Adakah anda seorang REN? Atau anda berminat untuk menjadi seorang REN? Mencari sebuah platform yang menguntungkan? Kami sini ingin menceritakan kepada anda mengapa IQI patut jadi pilihan bukan sahaja anda, tapi REN di serata negara.
Kenapa? Kerana apabila memilih sebuah syarikat atau platform untuk memulakan kerjaya, ianya amat penting untuk mencari sebuah platform yang mempunyai kemampuan untuk melangkaui sempadan dan mencabar anda.
Nak berkembang pun kita kena tengok platform yang kita pilih. Adakalanya kita rasa macam kita dah buat habis baik, tapi platform yang kita pilih salah. Oleh itu, pilih platform yang terbaik!
Dalam berbagai agensi hartanah yang wujud di luar sana, kami ingin senaraikan lima sebab mengapa IQI patut jadi pilihan anda jikalau anda seorang REN. Visi IQI, pembayaran komisen pantas, rangkaian yang besar, mentor-mentor yang hebat, bertaraf antarabangsa, dan penggunaan teknologi moden.
Tanpa melengahkan lagi masa, jom kita ketahui lima asbab mengapa IQI patut jadi pilihan anda!
1. Visi IQI
Apa yang buat visi IQI ni sesuai untuk semua REN? IQI pastikan semua ejen sentiasa dipantau untuk pastikan mereka memenuhi kehendak industri. “We Enjoy Life” sambil bekerja keras untuk mencapai impian, IQI memberi ganjaran kepada ejen-ejen mereka yang berjaya capai sasaran mereka, dan akan terus bantu ejen-ejen agar mereka berusaha lebih lagi untuk mencapai impian mereka!
2. Pembayaran komisen pantas
IQI merupakan syarikat yang membayar ejen mereka terpantas. Dalam masa 7 hari sahaja! Jadi bayangkan kerja keras dan usaha anda membuah hasil dalam masa seminggu sahaja. Dapat menikmati komisen bersama ahli keluarga dan mereka yang tercinta.
3. Rangkaian besar
Sebagai seorang REN membuat rangkaian atau connections tu sesuatu yang penting kerana pelanggan prospek mungkin dari mereka yang kita tidak kenali dan cara untuk kita kenali mereka adalah dengan melakukan perangkaian.
Selain itu, IQI punyai lebih dari 18,500 ejen seluruh dunia! Bayangkan berapa ramai yang anda boleh berkenalan dan lakukan rangkaian perniagaan! Ramai tu.
Baca selanjutnya: 10 agensi hartanah terkemuka di peringkat antarabangsa 🌎
4. Mentor-mentor yang hebat
Dengan REN yang berpengalaman serata dunia, IQI menjalankan beberapa sesi bersama mereka-mereka ini melalui aplikasi atas talian seperti Zoom dan Facebook Live. Dari situ para REN baharu dan lama dapat timba ilmu dari mereka yang lebih berpengalaman.
5. Bertaraf antarabangsa
IQI global merupakan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa dan punyai pejabat-pejabat seluruh dunia seperti di Australia, Dubai, Canada, Vietnam, dan terpaling baharu di Portugal! Para REN turut boleh melakukan transaksi antarabangsa dengan menjual hartanah luar negara.
6. Penggunaan teknologi moden
Atlas, sebuah aplikasi ciptaan IQI Global, membawa maklumat hartanah yang tepat dan terkini terus ke telefon para ejen, pembeli dan pelabur kami.
Para ejen dapat menggunakan platform ini sepenuhnya dengan mengeluarkan listing mereka, menulis content untuk mendapatkan pelanggan, dan macam-macam lagi!
Aplikasi ini boleh digunakan melalui telefon pintar atau komputer. Dengan menggunakan Atlas, para ejen akan mendapat kad perniagaan digital mereka yang boleh diberi kepada pelanggan, rakan-rakan dan ahli keluarga melalui URL link! Dahsyat tu!
Sekarang anda dah tahu kenapa REN atau mereka yang ingin menjadi seorang REN patut sertai IQI. Dengan semua yang disenarai, mana yang paling menarik perhatian anda?
Pilih yang terbaik untuk anda, masa depan anda, dan kerjaya anda!
Sertai IQI sekarang dan mulakan perjalanan kerjaya anda sebagai REN! Isi maklumat anda dibawah dan kami akan hubungi anda!