Apa maksud kerjaya seorang REN?
Seorang REN atau pembantu ejen harta tanah merupakan seorang yang memainkan peranan penting dalam urusan jual beli hartanah. Kehidupan mereka yang sibuk mengendali dan mengurus transaksi hartanah orang ramai.
Ramai yang melihat kerjaya REN ni sebagai kerja yang senang lenang, tapi kebenarannya kerjaya menjadi seorang REN memakan masa yang banyak dan memerlukan fokus serta disiplin seorang individu.
Apabila anda memilih hartanah sebagai pilihan kerjaya, anda memilih untuk bekerja di industri yang memerlukan pelbagai kemahiran penting untuk berjaya.
Kami akan senaraikan 5 ilmu yang diperlukan oleh seorang REN agar anda berupaya menakluki industri hartanah!
Jadi, ilmu apa yang anda perlukan?
1. Komunikasi yang mantap |
1. Komunikasi yang mantap
Komunikasi adalah kunci untuk memuaskan setiap pelanggan – penjual dan pembeli rumah. Seorang REN mesti mempunyai kemampuan dan ilmu untuk menguasai pelbagai saluran komunikasi, menyampaikan maklumat penting secepat mungkin, dan memastikan pelanggan memahami keadaan semasa permohonan mereka setiap masa.
Saluran komunikasi yang berbeza mesti dikuasai kerana setiap orang lebih suka kaedah yang berbeza untuk berhubung. REN mesti periksa mel suara, e-mel, teks, dan sebagainya dan mesti membalas pantas untuk memastikan tidak ada tarikh yang terlepas dan soalan dijawab dengan segera.
Selain itu, komunikasi yang mantap dapat membantu REN berunding di antara pembeli dan penjual. Ini kerana cara komunikasi bergantung kepada REN untuk merundingkan harga terbaik untuk pelanggan mereka.
Cara komunikasi seorang REN boleh tentukan kebolehan anda dalam transaksi hartanah!
2. Kemahiran mengajar dan membimbing
Seorang REN mungkin tidak bekerja di dalam kelas, tetapi sebagai seorang pakar dalam bidangnya, terserah kepada mereka untuk menjawab soalan dan mempersiapkan klien untuk proses membeli atau menjual rumah. Jadi seorang REN memerlukan ilmu untuk mengajar dan membimbing klien mereka dalam transaksi hartanah.
Perkara yang terasa biasa bagi REN mungkin asing bagi pelanggan, terutamanya jika ini pertama kali mereka menjual atau membeli hartanah.
Jadi, tugas seorang REN adalah untuk mengajar dan membimbing klien mereka yang menginginkan sebuah rumah untuk kegunaan sendiri mahupun pelaburan.
3. Penggunaan platform digital
Dengan alaf baru, industri hartanah kian berubah dan penggunaan teknologi menjadi lebih kerap dan amak diperlukan oleh seorang REN. Kaedah tradisional menjual hartanah bukan lagi satu sahaja cara untuk mendapatkan klien dan penjualan. Lebih ramai pelanggan potensi wujud di platform digital dan mencari rumah idaman mereka.
Dengan menerap ilmu digital dengan menggunakan platform digital seperi Facebook, Instagram, mahupun YouTube, seorang REN boleh capai pelanggan potensi yang lebih ramai. Kini terdapat pelbagai kemudahan untuk menggunakan media sosial sebagai alat untuk membantu mencari klien.
Selain itu, ianya mudah bagi pengguna untuk mencari apa sahaja dalam talian, termasuklah hartanah. Dengan memaparkan gambar yang menarik mengenai hartanah serta kelebihan membelinya, seorang REN boleh mengambil peluang untuk mendapatkan transaksi melalui platform digital.
Manakala di IQI, penggunaan applikasi Atlas memudahkan seorang REN. Di mana mereka boleh memaparkan listing mereka, menulis content untuk menaikkan nama mereka, dan macam-macam lagi. Segalanya dipermudahkan untuk REN IQI melalui Atlas!
Anda ingin menjadi seorang REN?
Mencari sebuah agensi terbaik untuk anda sertai? 🔎
IQI pilihan anda! Baca mengapa! 👇
6 sebab mengapa IQI merupakan pilihan terbaik seorang REN! 🤩
4. Pengurusan masa
Pengurusan masa merupakan ilmu yang sangat penting bagi seorang REN untuk pertimbangkan di mana masa mereka dihabiskan setiap hari dan minggu. Oleh kerana REN menetapkan jadual mereka sendiri, ianya merupakan tanggungjawab mereka sepenuhnya untuk menentukan berapa lama menggunakan masa untuk melakukan apa, dan selainnya.
REN melalui jadual harian yang berlainan. Ada hari mereka bertemu dengan pelanggan sahaja, manakala ada hari mereka akan melakukan pengurusan dokumen pelanggan mereka bersama pihak bank.
Mereka harus tentukan masa mengikut klien, susun masa untuk mempelajari ilmu baru, menyusun dokumentasi serta pekerjaan admin, dan menyertai sesi kongsi oleh rakan REN atau mentor mereka. Hanya melalui pengurusan masa, tugas mudah diselesaikan dan pelanggan kekal gembira!
5. Teknik pemasaran
Memasarkan perkhidmatan hartanah mereka adalah bahagian penting dalam kerjaya REN. Walaupun sokongan syarikat dan sumber daya sering disediakan untuk individu, masih menjadi tugas mereka untuk memasarkan diri mereka secara tempatan.
Semua REN harus menghabiskan masa untuk mempelajari asas-asas mengenai media sosial, e-mel, dan pemasaran jenama.
Mereka juga perlu mempelajari strategi pemasaran baru dari masa ke masa, kerana industri ini – seperti industri lain – bergerak pantas dan sentiasa berubah!
Kehidupan seharian seorang REN tidak sama seperti bekerja di dalam sebuah ofis. Malah ia memerlukan disiplin, fokus, dan ketekunan yang tinggi. Jadi ilmu-ilmu yang dikongsi ini perlu diterap dalam seorang REN untuk mereka berjaya dalam kerjaya ini.
Anda boleh sertai kursus yang sedia ada di mana-mana platform digital oleh pembahas yang lebih berilmu untuk anda pelajari benda baru dan menggunakan teknik-teknik tersebut untuk kegunaan harian anda!
IQI Global menyediakan latihan intensif serta percuma setiap minggu dan punyai ramai REN berpengalaman untuk bantu anda dalam kerjaya ini!
Ingin mulakan perjalanan anda dalam kerjaya baru yang boleh cabar diri anda?
Kerjaya REN sesuai untuk anda! IQI Global merupakan syarikat antarabangsa yang mempunyai cawangan seluruh dunia!
Mulakan kerjaya REN anda bersama kami di IQI Global!