Chat Icon

Chat with JIQI

Greetings! I am JIQI. 👋

How may I assist you today? 😊

Please choose one of the following options:

homeTitle

homeDescription

Saved Searches

Manage
Please to view your saved searches.

Terokai

Agency hartanah penyelesaian sehenti

Projek Baru

Senarai Hartanah Terkini

Beach Pearl 3 Hotel photo

Beach Pearl 3 Hotel

Diakopto Διακοπτό 250 03 Greece

1-2
1-1
47 - 98 m²

Bermula dari € 205,000

Listed on Zuluyekalo 4, 2025

Marousi - Athens photo

Marousi - Athens

Marousi Μαρούσι Greece

2-3
1-3
79 - 175 m²

Bermula dari € 310,000

Listed on Zuluyekalo 4, 2025

Athens - Pallini photo

Athens - Pallini

Pallini Παλλήνη Αττικής Greece

1-1
1-1
69 - 105 m²

Bermula dari € 260,000

Listed on Zuluyekalo 4, 2025

FAL 250 photo

FAL 250

Palaio Faliro, Greece

2-3
3-3
275 - 176 m²

Bermula dari € 800,000

Listed on Zuluyekalo 3, 2025

Garden Polis I photo

Garden Polis I

Ακαδημία Πλάτωνος Athens 104 42 Greece

1-1
1-1
41 - 60 m²

Bermula dari € 260,000

Listed on Nowanburukalo 15, 2024

Garden Riviera I photo

Garden Riviera I

Palaio Faliro Paleo Faliro, Greece

1-1
1-1
47 - 133 m²

Bermula dari € 320,000

Listed on Nowanburukalo 8, 2024

Piraeus photo

Piraeus

Patron 66-88, Pireas 185 46, Greece

1-2
2-2
45 - 64 m²

Bermula dari € 294,000

Listed on ɔkutɔburukalo 1, 2024

MESOGAIA Residence photo

MESOGAIA Residence

Kon/nou Gkliati 21-11, Markopoulo Mesogeas 190 03, Greece

1-2
1-2
35 - 83 m²

Bermula dari € 239,000

Listed on ɔkutɔburukalo 1, 2024

Stellar Residence photo

Stellar Residence

Athens 116 36, Greece

1-2
1-2
108 - 141 m²

Bermula dari € 470,400

Listed on Mɛkalo 23, 2024

Gerakas Complex photo

Gerakas Complex

Gerakas, Attiki, Greece

4,500 - 5,950 m²

Bermula dari € 265,800

Listed on Mɛkalo 23, 2024

EIRINIS Residence photo

EIRINIS Residence

Agia Paraskevi, Aegean, Greece

1-3
1-2
16,500 - 9,700 m²

Bermula dari € 458,000

Listed on Mɛkalo 20, 2024

Heaven Residence photo

Heaven Residence

Alimos, 17455, Greece

1-3
1-2
77 - 122 m²

Bermula dari € 492,800

Listed on Mɛkalo 20, 2024

Latar Belakang

Agensi Hartanah PropTech Berprestij

Video thumbnail

IQI melangkaui agensi hartanah biasa

Dengan lebih dari 30 buah negara dan 50,000+ perunding hartanah, kami mempunyai keunikkan yang boleh melangkaui agensi hartanah global yang lain, ini memberi ruang kepada ejen IQI untuk melebarkan sayap jualan mereka ke peringkat antarabangsa.

