Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa pada PRU15 ini seramai 21,173,638 pemilih yang berdaftar layak untuk mengundi di mana seramai 20,905,366 adalah pengundi biasa, 146,737 merupakan anggota tentera dan pasangan manakala 118,794 pula ialah anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) serta lagi 2,741 orang adalah Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
Fakta-Fakta Menarik PRU15 |
Untuk makluman anda, pendaftaran sebagai pemilih adalah secara automatik bagi individu yang berusia 18 tahun ke atas di mana ia sudah diwartakan dan dikuatkuasakan semenjak 15 Disember 2021.
PRU15 kali ini menyaksikan persaingan sengit dari beberapa parti yang bertanding dan mungkin akan mendatangkan kejutan terbesar semasa kemenangan akan diumumkan selesai proses pengundian pada 19 November 2022 ini.
Terdapat lebih kurang 39 parti yang layak bertanding di mana ia menunjukkan ada peningkatan berbanding pada PRU14 yang lalu. Dalam PRU15 ini juga seramai 1,386 calon telah disahkan layak untuk bertanding bagi kerusi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri atau DUN setelah selesai hari penamaan calon yang berlangsung pada 5 November yang lalu di seluruh negara.
Untuk anda yang masih belum jelas dengan perjalanan pengundian bagi PRU15 kali ini, kami senaraikan beberapa fakta menarik di bawah ini. Jom semak!
Fakta-fakta Menarik PRU15
sumber: Malaysia Post
Lihat fakta-fakta menarik di bawah mengenai PRU15.
- Parlimen Malaysia secara sah dibubarkan pada 10 Oktober 2022 dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat pengumuman tarikh-tarikh penting iaitu hari penamaan calon pada 5 November 2022, hari mengundi awal adalah pada 15 November mana hari pengundian umum pula adalah pada 19 November 2022.
- Seramai lebih kurang 10,551,487 adalah pengundi lelaki manakala 10,622,151 pula merupakan pengundi wanita.
- Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah layak untuk mengundi dan didaftarkan secara automatik sebagai pemilih oleh SPR tanpa perlu membuat sebarang permohonan kepada SPR.
- Mengikut statistik umur pula seramai 4,681,348 merupakan jumlah pengundi tertinggi yang berumur di antara 30-39 tahun manakala 80,914 pula adalah jumlah pengundi paling rendah yang berumur 90+ ke atas.
- Pengundi muda jika mengikut pecahan pula adalah seramai 50.48%.
- Antara parti-parti yang bertanding dalam PRU15 kali ini adalah Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Pakatan Harapan (PH) dan Gerakan Tanah Air (GTA).
- Terdapat sebanyak 10 buah negeri yang tidak akan mengadakan pilihan raya untuk pemilihan ADUN pada PRU15.
- Negeri-negeri yang mengambil keputusan untuk tidak membubarkan DUN adalah Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan.
- Tahukah anda bahawa deposit pilihan raya iaitu RM10,000 untuk kerusi Parlimen dan RM5,000 untuk kerusi DUN boleh dituntut sekiranya calon peroleh lebih ⅛ daripada jumlah undi yang diterima oleh calon-calon yang bertanding.
- Pengerusi SPR iaitu Tan Sri Abdul Ghani Salleh memberitahu bahawa terdapat enam borang percalonan ditolak di mana ia membabitkan kawasan Parlimen dan dua DUN serta tiada calon yang menang tanpa bertanding pada PRU kali ini.
- Dalam 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, terdapat 9 buah kerusi parlimen yang bakal menyaksikan persaingan yang cukup sengit.
- Apa yang menariknya PRU kali ini adalah terdapat satu kawasan yang menyaksikan pertembungan 10 calon bertanding.
- Setelah selesai PRU, terdapat sekurang-kurangnya 7 Rang Undang-undang (RUU) termasuklah RUU Perbekalan 2023 atau lebih dikenali sebagai Bajet 2023 perlu dibentangkan semula sekiranya kerajaan baharu telah dibentuk.
- PRU15 menyaksikan jumlah calon Parlimen yang paling ramai dalam sejarah iaitu 945 pencalonan.
- Kawasan yang paling ramai calon pula adalah di Parlimen Batu di mana 10 orang calon bertanding dan Parlimen Ampang pula adalah seramai 9 calon yang bertanding.
- Pada PRU15 kali ini juga anda bakal menyaksikan pencalonan yang paling tua adalah berumur 97 tahun iaitu bagi calon Parlimen Langkawi Tun Dr. Mahathir manakala bagi pencalonan paling muda pula disandang oleh Peggy Chaw Zhi Ting yang berumur 23 tahun di mana beliau bertanding di Parlimen Tenom dan Muhammad Syahmi Suhaimi juga berusia 23 tahun yang bertanding di DUN Tambun Tulang.
- Tempoh rasmi untuk berkempen adalah selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh Pegawai Pengurus sehinggalah pada pukul 11.59 malam iaitu 18 November 2022.
- Seramai 625 Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) ditubuhkan untuk memantau segala aktiviti bagi calon-calon yang sedang berkempen.
Senarai Parti Dan Calon Bertanding Di DUN Serta Parlimen
sumber: Aiman
1. Barisan Nasional (BN)
Parlimen – 178
DUN – 117
2. Perikatan Nasional (PN)
Parlimen – 149
DUN – 116
3. Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Parlimen – 22
DUN – 0
4. Pakatan Harapan
Parlimen – 206
DUN – 116
5. Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Parlimen – 8
DUN – 0
6. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
Parlimen – 16
DUN – 1
7. Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)
Parlimen – 116
DUN – 44
8. Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)
Parlimen – 3
DUN – 0
9. Gabungan Parti Sarawak (GPS)
Parlimen – 31
DUN – 0
10. Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
Parlimen – 13
DUN – 0
11. Bebas
Parlimen – 108
DUN – 23
12. Parti Bersatu Rakyat Sabah
Parlimen – 1
DUN – 0
13. Parti Sarawak Bersatu (PSB)
Parlimen – 10
DUN – 0
14. Ikatan Demokratik Malaysia (Muda)
Parlimen – 6
DUN – 0
15. Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar)
Parlimen – 1
DUN – 0
16. Parti Warisan Sabah (Warisan)
Parlimen – 52
DUN – 18
17. Parti Bangsa Malaysia (PBM)
Parlimen – 5
DUN – 7
18. Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra)
Parlimen – 9
DUN – 0
19. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Parlimen – 1
DUN – 1
20. Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS)
Parlimen – 1
DUN – 1
21. Parti Bumi Kenyalang (PBK)
Parlimen – 1
DUN – 0
22. Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)
Parlimen – 7
DUN – 0
23. Parti Utama Rakyat (PUR)
Parlimen – 1
DUN – 0
Kesimpulan
Pilihan raya umum ke-15 ini juga menyaksikan penglibatan calon wanita seramai 127 orang yang bertanding di kerusi parlimen dan untuk kerusi DUN pula adalah seramai 60 orang. Hari pengundian yang akan berlangsung pada 19 November 2022 ini diharapkan berlangsung dengan suasana yang tenang dan berjalan lancar.
Bagi anda yang baharu pertama kali mengundi dan belum mengetahui di manakah tempat anda akan membuat undi, boleh buat semakan di
https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih
Selamat mengundi!
IQI semakin giat berkembang. Anda berminat dengan industri hartanah dan sedang mencari pekerjaan yang boleh meningkatkan potensi diri secara berterusan? Isi maklumat di bawah dan sertai IQI untuk menjadi ejen hartanah!