Pemilihan pekerjaan gaji tinggi semakin menjadi keutamaan dalam kalangan pencari kerja, yelah siapa yang taknak kerjaya dengan pendapatan tinggi, kan?
Pendek kata, pekerjaan dengan gaji lumayan bukan sekadar memberi wang, tetapi juga kestabilan, keseimbangan hidup dan peluang mencapai matlamat jangka panjang —Hal ini kerana desakan hidup yang semakin menekan.
Jadi adakah anda adalah seorang lepasan SPM, graduan universiti atau sedang bercadang untuk merubah kerjaya? Anda telah datang ke tempat yang betul.
5 Pekerjaan Gaji Tinggi 2024!
Di bawah kami senaraikan pekerjaan gaji tinggi di Malaysia menurut sumber data dari Jobstreet!
1. Pengarah
Anggaran Pendapatan: RM10,000 – 19,000 Contoh Pekerjaan: Pengarah kewangan, operasi, projek, jualan dan lain-lain. Kualifikasi: Memerlukan kelayakan akademik seperti ijazah atau master. |
Kalau anda peminat drama Melayu atau Sinetron, mesti biasa nampak watak pengarah sering digambarkan sebagai orang yang “kaya”, betul tak?
Tapi.. sebesar pendapatan mereka, besar juga tanggungjawab yang mereka harus pikul.
Pengarah atau ‘director’ dalam konteks perniagaan dan organisasi merujuk kepada individu yang bertanggungjawab atas sesebuah divisi, jabatan, atau projek tertentu.
Mereka bukan hanya bertanggungjawab untuk membuat keputusan penting yang boleh menentukan sama ada syarikat berjaya atau gagal, tetapi juga memastikan semuanya berjalan lancar dan mengikut matlamat yang ditetapkan.
Selain itu, pengarah perlu bijak menguruskan risiko yang ada, kerana keputusan mereka boleh memberi impak besar terhadap kewangan dan reputasi syarikat.
2. Bidang Perubatan
Anggaran Pendapatan: RM8,900 – RM13,000 Contoh Pekerjaan: Doktor gigi, doktor, doktor perubatan dan doktor estetik. Kualifikasi: Memerlukan kelayakan akademik yang sangat tinggi. |
Pekerjaan gaji tinggi seterusnya datang dari bidang perubatan, di mana pendapatan seorang doktor pakar boleh mencecah lebih daripada RM10,000 sebulan!
Seorang doktor adalah profesional kesihatan yang terlatih, memiliki pengetahuan mendalam tentang anatomi, fisiologi, patologi, dan farmakologi, untuk mendiagnosis, merawat dan mencegah penyakit.
Doktor berperanan penting dalam menjaga kesihatan masyarakat dan tidak mudah bekerja dalam bidang yang berisiko tinggi ini —kerana setiap keputusan boleh berkait dengan hidup dan mati.
Jadi, tak heranlah jika bidang ini tersenarai antara pekerjaan dengan gaji paling tinggi di Malaysia!
3. Ejen Hartanah
Siapa sangka, ejen hartanah kekal tersenarai sebagai kerjaya atau pekerjaan gaji tinggi di Malaysia!
Anggaran Pendapatan: RM11,000 – tanpa had Contoh Pekerjaan: Perunding hartanah dan ejen hartanah. Kualifikasi: Tidak memerlukan sebarang kualifikasi pendidikan tinggi. |
Namun, pasti ramai yang tidak menjangkakan bahawa kerjaya sebagai ejen hartanah boleh menawarkan gaji tinggi setanding kerjaya dengan gaji tinggi lainnya.
Walaupun kebanyakan ejen hartanah melakukan pekerjaan mereka secara freelance namun gaji atau komisen yang mereka terima sangat tinggi dan boleh mencecah RM50,000 sebulan.
Hal ini kerana, pekerjaan ini memerlukan softskill yang baik seperti teknik berunding, menyediakan pemasaran dan promosi, pengetahuan tinggi tentang pasaran dan lain-lain.
Tidak mudah untuk meyakinkan dan closed deal untuk sebuah aset tau! Jadi gaji tinggi pun sepadanlah dengan kerja dan usaha mereka.
4. Bidang Kewangan
Ke’wang’an bukan sekadar nama, tapi bukti! Bidang kewangan memang tak pernah gagal tersenarai sebagai pekerjaan gaji tinggi di Malaysia!
Anggaran Pendapatan: RM8,750 – RM14,000 Contoh Pekerjaan: Pengawal kewangan, pengurus audit, pengurus perakaunan dan lain-lain. Kualifikasi: Diploma dan ijazah sarjana. |
Kerjaya dalam bidang ini merangkumi pelbagai pekerjaan seperti penganalisis kewangan, pengurus pelaburan, akauntan dan perancang kewangan.
Pendapatan dalam bidang kewangan sering tinggi kerana ia melibatkan tanggungjawab besar dalam menguruskan aset dan wang, serta membuat keputusan yang memberi impak signifikan terhadap kekayaan syarikat atau individu.
Industri kewangan sangat kompetitif! Kemahiran analitikal tinggi, pengetahuan pasaran mendalam dan ketepatan membuat keputusan di bawah tekanan, menjadikannya kerjaya yang dihargai dan penuh cabaran.
5. Teknologi Maklumat (TMK)
Anggaran Pendapatan: RM9,500 – RM13,000 Contoh Pekerjaan: Projek IT, pentadbir pangkalan data, java engineer dan lain-lain. Kualifikasi: Diploma dan ijazah sarjana. |
Dengan kemajuan teknologi yang tak berhenti, bidang Teknologi Maklumat (TMK)/IT terus menjadi salah satu kerjaya dengan gaji paling tinggi di Malaysia!
Kerjaya dalam bidang ini merangkumi pekerjaan seperti pembangunan perisian, pengurusan data, keselamatan siber dan sokongan IT.
Industri ini terus berkembang pesat kerana hampir semua sektor bergantung pada teknologi untuk operasi harian, inovasi, dan pertumbuhan.
Pendapatan yang tinggi dalam bidang ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap kemahiran khusus seperti pengaturcaraan, analisis data dan keselamatan siber.
Tambahan pula, pekerjaan ini sering melibatkan tanggungjawab besar, seperti melindungi data syarikat, mencipta sistem teknologi canggih dan menyelesaikan masalah kritikal.
Kesimpulannya, pekerjaan bergaji tinggi bukan sahaja menjanjikan pendapatan lumayan, tetapi juga menuntut tanggungjawab besar, kemahiran tinggi dan dedikasi yang luar biasa.
Sama ada dalam bidang kewangan, teknologi, perubatan, atau hartanah, peluang ini terbuka untuk mereka yang berani melangkah dan terus belajar!
Jadi, jika anda mengimpikan kerjaya yang boleh mengubah hidup, jadikan ini sebagai inspirasi untuk terus maju dan rebutlah peluang terbaik ini!
Kerjaya sebagai ejen hartanah bukan sahaja menawarkan pendapatan lumayan, malah tidak memerlukan kelayakan pendidikan tinggi untuk bermula! Jadi, tunggu apa lagi? Sertai kami sekarang dan mulakan langkah menuju kejayaan!
Baca Selanjutnya:
1. Gaji vs Komisyen: Mana Pilihan Yang Tepat?
2. 10 Pilihan UPU Tertinggi Buat Lepasan SPM 2024
3. Nak Jana Pendapatan Lebih? Ini 5 Kelebihan Kerja Berasaskan Komisen