Dalam keadaan ekonomi sekarang ni banyak pemilik rumah di luar sana sedang jual rumah atau berkira-kira untuk menjual rumah. Ada yang cuba nak jual sendiri atau ada juga yang melantik ejen hartanah berdaftar menguruskan penjualan rumah.
Apabila lantik ejen hartanah berdaftar, semua urusan diserahkan kepada ejen hartanah. Dan ada kos ejen hartanah. Nak jimat boleh jual sendiri, tapi semua perkara kena buat sendiri.
So untuk menyenangkan semua pihak, saya ada beberapa tips untuk jual rumah yang masih ada penyewa.
4 Tips Jual Rumah Yang Ada Penyewa
1. Sebelum Jual Rumah Tawarkan Kepada Penyewa Dahulu
Sebelum nak jual kepada orang lain, sebaiknya tuan rumah perlu maklumkan kepada penyewa dulu. Bagi tawaran paling awal kepada penyewa bagi membeli rumah tu.
Dan tawaran tu lebih manis sekiranya harga lebih murah sedikit atau ada pakej-pakej lebih menarik dalam tawaran tersebut.
Tawaran ni tak perlu bagi masa lama. Cukup sekadar 2-3 hari sahaja.
Kalau penyewa kata tak berminat baru mula langkah seterusnya iaitu cari pembeli lain.
2. Prosedur Penjualan Rumah
Terangkan serba sedikit prosedur jual rumah kepada penyewa. Sebab rumah pasaran sekunder atau subsale, bakal pembeli perlu masuk sendiri ke rumah tu.
Pembeli akan membeli rumah as is basis. Bahasa senang faham beli apa yang nampak di mata.
Lihat artikel lain yang berkenaan:
Dengan ini penyewa perlu membenarkan ejen hartanah membawa bakal pembeli untuk masuk ke rumah. Ada 1 rumah berjaya dijual dengan membawa 1 klien sahaja. Ada juga dah 10 klien tak terjual juga rumah tu.
3. Maklumkan Tempoh Penjualan Rumah
Maklumkan juga tempoh penjualan rumah tersebut. Sebagai penyewa mereka perlukan masa untuk mencari rumah yang baru, sediakan deposit dan macam-macam lagi.
Secara am rumah freehold mengambil masa 4-5 bulan untuk selesai. Paling cepat 3 bulan.
Bagi rumah leasehold mengambil masa lebih lama. Anggaran 6-7 bulan.
4. Rumah Kemas dan Cantik
Apabila ada bakal pembeli nak tengok rumah, penyewa perlu memastikan rumah dalam keadaan kemas dan cantik. Baru datang mood membeli nanti.
Cuba bayangkan apa perasan klien apabila rumah dalam keadaan bersepah, lampu tak menyala, tandas kotor, rumah berbau busuk. Nak ke klien beli??
Emmmm. Tepuk dada gamaknya. Next rumah please…
Jual Rumah Penyewa Pun Gembira
Jadikan objektif jual rumah tanpa menganggu kehidupan seharian penyewa.
Jangan pula setiap hari ada temujanji bawa klien tengok rumah. Kalau boleh kumpul setiap klien dalam satu-satu masa. Penyewa juga ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan.
Bagi penyewa pula kena faham kenapa pemilik perlu menjual rumah. Bagi sedikit ruang agar objektif menjual rumah tersebut berjalan lancar.
Sebagai persediaan awal, penyewa dah boleh mencari rumah lain. Kalau dah jumpa rumah yang berkenan tu, boleh bincang baik-baik dengan tuan rumah untuk bagi notis keluar rumah.
Yang penting hubungan baik antara penyewa dan tuan rumah dapat dikekalkan. Tuan rumah senyum dapat hasil penjualan rumah, penyewa pun boleh terus tenang tinggal di rumah yang selamat untuk mereka.
Ingin menjual rumah yang masih ada penyewa secara cepat dan mudah? Isi borang dibawah dan ejen hartanah profesional kami akan hubungi anda secepat mungkin!
.
B