Versi: EN
| TL;DR: Kerjaya sebagai perunding hartanah (REN) bukan sekadar menjual rumah. Untuk berjaya dalam industri hartanah Malaysia, seseorang perlu menguasai kemahiran komunikasi, rundingan, pengetahuan pasaran, pemasaran digital, teknologi dan kemahiran insaniah. Gabungan kemahiran ini membantu REN membina kepercayaan pelanggan, mengurus transaksi dengan profesional dan meningkatkan peluang menjana pendapatan secara konsisten. |
Kerjaya sebagai perunding hartanah (REN) semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya mereka yang mencari peluang pendapatan berasaskan prestasi dan fleksibiliti masa bekerja.
Namun, ramai yang masih beranggapan bahawa tugas REN hanya sekadar menjual rumah.
Hakikatnya, seorang REN perlu menguasai pelbagai kemahiran bagi membantu pelanggan membuat keputusan hartanah yang tepat serta memastikan setiap transaksi berjalan lancar.
Oleh itu, kejayaan dalam bidang ini bukan sahaja bergantung kepada kemahiran menjual, malah memerlukan pengetahuan pasaran, komunikasi yang berkesan dan sikap profesional yang tinggi.
Intipati Utama:
- Komunikasi berkesan membantu REN memahami keperluan pelanggan dan membina kepercayaan jangka panjang.
- Kemahiran rundingan membolehkan REN mencapai persetujuan yang adil antara pembeli, penjual, dan penyewa.
- Pengetahuan pasaran hartanah penting untuk memberikan nasihat yang tepat berdasarkan data dan trend semasa.
- Pemasaran digital dan teknologi menjadi kelebihan besar dalam menarik prospek serta mengurus pelanggan dengan lebih cekap.
- Kemahiran insaniah seperti integriti, empati, profesionalisme dan ketahanan mental membezakan REN biasa daripada REN yang berjaya.
- REN baharu perlu menguasai asas terlebih dahulu sebelum fokus kepada strategi jualan yang lebih kompleks.
Kemahiran yang Perlu Dikuasai untuk Menjadi Seorang REN
- 1. Kemahiran Asas yang Perlu Dimiliki oleh Seorang REN di Malaysia
- 2. Bagaimana Kemahiran Komunikasi Dapat Membina Kepercayaan Pelanggan?
- 3. Bagaimana Rundingan dan Pengetahuan Pasaran Membantu Menjayakan Transaksi Hartanah?
- 4. Mengapa REN Perlu Menguasai Teknologi dan Pemasaran Digital?
- 5. Kemahiran Insaniah Membentuk Seorang REN yang Berprestasi Tinggi
- 6. Apakah yang Perlu Dipelajari oleh REN Baharu?
- Kesimpulan
- Soalan Lazim (FAQ)
1. Kemahiran Asas yang Perlu Dimiliki oleh Seorang REN di Malaysia
Menurut Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH), REN berfungsi sebagai wakil yang membantu ejen hartanah berdaftar dalam urusan pemasaran, jual beli dan penyewaan hartanah di bawah penyeliaan mereka.
Untuk berjaya dalam industri hartanah yang kompetitif, seseorang perlu memiliki gabungan kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah, pengetahuan pasaran serta etika kerja.
Jadual ini menerangkan dengan lebih jelas tentang kemahiran yang perlu digilap oleh setiap REN di Malaysia.
| Kemahiran Asas | Mengapa Penting |
|---|---|
| Kemahiran teknikal | Kemahiran dalam teknologi seperti pemasaran digital penting untuk memasarkan hartanah secara meluas dan cepat. |
| Kemahiran insaniah | Kemahiran seperti komunikasi dan perundingan membantu pelanggan memahami butiran hartanah dengan bahasa mudah serta menyokong tawaran dan mencapai persetujuan adil. |
| Pengetahuan pasaran | Kajian harga semasa, permintaan sewa, trend pelaburan, persaingan projek penting untuk membina kepercayaan pelanggan. |
| Etika kerja | Setiap transaksi hartanah melibatkan komitmen kewangan yang besar dan memerlukan tahap ketelusan yang tinggi. |
Selain itu, perunding hartanah juga wajib memahami aspek undang-undang berkaitan dengan industri hartanah.
