Chat Icon

Chat with JIQI

Greetings! I am JIQI. 👋

How may I assist you today? 😊

Please choose one of the following options:

IQI does not condone scammers. Never transfer funds to personal accounts! All payments must go to IQI REALTY SDN BHD only.

If you encounter suspicious activity, report it to IQI immediately.

homeTitle

homeDescription

Terokai

Agency hartanah penyelesaian sehenti

Latar Belakang

Agensi Hartanah PropTech Berprestij

Video thumbnail

IQI melangkaui agensi hartanah biasa

Dengan lebih dari 30 buah negara dan 50,000+ perunding hartanah, kami mempunyai keunikkan yang boleh melangkaui agensi hartanah global yang lain, ini memberi ruang kepada ejen IQI untuk melebarkan sayap jualan mereka ke peringkat antarabangsa.

buah negara

Ejen

Perumahan

  • IQI Award 1
  • IQI Award 2
  • IQI Award 3
  • IQI Award 4
  • IQI Award 5
  • IQI Award 6
  • IQI Award 7
  • IQI Award 8
  • IQI Award 9
  • IQI Award 10
  • IQI Award 11
  • IQI Award 12
  • IQI Award 13
  • IQI Award 14
  • IQI Award 15
  • IQI Award 16
  • IQI Award 17
  • IQI Award 18
  • IQI Award 19
  • IQI Award 20
  • IQI Award 21
  • IQI Award 22
  • IQI Award 23
  • IQI Award 24
  • IQI Award 25
  • IQI Award 26
  • IQI Award 27
  • IQI Award 28
  • IQI Award 29
  • IQI Award 30
  • IQI Award 31
  • IQI Award 32
  • IQI Award 33
  • IQI Award 34
  • IQI Award 35
  • IQI Award 36
  • IQI Award 37
  • IQI Award 38
  • IQI Award 39
  • IQI Award 40
  • IQI Award 41
  • IQI Award 42
  • IQI Award 43
  • IQI Award 44
  • IQI Award 45
  • IQI Award 46
  • IQI Award 47
  • IQI Award 48
  • IQI Award 49
  • IQI Award 50
  • IQI Award 51
  • IQI Award 52
  • IQI Award 53
  • IQI Award 54
  • IQI Award 55
  • IQI Award 56
  • IQI Award 57
  • IQI Award 58
  • IQI Award 59
  • IQI Award 60
  • IQI Award 61
  • IQI Award 62
  • IQI Award 63
  • IQI Award 64
  • IQI Award 65
  • IQI Award 66
  • IQI Award 67
  • IQI Award 68
  • IQI Award 69
  • IQI Award 70
  • IQI Award 71
  • IQI Award 72
  • IQI Award 73
  • IQI Award 74
  • IQI Award 75
  • IQI Award 76
  • IQI Award 77
  • IQI Award 78
  • IQI Award 79
  • IQI Award 80
  • IQI Award 81
  • IQI Award 82
  • IQI Award 83
  • IQI Award 84
  • IQI Award 85
  • IQI Award 86
  • IQI Award 87
  • IQI Award 88
  • IQI Award 89
  • IQI Award 90
  • IQI Award 91
  • IQI Award 92
  • IQI Award 93
  • IQI Award 94
  • IQI Award 95
  • IQI Award 96
  • IQI Award 97
  • IQI Award 98
  • IQI Award 99

AI-Powered App for Agents on the Go

Introducing IQI Atlas SuperApp and IQPilot. Your proprietary AI duo built to manage leads, sales, earnings and every step of your real estate journey, anytime, anywhere.

app-mockup

Semua dalam satu

Menyatukan anda ke peringkat dunia

Labur dengan kami

Melabur dalam platform antarabangsa dengan jumlah 6 juta hartanah global di 111 negara

Labur dengan kami

Iklan Bersama Kami!

Hebahkan hartanah anda ke pasaran antarabangsa dengan lebih efisien dan peroleh pulangan yang lumayan dengan menggunakan data pembeli kami.

Advertise your property

Testimoni

Dengarkan dari ejen hartanah kami

  • Kelvin Liew

    Pembeli

    I'm incredibly grateful to Venus for her exceptional help in renting out my unit. Her dedication and expertise made the process smooth and efficient, securing tenants in less than a month. Looking forward to working with you again next year.

  • Jaya Prabu

    Pembeli

    Venus was fantastic in explaining all the details of the house that met our requirements. She patiently answered all my questions and addressed any potential risks associated with the property. Venus was incredibly accommodating with scheduling viewings, even arranging two viewings on the same day. I'm grateful to have worked with her on this successful purchase. Thank you so much.

  • Anonymous

    Pembeli

    I had a fantastic renting experience with ABBY as my agent. He provided professional service, presented ideal property options, and guided me through the rental process seamlessly. ABB's responsibility and prompt assistance made the experience delightful. I highly recommend him and extend my thanks for his outstanding service

  • Farah Liyana

    Pembeli

    Working with Joyce Tiong was exceptional. Her prompt responsiveness, valuable guidance, and proactive approach ensured a smooth rental experience. Joyce's outstanding service made my search for a property along Jalan Ampang hassle-free and enjoyable.

  • Anonymous

    Pembeli

    真的很感谢venus在一天之内就介绍屋子给我, 解决了我紧急租屋子的问题。接下来不到两个星期又帮我解决了买屋子的问题。感恩有你这个贵人, 以后有亲朋戚友要买卖房地产, 我一定会介绍给iqi venus wan.

  • 吴楠

    Pembeli

    尊敬的先生/女士: 你好! 我叫吴楠。10月份, 在贵司员工Sally Han (REN 08595) 和Andre Lim的帮助下, 我们租到了很满意的房子。他们俩很善良并且有耐心, 工作态度认真严谨, 热情积极地为我们提供服务和帮助, 让我们这些来自中国的留学生很感动。他们的实际行动体现了贵司员工的优良职业操守, 我们对此表示真挚的感谢! 祝 贵司客源滚滚 生意昌隆!

Pelajari

Tips dan panduan

5 Pekerjaan Gaji Tinggi di Malaysia Tahun 2026 menurut Jobstreet! 5 Pekerjaan Gaji Tinggi di Malaysia Tahun 2026 menurut Jobstreet!

