Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

IQI Penang: Pemacu Pembangunan Hartanah di Pulau Pinang 

Versi: EN


Pulau Pinang, sebuah negeri yang terkenal dengan tapak warisan sejarah, pusat kegiatan ekonomi, dan tumpuan pelaburan yang semakin bernilai.

Berinspirasikan potensi besar negeri ini, IQI Penang lahir dengan visi untuk membangunkan pasaran hartanah di utara Malaysia melalui pendekatan yang profesional, progresif, dan berinovasi

Sepanjang perjalanan, cawangan ini telah membantu ramai individu meraih peluang kerjaya dan membantu pelabur memiliki rumah impian serta membina portfolio pelaburan yang kukuh.  

Dengan semangat kerjasama dan sokongan daripada rangkaian IQI Global, IQI Penang terus melangkah maju sebagai pakar hartanah yang dipercayai dan berwawasan di rantau utara. 



1. Latar Belakang IQI Penang

Setahun selepas IQI Global menapak di Malaysia, IQI melebarkan pengaruhnya di Pulau Pinang.

Memilih Bayan Lepas sebagai pusat pangkalan di utara Malaysia pada 2014, IQI Penang telah berkembang maju sehingga mampu mewujudkan kumpulan elit yang berjaya menguasai pasaran hartanah tempatan serta peringkat global.

Dengan visi untuk menjadi peneraju dalam industri hartanah, IQI Penang memberi tumpuan kepada pembangunan ejen bertaraf profesional dan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti.

Selain itu, cawangan ini juga signifikan dalam memperkenalkan teknologi PropTech sejak awal penubuhan sehingga kini untuk meningkatkan kejayaan jualan dan pemasaran properti.

2. Kejayaan IQI di Rantau Utara

IQI Penang antara paling awal bertapak di Malaysia selepas KLCC, menjadikannya sebagai benchmark kepada cawangan-cawangan lain. Lantaran tanggungjawabnya sebagai penggerak awal IQI dalam sektor hartanah di Malaysia.

Disokong pasukan pentadbiran yang mantap, ejen profesional dan perunding hartanah yang sentiasa berkembang, IQI Realty negeri ini terus menguasai pasaran projek baharu, jual semula, dan sewaan di seluruh Pulai Pinang. 

Berikut ialah gambaran ringkas tentang pencapaian cemerlang IQI Penang sehingga 2025:

Kategori Pencapaian 
Bilangan Jualan Projek 92 
Perunding Hartanah (REN) 350 
Ejen Hartanah (REA) 
Pasukan Pentadbiran 

Jadual ini menggambarkan keupayaannya dengan 350 REN, 7 REA, dan 5 kakitangan pentadbiran yang berjaya mencatat 92 jualan projek.

Kategori Nilai (RM) 
Urus Niaga Jualan Projek RM 1,551,856,768 
Urus Niaga Pasaran Sekunder RM 753,699,222 
Urus Niaga Sewa RM 7,613,123 
Jumlah Keseluruhan Nilai Urus Niaga RM 2,313,169,113 

Jadual ini memperlihatkan prestasi luar biasa dengan nilai urus niaga melebihi RM2 bilion, merangkumi jualan projek, pasaran sekunder, dan sewaan hartanah. 

Pencapaian ini menggambarkan kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh pemaju, pelanggan, dan pelabur terhadap keupayaan IQI bahagian utara Malaysia.


3. Pasukan Profesional

Dari projek kecil hingga projek besar, IQI Penang telah membuktikan kredibiliti bagus kepada pelanggan. Setiap pelanggan menerima pengalaman terbaik dan penyelesaian yang tepat daripada ejen terlatih.

Kejayaan ini disandarkan pada kekuatan dan dedikasi pasukan otai yang terdiri daripada 350 Perunding Hartanah (REN) dan 7 Ejen Hartanah (REA) berpengalaman. 

Mereka bukan sekadar tenaga penggerak, tetapi tulang belakang yang terus memacu pertumbuhan IQI Realty Sdn Bhd melalui profesionalisme, semangat tinggi, dan kerjasama padu.

Di sebalik kejayaan besar ini, 5 orang pasukan pentadbiran kecil serta sokongan pejabat memastikan kelancaran operasi harian daripada pemasaran dan pematuhan, hinggalah dokumentasi dan urusan pelanggan.

Dengan kombinasi antara tenaga baharu yang dinamik dan otai berpengalaman yang bijak strategi, anak syarikat ini terus kekal sebagai antara pasukan hartanah paling berpengaruh di utara tanah air.

4. Pengiktirafan dan Pencapaian

Menjadi cawangan terawal di Malaysia, cawangan ini telah menerima pelbagai anugerah di pelbagai peringkat.

Seterusnya, menjadi sumber inspirasi kepada cawangan lain seperti IQI Johor dan IQI Melaka untuk meraih pencapaian yang setanding.

IQI Penang memenangi Real Estate Firm of the Year (Pulai Pinang) di National Real Estate Awards (NREA) 2023. Pada majlis berprestij itu juga IQI dianugerahkan sebagai Super Large Firm of the Year buat kali pertama.

Zie Ming Jiet, bintang dari IQI Penang, turut merangkul anugerah berprestij Residential Real Estate Negotiator of the Year (Pulau Pinang).

Tahun ini, di IQI Prestige Award 2025, ramai wakil dari Pulau Pinang terutamanya daripada golongan muda berjaya melepasi jualan jutaan ringgit sekaligus menetapkan penanda aras baru dalam pasaran hartanah primer dan sekunder.

Anugerah yang diterima bukan sekadar simbol kejayaan, tetapi juga dorongan untuk terus mencapai standard kecemerlangan yang lebih tinggi di masa hadapan.

5. Cabaran dan Cara Atasi

IQI di Pulau Pinang juga pernah berdepan pelbagai cabaran dalam merebut kedudukan sebagai peneraju industri hartanah di utara tanah air.

Antara cabaran utama ialah persaingan sengit daripada agensi hartanah lain, perubahan pasaran yang tidak menentu, serta kekangan dalam menarik ejen baharu yang berkualiti.

Bagi mengatasi cabaran tersebut, IQI Penang menumpukan usaha kepada penggunaan teknologi PropTech bagi meningkatkan kecekapan operasi dan pemasaran.

6. Projek dan Kerjasama Utama

Kejayaan IQI Penang terbukti menerusi hasil jalinan kerjasama strategik dengan pemaju-pemaju terkemuka, yang melangkaui sempadan Pulau Pinang hingga ke luar negara.

Menerusi kerjasama ini, IQI Penang telah memainkan peranan penting dalam mempromosikan dan memasarkan pelbagai projek. 

Mereka menawarkan pelanggan akses eksklusif kepada hartanah moden bernilai tinggi yang direka untuk memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup.

7. Aspirasi Masa Depan

Ketika Pulau Pinang terus diberi tumpuan sebagai pusat pelaburan dan pembangunan utama di utara tanah air, IQI Penang bertindak dalam menggerakkan pertumbuhan sektor hartanah di negeri ini serta global.

Cawangan ini komited untuk memperluas rangkaian ejen dan memperkukuh kerjasama strategik dengan pemaju tempatan.

Selain itu, memanfaatkan teknologi PropTech yang sentiasa dinaik taraf bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan.

Dengan inovasi seperti Atlas SuperApp, kesungguhan tinggi, dan kerjasama kukuh, cawangan ini terus mencorak masa depan hartanah Pulau Pinang serta memperkukuh kedudukan Malaysia di pentas global.


Soalan Lazim (FAQ)

IQI Penang mula beroperasi pada tahun 2014 di Bayan Lepas, setahun selepas penubuhan IQI Global di Malaysia.

Pulau Pinang menerima pengiktirafan Regional Award – Pearl of The North oleh StarProperty sebagai tanda penghargaan atas kecemerlangan IQI Penang dalam menerajui pasaran hartanah di utara tanah air.

Individu boleh memohon melalui sesi pengambilan atau latihan yang dianjurkan oleh IQI Penang. Mereka akan dibimbing dan diberi latihan profesional sebelum memulakan kerjaya. 

IQI menyediakan latihan profesional kepada setiap ejen baharu menerusi team leader. Kerja berasaskan komisen, waktu fleksibel, potensi pendapatan tinggi, serta pelbagai insentif menarik berdasarkan prestasi.

Pelanggan boleh menghubungi pejabat IQI Penang di Bayan Lepas atau melalui platform digital IQI Global. Pasukan ejen sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat dan panduan hartanah. 


Daftar bersama IQI hari ini untuk memulakan perjalanan kerjaya anda dalam bidang hartanah bersama pasukan pakar yang berpengalaman. Anda boleh mengisi maklumat seperti di bawah.





+60



Baca Selanjutnya:

  1. IQI Johor: Pemangkin Masa Depan Hartanah di Johor
  2. IQI Global Gegar StarProperty 2024 dengan Lebih 20 Anugerah!
  3. IQI Global 2024: USD 3.7 Bilion, 16 Negara Baru dan Banyak Lagi!

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