Kursus Negotiator Certification Course (NCC) yang diwajibkan kepada bakal REN turut menekankan aspek undang-undang, etika dan prosedur transaksi hartanah sebagai asas kepada profesion ini.
Ringkasnya, seorang ejen perunding hartanah yang berjaya bukan hanya mahir mendapatkan pelanggan, tetapi juga mampu memberikan pengalaman, nasihat dan cadangan yang positif kepada pelanggan.
2. Bagaimana Kemahiran Komunikasi Dapat Membina Kepercayaan Pelanggan?

Komunikasi sering dianggap sebagai kemahiran paling penting dalam kerjaya hartanah. Ini kerana setiap hari seorang REN perlu berinteraksi dengan pelbagai pihak termasuk:
- pembeli
- penjual
- penyewa
- pemilik hartanah
- peguam
- pegawai bank
Keupayaan menyampaikan maklumat dengan jelas dapat mengelakkan salah faham dan membantu pelanggan membuat keputusan yang lebih yakin.
Komunikasi yang baik bukan sekadar bercakap dengan lancar. Tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar secara aktif.
Apabila pelanggan berkongsi keperluan mereka, situasi sebenar perlu difahami sebelum mencadangkan hartanah yang sesuai. Sebagai contoh, pelanggan yang mencari rumah untuk keluarga mempunyai keutamaan yang berbeza berbanding pelabur yang ingin menjana pulangan sewaan.
Jika menggunakan pendekatan yang sama untuk kedua-dua pelanggan, kemungkinan besar keperluan mereka tidak dapat dipenuhi dengan baik kerana objektif yang berbeza.
Mari kita lihat contoh lain:
Aina, seorang pembeli rumah kali pertama, bertanya mengapa sebuah kondominium berharga RM520,000 manakala unit berdekatan RM470,000. Jawapan lemah ialah, “Yang ini lebih baik.” Jawapan yang lebih kuat ialah apabila REN menerangkan perbezaan tingkat, kelengkapan, fasiliti, usia bangunan, permintaan sewa, yuran penyelenggaraan, akses MRT, dan harga transaksi terkini.
Komunikasi berkesan boleh menukar kekeliruan menjadi keyakinan.
James, seorang pembeli berkata, “Saya mahu kondominium dekat KL,” Respon yang lemah adalah apabila perunding itu hanya menumpu kepada bajet sahaja. Manakala, REN yang mahir tidak bertanya tentang bajet semata-mata tetapi juga lokasi tempat kerja, kesediaan pinjaman, keperluan keluarga, matlamat sewaan, gaya hidup, dan fasiliti pilihan.
Tanpa soalan yang betul, REN mungkin menunjukkan hartanah yang salah dan membazirkan masa semua pihak.
Komunikasi juga penting ketika saat sukar. Seorang penjual mungkin berasa hartanahnya bernilai lebih tinggi daripada pasaran. Seorang pembeli mungkin panik apabila kelulusan pinjaman mengambil masa lebih lama. Seorang tuan rumah mungkin risau tentang kualiti penyewa.
Dalam situasi sebegini, REN perlu menggunakan kata-kata tenang, kemas kini jelas, dan masa yang sesuai.
Komunikasi yang baik merangkumi:
- Menjelaskan butiran hartanah tanpa istilah mengelirukan
- Mendengar apa yang benar-benar diinginkan pelanggan
- Memberi kemas kini tetap selepas lawatan
- Menangani bantahan dengan sopan
- Menulis mesej WhatsApp dan deskripsi iklan dengan jelas
- Mengetahui bila perlu menelefon berbanding menghantar mesej
- Mengelakkan janji berlebihan hanya untuk menutup urusan dengan cepat
Pembelian hartanah merupakan antara keputusan kewangan terbesar dalam kehidupan seseorang. Oleh itu, pelanggan lebih cenderung untuk bekerjasama dengan REN yang telus, responsif dan mudah dihubungi.