buah negara

Ejen

Perumahan

  • IQI Award 1
  • IQI Award 2
  • IQI Award 3
  • IQI Award 4
  • IQI Award 5
  • IQI Award 6
  • IQI Award 7
  • IQI Award 8
  • IQI Award 9
  • IQI Award 10
  • IQI Award 11
  • IQI Award 12
  • IQI Award 13
  • IQI Award 14
  • IQI Award 15
  • IQI Award 16
  • IQI Award 17
  • IQI Award 18
  • IQI Award 19
  • IQI Award 20
  • IQI Award 21
  • IQI Award 22
  • IQI Award 23
  • IQI Award 24
  • IQI Award 25
  • IQI Award 26
  • IQI Award 27
  • IQI Award 28
  • IQI Award 29
  • IQI Award 30
  • IQI Award 31
  • IQI Award 32
  • IQI Award 33
  • IQI Award 34
  • IQI Award 35
  • IQI Award 36
  • IQI Award 37
  • IQI Award 38
  • IQI Award 39
  • IQI Award 40
  • IQI Award 41
  • IQI Award 42
  • IQI Award 43
  • IQI Award 44
  • IQI Award 45
  • IQI Award 46
  • IQI Award 47
  • IQI Award 48
  • IQI Award 49
  • IQI Award 50
  • IQI Award 51
  • IQI Award 52
  • IQI Award 53
  • IQI Award 54
  • IQI Award 55
  • IQI Award 56
  • IQI Award 57
  • IQI Award 58
  • IQI Award 59
  • IQI Award 60
  • IQI Award 61
  • IQI Award 62
  • IQI Award 63
  • IQI Award 64
  • IQI Award 65
  • IQI Award 66
  • IQI Award 67
  • IQI Award 68
  • IQI Award 69
  • IQI Award 70
  • IQI Award 71
  • IQI Award 72
  • IQI Award 73
  • IQI Award 74
  • IQI Award 75
  • IQI Award 76
  • IQI Award 77
  • IQI Award 78
  • IQI Award 79
  • IQI Award 80
  • IQI Award 81
  • IQI Award 82
  • IQI Award 83
  • IQI Award 84
  • IQI Award 85
  • IQI Award 86
  • IQI Award 87
  • IQI Award 88
  • IQI Award 89
  • IQI Award 90
  • IQI Award 91
  • IQI Award 92
  • IQI Award 93
  • IQI Award 94
  • IQI Award 95
  • IQI Award 96
  • IQI Award 97
  • IQI Award 98
  • IQI Award 99

AI-Powered App for Agents on the Go

Introducing IQI Atlas SuperApp and IQPilot. Your proprietary AI duo built to manage leads, sales, earnings and every step of your real estate journey, anytime, anywhere.

app-mockup

Semua dalam satu

Menyatukan anda ke peringkat dunia

Labur dengan kami

Melabur dalam platform antarabangsa dengan jumlah 6 juta hartanah global di 111 negara

Labur dengan kami

Iklan Bersama Kami!

Hebahkan hartanah anda ke pasaran antarabangsa dengan lebih efisien dan peroleh pulangan yang lumayan dengan menggunakan data pembeli kami.

Advertise your property

Testimoni

Dengarkan dari ejen hartanah kami

  • Kelvin Liew

    Pembeli

    I'm incredibly grateful to Venus for her exceptional help in renting out my unit. Her dedication and expertise made the process smooth and efficient, securing tenants in less than a month. Looking forward to working with you again next year.

  • Jaya Prabu

    Pembeli

    Venus was fantastic in explaining all the details of the house that met our requirements. She patiently answered all my questions and addressed any potential risks associated with the property. Venus was incredibly accommodating with scheduling viewings, even arranging two viewings on the same day. I'm grateful to have worked with her on this successful purchase. Thank you so much.

  • Anonymous

    Pembeli

    I had a fantastic renting experience with ABBY as my agent. He provided professional service, presented ideal property options, and guided me through the rental process seamlessly. ABB's responsibility and prompt assistance made the experience delightful. I highly recommend him and extend my thanks for his outstanding service

  • Farah Liyana

    Pembeli

    Working with Joyce Tiong was exceptional. Her prompt responsiveness, valuable guidance, and proactive approach ensured a smooth rental experience. Joyce's outstanding service made my search for a property along Jalan Ampang hassle-free and enjoyable.

  • Anonymous

    Pembeli

    真的很感谢venus在一天之内就介绍屋子给我, 解决了我紧急租屋子的问题。接下来不到两个星期又帮我解决了买屋子的问题。感恩有你这个贵人, 以后有亲朋戚友要买卖房地产, 我一定会介绍给iqi venus wan.

  • 吴楠

    Pembeli

    尊敬的先生/女士: 你好! 我叫吴楠。10月份, 在贵司员工Sally Han (REN 08595) 和Andre Lim的帮助下, 我们租到了很满意的房子。他们俩很善良并且有耐心, 工作态度认真严谨, 热情积极地为我们提供服务和帮助, 让我们这些来自中国的留学生很感动。他们的实际行动体现了贵司员工的优良职业操守, 我们对此表示真挚的感谢! 祝 贵司客源滚滚 生意昌隆!

Pelajari

Tips dan panduan

5 Reformasi Hartanah Malaysia 2026: Menuju “Sifar Projek Terbengkalai” 5 Reformasi Hartanah Malaysia 2026: Menuju “Sifar Projek Terbengkalai”

Versi: EN, CN TL;DR: Reformasi Perumahan Madani 2026 menandakan perubahan besar dalam pasaran hartanah Malaysia. Dengan undang-undang baharu, sistem digital seperti e-SPA dan TEDUH serta pemantauan dana melalui Audit HDA, kerajaan menyasarkan sifar projek terbengkalai sebelum 2030. Pembeli kini boleh membuat keputusan berdasarkan data, bukan sekadar kepercayaan. Selepas bertahun-tahun dibelenggu oleh isu projek perumahan terbengkalai dan masalah ketelusan dalam industri hartanah. Kerajaan Malaysia kini melaksanakan Reformasi Perumahan Madani 2026 dengan matlamat berani: mencapai sifar projek perumahan terbengkalai menjelang 2030.  Ini bukan sekadar slogan, tetapi sebuah misi struktur melalui perundangan, sistem digital, sistem kawalan selia maklumat dan audit dana yang lebih ketat. Semuanya demi memberi perlindungan kepada pembeli rumah dan pelabur. Intipati Utama: Akta Pemajuan Hartanah baharu memperkukuh perlindungan pembeli dengan pengawasan lebih ketat terhadap pemaju serta liputan yang diperluas kepada unit komersial. Pelaksanaan e-SPA dan HIMS mendigitalkan proses jual beli serta kawal selia maklumat hartanah untuk memperkukuh integriti. Portal TEDUH dan Audit HDA memastikan rekod pemaju serta aliran dana pembeli dapat dipantau dengan konsisten. Sasaran sifar projek terbengkalai menjelang 2030 dipacu melalui konsep “Build-Then-Sell 10:90”. Inisiatif Belanjawan 2026 seperti pengecualian duti setem dan skim pembiayaan khas membantu memudahkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia. Perkara yang Anda Perlu Ambil Tahu dalam Reformasi Hartanah Malaysia 2026:1. Apakah 5 Reformasi Perumahan Madani 2026?Kesan kepada Pembeli & Pelabur2. Mengapa Malaysia Menyasarkan Sifar Projek Terbengkalai Sebelum 2030?3. Bagaimana Belanjawan 2026 Dapat Meringankan Urusan Pembelian Rumah Anda?4. Teknologi Data yang Meningkatkan Ketelusan Pasaran HartanahSoalan Lazim (FAQ) 1. Apakah 5 Reformasi Perumahan Madani 2026? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini memperkenalkan Reformasi Perumahan Madani 2026. Bukan sekadar perubahan kecil, tetapi satu lonjakan besar yang menjadikan pasaran hartanah lebih telus dan terjamin. Sumber: Facebook KPKT Malaysia 5 Reformasi yang sedang dilaksanakan: Akta Pemajuan Hartanah (Real Property Development Act)   Merupakan salah satu tonggak utama, yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Jun 2026. Akta baharu yang bakal menggantikan Akta Pemajuan Perumahan 1966. Apa perbezaannya? Perlindungan lebih meluas: Buat pertama kali, perlindungan diperluas kepada pembeli hartanah komersial seperti SoHo dan unit pejabat, bukan hanya pembeli rumah kediaman. Pemantauan lebih ketat: Pemaju dikehendaki mematuhi garis panduan yang lebih jelas berkaitan kutipan bayaran, kualiti pembinaan, dan pematuhan kontrak. Kuasa penyiasatan diperluas: Pihak berkuasa diberi kuasa lebih besar untuk menyiasat dan mengesan masalah dalam projek lebih awal. Perjanjian Jual Beli Elektronik (e-SPA)   Tiada lagi timbunan kertas. Semua proses tandatangan kini dilakukan secara digital – lebih selamat, mudah dijejak, dan bebas manipulasi. Lihat cara menandatangani e-SPA. Sistem Pengurusan Maklumat Hartanah (HIMS)   Sistem digital yang membolehkan kerajaan memantau projek perumahan dari awal hingga siap secara masa nyata. Pangkalan Data Perumahan Nasional (TEDUH)   Portal awam untuk menyemak rekod pemaju, status projek dan sejarah kelewatan sebelum anda membuat bayaran pendahuluan. Bank turut merujuk TEDUH sebelum meluluskan pinjaman. Audit Akaun Pemaju (HDA Audits)   Memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk menyemak dan membekukan akaun pemaju jika dana pembeli disalahgunakan. Kesan kepada Pembeli & Pelabur Bayangkan situasi lama, pembeli hanya bergantung pada harapan, tanpa maklumat jelas tentang pemaju atau status projek.  Bermula 2026, melalui sistem digital seperti TEDUH dan HIMS, pembeli boleh membuat keputusan berdasarkan data sebenar. Jika berlaku salah guna dana, HDA Audits boleh bertindak segera untuk melindungi wang anda. Dengan perubahan daripada sistem lama kepada sistem digital, pembeli dan pelabur amat disarankan untuk mendapatkan khidmat rakan strategik yang memahami teknologi dan pasaran sekaligus. IQI Global, sebagai peneraju PropTech yang menggabungkan pengalaman hartanah dan teknologi canggih, dapat membantu anda berurusan dengan lebih yakin. 2. Mengapa Malaysia Menyasarkan Sifar Projek Terbengkalai Sebelum 2030? Salah satu tujuan terbesar reformasi ini adalah untuk menghapuskan projek perumahan yang tergendala atau terbengkalai sepenuhnya menjelang tahun 2030.  Masalah ini telah menyebabkan ramai pembeli terkandas dalam hutang tanpa mendapat rumah mereka. Malah turut menjejaskan keyakinan pelabur luar untuk melabur dalam pasaran tempatan. Oleh sebab itu, kerajaan memperkenalkan konsep “Build-Then-Sell 10:90” kepada pemaju. Pembeli hanya membayar 10% sebagai deposit manakala baki 90% dibayar apabila projek sudah siap, memberi perlindungan risiko kepada pembeli. Pendekatan ini memberi lebih keyakinan kepada pembeli bahawa rumah yang dibayar tidak akan menjadi mimpi ngeri bertahun-tahun. Situasi ini sebenarnya tidak merugikan mana-mana pihak. Pemaju yang mengaplikasikan konsep ini juga akan memperoleh insentif khas mengikut Rancangan Malaysia yang ke-13. Sumber: Facebook YB Tuan Nga Kor Ming Sehingga penghujung tahun 2025,pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) bersama KPKT telah berjaya memulihkan lebih daripada 1,200 projek. Namun begitu, langkah pencegahan semestinya jauh lebih baik daripada merawat masalah yang telah terjadi. 3. Bagaimana Belanjawan 2026 Dapat Meringankan Urusan Pembelian Rumah Anda? Reformasi ini juga dipadankan dengan inisiatif kewangan dalam Belanjawan 2026 untuk menjadikan pemilikan rumah lebih mampu milik. Antara inisiatif kerajaan yang boleh anda manfaatkan: Pengecualian duti setem penuh bagi pembeli rumah pertama hingga harga RM500,000 (diperluaskan sehingga Disember 2027). Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) diperluas kepada RM20 bilion, membantu golongan yang bekerja sendiri dan pekerja gig seperti pemandu Grab dan freelancer mendapatkan pinjaman. Skim Pembiayaan Perumahan Belia dilanjutkan, menyediakan pembiayaan sehingga RM1 juta untuk penjawat awam muda. Akan tetapi, duti setem untuk pembelian hartanah oleh bukan warganegara dirancang akan dinaikkan kepada sekitar 8%. Dari sisi positif, langkah ini untuk memastikan pasaran hartanah kekal stabil dan memberi keutamaan kepada pembeli tempatan. 4. Teknologi Data yang Meningkatkan Ketelusan Pasaran Hartanah Sumber: Facebook KPKT Malaysia Sebelum ini, pembeli sering bergantung kepada maklumat lisan atau pengalaman terdahulu untuk menilai reputasi pemaju. Dengan sistem baru seperti TEDUH dan HIMS, semuanya kini direkod secara digital dan boleh disemak secara terbuka. Mari kita lihat perbandingan cara terdahulu dengan sistem baharu. AspekCara LamaSistem 2026KontrakDokumen secara fizikal (risiko hilang dan sukar dicari).e-SPA - Dokumen secara digital yang lebih mudah dan selamat.Wang pembeliSukar jejak aliran keluar masuk wang.Audit HDA - Pemantauan aliran dan penggunaan dana oleh pihak berkuasa.Status projekTidak jelas dan tidak konsisten.Semakan status boleh dibuat di portal TEDUH.Skop perlindunganTerhad kepada rumah kediaman.Meliputi unit komersial juga. Perubahan kepada sistem digital bukan sahaja memudahkan dan mempercepat urusan malah juga meningkatkan kepercayaan pembeli melalui rekod data sebenar serta mengurangkan risiko kerugian. Kesimpulan Tahun 2026 menandakan titik perubahan besar dalam pasaran hartanah Malaysia. Satu transformasi yang membentuk pasaran berskala moden dan merangkumi semua jenis hartanah. Dengan sistem digital, undang-undang baharu dan insentif kewangan, pembeli kini lebih yakin dan terlindung.  Reformasi Madani ini bukan sahaja menjanjikan rumah siap dibina, tetapi juga pasaran yang lebih telus, selamat, dan mampan untuk seluruh rakyat Malaysia. Soalan Lazim (FAQ) 1. Apakah matlamat utama Reformasi Perumahan Madani 2026? Matlamat utamanya adalah untuk mewujudkan pasaran perumahan yang lebih telus, cekap dan diyakini, dengan sasaran khusus untuk mencapai “sifar projek terbengkalai” menjelang tahun 2030. 2. Adakah pelabur asing juga mendapat manfaat daripada reformasi ini? Ya, tetapi perlu diambil perhatian bahawa duti setem terhadap pelabur asing dinaikkan sehingga 8% sebagai langkah mengutamakan pemilikan tempatan dan mengekalkan kestabilan pasaran. 3. Adakah selamat beli hartanah yang masih “dalam pembinaan” sekarang? Ya, lebih selamat dengan wujudnya audit dan pemantauan HDA yang ketat. 4. Apa yang perlu saya semak di portal TEDUH? Semak latar belakang pemaju, sejarah projek lama yang terbengkalai, dan kemajuan semasa projek perumahan yang diminati. 5. Macam mana e-SPA lebih meyakinkan saya daripada cara lama? Perjanjian ditandatangani secara elektronik melalui HIMS dan disahkan dengan iDsaya. Proses ini selamat, standardised (seragam), traceable (mudah dijejak), dan tamper‑proof (tidak boleh diubah tanpa kesan). Langkah bijak bermula dengan mendapatkan nasihat hartanah yang tepat. Hubungi ejen berlesen IQI untuk membantu anda dalam urusan jual beli hartanah. [custom_blog_form] Baca Selanjutnya: Apa Risiko Jika Rumah Anda Terlibat Dalam Projek Terbengkalai? OPR Kekal 2.75% Apa Maksudnya Untuk Pembeli dan Pelabur (2026)? Cara Menandatangani eSPA Melalui Aplikasi Mudah Alih iDsaya

Continue Reading

Jangan Beli Rumah Dalam Pembinaan Sebelum Faham 5 Risiko Ini! Jangan Beli Rumah Dalam Pembinaan Sebelum Faham 5 Risiko Ini!

Versi: EN Membeli rumah dalam pembinaan atau projek “off-plan” sering dilihat sebagai peluang bijak. Harga lebih rendah, pilihan unit masih banyak, dan potensi kenaikan nilai selepas siap memang menarik. Tetapi realitinya, tidak semua pembeli benar-benar faham risiko di sebaliknya. Di Malaysia, projek perumahan mengambil masa antara 2 hingga 4 tahun untuk siap. Dalam tempoh itu, banyak perkara boleh berubah: pasaran, kadar faedah, kos sara hidup, malah keadaan kewangan anda sendiri. Jadi sebelum anda tandatangan SPA, ini kesilapan besar yang wajib anda elakkan sebelum terlambat! Faktor Penting Sebelum Tandatangan SPA:1. Apa Maksud Rumah Dalam Pembinaan?2. Kenapa Ramai Tertarik Dengan Projek Dalam Pembinaan?3. Kelebihan Melabur dalam Hartanah Dalam Pembinaan4. Kekurangan Melabur dalam Hartanah Dalam Pembinaan5. 5 Risiko Yang Sering Dipandang RinganKesimpulanSoalan Lazim (FAQ) 1. Apa Maksud Rumah Dalam Pembinaan? Rumah dalam pembinaan ialah hartanah yang dibeli ketika projek masih belum siap dan belum boleh didiami. Dalam industri hartanah, ia dikenali sebagai pembelian off-plan, di mana anda membuat komitmen kewangan berdasarkan pelan lantai, spesifikasi dan perancangan projek sebelum melihat hasil akhir sebenar. Di sinilah ramai pembeli teruja dengan istilah seperti “harga pelancaran” atau “unit terhad fasa pertama”, tetapi kurang memahami komitmen sebenar yang sedang dibuat. Di Malaysia, pembayaran dibuat secara progresif sepanjang tempoh pembinaan yang lazimnya mengambil masa dua hingga empat tahun. Dalam tempoh itu, pasaran dan kadar faedah boleh berubah. Sebab itu, rumah dalam pembinaan bukan sekadar peluang harga pelancaran. Ia adalah komitmen jangka panjang yang perlu difahami sepenuhnya sebelum anda membuat keputusan. 2. Kenapa Ramai Tertarik Dengan Projek Dalam Pembinaan? jika saya tidak beli sekarang, adakah harga akan naik? Perasaan takut terlepas peluang inilah yang menjadi pemangkin utama minat terhadap projek dalam pembinaan. Membeli lebih awal dilihat sebagai cara untuk “mengunci harga” sebelum pasaran bergerak. Antara faktor yang sering mendorong keputusan tersebut ialah: • Takut harga meningkat selepas siapRamai percaya bahawa apabila projek siap dan permintaan meningkat, harga akan disemak naik. Masuk awal dianggap strategi untuk mendapatkan margin kenaikan nilai. • Takut unit terbaik habis dahuluUnit aras tinggi, pemandangan terbuka atau susun atur paling praktikal biasanya menjadi rebutan pada fasa awal pelancaran. • Rasa lebih mampu milik pada peringkat awalHarga pelancaran dan promosi pembukaan membuatkan komitmen awal kelihatan lebih ringan berbanding membeli unit yang sudah siap. • Harapan pulangan apabila kawasan matangApabila pembangunan sekitar siap dan kemudahan beroperasi sepenuhnya, nilai hartanah dijangka meningkat seiring kematangan kawasan tersebut. Namun di sebalik semua tarikan ini, pembeli perlu sedar bahawa kelebihan “masuk awal” datang bersama komitmen jangka panjang dan risiko pasaran yang tidak boleh dikawal sepenuhnya. 3. Kelebihan Melabur dalam Hartanah Dalam Pembinaan 1. Harga Belian Lebih Rendah Oleh sebab rumah belum siap sepenuhnya, pemaju atau penjual biasanya menawarkan diskaun besar. Pembeli hanya perlu membayar yuran tempahan, sekitar RM1,000 hingga RM15,000, bergantung pada pasaran. Kos awal yang rendah ini memberikan peluang untuk pulangan pelaburan (ROI) yang lebih tinggi apabila rumah siap dan dijual atau disewakan. 2. Kebebasan Mengubahsuai Apabila membeli rumah dalam pembinaan, pembeli biasanya boleh memilih reka bentuk dan kemasan akhir. Ini termasuk bahan lantai, warna cat, lekapan dapur dan bilik mandi, malah mengubah susun atur mengikut keperluan! Ia peluang baik untuk pemilik rumah membentuk kediaman mengikut gaya mereka tanpa perlu membina dari awal, terutamanya jika struktur sedia ada hampir memenuhi impian mereka. 