Versi: EN
Tahun 2025 ni, bukan saja di Pasar Seni anda boleh lepak bergaya dengan bestie dan jumpa kafe estetik, Mont Kiara pun tak kurang hebatnya tau!
Kenapa? Sebab dekat Mont Kiara, korang bukan saja boleh menikmati hidangan halal yang sedap, tapi juga dapat jumpa cafe-cafe yang vibe dan cantik untuk Instagram atau sosial media posting korang.
Ok jom tengok 7 cafe halal di Mont Kiara yang sempurna untuk OOTD!
Cafe Halal Yang Best di Mont Kiara!
Sebelum itu, kenapa Mont Kiara?
Apa yang saya boleh cakap, Mont Kiara ni memang lain dari yang lain! Dan orang selalu juga kaitkan kawasan ni sebagai kawasan T20 dekat Malaysia, ha kenapa pula macam tu?
Semua tu atas beberapa faktor, antaranya, Mont Kiara memang terkenal dengan gabungan komuniti antarabangsa dan tempatan yang membuatkannya unik! Jadi, tak peliklah bila jalan-jalan dekat sini rasa macam dekat luar negara.
Kalau bab makan pulak, Mont Kiara memang tak pernah mengecewakan! Dari kafe hipster sampailah ke kafe viral yang dekat tiktok tu semua ada. Orang muda panggil, Mont Kiara ni memang “vibe” laa~
Tapi takkan sebab faktor tu je kan? Yang paling penting Mont Kiara ni pun salah satu hotspot untuk pelaburan hartanah! Lokasinya yang strategik, dekat dengan lebuh raya utama, sekolah antarabangsa, pusat beli-belah dan pejabat korporat.
Banyak pelabur suka beli hartanah di sini sebab permintaan sentiasa tinggi, dan potensi nak dapat pulangan lumayan pun besar. Jadi, sama ada nak tinggal atau melabur, Mont Kiara memang ada pakej lengkap!
1. Lola by Serai Group
Lola by Serai membawa konsep kafe estetik dengan suasana moden, dengan pemandangan luas langit biru dan kehijauan yang memukau mengekalkan gaya minimalis.
Ruang dalamannya dihiasi dengan elemen hangat dan pencahayaan semula jadi, menjadikannya lokasi yang sempurna untuk OOTD dan lepak santai.
Lokasi: 2A, Jalan Bukit Kiara 1, Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Waktu Operasi: 10 am – 10 pm (Beroperasi Setiap Hari) Anggaran Harga: RM8 – RM165 (Klik sini untuk menu) Sosial Media: Instagram |
2. Crust KL, Mont Kiara
Crust KL adalah kafe yang membawa konsep santai moden dengan fokus pada piza artisanal yang dibakar menggunakan ketuhar khas.
Suasana kafe ini hangat dan mesra, sesuai untuk pertemuan keluarga atau lepak bersama rakan-rakan. Selain piza, mereka juga menyajikan pasta, salad dan pencuci mulut yang menyelerakan.
Lokasi: 1F-17, 163 Retail Park, Jalan Kiara, Mont Kiara , Kuala Lumpur, Malaysia Waktu Operasi: 10 am – 10 pm (Beroperasi Setiap Hari) Anggaran Harga: RM18 – RM140 Sosial Media: Instagram | Facebook |
3. Cili Kampung
Ha, tak lengkaplah kan kalau makanan melayu takde dalam list cafe halal Mont Kiara? Cili Kampung membawa konsep makanan tradisional Melayu dengan suasana moden!
Cili Kampung membawa konsep makanan tradisional Melayu dengan suasana moden!
Hidangan yang ditawarkan menampilkan rasa autentik seperti lauk kampung, nasi berlauk, dan ulam-ulaman yang sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam santai bersama keluarga.
Lokasi: Lot No V-02, Hartamas Walk, Hartamas Shopping Centre, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Waktu Operasi: 12 pm – 10 pm (Beroperasi Setiap Hari) Anggaran Harga: RM5 – RM160 (Klik sini untuk menu) Sosial Media: Instagram | TikTok |
4. Kenny Hills Coffee Roasters
Kenny Hills Bakers terkenal dengan konsep kafe butik yang menawarkan pastri buatan tangan, roti artisan, dan pilihan hidangan Barat dan tempatan yang berkualiti tinggi.
Suasana kafe ini selesa dan estetik, sesuai untuk OOTD dan santai bersama rakan atau keluarga.