Dalam jangka panjang, kepercayaan ini boleh menghasilkan pelanggan tetap serta rujukan daripada pelanggan sedia ada.
3. Bagaimana Rundingan dan Pengetahuan Pasaran Membantu Menjayakan Transaksi Hartanah?
Rundingan membantu REN melindungi kepentingan pelanggan tanpa menjadikan urusan seperti gelanggang tinju. Dalam kebanyakan transaksi, pembeli dan penjual mempunyai jangkaan harga yang berbeza.
Perunding yang baik tidak hanya berusaha mendapatkan harga paling rendah atau paling tinggi. Sebaliknya, mereka membantu kedua-dua pihak memahami fakta, mengurus emosi dan mencapai persetujuan yang adil serta menguntungkan semua pihak.
Dalam urusan hartanah, rundingan berlaku hampir di setiap peringkat. Ini melibatkan harga jualan, kadar sewa, jumlah deposit, permintaan pembaikan, tarikh kemasukan, perabot yang disertakan, syarat penyewaan atau tempoh pembayaran.

Apabila rundingan digabungkan dengan pengetahuan pasaran, nilai seorang REN meningkat.
Petikan daripada seorang profesional di Best Version Media turut menyenaraikan kepakaran pasaran tempatan dan rundingan sebagai dua kemahiran utama yang perlu ada pada ejen hartanah.
Contoh:
Jika penjual mahu RM650,000 untuk sebuah kondominium tetapi unit serupa dijual sekitar RM600,000, REN profesional tidak sekadar berkata, “Tak boleh jual lah.” Sebaliknya, dia akan menerangkan perbandingan pasaran, transaksi terkini, persaingan semasa, permintaan pembeli, dan harga realistik.
Berikut ialah contoh mudah:
| Situasi | Respons REN yang Lemah | Respons REN yang Mahir |
|---|---|---|
| Penjual mahu meletakkan harga yang tinggi | “Boleh cuba, tiada masalah.” | “Kita boleh uji pasaran, tetapi unit yang serupa sedang dijual pada harga yang lebih rendah. Kita boleh menetapkan harga yang lebih strategik untuk menarik pembeli yang benar-benar berminat.” |
| Pembeli mahu diskaun yang besar | “Saya tanya penjual dulu.” | “Mari kita sokong tawaran ini dengan data pasaran supaya penjual melihatnya sebagai tawaran yang serius dan bukan sekadar permintaan tanpa asas.” |
| Penyewa meminta kadar sewa yang lebih rendah | “Pemilik pasti tolak.” | “Mari kita bandingkan kadar sewa di kawasan sekitar dan cadangkan kadar yang munasabah bersama profil penyewa yang kukuh.” |
| Penjual menolak tawaran secara emosi | “Pembeli sudah tidak berminat.” | “Tawaran sedikit di bawah jangkaan, tetapi kita boleh runding benda lain seperti deposit, jadual, atau perabot.” |
Inilah sebabnya pengetahuan pasaran bukan sekadar menghafal angka. Malah, membantu seorang REN memberikan nasihat yang yakin, profesional dan berasaskan fakta.
Seorang REN yang baik perlu memahami:
- Harga hartanah semasa di kawasan sasaran
- Permintaan sewaan dan profil penyewa
- Persaingan antara projek baharu dan hartanah subsale
- Infrastruktur dan kemudahan pengangkutan berhampiran
- Asas pembiayaan hartanah
- Tingkah laku pembeli dan penjual
- Potensi pelaburan hartanah
- Trend pasaran yang mempengaruhi permintaan
Perkara ini amat penting di Malaysia kerana keputusan berkaitan hartanah boleh berbeza dengan ketara mengikut lokasi.
