Gaji vs Komisyen: Mana Pilihan Yang Tepat?
Tahun 2023 ialah satu tahun di mana kos hidup penduduk dunia semakin meningkat. Di Malaysia, walaupun gaji minimum telah pun dinaikkan namun bagi sesetengah orang, masih belum mencukupi atau ianya hanyalah sekadar cukup-cukup makan.
Frasa tidak boleh memilih kerja pada zaman sekarang ada betulnya namun anda seharusnya menjadi lebih bijak dalam memilih sesuatu pekerjaan. Jika tidak bijak membuat pilihan, hidup anda akan menjadi taruhan.
Mana tidaknya, pendapatan tinggi tapi pada masa yang sama masa bersama keluarga dan juga masa rehat tiada. Pilihan yang bijak adalah apabila pendapatan yang diperolehi cukup dan tidak menghalang anda dari menjalani hidup berkeluarga.
Oleh itu, perkongsian kali ini akan membantu anda untuk membuat berkenaan pilihan sumber pendapatan anda.
Gaji atau komisyen?
Mana satu pilihan yang tepat?
Tahukah anda apakah maksud gaji, komisen dan elaun? Sebelum membuat pilihan anda perlu tahu dahulu maksud setiap perkataan ini. Ianya bukan hanya sekadar perkataan tetapi membawa maksud yang berbeza.
Gaji
Gaji adalah sejumlah wang yang dibayar oleh sesebuah organisasi sebagai majikan kepada pekerjanya secara tetap pada setiap bulan sepanjang tempoh bekerja. Bagi mereka yang memilih untuk makan gaji, gaji ialah bayaran asas kepada pekerjaan yang di tawarkan kepada mereka.
Gaji telah dipersetujui bersama majikan dan pekerja serta dinyatakan di dalam surat tawaran mereka. Gaji adalah tarikan utama bagi sesuatu pekerjaan yang ditawarkan.
Komisyen
Komisen ialah bayaran yang dibayar kepada seseorang pekerja setelah menyelesaikan sesuatu pekerjaan atau membuat jualan untuk syarikat mengikut kadar komisen yang telah dipersetujui bersama.
Kebiasaannya, komisen akan dibayar mengikut jumlah projek dan jualan yang mereka lakukan. Contohnya, sekiranya anda adalah seorang ejen hartanah di IQI Global, komisen anda akan dikira setelah anda berjaya close deal dengan klien anda berkaitan pembelian hartanah.
Antara contoh pekerjaan yang memberikan komisen adalah ejen jualan kereta, ejen jualan insurans, ejen pelancongan dan juga ejen hartanah.
Elaun
Elaun ialah sejumlah wang yang dibayar oleh sesebuah organisasi sebagai manfaat lain kepada pekerja selain dari gaji yang ditawarkan. Pembayaran elaun ini boleh dianggap seperti bayaran ehsan atau penghargaan syarikat kepada pekerjanya.
Biasanya, elaun ini akan ditetapkan oleh pihak majikan dan akan dinyatakan di dalam surat tawaran pekerjaan. Tidak semua pekerjaan mempunyai elaun. Ianya bergantung kepada pihak syarikat samada ingin diberi atau tidak.
Contohnya, elaun makan, elaun kenderaan, elaun minyak dan lain-lain. Jika dilihat dari segi maksudnya sahaja kita sudah boleh nampak perbezaan antara sistem gaji dan sistem komisen.
Bayaran
Bagi mereka yang memilih untuk makan gaji mereka tidak perlu risau berkenaan bayaran mereka pada setiap bulan. Pada satu tarikh yang telah ditetapkan oleh majikan, mereka akan menerima gaji samada pembayaran secara cash atau melalui bank.
Gaji mereka adalah tetap seperti yang dipersetujui. Tidak kiralah banyak atau tidak pekerjaan atau jualan yang mereka lakukan gaji mereka masih sama seperti yang dijanjikan.
Tetapi, berbeza bagi sistem komisen apabila pembayaran komisen mereka bergantung kepada jumlah projek atau jualan yang mereka lakukan pada bulan tersebut. Jika banyak projek atau jualan mereka pada bulan itu maka banyaklah komisen yang mereka akan dapat dan jika tidak sebaliknya akan berlaku.
