Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba, namun masih banyak persiapan yang perlu dilakukan untuk menyambut hari istimewa yang paling dinanti-nantikan ini.
Masyarakat moden pada hari ini sering membuat persiapan awal untuk menyambut hari raya dengan mengunjungi pop-up raya.
Pop-up raya merupakan pasar sementara atau kedai yang muncul hanya untuk masa tertentu sebelum Hari Raya.
Pop-up raya menawarkan berbagai keperluan untuk raya seperti baju raya, kuih raya, makanan khas raya dan dekorasi rumah untuk merayakan Aidilfitri.
Mari kita lihat apakah keperluan yang perlu anda ada untuk membuat persiapan awal bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri:
Pop-up Raya 2024
1. Senarai Semak Persiapan Raya
Keperluan | Status (Selesai/Belum) |
Baju Raya Suami Anak Mak & Ayah | |
Kuih Raya Cornflake madu Tart nenas Biskut Sugi | |
Hiasan Rumah Langsir Karpet Lampu Raya @ Pelita Bekas kuih raya | |
Sampul Duit Raya | |
Bahan memasak Juadah Raya Daging Ayam Kambing | |
Perjalanan Pulang ke Kampung Servis kereta Tambah nilai TNG @ RFID Mengisi minyak kereta |
Dengan adanya senarai semak ini diharapkan dapat membantu menyenangkan anda dalam membuat persiapan raya. Senarai ini boleh ditukar mengikut keperluan dan kehendak masing-masing.
Setelah anda kenal pasti apakah persiapan ataupun barangan yang perlu anda beli, sudah pasti apa yang anda ingin tahu seterusnya ialah di mana pasar pop-up atau bazar raya yang menarik untuk dikunjungi pada tahun ini.
Berikut adalah beberapa pasar pop-up yang akan diadakan di sekitar KL untuk membantu anda memenuhi keperluan Raya anda pada saat-saat akhir:
- Serba Serbi
- Publika Raya Bazaar
- Pasar Corak Hari Raya
- Pasar Raya Lambak
- Jiwa Nak Raya
2. 5 Pop-up Raya 2024 yang boleh dikunjungi
1. Serba Serbi
Tarikh: 28 hingga 31 Mac 2024
Lokasi: Semua House Jalan Tar Kuala Lumpur
Waktu: 4.00 petang sehingga 12.00 tengah malam (28 dan 29 Mac) 12.00 tengahari sehingga 12.00 tengah malam (30 dan 31 Mac)
Serba serbi akan mengadakan bazar ramadhan pertama mereka di Semua House Jalan Tar Kuala Lumpur pada 28 – 31 Mac 2024.
Dengan akses tempat letak kereta yang mudah, dan persekitaran baru berhampiran dengan semua keperluan membeli-belah raya, ianya akan memudahkan pengunjung untuk mencari semua keperluan raya dalam satu tempat.
Pelbagai jenis jenama dan kraf tempatan telah dipilih dengan teliti untuk para pengunjung. Mereka juga masih mempunyai beberapa slot untuk vendor lain mempromosikan produk mereka.
2. Publika Raya Bazaar
Tarikh: 11 Mac hingga 7 April 2024
Lokasi: The Gallery and West Entrance, Level G2 & Red Zone, Level UG
Waktu: 10.00 pagi sehingga 10.00 malam
Raya dah dekat, anda masih buntu nak cari baju raya yang sesuai? Jangan risau, tahun ini Publika Shopping Gallery akan membawakan banyak vendor baju raya untuk anda! Terdiri daripada jenama tempatan seperti Thea, WASYUM, SHALS dan banyak lagi.
3. Pasar Corak Hari Raya
Sumber: Instagram @centralmarketkualalumpur
Tarikh: 22 hingga 24 Mac 2024
Lokasi: Central Market
Sekiranya anda selalu ke Kuala Lumpur, pasti anda tahu bahawa hampir setiap minggu, Central Market atau lebih dikenali sebagai Pasar Seni akan menganjurkan pelbagai jenis aktiviti dan event yang menarik di sana.
Sempena raya tahun ini, Central Market akan menganjurkan Pasar Corak Hari Raya di mana anda boleh mendapatkan pelbagai keperluan yang menarik untuk persiapan Hari Raya anda.
Terdapat juga persembahan daripada artis tempatan dan juga pelbagai aktiviti yang menarik seperti “Congkak & batu seremban” dan “Postcard Raya Station”.
4. Jiwa Nak Raya
Sumber: Instagram @centralmarketkualalumpur
Tarikh: 28 hingga 31 Mac 2024
Lokasi: Central Market Kuala Lumpur
Waktu: 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Salah satu program raya lain yang akan dianjurkan oleh Central Market ialah Jiwa Nak Raya. Melalui program ini, anda dapat membeli pakaian dan aksesori raya daripada produk pakaian tempatan yang anda sukai. Terdapat juga pelbagai kuih muih dan makanan tradisional raya di sana.
5. Pasar Raya Lambak
Sumber: Instagram @atasangin.ev
Tarikh: 29 hingga 31 Mac 2024 dan 5 hingga 7 April 2024
Lokasi: Kedai KL, Mahsa
Waktu: 2.00 petang sehingga 11.00 malam
Kedai KL juga terkenal kerana selalu mengadakan pelbagai aktiviti menarik pada setiap minggu.
Kali ini Kedai KL akan menganjurkan Pasar Raya Lambak di mana pelbagai aktiviti menarik akan diadakan pada hari-hari tersebut, antaranya pengunjung dapat membeli belah pakaian dan kuih raya di sana.
Terdapat juga aktiviti hiburan seperti penampilan khas daripada penyanyi dan penghibur tempatan seperti Kimal, Piponation dan Jemput Dengar.
Mereka juga akan membuka slot untuk para vendor menjual barangan atau pakaian terpakai mereka di sana. Jangan lepaskan peluang ini dan selamat membeli belah!
Jadilah sebahagian daripada pasukan IQI Global. Bergabunglah dengan 30,000 ejen kami hari ini!