Sebagai contoh, sebuah kondominium di Mont Kiara, rumah teres di Shah Alam dan apartmen servis di Johor Bahru mungkin menarik sasaran kumpulan pembeli, bajet dan jangkaan yang sangat berbeza.
4. Mengapa REN Perlu Menguasai Teknologi dan Pemasaran Digital?

Dalam era digital, pemasaran hartanah tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada iklan cetak atau papan tanda. Sebahagian besar pembeli kini memulakan pencarian hartanah melalui laman internet, media sosial malah AI.
Platform seperti Facebook, Instagram, TikTok dan portal hartanah membolehkan REN mempromosikan hartanah kepada audiens yang lebih luas.
Selain itu, kemahiran seseorang menghasilkan kandungan seperti video pendek, fotografi hartanah dan penulisan iklan yang berkesan dapat menarik lebih banyak pertanyaan, memanaskan prospek dengan lebih cepat, dan membina jenama peribadi yang lebih kukuh.
Teknologi juga memainkan peranan penting dalam pengurusan pelanggan. Banyak agensi hartanah kini menggunakan sistem pengurusan hubungan pelanggan (CRM), analisis data dan alat automasi pemasaran bagi meningkatkan produktiviti.
Malah, perkembangan kecerdasan buatan (AI) turut membantu orang ramai termasuk perunding hartanah menghasilkan kandungan pemasaran dengan lebih pantas dan berkesan.
Kemahiran-kemahiran digital termasuk seperti di dalam jadual:
| Kemahiran Digital | Bagaimana Ia Membantu REN |
|---|---|
| Pemasaran media sosial | Membina keterlihatan & menarik pembeli/penjual |
| Penulisan iklan hartanah | Menjadikan iklan lebih jelas & mudah dicari |
| Kandungan video | Membantu pembeli faham susun atur, ruang & gaya hidup |
| Penggunaan CRM | Menjejak prospek, follow-up & butiran pelanggan |
| Follow-up WhatsApp | Mengekalkan komunikasi pantas & peribadi |
| Pemasaran emel | Berguna untuk kemas kini pelabur & pelancaran projek |
| Lawatan maya | Membantu pembeli luar kawasan melihat hartanah |
| Penjenamaan peribadi | Membina kepercayaan sebelum pertemuan pertama |
| Penjanaan prospek | Mewujudkan peluang tambahan selain rujukan |
| Kesedaran asas SEO | Membantu kandungan & iklan lebih mudah ditemui melalui pencarian dan algorithm |
Selaras dengan perkembangan teknologi sekarang, agensi IQI Global juga amat menekankan penggunaan teknologi sebaiknya dalam industri hartanah.
Ekosistem PropTech IQI Global, termasuk alat seperti IQI Atlas, platform digital, analitik data, dan latihan ejen, sangat membantu ejen kami mengurus prospek, memasarkan penyenaraian, dan mengembangkan kerjaya dengan lebih cekap.
Oleh itu, kemahiran pemasaran digital semakin menjadi keperluan asas bagi seorang REN. Mereka yang menguasai teknologi seperti rangakaian ejen di IQI mempunyai kelebihan yang lebih besar untuk bersaing dalam pasaran yang semakin digital.
5. Kemahiran Insaniah Membentuk Seorang REN yang Berprestasi Tinggi

Selain kemahiran teknikal, kejayaan jangka panjang seorang REN banyak dipengaruhi oleh kemahiran insaniah (soft skills). Antara yang paling penting selain komunikasi dan rundingan ialah integriti, profesionalisme, empati dan ketahanan mental.
- Integriti merupakan asas kepada profesion hartanah. Nilai ini akan membina reputasi dalam karier hartanah. Pelanggan menjadi yakin bahawa perunding mereka memberikan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan seperti harga pasaran sebenar
- Profesionalisme sebagaimana kod etika profesional yang ditetapkan oleh LPEPH menekankan kepentingan kejujuran, kesetiaan kepada pelanggan, pengurusan masa dan amalan perniagaan yang beretika.