Versi: CN, ENDalam keadaan kos sara hidup yang semakin menekan, satu persoalan besar timbul. Kerjaya apa yang benar-benar berbaloi menjelang tahun 2026?Data terkini Jobstreet menunjukkan bahawa pekerjaan bergaji tinggi di Malaysia kini tidak lagi terhad kepada satu sektor sahaja.Jawatan yang membawa tanggungjawab besar, kepakaran khusus atau pendapatan berasaskan prestasi semakin mendapat tempat di pasaran kerja.Artikel ini menghimpunkan 5 pekerjaan bergaji tinggi di Malaysia untuk tahun 2026 berdasarkan data Jobstreet dan trend pasaran kerja semasa.5 Pekerjaan Gaji Tinggi 2025!1. Ketua Cef Dapur (Chef de Cuisine) / Pengarah Kulinari2. Pengarah Kewangan3. Pengarah / Pengurus IT dan Teknologi4. Pakar Perubatan dan Doktor Estetik5. Ejen / Perunding HartanahTrend Kerjaya Bergaji Tinggi Menjelang 2026KesimpulanSoalan Lazim (FAQ)1. Ketua Cef Dapur (Chef de Cuisine) / Pengarah KulinariMenurut senarai terkini Jobstreet, Chef de Cuisine kini berada di kedudukan teratas sebagai antara pekerjaan bergaji paling tinggi di Malaysia. Anggaran Pendapatan: RM22,000 - RM24,000Contoh Pekerjaan: Chef de Cuisine, Executive Chef, Culinary Director, Head Chef (hotel 5 bintang, fine dining, resort antarabangsa).Kualifikasi: Diploma atau ijazah dalam seni kulinari, pengalaman kerja yang luas dalam industri hospitaliti, kemahiran kepimpinan dapur dan pengurusan operasi makanan.Jawatan ini lazimnya ditawarkan di hotel bertaraf lima bintang, restoran fine dining, kapal persiaran, atau kumpulan hospitaliti antarabangsa.Berbeza dengan tanggapan umum, Chef de Cuisine bukan sekadar memasak.Peranan ini merangkumi pengurusan keseluruhan dapur, pembangunan menu strategik, kawalan kos, pengurusan pasukan dan memastikan standard kualiti yang konsisten.Kerjaya ini sesuai untuk profesional kulinari yang mempunyai pengalaman luas dan kemahiran kepimpinan yang kuat.2. Pengarah KewanganAnggaran Pendapatan: RM18,000 - RM23,000Contoh Pekerjaan: Chief Financial Officer (CFO), Finance Director, Head of Finance, Senior Finance Manager.Kualifikasi: Ijazah sarjana muda atau sarjana dalam kewangan, perakaunan atau bidang berkaitan, pengalaman pengurusan kewangan kanan serta pengetahuan strategi perniagaan.Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, syarikat amat bergantung kepada kepakaran CFO untuk mengurus aliran tunai, risiko kewangan, pelaburan dan perancangan strategik jangka panjang.Jobstreet menyenaraikan peranan ini sebagai pekerjaan bergaji tinggi kerana tahap tanggungjawab yang besar serta kepakaran yang sukar diganti.Kerjaya ini biasanya memerlukan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang kewangan, perakaunan atau audit.3. Pengarah / Pengurus IT dan TeknologiAnggaran Pendapatan: RM14,000 - RM18,000Contoh Pekerjaan: Pengarah IT, Software Development Manager, Head of Technology, IT Project Manager, Cloud atau DevOps Manager.Kualifikasi: Diploma dan ijazah sarjana.Transformasi digital dan penggunaan teknologi seperti AI, automasi dan sistem data menjadikan peranan IT semakin kritikal. Jawatan seperti Pengarah IT, Software Development Manager dan Head of Technology tersenarai dalam kategori gaji tinggi Jobstreet kerana kekurangan bakat berpengalaman di pasaran.Syarikat sanggup membayar gaji tinggi untuk profesional yang mampu memastikan sistem digital mereka stabil, selamat dan menyokong pertumbuhan perniagaan.Permintaan terhadap peranan ini dijangka terus meningkat selari dengan perkembangan teknologi.4. Pakar Perubatan dan Doktor EstetikAnggaran Pendapatan: RM12,000 - RM20,000Contoh Pekerjaan: Doktor Pakar, Doktor Estetik, Pakar Perubatan Swasta, Pakar Gigi, Pakar Kesihatan Khusus.Kualifikasi: Ijazah perubatan yang diiktiraf, latihan profesional dan pensijilan berkaitan, serta pengalaman klinikal mengikut kepakaran masing-masing.Sektor penjagaan kesihatan kekal relevan dan berdaya tahan!Selain doktor pakar di hospital swasta, bidang perubatan estetik dan rawatan khusus juga menunjukkan potensi pendapatan yang tinggi.Jobstreet meletakkan peranan perubatan sebagai antara kerjaya dengan gaji kompetitif kerana tempoh latihan yang panjang, tahap kepakaran tinggi dan tanggungjawab besar terhadap pesakit.5. Ejen / Perunding HartanahSiapa sangka, ejen hartanah kekal tersenarai sebagai kerjaya atau pekerjaan gaji tinggi di Malaysia!Anggaran Pendapatan: RM10,000 - tanpa hadContoh Pekerjaan: Ejen Hartanah, Perunding Hartanah, Property Negotiator, Real Estate Consultant.Kualifikasi: Tidak memerlukan ijazah khusus, namun pendapatan bergantung sepenuhnya kepada prestasi jualan. Ejen yang aktif, berpengalaman dan mahir pemasaran digital berpotensi menjana pendapatan yang tinggi.Berbeza dengan pekerjaan bergaji tetap, ejen hartanah tersenarai dalam kategori gaji tinggi Jobstreet kerana struktur pendapatan berasaskan komisen. Ini bermakna potensi pendapatan adalah tidak terhad.Pada tahun 2026, ejen hartanah yang menguasai pemasaran digital, data pasaran dan rangkaian antarabangsa mempunyai kelebihan besar untuk menjana pendapatan yang jauh lebih tinggi daripada purata.Kerjaya ini tidak memerlukan ijazah khusus, tetapi menuntut disiplin, kemahiran komunikasi dan kefahaman pasaran yang kuat!Trend Kerjaya Bergaji Tinggi Menjelang 2026Beberapa corak jelas dapat dilihat daripada data Jobstreet dan trend pasaran kerja:Jawatan pengurusan dan kepimpinan dibayar lebih tinggiKemahiran teknologi dan digital semakin kritikalKerjaya berasaskan prestasi dan komisen semakin diminatiPengalaman dan kemahiran sebenar lebih penting daripada kelayakan semata-mataIni menunjukkan bahawa kerjaya bergaji tinggi bukan hanya tentang industri, tetapi tentang nilai yang dibawa oleh seseorang profesional.KesimpulanKesimpulannya, pekerjaan bergaji tinggi di Malaysia pada tahun 2026 merangkumi pelbagai sektor, daripada hospitaliti dan kewangan, hinggalah teknologi, perubatan dan hartanah. Berdasarkan data terkini Jobstreet, kerjaya yang menawarkan pendapatan terbaik ialah kerjaya yang memerlukan kepakaran tinggi, tanggungjawab besar atau keupayaan menjana hasil secara langsung.Bagi individu yang ingin meningkatkan taraf hidup dan membina masa depan kewangan yang lebih kukuh, memahami trend kerjaya ini adalah langkah pertama yang sangat penting.Soalan Lazim (FAQ)1. Adakah pekerjaan bergaji tinggi sentiasa menjamin kestabilan kewangan? Tidak semestinya. Gaji tinggi membantu, tetapi kestabilan kewangan lebih bergantung kepada cara seseorang mengurus pendapatan, simpanan dan gaya hidup. Tanpa perancangan kewangan, gaji besar juga boleh cepat habis.2. Lebih baik pilih gaji tinggi atau fleksibiliti kerja? Ia bergantung kepada keutamaan dan fasa hidup. Ada yang fokus gaji tinggi untuk bina simpanan, ada yang lebih menghargai masa dan fleksibiliti. Kerjaya tertentu membolehkan kedua-duanya dicapai jika diurus dengan baik.3. Berapa lama biasanya diperlukan untuk capai tahap gaji tinggi? Kebiasaannya mengambil masa beberapa tahun untuk membina pengalaman dan kemahiran. Namun, kerjaya berasaskan prestasi seperti jualan atau hartanah boleh mencapai pendapatan tinggi lebih awal, bergantung kepada usaha individu.4. Adakah kerjaya bergaji tinggi lebih berisiko untuk burnout? Ya, kerana tekanan dan tanggungjawab biasanya lebih besar. Sebab itu penting memilih kerjaya yang sepadan dengan personaliti dan gaya hidup supaya pendapatan tinggi tidak mengorbankan kesihatan diri.5. Bagaimana trend AI dan automasi mempengaruhi kerjaya bergaji tinggi? AI mengubah cara kerja, bukan sekadar menggantikan pekerjaan. Kerjaya yang melibatkan pemikiran strategik, kepimpinan dan kemahiran manusia masih relevan dan cenderung mengekalkan pendapatan tinggi.6. Apakah kesilapan paling biasa apabila mengejar pekerjaan bergaji tinggi? Kesilapan utama ialah terlalu fokus pada angka gaji tanpa melihat kesesuaian diri dan jangka panjang. Kerjaya yang sesuai biasanya lebih mampan dan memberi pendapatan yang konsisten.Kerjaya sebagai ejen hartanah bukan sahaja menawarkan pendapatan lumayan, malah tidak memerlukan kelayakan pendidikan tinggi untuk bermula! Jadi, tunggu apa lagi? Sertai kami sekarang dan mulakan langkah menuju kejayaan![custom_blog_recruit_form]Baca Selanjutnya:10 Pilihan UPU Tertinggi Buat Lepasan SPMLangkah Menjadi Ejen Hartanah di IQI Malaysia: Panduan Dari A-Z!Bagaimana Cara untuk Menjadi Ejen Hartanah Berdaftar di Malaysia 2025

Continue Reading

Pengecualian Duti Setem Rumah Hingga 2027: Panduan untuk Pembeli Rumah Pertama Pengecualian Duti Setem Rumah Hingga 2027: Panduan untuk Pembeli Rumah Pertama

Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, peluang untuk membeli rumah pada harga mampu milik menjadi semakin mencabar. Sebab itu ramai rakyat Malaysia menyambut baik keputusan kerajaan melanjutkan pengecualian duti setem untuk rumah pertama sehingga 31 Disember 2027.Tetapi apa sebenarnya maksud lanjutan ini, siapa yang paling untung, dan bagaimana pembeli boleh gunakan peluang ini sebaik mungkin?Artikel ini menghuraikan semua yang pembeli rumah perlu tahu.Panduan Lengkap Pengecualian Duti Setem Rumah:1. Apa Itu Pengecualian Duti Setem untuk Pembeli Rumah?2. Pengecualian Duti Setem Dilanjutkan Hingga 2027: Apa yang Berubah?3. Kenapa Lanjutan Ini Peluang Baik untuk Pembeli Rumah?4. Bagaimana Pengecualian Duti Setem Membantu Golongan Muda?5. 5 Perkara Penting Sebelum Membeli Rumah Bawah RM500,0006. Adakah Rumah Bawah RM500,000 Masih Berbaloi?7. Contoh Pengiraan: Berapa Banyak Duti Setem Boleh Dijimatkan?8. Siapa yang Paling Untung dengan Pengecualian Ini?9. 5 Kesilapan Lazim Pembeli Rumah Pertama yang Perlu Dielakkan10. Kesan Pengecualian Duti Setem terhadap Rumah Mampu MilikSoalan Lazim (FAQ)1. Apa Itu Pengecualian Duti Setem untuk Pembeli Rumah?Duti setem ialah cukai yang dikenakan oleh kerajaan ketika seseorang membeli hartanah.Nilainya bukan kecil dan boleh mencecah ribuan ringgit bergantung kepada harga rumah. Untuk rumah pertama bawah RM500,000, pembeli biasanya perlu membayar:Duti setem Memorandum of Transfer (MOT)Duti setem perjanjian pinjamanKos ini boleh jadi antara RM5,000 hingga RM10,000, bergantung kepada nilai rumah.Dengan pengecualian penuh, pembeli tidak perlu lagi membayar dua komponen besar ini. Ia mengurangkan halangan paling berat dalam proses pembelian rumah.2. Pengecualian Duti Setem Dilanjutkan Hingga 2027: Apa yang Berubah?Kerajaan mengekalkan struktur asal pengecualian duti setem untuk pembeli rumah pertama, tetapi melanjutkan tempoh kelayakannya sehingga 31 Disember 2027. Ini bermaksud pembeli mempunyai dua tahun tambahan untuk menikmati penjimatan penuh duti setem bagi rumah bernilai sehingga RM500,000.a) Apa yang kekal sama:AspekKeteranganSiapa yang layakWarganegara Malaysia membeli rumah pertamaHad harga rumahRM500,000 dan ke bawahApa yang dikecualikan100% duti setem MOT dan perjanjian pinjamanSyaratSPA dan pinjaman mesti dalam tempoh kelayakanb) Apa yang berubah:PerkaraSebelumSekarangTempoh pengecualianBerakhir 31 Disember 2025Dilanjutkan hingga 31 Disember 2027Bagi ramai pembeli muda, tambahan dua tahun ini menjadikan proses membeli rumah lebih realistik dan mampu dicapai.3. Kenapa Lanjutan Ini Peluang Baik untuk Pembeli Rumah?Lanjutan pengecualian duti setem sehingga 2027 sebenarnya membuka pintu yang lebih besar kepada pembeli rumah pertama. Dalam pasaran yang harga rumahnya terus meningkat setiap tahun, apa saja penjimatan pada kos awal memberi kesan besar kepada kemampuan membeli.Pengecualian ini memberi dua kelebihan utama:Pertama, pembeli dapat menjimatkan ribuan ringgit yang biasanya perlu dibayar sebagai duti setem. Wang ini boleh digunakan untuk deposit, renovasi ringan atau simpanan kecemasan selepas membeli rumah. Kedua, lanjutan sehingga 2027 memberi ruang masa yang lebih panjang untuk pembeli merancang, membina rekod kewangan yang lebih kukuh, dan memilih projek yang benar benar sesuai tanpa rasa terkejar masa.Dari sudut pasaran pula, insentif ini mengekalkan permintaan dalam segmen rumah mampu milik. Ini mendorong lebih banyak projek baharu dilancarkan dalam lingkungan RM500,000, memberi pilihan lebih luas dan berkualiti kepada pembeli.4. Bagaimana Pengecualian Duti Setem Membantu Golongan Muda?Golongan muda hari ini berdepan realiti kewangan yang mencabar. Gaji naik perlahan tetapi kos sewa, makanan dan pengangkutan meningkat lebih cepat. Dalam keadaan ini, kos awal membeli rumah sering menjadi penghalang utama. Pengecualian duti setem membantu mengurangkan tekanan itu secara langsung.Case Study Ringkas: Farah, 27 tahun (bukan situasi sebenar)Farah bekerja di Petaling Jaya dengan gaji RM3,800 sebulan. Setiap bulan, hampir separuh pendapatannya habis untuk sewa bilik, bil dan pengangkutan. Walaupun dia mampu menyimpan RM400 sebulan, kos duti setem sekitar RM7,000 untuk rumah RM450,000 membuatkan dia menangguhkan impian membeli rumah.Dengan pengecualian duti setem hingga 2027:Farah tidak perlu lagi menyediakan wang tunai tambahan untuk duti setemSimpanan yang ada boleh digunakan sebagai deposit atau kecemasanRisiko kewangan selepas membeli rumah lebih rendahPermohonan pinjaman lebih stabil kerana dia masih mempunyai baki simpananPengecualian ini bukan sekadar penjimatan, tetapi memberi ruang bernafas untuk mereka merancang pembelian rumah dengan lebih yakin dan selamat.5. 5 Perkara Penting Sebelum Membeli Rumah Bawah RM500,000Walaupun rumah bawah RM500,000 dianggap lebih mampu milik, pembeli tetap perlu membuat penilaian yang teliti sebelum membuat keputusan. Berikut ialah perkara penting yang perlu dinilai sebelum memilih rumah pertama.1. Lokasi dan akses pengangkutanRumah mampu milik di lokasi yang betul akan menyimpan nilainya lebih lama. Kawasan yang mempunyai akses MRT, LRT, lebuh raya dan kemudahan harian sentiasa menjadi pilihan pembeli dan penyewa. Rumah sebegini bukan sahaja lebih mudah dijual semula, tetapi juga sesuai untuk disewakan jika anda merancang strategi jangka panjang.2. Kelayakan pinjaman dan komitmen bulananJangan hanya tanya “boleh beli atau tidak”, tetapi tanya “selesa atau tidak untuk dibayar setiap bulan”. Pastikan ansuran bulanan sesuai dengan gaji dan tidak melebihi tahap komitmen yang sihat. Lakukan semakan DSR lebih awal supaya anda tahu jenis rumah yang benar benar berada dalam kemampuan anda.3. Projek baharu atau subsaleProjek baharu biasanya datang dengan pakej menarik, kos permulaan yang lebih rendah dan keadaan unit yang serba baharu. Namun, ia mempunyai risiko seperti tarikh siap yang tertunda.Subsale pula memberi gambaran sebenar tentang keadaan rumah dan persekitaran. Cuma ia memerlukan lebih banyak tunai untuk deposit dan renovasi.Pilih mengikut situasi kewangan dan tahap kesanggupan anda.4. Kos tambahan selain harga rumahRamai pembeli hanya fokus pada harga rumah tetapi lupa kos sampingan seperti yuran guaman, yuran penilaian bank, penyelenggaraan strata, sinking fund dan renovasi asas.Pastikan bajet anda merangkumi semua ini supaya tidak terkejut selepas membeli.5. Reputasi pemaju atau keadaan fizikal rumahJika membeli projek baharu, semak rekod pemaju dari segi kualiti binaan, keteraturan penyerahan rumah dan sokongan selepas jualan. Jika membeli rumah subsale, periksa keadaan sebenar unit untuk mengelakkan masalah kebocoran, retakan atau kos baik pulih yang tinggi.6. Adakah Rumah Bawah RM500,000 Masih Berbaloi?Ya, segmen bawah RM500,000 masih menjadi pilihan paling kukuh dalam pasaran hartanah Malaysia. Ini kerana permintaan daripada pembeli rumah pertama kekal tinggi, dan pemaju masih aktif melancarkan projek dalam julat harga ini. Data pasaran 2025 juga menunjukkan harga rumah di Malaysia stabil dalam julat sekitar RM480,000 ke RM490,000, menjadikan rumah bawah RM500,000 berada dalam kategori yang mampu milik dan berdaya tahan.Untuk gambaran yang lebih jelas, berikut ialah data terkini daripada laporan NAPIC dan pasaran 2025:Data Pasaran Hartanah Malaysia (NAPIC 2025)Indikator PasaranData Terkini (2025)SumberPelancaran baharu segmen RM300k–RM500k≈35.2% daripada keseluruhan unit baharuNAPIC Q3 2025 (PropertyGenie)Purata harga rumah MalaysiaRM486,070 – RM494,384NAPIC Q1–Q3 2025 (PropertyGenie)Arah aliran nilai hartanahStabil, sedikit meningkatNAPIC 2025Permintaan rumah mampu milikKekal tinggi, terutamanya di Selangor & JohorIQI Market Insight Q1 2025Segmen ini bukan sahaja stabil, malah dianggap lebih “selamat” berbanding rumah berharga tinggi kerana ia disokong oleh permintaan semula jadi yang berterusan.Kedudukan Segmen Rumah Bawah RM500,000 Dalam Pasaran 2025Faktor PasaranPrestasi Segmen RM500k ke BawahNotaPermintaan pembeliSangat tinggiSegmen paling dicari oleh pembeli pertama dan keluarga mudaRisiko pasaranRendah – stabilHarga lebih tahan terhadap ketidaktentuan ekonomiFokus pemajuKekal tinggiPelancaran baharu banyak tertumpu pada RM300k–RM500kKebarangkalian kenaikan nilaiSederhana ke tinggiLebih berpotensi jika dekat pengangkutan awam dan pusat pekerjaanAkses pembiayaanLebih mudahHarga lebih rendah memudahkan kelulusan pinjamanSecara ringkas, rumah bawah RM500,000 kekal sebagai pilihan paling praktikal untuk pembeli baharu. Harga dalam segmen ini masih selaras dengan kemampuan majoriti rakyat, mempunyai risiko pasaran yang lebih rendah, dan disokong oleh data pelancaran projek baharu yang kukuh.7. Contoh Pengiraan: Berapa Banyak Duti Setem Boleh Dijimatkan?Ramai pembeli rumah pertama tidak sedar bahawa duti setem sebenarnya menyumbang kepada sebahagian besar kos permulaan. Dengan pengecualian penuh sehingga 2027, penjimatan ini boleh meringankan beban kewangan secara ketara.Untuk memberi gambaran lebih jelas, berikut ialah contoh pengiraan bagi rumah berharga RM450,000, iaitu harga yang lazim dalam segmen mampu milik di kawasan bandar.(i) Senario 1: Jika pembeli perlu bayar duti setem (tanpa pengecualian)1. Duti Setem MOT (Memorandum of Transfer)Formula kadar bertingkat:1% untuk RM100,000 pertama = RM1,0002% untuk RM100,001 hingga RM500,000 (baki RM350,000)= RM7,000Jumlah MOT = RM8,0002. Duti Setem Pinjaman (Berdasarkan pinjaman 90%)Harga rumah: RM450,000Jumlah pinjaman: 90% = RM405,0000.5% x RM405,000 = RM2,025Jumlah kos duti setem tanpa pengecualian: RM8,000 + RM2,025 = RM10,025Ini menunjukkan bahawa pembeli biasanya perlu menyediakan sekitar RM10,000 hanya untuk duti setem sahaja.(ii) Senario 2: Dengan pengecualian duti setem hingga 2027Menggunakan senario pembelian yang sama iaitu:Harga rumah: RM450,000Pinjaman: 90% (RM405,000)Kos yang sepatutnya dibayar tetapi dikecualikan:Duti setem MOT: RM8,000 → dikecualikan sepenuhnyaDuti setem pinjaman: RM2,025 → dikecualikan sepenuhnyaJumlah kos yang dijimatkan oleh pembeli: RM10,025Ini bermaksud pembeli tidak perlu menyediakan wang tunai tambahan untuk duti setem, walaupun struktur pembelian dan pinjaman adalah sama seperti Senario 1.Apa maksudnya untuk pembeli?Penjimatan RM10,000 bukan angka kecil bagi pembeli pertama. Duit ini boleh digunakan untuk:Deposit tambahan bagi kurangkan jumlah pinjamanRenovasi asas seperti cat, lampu, kipas, kabinetDana kecemasan selepas pindah rumahFurnishing asas seperti tilam, sofa, peti aisBagi ramai anak muda, penjimatan ini membezakan antara mampu beli rumah… atau perlu tangguh beberapa tahun lagi.8. Siapa yang Paling Untung dengan Pengecualian Ini?Lanjutan pengecualian duti setem hingga 2027 paling memberi kesan kepada pembeli yang selama ini hampir mampu membeli rumah, tetapi tersekat di peringkat kos permulaan.1. Golongan muda yang baru bekerja Mereka biasanya sudah mampu bayar ansuran bulanan, tetapi belum cukup simpanan tunai. Pengecualian ini menurunkan halangan pertama untuk memiliki rumah sendiri.2. Pasangan yang baru berkahwinBagi pasangan baru berkahwin, penjimatan ribuan ringgit pada peringkat awal membantu mereka mengurus banyak komitmen serentak tanpa terlalu menekan kewangan.3. Penyewa di bandar yang terkesan dengan kenaikan sewaPenyewa di kawasan bandar pula mendapat peluang untuk keluar daripada kitaran sewa yang semakin mahal, apabila kos awal membeli rumah menjadi lebih rendah dan realistik.Ringkasnya, lanjutan ini paling menguntungkan mereka yang mahu membeli rumah pertama dengan perancangan yang lebih selamat dan stabil.9. 5 Kesilapan Lazim Pembeli Rumah Pertama yang Perlu DielakkanWalaupun pengecualian duti setem memberi kelebihan besar, ia tidak bermakna semua keputusan pembelian akan automatik menjadi betul. Masih ada beberapa kesilapan lazim yang sering dilakukan oleh pembeli rumah pertama:1. Terlalu fokus pada harga, bukan lokasi: Rumah murah tetapi jauh dari tempat kerja dan pengangkutan awam boleh meningkatkan kos harian dan menjejaskan nilai jangka panjang.2. Mengambil pinjaman maksimum tanpa kira kemampuan sebenar: Lulus pinjaman tidak bermaksud selesa. Ansuran tinggi boleh menekan kewangan apabila kos sara hidup meningkat.3. Mengabaikan kos sampingan pembelian: Yuran guaman, caj penilaian, penyelenggaraan dan renovasi asas sering terlepas pandang dalam bajet awal.4. Terpengaruh dengan promosi tanpa menilai keperluan sendiri: Rebat dan hadiah menarik tidak semestinya bermaksud rumah itu sesuai untuk gaya hidup atau perancangan jangka panjang.5. Tidak membuat perbandingan pemaju atau projek: Setiap pemaju mempunyai rekod berbeza. Tidak membuat semakan awal boleh membawa kepada risiko kualiti atau kelewatan penyerahan rumah.Kesilapan ini tidak jarang berlaku, terutamanya dalam kalangan pembeli pertama yang teruja memanfaatkan insentif sedia ada. Sebab itu, pengecualian duti setem perlu dilihat sebagai peluang untuk membuat keputusan yang lebih bijak, bukan alasan untuk terburu buru.10. Kesan Pengecualian Duti Setem terhadap Rumah Mampu MilikLanjutan hingga 2027 memberi isyarat jelas kepada pemaju bahawa permintaan untuk rumah mampu milik kekal kuat. Kesannya:Lebih banyak projek berharga bawah RM500,000 akan dibangunkanPemaju akan fokus kepada lokasi strategik dengan akses pengangkutanSaingan dalam segmen mampu milik meningkat, memberi lebih pilihan kepada pembeliPembangunan kediaman berdekatan pusat pekerjaan dan pengangkutan awam akan dipercepatkanIni secara tidak langsung membantu pembeli mendapatkan rumah yang lebih berkualiti pada harga yang lebih stabil.KesimpulanLanjutan pengecualian duti setem sehingga 2027 memberi ruang lebih luas kepada pembeli rumah pertama untuk merancang pembelian dengan lebih tenang dan realistik. Dalam keadaan kos sara hidup yang mencabar, insentif ini membantu mengurangkan halangan awal dan menjadikan pemilikan rumah lebih mudah dicapai.Bagi pembeli yang bersedia dan membuat keputusan dengan bijak, tempoh lanjutan ini adalah peluang yang wajar dimanfaatkan sebelum ia berakhir!Soalan Lazim (FAQ)1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengecualian duti setem untuk pembeli rumah pertama? Pengecualian duti setem ialah insentif kerajaan yang membolehkan pembeli rumah pertama tidak perlu membayar duti setem bagi dokumen pindah milik (MOT) dan perjanjian pinjaman, tertakluk kepada syarat tertentu. Ia bertujuan mengurangkan kos awal membeli rumah.2. Siapakah yang layak memohon pengecualian duti setem ini? Secara asasnya, ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang membeli rumah pertama dengan harga dalam had yang ditetapkan. Kelayakan akhir biasanya disahkan melalui dokumen guaman semasa proses pembelian.3. Berapa banyak pembeli rumah boleh jimat dengan pengecualian duti setem? Jumlah penjimatan bergantung kepada harga rumah dan jumlah pinjaman. Sebagai contoh, bagi rumah berharga sekitar RM450,000 dengan pinjaman 90 peratus, pembeli boleh menjimatkan kira kira RM10,000 daripada bayaran duti setem MOT dan perjanjian pinjaman.4. Adakah pengecualian duti setem ini terpakai untuk rumah subsale? Ya, pengecualian ini boleh terpakai untuk rumah subsale selagi pembeli memenuhi syarat sebagai pembeli rumah pertama dan harga rumah berada dalam had kelayakan.5. Adakah pembeli masih perlu membayar kos lain walaupun duti setem dikecualikan? Ya. Walaupun duti setem dikecualikan, pembeli masih perlu menyediakan bajet untuk yuran guaman, caj bank, penyelenggaraan dan kos renovasi asas.6. Adakah pengecualian duti setem ini boleh digabungkan dengan insentif perumahan lain? Dalam kebanyakan kes, ya. Pengecualian duti setem boleh digunakan bersama insentif lain seperti skim pembeli rumah pertama atau promosi pemaju, tertakluk kepada syarat masing masing.Manfaatkan pengecualian duti setem sebelum 2027! Berbincang dengan pakar hartanah IQI hari ini untuk merancang pembelian rumah pertama anda dengan lebih yakin.[custom_blog_form]Baca Selanjutnya:Senarai Pelepasan Cukai 2024 Untuk e-Filing 20256 Cukai Hartanah di Malaysia untuk Pembeli RumahCukai Pendapatan Sewa: Tips dan Panduan buat Pemilik Hartanah