Lokasi: GFK-01, Sunway 163 Mall, 8, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Waktu Operasi: 8 am – 10 pm (Beroperasi Setiap Hari) Anggaran Harga: RM10 – RM58 (Klik sini untuk menu) Sosial Media: Instagram |
5. Slow Wood Coffee
Slow Wood Coffee membawa konsep minimalis dan semula jadi dengan elemen kayu yang mendominasi dekorasi kafe.
Kafe ini memberi tumpuan kepada pengalaman menikmati kopi berkualiti tinggi dengan suasana yang menenangkan. Ia sesuai untuk mereka yang ingin berehat sambil menikmati secawan kopi artisanal.
Lokasi: B5-03A, 4, Jalan Kiara 1, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Waktu Operasi: 9 am – 7 pm (Beroperasi Setiap Hari) Anggaran Harga: RM7 – RM50 Sosial Media: Instagram | TikTok |
6. Lissete’s Cafe
Oh untuk cafe no.6 ni saya sendiri dah pernah pergi! Lisette’s Café & Bakery terkenal dengan konsep yang menggabungkan suasana estetik moden dan sentuhan warna-warni pada dekorasi.
Hidangan di sini menampilkan roti dan pastri buatan tangan, serta pilihan makanan sihat seperti salad dan sandwic gourmet.
Dari segi deko cafe pula, saya selaku GenZ memang approved, sangat cosy dan banyak spot nak OOTD juga. So memang lurve, nak sambut birthday ke? Bachelorette party ke pun ons~
Lokasi: GF-18, Ground Floor 163 Retail Park, 8, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Waktu Operasi: 8 am – 9 pm (Beroperasi Setiap Hari) Anggaran Harga: RM6 – RM62 (Klik sini untuk menu) Sosial Media: Instagram | Tiktok |
7. Fiancée cafe
Fiancée Café menampilkan konsep moden dan romantik dengan hiasan bergaya yang sesuai untuk pengunjung yang ingin menikmati kopi premium dalam suasana estetik.
Kafe ini menawarkan pilihan kopi khas, kek, dan hidangan ringan yang dihidangkan dengan persembahan yang memukau.
Lokasi: LG-04, The Met Corporate Tower, 20, Jalan Dutamas 2, Kompleks Kerajaan, Kuala Lumpur, Malaysia 50480 Waktu Operasi: 8 am – 8 pm (Beroperasi Setiap Hari) Anggaran Harga: RM12 – RM45 Sosial Media: Instagram |
Properti Baharu di Sekitar Mont Kiara
1. Arte Solaris
Jenis Hartanah | Kondomininium |
Lokasi | Jln Duta Kiara, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia |
Ciri-ciri Projek | 1. Arte’s Luxe Gym 2. Winged Sky Deck 3. Royale Trevi’ Pool 4. Royale Reception 5. Recreational Floor 6. Royale Palais Room 7. Royale Treillage Garden 8. Venetian Fountain Bridge |
Saiz Binaan | 477 – 964 sqft |
Harga | RM541,000 dan ke atas |
Info Lanjut | Klik di Sini |
2. Papyrus – North Kiara
Jenis Hartanah | Kondominium |
Lokasi | Jalan Dutamas Dahlia, Dutamas, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Ciri-ciri Projek | 1. Outdoor Fitness 2. Family Bbq 3. Garden Seating 4. Play Area 5. Family Bbq 6. Private Event Room 7. Lounge Area 8. Jogging Path |
Saiz Binaan | 1141 – 2304 sqft |
Harga | RM868,000 dan ke atas (klik di sini untuk lebih lanjut) |
Info Lanjut | Klik di Sini |
3. Miranda Hill Residence
Jenis Hartanah | Kondominium |
Lokasi | Jalan Dutamas Melati, Dutamas, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Ciri-ciri Projek | 1. Pet-Friendly Garden 2. Yoga Deck (Level 3A) 3. Gymnasium (Level 3A) 4. Kids’ Playground 5. Swim-In Jacuzzi 6. 50m Salinated Lap Pool 7. BBQ Area 8. Tennis Court (Level 1) |
Saiz Binaan | 943 – 3584 sqft |
Harga | RM635,000 dan ke atas |
Info Lanjut | Klik di Sini |
Mont Kiara bukan sekadar lokasi biasa—ia adalah peluang emas untuk pelaburan dan gaya hidup premium. Jangan lepaskan peluang ini, hubungi ejen IQI sekarang untuk hartanah idaman anda!
Baca Selanjutnya:
1. 10 Homestay Terbaik di Malaysia: Tempat Penginapan Ideal untuk Keluarga Besar