Hari konvokesyen dinantikan oleh semua pelajar universiti yang buat pertama kali mendapat ijazah. Hari konvokesyen atau hari graduasi dilakukan setelah seseorang itu berjaya menamatkan pengajian dalam bidang mereka.
Menjelang hari konvokesyen, terdapat diantara graduan yang akan merancang pelbagai perkara dari sudut masa, pakaian, cara bergambar dan tempat penginapan bersama keluarga.
Jom ikut tips ini supaya anda dapat merancang dengan lebih teratur!
Sebelum Hari Kejadian |
Sebelum Hari Kejadian
‘Pre-convo’ adalah sangat penting bagi anda yang ingin bergambar bersama rakan-rakan. Gambar tersebut merupakan satu kenangan walaupun hari konvokesyen yang sebenar bukan pada hari berikut. Ini kerana, pada hari konvokesyen nanti adalah hari anda bersama keluarga dimana semua rakan-rakan sibuk bersama keluarga masing-masing. Masa juga adalah sangat terhad dan singkat, diikuti pula dengan cuaca tidak menentu sama ada terlalu panas atau hujan.
Selain itu, anda juga digalakkan untuk mengambil ‘Jurugambar’ untuk memudahkan proses penggambaran semasa pre-convo. Tidak perlu set up kamera dan tripod untuk mendapat hasil gambar yang cantik. Upah sahaja jurugambar untuk mengambil gambar anda. Jimat masa dan hasilnya pasti memuaskan. Ambil jurugambar yang dapat menawarkan harga berpatutan dan jangan lupa untuk berbincang bersama rakan-rakan anda!
Setiap universiti ada caranya tersendiri dalam menguruskan hari konvokesyen seperti penyediaan dokumen dan borang buat para pelajar. Dokumen dan borang tersebut mungkin merangkumi tentang pengambilan jubah atau mengambil pass masuk ibu bapa. Mungkin juga anda diwajibkan untuk menjawab beberapa soalan soal selidik. Jadi pastikan segala dokumen dan borang telah disemak untuk memastikan hari konvokesyen anda berjalan dengan lancar.
Pastikan anda membayar segala denda dan tunggakan saman sebelum hari konvokesyen anda! Diingatkan kebiasaanya denda dan saman ini datang daripada perpustakaan atau saman lalu lintas. Pastikan anda membayar hutang-hutang tersebut supaya anda dapat melalui hari konvokesyen dengan tenang.
Jangan lepaskan peluang untuk merancang percutiaan bersama keluarga anda sebelum atau sebelum tibanya hari konvokesyen. Inilah masanya untuk anda meraikan hari tersebut bersama keluarga. Pastikan tempat penginapan selesa dan tidak jauh dari tempat konvokesyen anda!
Anda juga digalakkan untuk merancang terlebih dahulu dan buat perbandingan harga sebelum membuat keputusan. Tak tahu nak cari tempat penginapan dimana? Anda boleh cuba cari di Oyo, Booking.com, AirBnb, Agoda dan juga banyak lagi aplikasi tempahan dalam talian anda boleh guna.
Pakaian anda merupakan salah satu faktor yang bakal mengawal emosi anda pada hari konvokesyen! Jadi pastikan anda memilih jenis pakaian, warna yang menepati tema dan juga selesa. Jika anda seorang perempuan, pastikan kain tidak terlalu labuh, risau akan tersadung semasa mengambil skrol di atas petas nanti.
Selain itu, pemilihan kasut yang selesa juga adalah sangat penting. Jika anda tidak biasa memakai kasut tumit tinggi, elakkan. Sebaiknya, pakai kasut bertumit sederhana sahaja.
Sudah semestinya anda ingin mengambil gambar untuk dijadikan memori. Jadi sebelum hari kejadiaan, pastikan kamera atau telefon bimbit anda dicas supaya bateri tidak habis dengan cepat. Anda juga boleh bawa powerbank untuk cas peranti bimbit anda jika bateri habis. Selain itu, pastikan storage anda cukup, untuk elakkan ‘storage’ penuh pada waktu bergambar.
Semasa Hari Kejadian
Sebelum anda memasuki dewan, sebaiknya anda meninggalkan barang berharga bersama keluarga. Kebiasaanya para graduan tidak membawa sebarang beg besar melainkan barang kecil yang boleh dimasukkan kedalam poket. Ini untuk mengelakkan apa-apa kecurian dan kehilangan barang semasa istiadat perarakan sedang berlaku.
Para graduan digalakkan untuk datang awal. Ini kerana kesesakan lalu lintas pasti akan berlaku. Bayangkan beribu para graduan, berapa banyak kereta yang akan berada di jalan? Jadi untuk mengelakkan anda berasa tidak selesa anda digalakkan untuk datang awal 2 jam. Kemudian bawalah keluarga jalan-jalan dan makan dikawasan konvokesyen anda.
Semasa anda berada di atas pentas, pastikan anda kawal pergerakan badan dan ekspresi muka! Lakukan latihan sebelum hari kejadian. Pastikan ianya kelihatan semula jadi dan tidak terlalu kekok dan kaku. Ini kerana semasa anda mengambil skrol, kamera akan difokuskan kepada anda dan semua audiens dapat melihat gerak-geri anda.
Dengan ini, diharapkan agar tips ini dapat membantu para graduan. Mungkin anda juga mempunyai tips-tips yang lebih bagus. Boleh digunakan semasa majlis nanti! Jangan lupa kongsikan tips ini dekat rakan-rakan anda juga.
Masih mencari agensi hartanah yang mampu membimbing anda sehingga berjaya? Mencari agensi hartanah yang menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran anda?
Rebut peluang untuk sertai IQI Global pada hari ini!