Berada di kampung halaman pastinya sangat menenangkan. Jauh dari hiruk pikuk bandar, bunyi kenderaan yang tidak kira siang malam dan kesesakan yang selalu menyesakkan dada.
Berada di kampung dengan suasana kampung yang mendamaikan, kehijauan alam sekeliling yang memukau pandangan mata dan yang paling penting berada dekat dengan keluarga di kampung pastinya membuatkan ramai yang rindu dengan kampung halaman.
Namun, bukan semua orang mempunyai kampung halaman. Bagi mereka yang dilahirkan dan dibesarkan di bandar mungkin tidak pernah merasai semua itu.
Tetapi jangan sedih atau risau. Bagi anda yang tidak mempunyai kampung halaman tetapi ingin merasai pengalaman bersama keluarga di kampung, homestay ala kampung boleh membantu anda merealisasikan keinginan anda ini.
1. Desa Balqis Beach Resort |
10 Homestay Ala Kampung Halaman Yang Menarik
Berikut adalah 10 homestay ala kampung halaman untuk berkumpul bersama keluarga anda iaitu:
1. Desa Balqis Beach Resort
Dengan slogannya “Back to Nature” pastinya akan membuatkan anda sekeluarga sangat gembira berada di sini.
Nama-nama rumahnya sahaja sudah menggambarkan konsep kekeluargaan dan kekampungan yang dibawa oleh Desa Balqis Beach Resort ini.
Ianya dapat dilihat dari nama rumahnya. Antaranya ialah Atok, Nenek, Pak Su, Pakcik dan Hj. Deraman, Mama, Pak Andak, Penghulu, Pak Teh, Balqis, Pak Long, Pak Ngah dan banyak lagi.
Homestay ini menawarkan beberapa jenis rumah mengikut jumlah pengunjungnya dan pemandangan laut. Antaranya ialah homestay untuk extra pax, medium pax, minimum pax dan juga sea view.
Homestay ini juga ada menawarkan kemudahan lain untuk disewa antaranya ialah BBQ pit, karaoke set, kanopi dan P.A sistem.
Apa yang lagi menarik walaupun homestay ala kampung, tetapi homestay ini mempunyai kolam renangnya sendiri dan berhadapan dengan laut. Menarik bukan?
Desa Balqis Beach Resort ini terletak di KM 50, Kampung Bukit Darat, Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, Melaka.
Untuk sebarang urusan tempahan dan pertanyaan boleh terus ke laman webnya seperti di bawah:
2. Limastiga Villa
Terletak di Umbai, Melaka homestay ini dibina dengan gabungan senibina moden tetapi berkonsepkan kampung halaman style pastinya akan memberi satu memori yang sukar untuk anda sekeluarga lupakan.
Limastiga Villa ini terletak di Kampung Umbai yang terkenal dengan ikan bakarnya. Ianya dibina di sebuah perkampungan tradisi melayu yang unik dan jauh dari kesibukan bandar.
Terdapat dua jenis villa yang anda boleh pilih sebagai penginapan anda sekeluarga iaitu Limas Suite Villa yang boleh memuatkan 14 hingga 18 orang pengunjung.
Manakala, Limastiga Villa + boleh memuatkan seramai 30 orang. Untuk lebih lanjut, anda boleh ke laman web mereka di https://limastiga.com/.
3. Terrapuri
Dengan slogan “An Architecture of a Lost Kingdom”, penginapan di Terrapuri ini sangat unik seunik namanya. Terrapuri bermaksud The Land Of Palaces atau tanah istana di terletak di negeri Terengganu.
Ianya adalah projek pemuliharaan dan pemulihan rumah Klasik Melayu Terengganu. Mempunyai 20 buah villa eksklusif yang telah dibaikpulih, galeri dan rumah pantai.
Senibina villa di Terrapuri ini dipengaruhi oleh rumah klasik yang berusia ratusan tahun dan susun aturnya diilhamkan dari Istana Terengganu pada abad ke-17.
Terletak di pesisiran pantai dengan pemandangan Pulau Perhentian, Lang Tengah, Pulau Cepu, Pulau Redang dan Pulau Bidong pastinya sangat mempesonakan.
Layari laman web mereka di https://terrapuri.com/ untuk mengetahui lebih lanjut dan cara untuk menempah sekiranya berminat.
4. Tanjung Jara Resort
Terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Terengganu. Sebuah resort yang dibina dengan pengaruh tradisi Melayu lama iaitu istana Melayu pada abad ke-17.
Pelbagai aktiviti yang anda sekeluarga boleh lakukan sekiranya memilih Tanjung Jara Resort sebagai tempat berkumpul anda sekeluarga.
Antaranya ialah melihat penyu, makan di tepi pantai atas batu, menyelam di Pulau Tenggol, menyelusuri Sungai Marang dengan cruise, bicycle tour dan banyak lagi.
Antara kemudahan lain yang ditawarkan ialah spa, gimnasium, tenis, kedai hadiah, butik, bilik mesyuarat dan kolam renang.
Mempunyai 6 jenis pilihan bilik yang anda boleh pilih untuk penginapan anda sekeluarga. Untuk maklumat lanjut layari laman web mereka di https://www.tanjongjararesort.com/.
5. Rumah Mak Embun
Mendengar namanya sudah tahu bagaimana konsep homestay ini. Pastinya penginapan seperti menginap di rumah halaman emak sendiri di kampung bukan?
Rumah Mak Embun ialah sebuah rumah tradisional Melaka yang terletak di sebuah kampung yang tenang di Bukit Larang, Pernu, Melaka.
Rumah Mak Embun ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Rumah Ibu, Rumah Tengah dan Rumah Bawah. Melihatkan kepada binaan rumah ini tidak banyak berbeza dengan rumah tradisional Melaka yang lain.
Dikelilingi dengan alam semulajadi yang menghijau pastinya percutian anda bersama keluarga anda akan menjadi momen terindah seperti berada di kampung sendiri.
Untuk sebarang urusan tempahan atau maklumat lanjut boleh ke https://rumahmakembun.blogspot.com/.
6. The Dusun
Berkonsepkan penginapan di dalam dusun durian pastinya membawa kelainan pada percutian anda sekeluarga pada kali ini.
The dusun terdiri daripada 7 buah banglo yang dibina di atas tanah dusun berukuran 12 ekar.
Setiap rumah yang dibina dilengkapi dengan dapur yang lengkap, pemandangan yang mengujakan dan pengunjung dapat menghirup udara yang segara tanpa sebarang pencemaran.
The Dusun juga mempunyai pelbagai aktiviti dan kemudahan lain lagi seperti urutan tradisional, reban ayam, ladang sayur, boleh meneroka pelbagai jenis pokok buah-bahan selain durian, kandang rusa dan banyak lagi.
7 rumah yang boleh dipilih sebagai penginapan iaitu Rumah Berembun, Tembusu, Emas, Lanai, Tapir, Perling Air & Perling Bukit dan Kantan.
Anda berminat? Layari laman web mereka di https://thedusun.com.my/ untuk maklumat lanjut.
7. RumahKebun@Hulu Langat
Inginkan percutian bersama keluarga yang bertemankan deruan air sungai? Rumah Kebun pastinya menjadi antara tempat terbaik untuk anda sekeluarga.
Terletak di Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor, sebuah private homestay. Ianya dikelilingi oleh bukit dan alam semulajadi yang menghijau.
Villa yang dibina dengan rekabentuk desa dan design yang minimal pasti membuatkan anda sangat selesa berada disini.
Rumah Kebun ini mampu memuatkan 16 orang pengunjung pada satu-satu masa. Banyak lagi aktiviti dan kemudahan yang disediakan di sini.
Jangan lupa untuk terus ke laman web mereka seperti di bawah sekiranya anda perlukan lebih maklumat.
8. Kuang Kampung Retreat
Homestay yang terletak di Sungai Buloh, Selangor dan 30 minit dari Kuala Lumpur jika anda memandu kereta. Mampu memuatkan 8 orang pengunjung pada satu-satu masa.
Dilengkapi dengan dapur, WiFi, tempat letak kereta percuma, kolam renang dan banyak lagi. Rumah yang dibina dengan senireka rumah kampung tetapi diberi sentuhan moden.
Yang menariknya lagi kolam renang berada di dalam rumah. Dikelilingi dengan pokok-pokok yang menghijau pastinya sangat menenangkan.
Layari link di bawah untuk tempahan dan maklumat lanjut iaitu https://www.airbnb.com/rooms/28859657?source_impression_id=p3_1679076821_LxcragWwVNXrhBMR
9. Homestay Dangau Panggung Pak Din KK
Sebuah homestay yang terletak di Sungai Sembilang, Jeram, Kuala Selangor, Selangor.
Berkonsepkan rumah kayu klasik yang pastinya akan menggamit memori sewaktu kecil dahulu. Berada di sini seolah-olah berada di kampung sendiri.
Pelbagai kemudahan yang disediakan di sini termasuklah kolam renang. Jangan lepaskan peluang anda untuk berkumpul bersama keluarga di sini.
Untuk tempahan boleh terus ke facebook https://www.facebook.com/dangaupanggungpakdinkk/
10. Rumah Warisan Joret Ali Kampung Morten
Rumah Warisan Joret Ali ini terletak di Kampung Morten, Melaka yang mana Kampung Morten ini mendapat gelaran sebagai “muzium hidup” kerana penduduknya masih mengekalkan identiti kemelayuan itu sendiri melalui rekabentuk rumah, cara menghias dan landskapnya.
Selain itu, Kampung Morten ialah sebuah perkampungan tradisional melayu yang telah diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya.
Oleh itu, sekiranya anda sekeluarga berkumpul di sini pastinya pilihan yang tepat kerana Rumah Warisan Joret Ali ini berada di persekitaran kampung tradisional melayu.
Untuk tempahan anda boleh berhubung dengan pemilik melalui nombor yang tertera di https://rumahwarisanjoretalikampungmorten.blogspot.com/
Homestay ala kampung halaman bukan sahaja bagi mereka yang tiada kampung halaman, tetapi juga sesuai untuk mereka yang ingin menenangkan fikiran dengan suasana kampung jauh dari kesibukan di bandar.
Homestay ala kampung halaman ini turut menawarkan suasana yang tradisional dan unik. Selain itu, ianya juga dapat mempromosikan budaya tempatan kepada pelancong luar.
Pastinya anda akan teringat-ingat akan percutian anda bersama keluarga di homestay-homestay ini.
IQI mempunyai lebih dari 30,000 ejen hartanah di seluruh dunia. Melalui mod kerjasamanya yang khusus untuk ejen, ianya membantu mereka untuk berkembang bersama!
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Tinggalkan butiran anda di bawah! Kami akan menghubungi dan membantu anda secepat mungkin.