Derma darah boleh membantu tubuh anda menjana sel-sel baru yang mampu menyembuhkan penyakit. Oleh itu, kita disarankan untuk menderma darah dan dalam masa yang sama boleh menjadi wira dengan membantu mereka yang memerlukan.
Pada Hari Derma Darah Kebangsaan, IQI Global telah bergabung dengan organisasi St. John Ambulans Malaysia dengan menjadi salah seorang penaja majlis derma darah yang berlangsung dari Jun hingga Ogos 2024.
Kempen ini dinamakan ‘National Blood Donation Drive 2024’ yang membuat perjalanan di beberapa buah lokasi di Malaysia.
Dengan terciptanya kempen ini, kita dapat meningkatkan tahap kesedaran rakyat tentang perkara kesihatan dan keselamatan.
Mari kita bersama-sama, derma darah, dan selamatkan nyawa!
Isi Kandungan
Lokasi Hari Derma Darah Kebangsaan
St. John Ambulans Malaysia telah mengadakan road tour di seluruh Malaysia dan terdapat beberapa lokasi yang ingin dikongsikan kerana mendapat sambutan yang luar biasa.
1. Main Place Mall USJ, Subang (1 June 2024)
- Sasaran: 50 Penderma
- Jumlah penderma hadir: 67 Penderma
2. Aeon Mall Nilai, Nilai (2 June 2024)
- Sasaran: 100 Penderma
- Jumlah penderma hadir: 158 Penderma
3. SJK(C) Tai Tong Sungai Petani, Kedah (21 Januari 2024)
- Sasaran: 138 penderma
- Jumlah penderma hadir: 138 penderma
IQI Global Menyokong Kesihatan Masyarakat yang Optimum
Di IQI, kami sangat menitikberatkan kebahagiaan dan kesihatan pekerja serta ejen kami. Dengan menyokong inisiatif St. John Ambulans Malaysia, kami amat berbangga dengan kejayaan kempen ini.
St. John Ambulans Malaysia telahpun berjaya mendapatkan jumlah penderma yang hadir lebih tinggi dari ekspektasi yang mereka tetapkan iaitu sehingga 158% peserta. Lonjakan ini adalah hasil daripada bantuan para penaja dan juga penganjur.
Selain itu, mereka berjaya untuk membuat program kesedaran tentang CPR+AED, pemeriksaan awal kanser dan juga rawatan tradisional cina.
Bukan itu sahaja, acara sebegini mampu mengumpulkan dan merapatkan masyarakat dengan adanya program sukarelawan yang dapat membantu para tetamu yang hadir serta merapatkan hubungan antara bangsa.
Kesan Baik Hari Derma Darah Kebangsaan
Dengan adanya hari-hari begini kita dapat membantu hospital dan pusat kesihatan yang amat memerlukan penderma darah.
Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan pada Mac 2024 bahawa rakyat Malaysia memerlukan lebih kurang 2,000 beg darah setiap hari bagi seluruh Malaysia, yang membawa kepada sejumlah 730,000 beg darah diperlukan dalam setahun.
St. John Ambulans Malaysia menyasarkan seramai 1,386 penderma untuk menderma di 19 lokasi berbeza di seluruh Malaysia.
Pada Hari Derma Darah Kebangsaan ini, sebanyak 1,515 penderma hadir dan 1,048 penderma berjaya menderma darah mereka.
Harapan IQI Dalam Membantu Masyarakat di Masa Depan
Kempen-kempen seperti ini wajib dibuat kerana ia dapat membantu hospital dan juga mengajar masyarakat tentang kesedaran kesihatan.
IQI dengan setinggi-tinggi mengucapkan ribuan terima kasih kepada St. John Ambulans Malaysia kerana membuat kempen seperti ini.
Kami mengharapkan lebih banyak kempen seperti ini dijalankan secara berterusan.Tanpa mengabaikan kempen yang membantu rumah orang tua, membersihkan pusat keagamaan, dan juga acara bersama anak-anak yatim.
IQI percaya lebih banyak anda beri, lebih banyak anda akan dapat dimasa akan datang!
Di IQI Global, kami percaya setiap titisan itu penting dan derma darah mencerminkan kesatuan dan kepelbagaian dalam komuniti kita.
Mari kita bersama-sama mencipta ruang di mana semua orang merasa dihargai, kerana derma darah adalah titik permulaan untuk inklusi dan rasa memiliki.
Baca Selanjutnya: