Memasuki tahun 2025, sektor hartanah Malaysia terus menunjukkan momentum yang luar biasa. Permintaan terhadap hartanah, sama ada untuk kediaman atau pelaburan, terus melonjak, mencerminkan keyakinan pasaran yang kukuh.
Sebagai peneraju global dalam industri hartanah dengan kehadiran di lebih 30 negara, IQI Global mencatatkan kejayaan luar biasa pada tahun 2024!
Dengan kepakaran mendalam dalam pasaran hartanah dan inovasi prop-tech terkini, IQI Global komited untuk memberikan anda pandangan yang jelas dan peluang terbaik dalam industri ini.
Berikut adalah gambaran keseluruhan pasaran hartanah IQI Global bagi tahun 2024.
Pasaran Hartanah 2024, Sumber Data IQI:
Projek: Pertumbuhan Luar Biasa pada 3 Negeri Utama
Pada tahun 2024, IQI berjaya menjual sebanyak 11,691 projek hartanah, mencatatkan peningkatan sebanyak 19% berbanding tahun 2023, yang merekodkan penjualan sebanyak 9,819 projek.
Lonjakan ini mencerminkan permintaan tinggi terhadap hartanah baharu di Malaysia, terutamanya di kawasan bandar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Pulau Pinang.
1. Kuala Lumpur
Kuala Lumpur kekal sebagai destinasi utama bagi pembeli hartanah, sama ada untuk tujuan kediaman atau pelaburan, menarik minat pembeli tempatan dan antarabangsa.
Lokasinya yang strategik, digabungkan dengan rangkaian pengangkutan awam yang cekap seperti MRT, LRT, dan lebuh raya utama, memberikan akses mudah ke kawasan-kawasan penting di seluruh negara.
Infrastruktur moden ini terus meningkatkan daya tarikan bandar raya ini sebagai hab pilihan hartanah.
Menurut analisis IQI, pembangunan seperti Bandar Malaysia kini menjadi pemangkin utama kepada peningkatan pembelian hartanah di kawasan Lembah Klang.
Selain itu, gaya hidup kosmopolitan yang ditawarkan Kuala Lumpur turut menyumbang kepada popularitinya sebagai destinasi kediaman dan pelaburan.
Dasar dan insentif kerajaan, seperti pengecualian duti setem dan kadar faedah rendah, memainkan peranan penting dalam memudahkan pembelian hartanah.
Langkah ini bukan sahaja menarik minat pembeli rumah pertama, tetapi juga membuka peluang besar bagi pelabur untuk memanfaatkan potensi pertumbuhan pasaran hartanah di bandar ini.
2. Johor
Pada tahun 2024, Johor kekal sebagai destinasi utama pembelian hartanah di Malaysia, berkat lokasinya yang strategik bersempadan dengan Singapura.
Menurut analisis IQI, pembangunan besar-besaran seperti Iskandar Malaysia dan Forest City telah membawa perubahan besar kepada pasaran hartanah di Johor.
Pembangunan | Kelebihan |
---|---|
Iskandar Puteri | Menjadi hab ekonomi utama yang menawarkan pelbagai projek kediaman dan komersial bertaraf antarabangsa. |
Forest City | Berfungsi sebagai zon bebas cukai yang menarik minat pembeli dari China dan negara-negara lain. |
Selain itu, projek Rapid Transit System (RTS) Link antara Johor Bahru dan Singapura yang dijangka siap pada 2026 bakal menjadi pemangkin besar kepada pertumbuhan pasaran hartanah Johor.
Kemudahan ini dijangka mengurangkan kesesakan laluan harian antara dua negara, menjadikan Johor lokasi yang lebih menarik untuk pembeli yang bekerja di Singapura tetapi mahu tinggal di Malaysia.
Dasar kerajaan dalam Belanjawan 2025, termasuk pengecualian duti setem untuk rumah pertama dan insentif pembelian di kawasan strategik, turut menyokong pertumbuhan pasaran.
Kajian IQI menunjukkan peningkatan permintaan terhadap projek hartanah baharu di Johor, didorong oleh kemajuan infrastruktur dan sokongan dasar kerajaan.
3. Pulau Pinang
Dengan keunikan sejarahnya sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO dan pengaruh moden dalam pembangunan, Pulau Pinang menjadi pilihan pembeli yang mencari keseimbangan antara gaya hidup urban dan warisan budaya.
Kerajaan Pulau Pinang memainkan peranan besar dalam menerajui pembangunan bandar, mendorong projek infrastruktur moden dan pemulihan kawasan yang mengubah landskap negeri ini.
Penang Transport Master Plan (PTMP) adalah contoh terbaik, dengan pelan menyeluruh untuk meningkatkan rangkaian pengangkutan melalui LRT, BRT, dan lebuh raya baharu!