Namun, yang menariknya sistem komisen ini pendapatan anda boleh melebihi gaji yang diterima oleh mereka yang makan gaji.
Status pekerjaan
Jika dilihat dari segi status pekerjaan pula, biasanya pekerja yang dibayar gaji tetap pada setiap bulan adalah berstatus pekerja sepenuh masa di syarikat tersebut. Mereka terikat dengan waktu dan hari bekerja yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Bukan itu sahaja, malah mereka perlu berada di tempat kerja sepanjang jam bekerja mereka dan perlu mengikut protokol di tempat kerja yang kadang-kadang agak ketat.
Manakala bagi mereka yang dibayar komisen pula pada kebiasaannya adalah bergelar pekerja sambilan bagi syarikat tersebut. Pekerjaan berasaskan komisen ini biasanya fleksibel. Anda tidak terikat dengan jam dan hari bekerja.
Malah anda bebas untuk melakukan kerja mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Tiada sebarang paksaan!
Work life balance
Pekerjaan yang berasaskan pembayaran gaji tetap mungkin kurang mendapat work life balance. Hal ini kerana mereka terikat dengan waktu dan hari bekerja yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Contohnya, jam bekerja akan bermula seawal 8 pagi, tetapi untuk mengelakkan jalan yang sesak anda mungkin perlu keluar seawal 6 pagi. Waktu kerja pula tamat pada pukul 5 petang tetapi sampai ke rumah pada pukul 7 malam kerana perlu menghadap traffic jam.
Ini membuatkan ramai antara mereka yang bergaji tetap ini mengalami tekanan hidup yang tinggi. Berbeza dengan yang memilih kerja berasaskan komisen. Anda tidak terikat dengan masa dan hari bekerja.
Jadual anda fleksibel. Anda boleh melakukan kerja pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Penentuan kerja yang dilakukan
Apabila bekerja dengan gaji yang tetap, setiap kerja yang telah ditugaskan perlu dilakukan walaupun kerja tersebut tidak disukai. Ini kerana, mereka yang bergaji tetap ini telah terikat dengan deskripsi tugas sejak dari hari pertama bekerja. Berbeza dengan yang bekerja berasaskan komisen ini.
Anda tentukan sendiri projek yang ingin anda lakukan. Orang lain tidak boleh memaksa dan menyuruh anda lakukan projek yang anda tidak minat.
Penentuan pendapatan
Seperti yang dinyatakan di atas, pekerjaan yang bergaji ini telah pun ditetapkan gaji seawal hari pertama mereka bekerja. Semuanya adalah tetap dan tidak boleh diubah. Berbeza dengan anda yang bekerja berasaskan komisen ini.
Pendapatan anda pada bulan tersebut anda tentukan sendiri. Jika anda ingin banyak, fokus untuk lakukan banyak projek jika tidak boleh lakukan dengan santai. Tiada stress tiada paksaan. Pendapatan anda, anda tentukan sendiri.
Kelebihan Pekerjaan Berasaskan Komisyen
Banyak sebenarnya kelebihan pekerjaan berasaskan komisen ini berbanding pekerjaan yang menawarkan gaji tetap. Antaranya adalah:
-
Anda adalah bos kepada diri sendiri
-
Tiada sebarang stress dan tekanan dari pihak lain
-
Fleksibel untuk menentukan bila dan di mana ingin bekerja
-
Dapat meluangkan masa bersama keluarga sambil bekerja
-
Tidak terikat dengan kontrak dan protokol di tempat kerja
-
Potensi perolehan pendapatan tanpa had
-
Dapat mengukur prestasi/kejayaan diri sendiri melalui projek yang berjaya
Kesimpulannya, gaji atau komisen mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Tidak kiralah makan gaji atau komisen, apa yang penting usaha tanpa jemu yang akan membantu anda untuk mengubah hidup anda.
Anda berminat dengan sistem komisen dan inginkan suatu perubahan pada hidup anda? Jom sertai agensi hartanah IQI Global hari ini! Sebuah syarikat yang kukuh dan dipercayai ramai.
Bukan sahaja dipercayai oleh kliennya tetapi juga dipercayai oleh ramai ejen-ejen hartanahnya untuk mengembangkan kerjaya sebagai seorang ejen hartanah yang berjaya. Kejayaan anda menentukan kejayaan IQI Global!