Versi: ENG
Dengan semua orang menghabiskan lebih banyak masa di rumah, inilah waktunya untuk menjadikan ruang anda lebih selesa. Tahukah anda terdapat beberapa cara untuk mendekorasi ruang tamu anda dengan barang-barang yang estetik dan murah tanpa anda perlu keluar dari rumah?
Kami telah menyenaraikan 10 barang hiasan deko di Shopee yang estetik untuk memberikan senyuman di wajah anda!
1. Jam dinding
Kredit foto: Shopee
Jam dinding pastinya pertama sekali mempunyai tujuan praktikal untuk melihat masa tetapi ia juga boleh mempunyai fungsi estetik dan selalunya merupakan sebahagian daripada barang kelengkapan rumah.
Di shopee, anda boleh dapatkan pelbagai jenis jam dinding dengan bentuk dan saiz yang berbeza. Semestinya tak lengkaplah rumah tanpa adanya jam dinding sebagai deko di ruang tamu anda!
Shopee link:
2. Karpet
Ruang tamu anda boleh dinaik taraf serta-merta dengan adanya karpet kerana ia boleh menambah kehangatan pada bilik. Oleh itu, pilihlah karpet yang sesuai kerana ia adalah satu pelaburan yang besar. Pastinya anda mahukan karpet yang berkualiti dan tahan untuk bertahun-tahun lamanya.
Di samping itu, karpet yang sesuai dengan tema rumah akan menambahkan kualiti estetik pada ruang yang menjadi tumpuan utama untuk anda sekeluarga berehat. Bergantung pada bajet untuk kedua-dua pembelian dan hiasan, pilih karpet atau permaidani yang menggabungkan deko ruang tamu rumah anda.
Shopee link:
3. Langsir
Kredit foto: Shopee
Seterusnya, langsir di ruang tamu ialah satu elemen yang benar-benar boleh menunjukkan keperibadian hiasan anda dan mengikat semuanya untuk mencipta gaya estetik yang anda inginkan.
Langsir tipis menambah faktor oomph pada ruang tamu anda. Malah, langsir turut menjadikan ruang bilik kelihatan mewah dan menambah dimensi yang sangat diperlukan pada ruang anda. Bukan itu sahaja, anda boleh memasang langsir tipis anda dengan langsir berwarna yang tebal (blackout) dengan palet yang serupa bagi menimbulkan suasana harmoni.
Shopee link:
a. Langsir Tipis
b. Langsir Tingkap Blackout
4. Cermin Hiasan Dinding
Jika ruang tamu anda mula kelihatan agak suram dan anda sedang mencari deko yang boleh menyerikannya, penambahan cermin di dinding adalah jawapannya! Cermin di dinding sebenarnya membantu ruang tamu anda kelihatan lebih besar.
Tambahan pula, sekarang ini terdapat pelbagai bentuk cermin di pasaran sama ada bentuk bulat, segi empat sama, bujur, heksagon, dan banyak lagi. Pemilihan cermin amat penting untuk mengekalkan estetika ruang tamu bagi memastikan semuanya sepadan dan harmoni.
Shopee link:
5. Rak Dinding Gantung
Tahukah anda, rak terapung ialah cara terbaik untuk menambah kefungsian dan storan pada ruang tamu anda tanpa menjejaskan gaya? Bukan itu sahaja, anda boleh memasang rak terapung (floating shelves) di mana-mana sahaja di rumah anda. Ia mempunyai rupa minimalis dan tidak mengambil ruang lantai, lagi-lagi jika anda mempunyai ruang tamu yang kecil.
Bahkan, ia agak mudah untuk dipasang; kebanyakan rak terapung disertakan dengan skru, kurungan dan perkakasan yang anda perlukan untuk mengikatnya pada dinding.