- Empati pula membantu REN memahami keperluan pelanggan dengan lebih mendalam. Setiap pelanggan mempunyai matlamat dan cabaran yang berbeza. Dengan memahami situasi mereka, cadangan menjadi lebih relevan dan bernas.
- Selain itu, ketahanan mental juga penting kerana bidang hartanah sering melibatkan penolakan, pembatalan transaksi dan ketidakpastian pendapatan. REN yang berjaya biasanya mampu mengekalkan motivasi dan konsistensi walaupun berhadapan cabaran.
Semua ini perlu diterapkan dalam khidmat pelanggan kerana transaksi hartanah boleh melibatkan emosi
- Seorang penjual mungkin melepaskan rumah keluarga.
- Seorang pembeli mungkin menggunakan simpanan seumur hidup untuk deposit.
- Seorang penyewa mungkin berpindah lebih dekat ke tempat kerja atau sekolah.
Pengalaman praktikal yang dikongsi oleh pengamal industri menunjukkan bahawa kejayaan sering datang kepada mereka yang sabar dan terus melakukan susulan secara konsisten.
Tips Membina Kepercayaan yang Perlu Dipraktis oleh REN
- Membalas mesej dalam masa munasabah
- Tidak menyembunyikan butiran penting
- Menjelaskan risiko dengan jelas
- Follow-up selepas viewing
- Mengakui bila perlu semakan
- Elak menekan-nekan pelanggan secara membuta tuli
- Menyimpan rekod perbualan
- Menghormati bajet pelanggan
- Kekal profesional semasa berurusan dan selepas ditolak
6. Apakah yang Perlu Dipelajari oleh REN Baharu?
Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam industri hartanah, fokus utama seharusnya diberikan kepada kemahiran asas terlebih dahulu.
Ramai REN baharu terlalu gopoh menumpukan kepada strategi jualan yang kompleks sedangkan mereka masih belum menguasai asas komunikasi, rundingan, pengetahuan pasaran asas, dan pemasaran digital.
Panduan mudah ini boleh memberikan pendedahan jelas kepada pemula.
| Apa Perlu Dipelajari | Mengapa Penting | Panduan Ringkas |
|---|---|---|
| Komunikasi dengan pelanggan | Membantu memahami keperluan pembeli & penjual | Latih diri bertanya soalan lebih baik |
| Pengetahuan pasaran asas | Membantu menjawab soalan biasa & memastikan setiap urusan dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. | Kajian penyenaraian, undang-undang hartanah & harga terkini |
| Rundingan | Membantu menjawab dengan tenang | Sediakan jawapan untuk isu harga, lokasi, sasaran & pinjaman |
| Pemasaran digital | Membantu menarik pertanyaan & menjana prospek secara lebih konsisten. | Buat posting & video ringkas |
| Follow-up | Membantu menukar prospek kepada pelanggan | Hantar mesej selepas viewing |
| Kesedaran dokumentasi | Membantu faham proses | Belajar borang asas, perjanjian sewa & aliran SPA |
| Pengurusan masa | Membantu kekal teratur | Gunakan peringatan kalendar & alat CRM |
| Pengurusan penolakan | Membantu kekal konsisten | Jejak kemajuan, bukan hanya urusan berjaya |
Pemula juga perlu memahami bahawa di Malaysia, laluan rasmi REN termasuk:
- Menamatkan kursus NCC (Negotiator Certification Course)
- Menyelesaikan penempatan dengan agensi berlesen
- Mendapatkan pendaftaran LPEPH
- Memegang tag REN sah sebelum beramal secara profesional
MIEA menyatakan bahawa NCC ialah program wajib selama dua hari, dan tag REN mengandungi nama REN serta nombor unik REN.
Dengan gabungan pengetahuan asas, kemahiran-kemahiran dan kesediaan untuk terus belajar, seorang REN baharu mempunyai peluang yang lebih besar untuk membina kerjaya yang mampan dalam industri hartanah.