Menurut kajian IQI, Batu Kawan, yang dikenali sebagai ‘bandar pintar’ Pulau Pinang, telah muncul sebagai hab utama projek kediaman dan komersial baharu —dilengkapi dengan pusat beli-belah utama, universiti, serta kemudahan perindustrian.
Selain itu, projek pembangunan semula kawasan lama di Georgetown telah menarik minat pelabur tempatan dan antarabangsa, yang tertarik dengan peluang untuk mengubah bangunan warisan menjadi ruang moden seperti kafe, butik, dan homestay.
Tambahan pula, pengumuman projek Penang South Reclamation (PSR) yang melibatkan pembinaan tiga pulau buatan dijangka membawa lebih banyak peluang pembangunan pada masa depan.
Pasaran Subsale: Pilihan Praktikal untuk Pembeli dan Penyewa
Pada tahun 2024, IQI berjaya menjual sebanyak 9,546 rumah subsale, mencatatkan peningkatan sebanyak 2% berbanding tahun 2023 dengan penjualan sebanyak 9,383 rumah.
Selain itu, jumlah rumah yang berjaya disewakan mencapai 22,895 unit, meningkat 4% berbanding tahun sebelumnya dengan 21,928 unit.
Apa yang menjadi faktor kepada peningkatan pasaran subsale ini?
Lonjakan dalam Pasaran Hartanah Subsale di Malaysia
Menurut analisis IQI, terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada lonjakan ini, menjadikan hartanah jenis ini pilihan popular untuk pembeli.
Faktor | Kelebihan |
---|---|
Harga Mampu Milik | Hartanah subsale biasanya menawarkan harga yang lebih rendah berbanding projek baharu. Pembeli sering mencari hartanah dengan nilai pasaran yang lebih rendah tetapi menawarkan lokasi yang strategik, terutamanya di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Selangor, dan Pulau Pinang. |
Ketersediaan segera | Pembeli boleh berpindah masuk dengan segera tanpa perlu menunggu proses pembinaan selesai. Faktor ini amat menarik bagi keluarga muda atau individu yang ingin segera memiliki kediaman. |
Kemudahan sedia ada | Banyak hartanah subsale dilengkapi dengan renovasi atau perabot asas, mengurangkan kos tambahan untuk pengubahsuaian. |
Lokasi Strategik | Terletak di kawasan matang yang sudah lengkap dengan infrastruktur seperti sekolah, hospital, dan pusat beli-belah. |
Dasar kerajaan dan insentif seperti pengecualian duti setem untuk pembeli rumah pertama turut membantu meningkatkan daya tarikan hartanah subsale.
Dengan insentif ini, pembeli rumah kali pertama mendapat peluang untuk memiliki hartanah dengan kos yang lebih rendah.
Faktor Penyumbang kepada Kadar Sewa Tinggi di Kawasan Tertentu
Berdasarkan kajian IQI, kadar sewa yang tinggi di kawasan tertentu dipengaruhi oleh beberapa faktor penting yang terus meningkatkan daya tarikan kawasan tersebut kepada penyewa dan pelabur:
Faktor | Kelebihan |
---|---|
Peluang Pekerjaan | Kawasan berhampiran zon perindustrian, kilang dan pejabat korporat menarik ramai pekerja yang memerlukan penginapan berhampiran tempat kerja mereka. |
Zon Perindustrian | Negeri seperti Selangor menjadi tumpuan kerana adanya kilang besar dan hab logistik, yang meningkatkan permintaan untuk hartanah sewaan. |
Hab Komersial | Lokasi dengan pejabat korporat, seperti Kuala Lumpur, menarik golongan profesional yang sanggup membayar kadar sewa lebih tinggi untuk tinggal berhampiran tempat kerja. |
Infrastruktur & Aksesibiliti | Kawasan dengan rangkaian pengangkutan awam seperti MRT, LRT, dan lebuh raya utama memudahkan akses dan meningkatkan permintaan sewaan di kawasan tersebut. |
Institusi Pendidikan | Kehadiran universiti dan kolej antarabangsa menarik pelajar dan tenaga pengajar, yang turut menyumbang kepada permintaan sewa tinggi. |
Pasaran Antarabangsa: Peluang Luas di 3 Negara Utama
1. Kanada
Menurut data daripada IQI Global, pasaran hartanah Kanada menunjukkan prestasi cemerlang, didorong oleh dasar mesra pelabur, pertumbuhan populasi, dan ekonomi yang kukuh.
Ketika IQI Global melancarkan IQI Canada pada April 2015, pasaran hartanah Kanada mencatat lonjakan sebanyak 17%, dan hingga kini, daya tarikannya terus kukuh.