Shopee link:
6. Meja Sudut Kecil
Seterusnya, meja sudut kecil bergaya ini boleh digunakan sebagai bahan pameran untuk menaikkan keindahan ruang tamu anda. Walaupun dipanggil meja sudut kecil, tetapi ianya serba boleh dan sangat berguna untuk menghidupkan suasana ruang tamu anda.
Mereka menambah gaya pada ruang tamu sambil menambah kefungsian ruang. Anda boleh menggunakannya sebagai rak buku, ruang simpanan tersembunyi, atau meletakkan elemen deko rumah yang lain seperti pasu bunga, bingkai gambar dan lampu meja anda.
Shopee link:
7. Pasu Bunga
Pasu bunga seperti namanya bertujuan untuk meletakkan bunga, batang bunga, atau hanya dibiarkan kosong sebagai deko ruang tamu. Ia boleh diletakkan di ruang rak kecil atau meja sudut sisi. Gabungan jenis bunga yang betul dan pasu utama benar-benar boleh menguatkan estetika pilihan anda.
Daripada menambahkan sentuhan lembut kepada memecahkan kebosanan di kalangan cetakan hingga juga menambah kedalaman, ia sesuai untuk semua. Ia deko yang ringkas tetapi berani — dan cara terbaik untuk menceriakan ruang tamu anda!
Shopee link:
8. Pokok Bunga Sintetik
Jika anda ingin menambahkan beberapa estetika tumbuhan pada ruang tamu anda, tapi taknak menggunakan pokok sebenar, pilihlah pokok bunga sintetik. Sesungguhnya, pemilihan deko bunga sintetik adalah cara mudah untuk menghidupkan elemen alam semulajadi yang serba kehijauan di ruang tamu anda!
Mungkin idea pokok bunga sintetik atau palsu mungkin tidak kelihatan glamor seperti yang sebenar, tetapi ia masih kelihatan cantik. Mereka takkan layu dan kelihatan segar tahun demi tahun!
Shopee link:
9. Lampu
Pastinya, ruang tamu tanpa pencahayaan lampu yang betul akan kelihatan membosankan dan malah boleh mengganggu mood. Boleh dikatakan lampu adalah antara deko ruang tamu rumah yang sangat diperlukan!
Terdapat pelbagai lampu yang boleh dijadikan pilihan deko seperti lampu kecil yang diletakkan di atas meja kopi atau meja sudut kecil dan lampu berdiri yang boleh diletakkan di penjuru ruang tamu anda. Jadi, tambahlah lampu di ruang tamu anda untuk menukar nada dan suasana ruang anda di samping mengikuti trend hiasan estetik dan indah!
Shopee link:
a. Lampu berdiri:
b. Lampu meja:
10. Bantal Kusyen Dan Sarung
Sebahagian besar dari kalangan kita melihat bantal kusyen sebagai pilihan utama untuk menghidupkan ruang tamu. Kusyen adalah barang deko mewah yang boleh diletakkan di sofa, kerusi, katil, atau mana-mana tempat yang anda suka. Keindahan kusyen adalah, ia mengambil sedikit ruang sahaja tetapi masih menyerikan kawasannya!
Jangan biarkan bantal kusyen anda kosong tanpa sarungnya! Anda memerlukan sarung kusyen untuk melindungi kusyen anda daripada habuk, kotoran dan kesan lain.
Shopee link:
a. Bantal kusyen
b. Sarung kusyen
Apa tunggu lagi? Ayuhlah menghiasi semula ruang tamu anda dengan 10 barang deko yang estetik dan murah ini. Di mana anda boleh dapati semuanya di Shopee!
Idea hiasan ringkas seperti ini boleh membantu anda dalam menghidupkan semula ruang tamu kediaman anda tanpa mengeluarkan wang yang banyak di samping memberikan sentuhan rasa anda sendiri. Bagus bukan?
Anda ingin berpindah rumah dan memerlukan bantuan ke tempat baharu? Kami mempunyai profesional perunding hartanah yang sedia membantu. Sila isi borang di bawah untuk berhubung dengan mereka!