Bagi pemula, menyertai agensi yang tepat ialah jalan terbaik untuk memendekkan tempoh pembelajaran. IQI Global menyokong ejen baru dan berpengalaman melalui latihan, alat digital, akses projek, platform khusus dan rangkaian besar, memudahkan REN mengembangkan kerjaya mereka.
Kesimpulan
Kerjaya sebagai perunding hartanah menawarkan peluang yang luas kepada individu yang sanggup belajar dan meningkatkan kemahiran mereka secara berterusan.
Walaupun ramai melihat bidang ini sebagai kerjaya jualan, hakikatnya seorang REN juga berperanan sebagai perunding, pemasar, perunding rundingan dan pembina hubungan pelanggan.
Kemahiran komunikasi, rundingan, pengetahuan pasaran, pemasaran digital dan kemahiran insaniah yang lain merupakan antara faktor utama yang membezakan REN biasa dengan REN yang berjaya.
Dalam industri yang semakin kompetitif dan dipacu teknologi, mereka yang terus menambah ilmu dan menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran akan mempunyai kelebihan yang lebih besar untuk mencapai kejayaan jangka panjang.
Soalan Lazim (FAQ)
Tiada tempoh tetap kerana ia bergantung kepada usaha dan konsistensi individu. Namun, REN yang aktif melakukan prospecting, follow-up pelanggan dan pemasaran digital biasanya mempunyai peluang lebih tinggi untuk mendapatkan transaksi dalam tempoh lebih singkat.
Tidak semestinya. Kos utama biasanya melibatkan kursus NCC, pendaftaran REN, pengangkutan dan aktiviti pemasaran asas. Ramai REN memulakan kerjaya dengan modal yang sederhana sebelum mengembangkan pemasaran mereka.
Ya. Ramai individu memulakan kerjaya sebagai REN sambilan sambil bekerja sepenuh masa. Namun, kejayaan biasanya memerlukan komitmen masa, disiplin dan keupayaan mengurus pelanggan dengan konsisten.
Antara kesilapan paling kerap ialah terlalu fokus kepada jualan segera, kurang melakukan follow-up, tidak memahami keperluan pelanggan, serta mengabaikan pembelajaran mengenai pasaran hartanah dan dokumentasi transaksi.
Tidak. Walaupun Facebook, Instagram dan TikTok sangat membantu, REN yang berjaya biasanya menggabungkan media sosial, rujukan pelanggan, networking, portal hartanah dan aktiviti prospek lain untuk menjana pelanggan secara konsisten.
Sertai rangkaian ejen profesional di IQI dan capai potensi kerjaya anda dalam bidang hartanah melalui latihan sokongan, teknologi serta peluang projek yang luas.
Baca Selanjutnya:
- Kenapa Generasi Muda Semakin Cenderung Menukar Kerjaya Hari Ini?
- Bagaimana Ejen Hartanah Boleh Bina Pengaruh dan Peluang Dalam Dunia Digital
- Berapa Komisen Ejen Hartanah di Malaysia? Fahami Struktur & Cara Kira
Rujukan:
- Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers Malaysia. (n.d.). Code of conduct. Diambil daripada https://lpeph.gov.my/code-of-conduct
- Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers Malaysia. (n.d.). Role of negotiators. Diambil daripada https://lpeph.gov.my/role-of-negotiators
- Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers Malaysia. (n.d.). Role of registered estate agents and negotiators. Diambil daripada https://lpeph.gov.my/role
- Ware, A. (2026, Januari 15). Top skills to look for when choosing a real estate agent. Best Version Media. Diambil daripada https://www.bestversionmedia.com/article/2026-01-top-skills-to-look-for-when-choosing-a-real-estate-agent/
- Malaysian Institute of Estate Agents. (n.d.). Negotiator Certification Course (NCC) FAQ. Diambil daripada https://www.miea.my/ncc_faq
- Malaysian Institute of Estate Agents. (n.d.). Certified Real Estate Negotiator FAQ. Diambil daripada https://www.miea.my/certified_real_estate_negotiator_faq
