Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Strategi Social Media Yang Perlu Diketahui Setiap Ejen Hartanah

Hari ini, media sosial bukan sekadar tempat berkongsi gambar atau video. Ia menjadi platform untuk mencari maklumat, membina kepercayaan dan mempengaruhi keputusan pengguna.

Namun, ramai masih menggunakan pendekatan yang sama untuk semua platform. Hakikatnya, setiap platform mempunyai gaya penggunaan, jenis kandungan dan tujuan yang berbeza.

Jom lihat bagaimana strategi yang tepat bagi setiap platform dapat membantu menghasilkan kandungan yang lebih berkesan.

TL;DR: Setiap platform media sosial mempunyai cara penggunaan yang berbeza. Sesuaikan format, gaya kandungan dan cara berinteraksi supaya kandungan anda lebih mudah mendapat perhatian dan memberi kesan.


Ramai Orang Masih Buat Kesilapan Yang Sama di Semua Platform

Ramai masih memuat naik kandungan yang sama di semua platform, kemudian tertanya-tanya kenapa hasilnya berbeza.

Hakikatnya, setiap platform mempunyai cara penggunaan yang berbeza.

Apa yang popular di TikTok belum tentu mendapat perhatian di Facebook. Apa yang ramai simpan di Instagram pula mungkin tidak memberi kesan yang sama di platform lain.

Sebab itu, jangan anggap semua platform sebagai tempat yang sama. Setiap satunya memerlukan pendekatan dan strategi yang berbeza.

Apa Yang Pengguna Sebenarnya Mahu Lihat di Social Media

1. Instagram: Tempat Orang Mengenali Anda Sebelum Menghubungi Anda

Instagram bukan sekadar platform untuk berkongsi gambar atau video. Ia sering menjadi tempat pertama seseorang mengenali siapa anda, apa yang anda lakukan dan nilai yang anda bawa.

Di sinilah personal branding memainkan peranan penting. Melalui kandungan yang konsisten, orang dapat memahami kepakaran, pengalaman dan perspektif yang anda kongsikan.

Antara format kandungan yang sering mendapat perhatian di Instagram ialah:

Format KandunganFungsi
ReelsUntuk tip ringkas dan topik yang menarik perhatian.
CarouselUntuk panduan atau tip yang mudah disimpan.
StoriesUntuk berkongsi aktiviti, pandangan dan cerita di sebalik tabir.
Perkongsian pengalamanUntuk membina kepercayaan melalui cerita sebenar.

Seperti yang dikongsikan oleh Suthan Chelliah, media sosial boleh dilihat sebagai platform untuk membina hubungan, bukan sekadar tempat mempromosikan sesuatu.

Instead of just posting properties, I focus on sharing insights, success stories, and real experiences in the real estate journey.

Suthan Chelliah – IQI Ejen daripada pasukan Elite

Kandungan yang konsisten dan bermanfaat membantu orang mengenali anda dengan lebih dekat sebelum mereka membuat keputusan untuk mengikuti atau menghubungi anda.

2. Facebook: Tempat Cerita Membina Kepercayaan

Facebook masih menjadi ruang untuk orang membaca cerita, pandangan dan pengalaman sebenar.

Di platform ini, kandungan tidak semestinya perlu terlalu ringkas. Apa yang lebih penting ialah mesej yang terasa dekat, jujur dan mudah difahami.

Antara format kandungan yang sering mendapat perhatian di Facebook ialah:

Format KandunganContoh
Pengalaman sebenar“Hari ini saya bantu pembeli rumah pertama ambil kunci.”
Pengajaran daripada situasi sebenar“Pembeli hampir rugi RM10k kerana terlepas pandang perkara ini.”
Pemerhatian pasaran setempat“Semakin ramai mula mencari rumah di kawasan ini.”

Seperti yang dikongsikan oleh Vincent Tai, media sosial bukan sekadar tempat untuk menjual.

Ia juga merupakan ruang untuk membina kepercayaan melalui perkongsian yang membantu dan memberi nilai kepada orang lain.

Social media is where we build trust with potential clients. It’s not just about selling houses, it’s about providing value and guiding people through every step of their journey.

Vincent Tai – IQI Ejen daripada pasukan United

Sebab itu, cerita yang ringkas, tulen dan dekat dengan kehidupan harian selalunya lebih mudah menarik perhatian.

3. TikTok: Tempat Perhatian Ditentukan Dalam Beberapa Saat

TikTok bergerak dengan pantas. Dalam beberapa saat pertama, seseorang akan membuat keputusan sama ada mahu terus menonton atau menatal ke video seterusnya.

Sebab itu, kandungan yang berjaya di TikTok biasanya bermula dengan persoalan, fakta menarik atau situasi yang membuatkan orang ingin tahu lebih lanjut.

Antara format kandungan yang sering mendapat perhatian di TikTok ialah:

Format KandunganContoh
Tip ringkas dan terus kepada isi“Jika anda mahu beli kondominium pertama, semak perkara ini dahulu.”
Kehidupan sebenar “Apa yang sebenarnya berlaku sebelum sesuatu jualan berjaya ditutup?”
Video semasa lawatan tapak atau viewing“Saya baru masuk unit ini, ini pendapat pertama saya.”
Menjawab soalan daripada komen“Ramai tanya sama ada RM500k cukup untuk beli rumah di KL. Ini jawapannya.”

Menurut Natasha Gideon, ramai orang terlalu fokus kepada kualiti video sehingga terlupa bahawa pengguna TikTok lebih menghargai kandungan yang membantu dan mudah difahami.

Don’t overthink production. Your audience values your knowledge more than high-end aesthetics.

Natasha Gideon – IQI Ejen daripada pasukan Elite

Bagi yang baru bermula, Natasha menyarankan agar tidak terlalu menunggu kandungan menjadi sempurna.

Mulakan dengan telefon, kongsi ilmu yang bermanfaat dan terus masuk kepada topik dalam tiga saat pertama kerana di TikTok, kandungan yang autentik selalunya lebih berkesan.

4. YouTube: Tempat Orang Membuat Kajian Sebelum Membuat Keputusan

YouTube sering menjadi tempat orang mencari maklumat yang lebih lengkap sebelum membuat keputusan.

Berbeza dengan kandungan pendek di platform lain, penonton YouTube biasanya mahu memahami sesuatu topik dengan lebih jelas, membandingkan pilihan dan melihat gambaran yang lebih menyeluruh.

Antara format kandungan yang sering mendapat perhatian di YouTube ialah:

Format KandunganContoh
Video peneranganEverythingProfessor menerangkan topik semasa, sejarah dan isu masyarakat.
Video perbandinganMarques Brownlee terkenal dengan video perbandingan produk teknologi sebelum seseorang membuat keputusan membeli.
Video panduanKhairul Aming berkongsi resipi dan langkah demi langkah yang mudah diikuti.
Video menjawab soalanDoktor atau pakar kewangan menjawab soalan yang sering ditanya oleh orang ramai.

Menurut Mark Lai, kejayaan di YouTube bukan hanya tentang jumlah tontonan, tetapi tentang menarik penonton yang tepat.

Focus on monetisation over views. Know who you’re making content for.

Mark Lai – IQI Ejen daripada pasukan CS

YouTube bukan sekadar tempat memuat naik video. Ia juga boleh menjadi ruang untuk membina kepercayaan melalui kandungan yang mendidik, membantu dan kekal relevan dalam jangka panjang.

Sama seperti YouTube, media sosial bukan sekadar tentang posting, tetapi strategi di sebaliknya. Jika anda mahu belajar lebih lanjut, terokai Social Media Playbook IQI.

Jadi, Apa Yang Perlu Anda Fokuskan?

Memahami perbezaan setiap platform hanyalah langkah pertama. Langkah seterusnya ialah mengetahui perkara yang benar-benar membantu kandungan anda mendapat perhatian.

Ini adalah perkara yang anda perlu fokuskan pada setiap platform sosial media.

PlatformFokus Utama
InstagramKata kunci, hook dan konsistensi.
FacebookCerita sebenar dan gaya santai.
TikTokHook kuat dan kandungan autentik.
YouTubeTajuk mudah dicari dan nilai jangka panjang.

Setiap platform mempunyai cara penggunaan yang berbeza. Apabila strategi disesuaikan, kandungan akan menjadi lebih berkesan.

Jangan Abaikan Golden Hour

Pernahkah anda memuat naik kandungan, kemudian terus meninggalkan aplikasi? Ramai yang melakukannya.

Namun, satu jam pertama selepas sesuatu kandungan dimuat naik sering dianggap sebagai tempoh paling penting untuk mendapatkan interaksi awal.

Sebab itu, cuba luangkan sedikit masa untuk:

  • Membalas komen dengan cepat
  • Berinteraksi dengan pengguna lain
  • Kekal aktif dalam tempoh satu jam pertama

Gunakan CTA Yang Jelas

Kadangkala, kandungan yang baik tidak mendapat banyak interaksi kerana penonton tidak tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Sebab itu, CTA penting untuk memberi arahan ringkas seperti komen, simpan, kongsi atau klik pautan.

Sebagai contoh:

  • “Ada pengalaman lain? Cerita sikit dekat komen.”
  • “Pernah alami situasi yang sama? Kongsikan di ruangan komen.”
  • “Save dulu. Nanti confirm guna balik.”

Kesimpulan

Tiada satu formula yang sesuai untuk semua platform media sosial.

Kandungan yang berjaya bukan hanya bergantung kepada apa yang dikongsikan, tetapi bagaimana ia disampaikan.

Apabila anda memahami cara setiap platform digunakan, lebih mudah untuk menghasilkan kandungan yang relevan dan memberi kesan kepada orang yang melihatnya.


Nak lebih banyak strategi media sosial seperti ini? Sertai IQI sebagai REN dan dapatkan akses penuh kepada Social Media Playbook kami.





+60



Soalan Lazim (FAQ)

1. Perlukah saya guna strategi yang berbeza untuk setiap platform media sosial?

Ya. Setiap platform mempunyai cara penggunaan, format kandungan dan gaya interaksi yang berbeza. Sebab itu, kandungan yang sama mungkin berkesan di TikTok tetapi kurang mendapat perhatian di Facebook atau Instagram.

2. Platform mana sesuai untuk personal branding?

Instagram sesuai untuk membina personal branding kerana ia membantu orang mengenali siapa anda, apa kepakaran anda dan nilai yang anda kongsikan melalui Reels, Stories dan Carousel.

3. Kenapa kandungan saya kurang interaksi?

Salah satu sebabnya ialah kandungan tersebut tidak disesuaikan dengan platform. Selain itu, hook yang lemah, CTA yang tidak jelas atau topik yang kurang dekat dengan pembaca juga boleh memberi kesan.

4. Apakah kandungan yang sesuai untuk TikTok?

TikTok sesuai untuk kandungan yang ringkas, cepat dan mudah difahami. Mulakan dengan hook yang kuat dalam beberapa saat pertama, kemudian terus masuk kepada isi utama.

5. Adakah CTA penting dalam kandungan media sosial?

Ya. CTA membantu memberitahu orang apa yang perlu dilakukan selepas melihat kandungan anda, seperti komen, simpan, kongsi atau klik pautan.


Baca Selanjutnya

  1. Bagaimana Cara Gen Z & Milenial Membina Kekayaan Hari Ini?
  2. Jadi Pilihan Golongan Muda Malaysia dalam Hartanah
  3. Bolehkah Rakyat Malaysia Bertahan Tanpa Kerja Sepenuh Masa?

Rujukan

Hootsuite Help Center. (2025). Hootsuite.com. https://help.hootsuite.com/s/article/social-strategy-create?language=en_US

IQI Playbook | IQI Global. (2026). IQI Playbook | IQI Global. IQI Global. https://iqiglobal.com/playbook

Aboulhosn, S. (2024, August 1). How to Craft an Effective Social Media Content Strategy. Sprout Social. https://sproutsocial.com/insights/social-media-content-strategy/

Types of Social Media Content: 30+ Ideas for Your Next Post (With Examples). (2024). Buffer: All-You-Need Social Media Toolkit for Small Businesses. https://buffer.com/resources/social-media-content-types/

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