang luar biasa apabila generasi muda berhasrat membeli rumah sepanjang tahun ini. Dengan ekonomi semasa, harga dan pinjaman hartanah lebih murah berbanding biasa dengan kadar OPR pada 1.75%.
“Ketika ditanya adakah mereka berniat membeli rumah tahun ini, dua dari setiap lima rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka memasang niat untuk membeli. 40% daripada semua responden menjangkakan akan membeli pada tahun 2021, sementara 42% tidak.
“Generasi muda Malaysia befikiran optimis mengenai pasaran hartanah dan kemungkinan besar akan membeli rumah pada tahun ini. 54% responden Gen Z mengatakan mereka mengharapkan untuk membeli rumah tahun ini, begitu juga dengan 46% daripada Millennials. Walaupun 33% Boomers dan 31% Gen X juga berharap dapat membeli rumah tahun ini, itu adalah bahagian yang lebih rendah daripada adik-adik mereka.
Dengan survei yang dijalankan, Juwai IQI mendapati bahawa walaupun dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, hartanah masih digelar pelaburan yang selamat kerana kepentingannya untuk pengguna.
Kalau anda berminat untuk melabur dalam hartanah, kami boleh bantu anda!
IQI Global punyai ejen yang profesional yang boleh bantu dan berikan pendapat terbaik untuk pelaburan masa depan anda. Isi borang di bawah dan kami akan hubungi anda!