Continue Reading

Langkah Menjadi Ejen Hartanah di IQI Malaysia: Panduan Dari A-Z! Langkah Menjadi Ejen Hartanah di IQI Malaysia: Panduan Dari A-Z!

Dikemaskini pada: [current_date]Versi: EN, CNTertarik dengan faedah dan insentif yang disediakan oleh IQI untuk ejen hartanah? Bayangkan menikmati percutian bertaraf lima bintang, bonus rumah dan kereta, jam tangan Rolex…Tahniah, anda telah membuat keputusan yang tepat kerana ini bukanlah sekadar khayalan jika anda memilih untuk berkarier sebagai ejen hartanah di IQI!Jangan risau, kerana prosesnya tidaklah rumit! Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk menjadi ejen hartanah di IQI Global.Langkah Mudah Untuk Menjadi Ejen Hartanah!Bagaimana Nak Mendaftar Sebagai Ejen Hartanah?Kaedah 1: Laman Web/Blog IQIKaedah 2: Pautan Rujukan dari Ejen Hartanah IQIKaedah 3: Iklan Media Sosial IQIApa Yang Perlu Saya Lakukan Selepas Mengisi Borang?Bagaimana Untuk Menjadi Ejen Hartanah IQI Secara Rasmi ?Langkah 1: Bayar Yuran PendaftaranLangkah 2: Menyertai Kursus Latihan Rekrut Baharu (New REN Training)Langkah 3: Ambil PeperiksaanLangkah 4: Menghadiri Kursus NCC Selama 2 HariLangkah 5: Dapatkan Sijil dan REN tagLangkah 6: Terima Lesen Ejen Hartanah AndaLangkah 7: Menjadi Ejen Hartanah IQISoalan Lazim (FAQ)Bagaimana Nak Mendaftar Sebagai Ejen Hartanah?Untuk menjadi Ejen Hartanah, anda perlu mendaftar sebagai Perunding Hartanah (REN) dengan agensi hartanah yang berdaftar.Berita baiknya, anda akan mendaftar dengan agensi berdaftar yang mempunyai lebih dari 50,000 profesional hartanah di seluruh dunia!Terdapat tiga cara untuk mendaftar sebagai REN dengan IQI, anda boleh memilih salah satu dari yang berikut:1. Laman Web/Blog IQI2. Pautan Rujukan Ejen IQI3. Iklan Media Sosial IQIMari kita lihat satu persatu..Kaedah 1: Laman Web/Blog IQIUntuk kaedah pertama yang mudah adalah dengan menggunakan laman web IQI. Klik "Jadi Ejen Hartanah" di bahagian atas dan anda akan dibawa ke halaman yang baharu.Selepas itu tekan butang "Register Now" dan isi dokumen yang disediakan seperti gambar di bawah.Anda juga boleh memohon melalui artikel di blog IQI!Sebagai agensi hartanah, IQI sering menerbitkan artikel berkaitan tentang kerjaya, hartanah, berita semasa, gaya hidup dan banyak lagi. Di bahagian bawah setiap artikel, terdapat borang permohonan dan bagi yang berminat anda hanya perlu mengisi dan menghantar borang tersebut!Kaedah 2: Pautan Rujukan dari Ejen Hartanah IQIAnda mempunyai kenalan yang secara kebetulan merupakan ejen hartanah di IQI? Di sinilah di mana anda boleh menggunakan kaedah kedua untuk menyertai IQI!Jika anda mempunyai kawan, ahli keluarga, atau sesiapa saja yang merupakan ejen hartanah dari IQI, anda boleh menghubungi mereka secara langsung.Mereka akan menyediakan pautan rujukan (referral link) dan anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang diberikan untuk melengkapkan proses pendaftaran.Kaedah 3: Iklan Media Sosial IQIPernah tak iklan dari IQI muncul di media sosial anda seperti Instagram, Facebook ataupun Tiktok?Ada? Ha kalau ada jangan abaikan, dari situ juga anda boleh mendaftar sebagai ejen hartanah di IQI!Iaitu dengan klik butang "sign up" di bahagian bawah belah kanan, isi dokumen yang disediakan dan hantar!Borang beserta detail penuh telah diisi, apa yang saya perlu buat seterusnya?Apa Yang Perlu Saya Lakukan Selepas Mengisi Borang?Setelah selesai, anda hanya perlu tunggu sehingga pasukan pengambilan IQI menghubungi anda untuk pengesahan dan mengaturkan temu duga.Setelah selesai temu duga, anda akan dibimbing untuk melaksanakan langkah-langkah yang diperlukan untuk menjadi REN bersama IQI. View this post on Instagram A post shared by Life At IQI by IQI Global (@lifeatiqi_)Bagaimana Untuk Menjadi Ejen Hartanah IQI Secara Rasmi?Anda dah lepas sesi temuduga? Tahniah, anda sudah semakin hampir untuk menyertai IQI!Bagaimanapun, untuk menjadi IQI REN secara rasmi, terdapat beberapa langkah lagi yang harus diikuti:Langkah 1: Bayar Yuran PendaftaranWalaupun kerjaya ejen hartanah ini serupa dengan perniagaan tanpa modal, tapi masih ada yuran pendaftaran yang perlu dibayar.Untuk jumlah yuran pula, anda boleh bertanya kepada ketua pasukan yang menemuduga anda ketika itu.Jika anda menyertai melalui pautan rujukan ejen hartanah IQI, anda