Tahukan anda apakah itu kewangan peribadi?
Kewangan peribadi merujuk kepada pengurusan kewangan yang melibatkan wang simpanan serta pelaburan seseorang. Selain itu, ia juga merangkumi penganggaran, perbankan, insurans, pegadaian, pelaburan dan juga plan persaraan.
Matlamat utama mempunyai kewangan peribadi ialah bagi memastikan kita mempunyai kewangan yang kukuh menjelang usia tua.
Oleh itu, pentingnya bagi kita untuk mempunyai pengurusan kewangan yang baik demi masa depan yang terjamin.
Jenis pelaburan yang ada di pasaran
Pelaburan merupakan salah satu jalan singkat untuk mengukuhkan kewangan seseorang. Namun, pelaburan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipraktikkan. Terdapat pelbagai cara dan jenis pelaburan yang boleh diterokai oleh semua.
Jom kita sama-sama terokai jenis pelaburan yang terdapat di pasaran.
1. Pelaburan Saham
Dalam bahasa mudah, saham merupakan satu perkongsian hak milik dalam sesebuah syarikat. Apabila anda melabur dalam saham sesebuah syarikat, anda dikira sebagai salah seorang pemilik syarikat tersebut. Keuntungan dan kerugian saham tersebut bergantung kepada kejayaan atau kegagalan syarikat tersebut.
2. Pelaburan Hartanah
Pelaburan hartanah ialah pelaburan yang melibatkan pembelian hak milik sesuatu hartanah. Setiap individu dinasihatkan supaya membuat kajian yang terperinci bagi memastikan pelaburan hartanah tersebut sesuai bagi anda. Pemilihan pelaburan dalam jenis hartanah bergantung kepada setiap individu. Pilih sesuatu yang menepati belanjawan anda supaya pelaburan hartanah ini bukan satu pelaburan yang mensia-siakan anda.
3. Insurans
Insurans mempunyai banyak jenis seperti insurans hayat, insurans kereta dan banyak lagi. Setiap insurans mempunyai fungsi berbeza. Sebagai contoh, insurans kereta memberikan perlindungan kewangan terhadap kerosakkan yang diakibatkan oleh kemalangan jalan raya. Oleh itu, pelaburan insurans ini dapat mengurangkan beban kepada kita apabila terjadi sebarang musibah yang tidak diingini.
4. Plan persaraan
Membuat simpanan untuk hari tua dan menguruskan kewangan selepas persaraan merupakan aspeks yang penting dalam pengurusan kewangan peribadi seseorang. Terdapat berbagai pilihan simpanan untuk persaraan yang disediakan oleh pihak bank. Untuk mendapatkan keuntungan bagi plan perasaraan anda, anda haruslah melihat kadar dividen yang terdapat dalam plan simpanan yang disediakan tersebut dan membuat pilihan yang bijak.
5. Dagangan dalam talian (online trading)
Terdapat pelbagai jenis dagangan atas talian yang boleh dibuat oleh anda seperti saham, FX, dan Krypto. Dagangan atas talian merupakan medium yang mudah untuk anda mendapatkan momentum dan modal bagi jangka masa yang lama dalam bidang pelaburan ini. Tetapi anda haruslah mempunyai ilmu yang penting dalam bidang ini sebelum anda memulakan langkah anda yang pertama.
Mulakan strategi kewangan peribadi anda!
Jadi anda telahpun mendapat sedikit sebanyak info mengengai jenis-jenis pelaburan yang boleh anda ceburi. Oleh itu, jom kita beralih kepada strategi mudah untuk menyusun plan kewangan peribadi anda.
1. Merancang belanjawan
Langkah pertama sebelum anda menceburi bidang pelaburan ini, anda haruslah merancangan belanjawan anda. Sudah tentu ini bagi mengelakkan anda berbelanja tanpa had.
Apabila anda mempunyai plan yang betul, anda bukan sahaja dapat membuat simpanan malahan anda dapat membuat perancangan yang kukuh untuk jangka masa yang panjang.
Jika anda merasakan ini merupakan perkara yang leceh buat anda, jangan risau terdapat banyak aplikasi yang boleh anda muat turun untuk dijadikan panduan dan membantu anda.
2. Persediaan tabung kecemasan
Malang tidak berbau. Oleh itu, pentingnya bagi kita untuk mempunyai tabung kecemasan sekiranya sesuatu yang tidak diingi berlaku. Ini juga merupakan pelaburan yang sangat penting. Sebagai contoh, anda harus membayar bil hospital, kereta, perbelanjaan harian dan sebagainya. Justeru, pentingnya mempunyai tabung ini bagi memastikan anda mempunyai duit yang cukup untuk menampung kehidupan anda pada waktu terdesak.
Kita dinasihatkan supaya mempunyai simpanan kecemasan yang boleh menampung 3 ke 6 bulan perbelanjaan isi rumah. Pakar kewangan juga menggalakkan kita supaya menyimpan 20% daripada hasil pendapatan bulanan kita untuk tabung kecemasan. Jadi, sediakan payung sebelum hujan!
3. Menghadkan hutang
Faktor yang paling penting adalah memastikan anda tidak terlalu berlebihan dalam berbelanja. Ini bagi mengelakkan anda mempunyai hutang yang terlampau banyak.
Namun, ada beberapa hutang yang tidak dapat dielakkan, contohnya pembelian rumah. Tetapi seperti pembelian kereta mewah dan sebagainya tidak mendatangkan faedah dalam jangka masa yang lama dan boleh dielakkan bagi mengurangkan tanggungan anda pada waktu tersebut.
4. Memantau skor kredit anda!
Skor credit merupakan rekod yang dapat memberi informasi mengenai kebolehan pembayaran balik seseorang. Jika anda mempunyai skor kredit yang baik, boleh dikatakan ianya mudah bagi anda untuk mendapatkan sebarang pinjaman ataupun kad kredit yang baru daripada pihak bank.
Namun, sekiranya skor kredit anda tidak menepati citarasa pihak bank, pinjaman yang anda idamkan sudah tentu tidak dapat diluluskan oleh mereka. Oleh itu, pastikan anda sentiasa memantau skor kredit anda bagi mengelakkan sebarang kesulitan berlaku.
5. Relaks
Membuat perancangan kewangan sudah tentu memenatkan dan anda merasa tidak mempunyai ganjaran buat diri sendiri pada masa tersebut kerana anda lebih memikirkan masa hadapan. Namun, pergilah nikmati apa yang anda idamkan sekali sekala supaya anda tidak terlampau stress. Ingatlah bahawa setiap apa yang anda lakukan, anda layak untuk menghadiahkan ganjaran buat diri sendiri namun haruslah berpada-pada.
Ingin mempunyai kewangan yang kukuh menjelang usia senja anda? Inginkan pekerjaan yang dapat memastikan segalanya menepati ciri plan kewangan yang anda idamkan?
Sertai kami di IQI hari ini! Tunggu apa lagi, isi borang dibawah!