Bandar-bandar utama seperti Toronto, Vancouver, dan Montreal kekal menjadi pilihan popular, dengan pertumbuhan nilai hartanah yang konsisten setiap tahun.
Kerajaan Kanada juga aktif menggalakkan penduduk asing untuk tinggal dan bekerja secara tetap di negara tersebut. Polisi ini, yang menyokong ekonomi tempatan, telah menarik minat pelabur global untuk melabur dalam hartanah kediaman dan komersial.
Tambahan pula, ramai rakyat Kanada yang bekerja di luar negara turut menyumbang kepada peningkatan permintaan hartanah, memandangkan mereka yang kembali sering mencari kediaman baru.
Infrastruktur yang moden dan pasaran hartanah yang stabil memastikan pelaburan di Kanada terus memberikan pulangan yang berdaya tahan dalam jangka masa panjang.
2. Australia
Australia kekal sebagai destinasi pelaburan pilihan, didorong oleh kestabilan ekonomi dan dasar kerajaan yang mesra pelabur. Menurut data IQI Global, bandar utama seperti Sydney, Melbourne, dan Brisbane terus mencatatkan pertumbuhan positif dalam pasaran hartanah.
Sebagai hab pendidikan bertaraf dunia, Australia menjadi destinasi popular untuk pelajar Asia berikutan kos pendidikan yang lebih berpatutan. Permintaan daripada pelajar dan ibu bapa telah meningkatkan kadar sewa di kawasan berhampiran institusi pendidikan.
Pelaburan dalam hartanah kediaman turut menjadi pilihan kerana ia menyediakan tempat tinggal selesa untuk pelajar sambil menawarkan pulangan pelaburan.
Selain itu, profesional antarabangsa dalam sektor teknologi, kewangan, dan perubatan terus menyumbang kepada permintaan hartanah sewa. Bandar utama Australia menawarkan infrastruktur moden seperti pengangkutan awam cekap dan hospital bertaraf dunia, menjadikannya lokasi pelaburan yang strategik.
Dasar kerajaan Australia yang proaktif, termasuk insentif hartanah dan kestabilan politik, menambah daya tarikan negara ini.
3. Vietnam
Vietnam terus muncul sebagai destinasi pelaburan hartanah yang semakin menarik di Asia, didorong oleh kos pelaburan yang efektif dan pertumbuhan ekonomi yang stabil. Menurut data IQI Global, negara ini menawarkan peluang besar, terutama dalam sektor hospitaliti dan hartanah jangka pendek seperti Airbnb.
Pelaburan dari Amerika Syarikat, termasuk inisiatif-inisiatif penting yang meningkatkan hubungan ekonomi dua hala, telah menyuntik keyakinan kepada pelabur antarabangsa.
Bandar-bandar seperti Ho Chi Minh City dan Hanoi kini menjadi hab utama untuk pelaburan hartanah, dengan permintaan yang terus meningkat dalam sektor kediaman dan komersial.
Vietnam juga kaya dengan sumber semula jadi, budaya yang unik, dan potensi besar dalam industri tekstil serta pelancongan.
Infrastruktur yang semakin berkembang, bersama-sama dengan kemudahan mesra pelabur, menjadikan negara ini pilihan ideal untuk pelabur yang mencari pulangan tinggi di pasaran Asia.
Kesimpulan
Data menunjukkan pertumbuhan pasaran hartanah yang konsisten pada 2024, mencerminkan keyakinan pelabur berbanding tahun sebelumnya. Pandangan ini berdasarkan kajian menyeluruh IQI, yang sentiasa menyokong pelanggan dengan data yang tepat dan dipercayai.
Disclaimer: Data yang diberikan adalah hasil penyelidikan dalaman IQI. Keputusan pelaburan hartanah adalah atas budi bicara individu. IQI bertindak sebagai agensi hartanah yang menyediakan pandangan kepada pembeli dan ejen.
Dengan pendekatan strategik dan sokongan yang menyeluruh, IQI terus memimpin industri hartanah, menyediakan peluang terbaik untuk pelabur dan pembeli rumah.
Dengan hasil sewa yang semakin meningkat, projek infrastruktur baharu, dan ekonomi yang kukuh, inilah masa terbaik untuk melabur dalam pasaran hartanah! Hubungi IQI hari ini untuk langkah pelaburan yang lancar.
Baca Selanjutnya:
1. IQI Global 2024: USD 3.7 Bilion, 16 Negara Baru dan Banyak Lagi!
2. Perjalanan IQI : Memimpin Dalam Hartanah Global
3. Laporan Pasaran Sewa Rumah Malaysia 2024: Kadar dan Jangkauan!