perlu mendaftar menggunakan pautan tersebut serta membayar yuran pendaftaran.Yuran pendaftaran pula dalam anggaran RM250, jadi pastikan anda menyediakannya.Langkah 2: Menyertai Kursus Latihan Rekrut Baharu (New REN Training)Selepas anda menyelesaikan pembayaran, langkah seterusnya ialah menyertai kursus latihan rekrut baharu selama 4 hari (Latihan REN Baharu).Kursus ini diadakan sebulan sekali dan merangkumi topik seperti proses dan kemahiran jualan, skil pemasaran, undang-undang serta pengetahuan profesional lain yang dapat membantu anda dalam bidang hartanah.Buat masa sekarang, sesi latihan ini diadakan melalui persidangan video Zoom secara percuma!Langkah 3: Ambil PeperiksaanDalam tempoh 24 jam selepas kursus latihan rekrut baharu tamat, anda akan mengambil peperiksaan yang berkaitan secara dalam talian. Hanya dengan menyertai dan lulus dalam ujian tersebut (minimum skor lulus ialah 15 mata) anda boleh menjadi ejen hartanah IQI secara rasmi.Langkah 4: Menghadiri Kursus NCC Selama 2 Hari Selepas lulus latihan rekrut baharu, anda juga diminta untuk memohon kursus NCC selama 2 hari daripada IQI atau Institut Ejen Harta Tanah Malaysia (MIEA).Kursus NCC ini memerlukan yuran sebanyak RM636, jadi anda harus mengambil kira kos itu juga.Selepas melengkapkan 2 hari kursus ini, anda akan menerima diploma dan dokumen berkaitan akan diberikan kepada IQI untuk tujuan permohonan lesen agensi hartanah (REN Tag).Berapakah Jumlah Total Yuran Untuk Menjadi REN?Mari kita ringkaskan jumlah yuran yang perlu anda bayar untuk kemudahan perancangan:RM250 yuran pendaftaran + RM636 kursus NCC = RM886*Jumlah kos ini hanyalah anggaran, kami tidak dapat menjamin ketepatannya kerana ianya boleh berubah dari semasa ke semasa.Langkah 5: Dapatkan Sijil dan REN tagSelepas melengkapkan 2 hari kursus ini, anda akan menerima sijil yang berkaitan.Kemudian anda boleh serahkan dokumen yang diperlukan kepada IQI untuk memohon teg REN ungu (sebelum ini berwarna merah pada 2022).Langkah 6: Terima Lesen Ejen Hartanah AndaPenting untuk diingatkan bahawa hanya ejen hartanah berlesen sahaja yang dibenarkan untuk menjual hartanah. Setelah dokumen anda diluluskan, anda akan menjadi ejen hartanah berlesen secara rasmi dan anda telah bersedia untuk memulakan perjalanan bidang hartanah anda!Langkah 7: Menjadi Ejen Hartanah IQITahniah!Anda telah lulus peperiksaan dan kursus pensijilan dan kini secara rasmi menjadi REN di IQI!Kini, anda boleh menikmati semua faedah IQI, seperti insentif yang luar biasa, akses ke aplikasi super ATLAS dan peluang untuk menjual projek global yang tersedia melalui rangkaian IQI!https://youtu.be/qCIZ9u0qyxk?si=bjVP1iTnF5m_FXkZSoalan Lazim (FAQ)Berapakah harga yuran pendaftaran untuk menjadi REN di IQI? Terdapat yuran pendaftaran untuk mejadi ejen hartanah di IQI Global, dianggarkan dalam RM250 tetapi anda boleh bertanya kepada ketua pasukan untuk memeriksa harga yang terkini.Apakah yang saya akan terima selepas mendaftar sebagai ejen baharu di IQI? Anda akan memperolehi beberapa barangan seperti, baju kemeja T, lanyard & buku dari IQI bukan itu sahaja, anda juga dapat akses kepada platform IQI iaitu Atlas Super App.Boleh ke saya jual rumah tanpa lesen? Sebagai ejen hartanah yang professional anda tidak boleh membuat sebarang transaksi tanpa lesen termasuklah jual beli atau sewa. Ia adalah satu kesalahan dan boleh disaman.Adakah saya perlu ada pengalaman jualan sebelum menyertai IQI? Tidak semestinya. Ramai ejen berjaya di IQI datang daripada latar belakang berbeza seperti pelajar, suri rumah, kerani dan pekerja bidang lain.Saya seorang yang pemalu, bolehkah saya menjadi seorang ejen hartanah? Ramai ejen bermula dengan personaliti pemalu tetapi berkembang melalui latihan komunikasi dan sokongan kumpulan. IQI menyediakan kelas, skrip komunikasi, dan panduan langkah demi langkah supaya anda tidak rasa hilang arah.Cara-cara dan langkah-langkah juga telah tersedia, sekarang keputusan di tangan anda. Tunggu apa lagi, sertai IQI sekarang dan mulakan kejayaan karier bersama IQI![custom_blog_recruit_form]Baca Selanjutnya:Kembangkan Sayap Anda sebagai Perunding Hartanah dengan Bimbingan IQI!Kerja Dari Rumah & Gaji Besar? Kerjaya Hartanah Jawapannya!Pekerjaan Apakah Yang Boleh Saya Lakukan Dengan Hanya Sijil SPM?

