Apabila meningkat dewasa sudah semestinya kita ingin mempunyai rumah idaman tersendiri. Namun soalan yang sudah semstinya menjadi tanda tanya buat mereka yang ingin membeli rumah pertama ialah bila dan bagaimana caranya?
Sudah tentu banyak persoalan yang timbul terutama sekali selepas pandemik Covid-19 yang melanda negara. Adakah ini merupakan waktu terbaik buat anda untuk membeli hartanah?
Ayuh kita teliti 5 langkah mudah untuk memiliki hartanah di Malaysia pada tahun 2021.
1. Mengesahkan Semula Pelaburan dan Keyakinan Pembelian
2. Selidik dan Kumpul Maklumat Mengenai Pasaran Hartanah Malaysia |
1. Mengesahkan Semula Pelaburan dan Keyakinan Pembelian
‘Mengapa saya mahu membeli hartanah?’ Soalan ini harus sentiasa menjadi peneman anda sehingga anda mendapat jawapan yang kukuh kepada soalan tersebut. Anda harus mengenal pasti ‘kenapa’ sebelum memirkan ‘bagaimana’ cara untuk anda membeli rumah.
Sebab utama kami menyarankan anda untuk menanyakan soalan tersebut terlebih dahulu adalah bagi mengelakkan sebarang penyesalan terjadi di kemudian hari. Apabila anda sudah mempunyai keyakinan yang mantap untuk memiliki rumah, seterusnya anda boleh meneruskan langkah seterusnya.
2. Selidik dan Kumpul Maklumat Mengenai Pasaran Hartanah Malaysia
Sebelum anda membeli hartanah di Malaysia, anda haruslah mempunyai maklumat yang kukuh mengenai pasaran hartanah di Malaysia. Ada beberapa faktor yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan membeli rumah. Antaranya ialah;
- Jenis Hartanah; Komersil, Tanah ataupun Kediaman?
- Bajet
- Lokasi
- Kos Penanggungan
Biasakan diri anda dengan situasai pasaran hartanah dan memahami jargon yang digunakan dalam industri hartanah kerana ia dapat membantu anda untuk membuat keputusan yang sesuai buat anda.
3. Perhatikan Kewangan Anda
Pertimbangkan bajet anda dengan teliti. Apabila meningkat dewasa sudah semestinya mempunyai banyak komitmen kewangan seperti bil, pinjaman kereta dan perbelanjaan makanan.
Selain daripada komitmen kewangan semasa anda, penilaian kos berulang selepas pembelian rumah juga harus dipertimbangkan, seperti pembayaran balik bulanan yang berpotensi untuk dilaksanakan selama bertahun-tahun dan cukai duti setem yang dikenakan ke atas pelaburan hartanah anda.
Dalam hal ini, kami hanya boleh mengandaikan bahawa anda telah lulus peringkat awal penyelidikan dan pengumpulan maklumat mengenai pasaran hartanah Malaysia, yang menunjukkan bahawa anda sudah mempunyai pemahaman yang baik tentang pengurusan kewangan anda.
4. Mendapatkan Khidmat Pembantu Ejen Harta Tanah
Di bawah pengawasan ejen harta tanah berdaftar, pembantu ejen harta tanah akan membantu anda ketika anda memulakan langkah pertama dalam pasaran hartanah Malaysia.
Mendapatkan khidmat pembantu ejen harta tanah hanyalah satu pilihan. Tetapi perlu diingat bahawa mereka boleh membantu menjimatkan banyak masa apabila membeli rumah baru anda. Sebagai seorang yang pakar dalam industri, pengetahuan mereka merangkumi pelbagai aspek dunia hartanah, seperti jenis rumah, saiz unit dan ‘land tenure’.
Walau bagaimanapun, anda tidak boleh berhenti menyelidik dan mengumpul maklumat mengenai pemilikan rumah walaupun sudah mendapatkan khidmat pembantu ejen harta tanah. Penyelidikan yang mencukupi adalah penting dalam memastikan anda peka tentang pasaran hartanah supaya dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak.
5. Menandatangani perjanjian
Sebaik sahaja semua langkah-langkah sebelumnya telah dipenuhi, anda sudah bersedia untuk membeli hartanah di Malaysia! Pastikan anda mempunyai seorang peguam yang dapat membantu anda dalam setiap urusan dan perjanjian berkenan hak milik hartanah anda.
Pastikan anda mengambil masa yang cukup bagi membuat keputusan dalam pembelian hartanah. Ini merupakan keputusan buat jangka masa yang panjang oleh itu, pastikan anda mengambil kira semua faktor penting sebelum betul-betul yakin dengan keputusan anda.
Adakah anda berminat untuk menjadi seorang Pembantu Ejen Harta Tanah (REN) di Malaysia dan menjadi antara orang terpenting dalam urusan jual beli hartanah.
Usah tunggu lagi, sertai kami di IQI harini demi mencapai apa yang anda idamkan!