Continue Reading

Pelaburan Menguntungkan di Malaysia! – No. 5 Paling Popular Pelaburan Menguntungkan di Malaysia! – No. 5 Paling Popular

Version: EN, CNHai, bakal pelabur! Adakah anda berasa tertekan dengan pilihan pelaburan yang tidak berkesudahan dan tak pasti nak mula dari mana?Anda tidak keseorangan. Ramai rakyat Malaysia menghadapi cabaran yang sama, terutama generasi muda untuk mencari pelaburan yang seimbang antara risiko dan ganjaran.“Untung ke kalau aku melabur kat sini”? “Tak rugi ke”? Itu adalah antara persoalan yang sentiasa timbul setiap kali ingin membuat pelaburan terbaik untuk sesuatu perkara.Jangan risau, kami akan kongsikan 5 jenis pelaburan menguntungkan di Malaysia yang boleh membantu anda mencapai matlamat kewangan anda!Jenis Pelaburan di Malaysia1. Pelaburan Simpanan Tetap ( Fixed Deposit )2. Pelaburan Saham & Bursa Malaysia3. KWSP4. Pelaburan Emas5. Pelaburan HartanahUcapkan selamat tinggal kepada kekeliruan dan hello kepada pelaburan yang bijak!1. Pelaburan Simpanan Tetap (Fixed Deposit)Selamat datang ke dunia Pelaburan Simpanan Tetap! Mari kita jelaskan dengan cara yang mudah difahami dan seronok dibaca.Apa Itu Simpanan Tetap? Simpanan Tetap (Fixed Deposit) adalah pelaburan di mana anda mendepositkan wang di bank untuk tempoh masa tertentu, seperti 1 tahun, dan mendapat faedah tetap. Contohnya, jika anda menyimpan RM10,000 dengan kadar faedah 2%, anda akan mendapat RM200 pada akhir tahun.Kebaikan dan kekurangan pelaburan simpanan tetap:AspekKebaikanKekurangan RisikoRisiko rendah kerana faedah dijamin oleh bank Pulangan tidak cukup tinggi untuk mengatasi inflasiPulanganPulangan tetap yang boleh dijangkaTidak ada potensi untuk pulangan yang lebih tinggiInsuransDilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000Tidak ada insurans untuk jumlah melebihi RM250,000KemudahanMudah untuk diurus dan difahami Tidak fleksibel kerana wang terkunci untuk tempoh tertentu2. Pelaburan Saham & Bursa MalaysiaPernah terfikir bagaimana anda boleh menjadi pemilik daripada sebahagian syarikat kegemaran anda? Dengan pelaburan saham, anda boleh!Bursa Malaysia ibarat pasar besar untuk jual beli saham di Malaysia. Sebagai pengawal selia utama pasaran modal Malaysia, Bursa memastikan pelabur dilindungi menerusi sekuriti fasilitinya.Semak sama ada syarikat kegemaran anda tersenarai dalam Bursa Malaysia.Beli saham, jadi pemilik kecil syarikat, dan nikmati keuntungan melalui dividen dan kenaikan nilai saham.Sudah tentu, setiap pengembaraan mempunyai risikonya. Pasaran saham boleh menjadi seperti rollercoaster ada naik, ada turunnya. Ini semua berdasarkan prestasi syarikat dan keadaan pasaran keseluruhan. Antara syarikat yang selalu menawarkan jual beli saham adalah seperti syarikat teknologi, bank dan telco yang stabil. Generasi muda lebih gemar melabur melalui cara ini kerana trendnya mudah dipantau melalui aplikasi dan boleh mula dengan modal yang sedikit.Contohnya, beli 100 saham pada harga RM10 setiap satu. Jika harga naik ke RM15, anda dapat keuntungan RM500! Untung kan!Kelebihan dan kekurangan pelaburan saham:KelebihanKekuranganPulangan lebih tinggi berbanding pelaburan lainHarga saham boleh turun naik dengan ketara, menyebabkan kerugian besarSaham mudah dibeli dan dijualPulangan bergantung kepada prestasi syarikat dan keadaan pasaranBanyak syarikat membayar dividen kepada pemegang saham, memberikan pendapatan pasifMemerlukan pengetahuan tentang pasaran saham dan analisis syarikatBagi Bumiputera pula, Amanah Saham Bumiputera (ASB) ialah pelaburan yang stabil dengan risiko rendah, menawarkan pulangan konsisten setiap tahun serta fleksibel untuk dikeluarkan bila-bila masa.Anak muda juga boleh pertimbangkan ASB Financing supaya dividen berganda dan simpanan lebih berkembang laju.3. KWSPKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah salah satu platform pelaburan menguntungkan di Malaysia dan yang paling popular. Tujuannya untuk bantu pekerja menyimpan wang untuk persaraan.Ahli KWSP boleh pindahkan sebahagian simpanan mereka untuk dilabur dalam pelbagai instrumen kewangan melalui Skim Pelaburan Ahli (SPA).Kelebihan Pelaburan KWSP:1. Pulangan Stabil: Dividen sekitar 6-8% setahun 2. Pengurusan Profesional: Dana diuruskan oleh pakar kewangan yang berpengalaman3. Pengecualian Cukai: Caruman layak untuk pengecualian cukai pendapatan sehingga RM4,000 setahun.Kekurangan Pelaburan KWSP: 1. Kadar Dividen Berubah: Pulangan dividen boleh berubah mengikut keadaan ekonomi semasa2. Kelayakan Minimum: Tidak semua ahli layak untuk melabur melalui Skim Pelaburan Ahli (SPA)3. Pengeluaran Terhad: Hanya boleh dilakukan dalam jumlah tertentu dan tertakluk kepada syarat tertentu.4. Pelaburan Emas Pelaburan emas telah lama dianggap sebagai salah satu bentuk pelaburan menguntungkan di Malaysia yang paling selamat dan stabil. Emas bukan sahaja digunakan sebagai perhiasan, tetapi juga sebagai aset pelaburan yang boleh melindungi nilai kekayaan anda daripada inflasi dan ketidaktentuan ekonomi.Kelebihan dan kekurangan pelaburan emas:KelebihanKekuranganTidak terkesan dengan kadar inflasiHarga emas berubah-ubah, perlu memilih masa yang tepat untuk melaburMudah ditukar kepada wang tunaiTiada pendapatan pasif seperti dividen atau faedahMempunyai nilai yang stabil dan sering meningkatJangka masa lebih lama5. Pelaburan Hartanah Harga hartanah akan meningkat dari semasa ke semasa disebabkan oleh populasi yang semakin meningkat dan sumber tanah yang terhad. Inilah mengapa ia menjadi pelaburan yang popular di Malaysia.Ia melibatkan pembelian, pemilikan, pengurusan, penyewaan, dan penjualan hartanah untuk mendapatkan keuntungan.Tahukah anda, pemilik rumah di Malaysia menikmati lonjakan nilai hartanah yang meningkat dengan luar biasa dengan purata sekitar 40% atau lebih RM136,716 dalam tempoh 10 tahun hingga 2023.IQI GlobalJadi jika anda jual hartanah anda beberapa tahun kemudian, harga akan semakin meningkat dibanding dengan harga yang dibeli dan sudah tentu dapat tambahan dalam pendapat anda. Menarik bukan?Kelebihan dan kekurangan melabur dalam hartanah:Kelebihan KekuranganMenyewakan properti boleh meraih pendapatan pasif dan stabil.Cabaran mengurus penyewa. Seperti masalah pembayaran sewa dan penyelenggaraan.Nilai hartanah meningkat dari semasa ke semasa.Berkemungkinan susah untuk mencari penyewa.Melindungi nilai kekayaan anda daripada inflasi.Memerlukan modal besar untuk pembelian dan penyelenggaraan.Pelaburan di Malaysia menawarkan pelbagai peluang untuk mengembangkan kekayaan anda. Dari simpanan tetap yang selamat hingga pelaburan hartanah yang berpotensi tinggi, setiap jenis pelaburan mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri. Ingatlah, diversifikasi ialah kunci untuk mengurangkan risiko dan memastikan kestabilan kewangan. Jadi, jangan letakkan semua telur dalam satu bakul!Peringatan! Anda haruslah membuat kaji selidik terlebih dahulu mengenai semua jenis pelaburan yang ada supaya anda dapat membuat keputusan yang bijak.Jika anda ragu-ragu tentang maklumat hartanah yang anda terima, tanyakan kepada pakar untuk analisis dan cadangan. IQI adalah pilihan terbaik!Dengan lebih 15,000 agensi hartanah di seluruh dunia, IQI menyediakan khidmat nasihat hartanah yang menyeluruh. Isi borang di bawah dan pakar perunding IQI akan menghubungi anda segera.[hubspot portal="5699703" id="85ebae59-f425-419b-a59d-3531ad1df948" version="undefined" type="form"]Baca Selanjutnya:5 Cara Pelaburan Hartanah Yang Anda Perlu Tahu!Bank Manakah yang Mempunyai Kadar Faedah Simpanan Tetap Tertinggi? Malaysia kini di Tangga Teratas antara Negara di Asia untuk Pelaburan Hartanah dalam Kalangan Pembeli Asing

Continue Reading

Explore IQI Blog

Dapatkan maklumat terkini tentang projek baru

Langgan emel kami untuk mendapat maklumat terkini tentang berita hartanah, trend dan tarikh pelancaran projek

Juwai.com, Juwai.asia, IQI, and Juwai IQI are trademarks of Juwai IQI group. All rights are reserved.

© IQI Global 2025

Privasi anda sangat penting!

We use cookies to improve your browsing experience, serve personalized content, and analyze our traffic. By clicking Accept all Cookies, you agree to the storing of cookies on your device. For more details, see our Cookie Policy.

Got questions? 😊 I'm JIQI, happy to help!