3. Pulangan Lebih Tinggi  Melabur dalam hartanah yang masih dalam pembinaan sering membawa pulangan lebih tinggi kerana tempoh antara pembelian dan penyiapan lebih panjang. Jika anda menjual selepas mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), nilai pelaburan anda berkemungkinan meningkat dengan ketara. 4. Kurang Persaingan  Rumah yang masih dalam pembinaan biasanya mempunyai persaingan lebih rendah berbanding rumah siap sepenuhnya kerana ramai pembeli bimbang tentang isu tersembunyi atau kelewatan. Permintaan yang rendah ini memberi peluang kepada pelabur untuk berunding dan mendapatkan tawaran yang lebih baik. 5. Peningkatan Nilai Pasaran Selepas Siap  Ini kelebihan besar bagi yang ingin menceburi perniagaan sewaan! Apabila rumah siap, nilai pasarannya boleh meningkat dengan ketara, terutamanya jika berada di kawasan yang sedang membangun. Anda juga boleh menaikkan nilainya dengan kemas kini dan mengubah mengikut kehendak pembeli semasa. Selalunya, peningkatan nilai ini melebihi pelaburan asal. 4. Kekurangan Melabur dalam Hartanah Dalam Pembinaan 1. Risiko pembatalan projek lebih tinggi   Ada kes di mana pemaju gagal menepati tarikh siap atau lebih teruk, meninggalkan projek sepenuhnya. Ini boleh berlaku akibat masalah kewangan, kenaikan kos bahan binaan, atau kadar faedah yang meningkat. Oleh itu, penting untuk menyelidik latar belakang pemaju secara teliti sebelum membuat pelaburan. (Jika anda sudah membayar faedah bulanan, anda pasti berharap pemaju tidak tiba-tiba hilang dengan wang anda). 2. Ketidaktentuan tarikh siap   Kelewatan boleh berlaku akibat jadual kontraktor, masalah pembiayaan, atau isu kebenaran. Ketidakpastian ini boleh menjejaskan perancangan kewangan dan meningkatkan kos seperti bayaran pinjaman, insurans, dan cukai harta. 3. Isu kualiti dan keselamatan  Tidak semua rumah dibina dengan tahap kualiti yang sama, dan mungkin ada masalah tersembunyi dalam pembinaan. Pembinaan yang buruk boleh menyebabkan harga pembaikan mahal dan risiko keselamatan, terutama jika ada jalan pintas dalam pembinaan asal. Periksa dan nilai hartanah sebelum membuat keputusan membeli, kerana masalah yang tidak kelihatan boleh membawa risiko besar di masa hadapan. 4. Risiko undang-undang dan pematuhan   Jika hartanah tiada permit sah atau melanggar undang-undang pengezonan, anda berisiko menghadapi pertikaian undang-undang, denda, atau pengubahsuaian paksa. Tambahan pula, isu dengan kontraktor juga boleh menyulitkan proses pemindahan pemilikan. Pastikan semua permit dan kelulusan lengkap sebelum melabur dalam rumah dalam pembinaan. 5. Risiko Pasaran dan Nilai Semula yang Tidak Pasti  Walaupun rumah baru berpotensi meningkat nilainya selepas siap, pasaran hartanah juga boleh berubah-ubah. Nilai hartanah mungkin tidak meningkat seperti yang dijangka, terutamanya jika pasaran jatuh atau lokasi rumah menjadi kurang menarik. Jika anda merancang untuk menjual selepas siap, ada risiko bahawa nilai jualan semula tidak akan menampung pelaburan yang dibuat. Selain itu, perubahan dalam pasaran semasa pembinaan—seperti perubahan keutamaan pembeli atau kenaikan kadar faedah boleh mempengaruhi harga jualan. 5. 5 Risiko Yang Sering Dipandang Ringan 1. Mengabaikan Pemeriksaan Salah satu kesilapan terbesar adalah tidak melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap rumah yang hampir siap. Menganggap semuanya dalam keadaan baik hanya kerana hartanah itu “hampir siap” boleh membawa kepada kejutan yang mahal. Sentiasa lantik pemeriksa profesional untuk menilai keadaan struktur dan sistem seperti elektrik, paip, dan penghawa dingin. 2. Meremehkan Kos Penyiapan Ramai yang sering meremehkan perbelanjaan untuk menyiapkan rumah, menyebabkan pengiraan kos keseluruhan menjadi tidak tepat. Untuk mengelakkan kesilapan ini, dapatkan sebut harga terperinci daripada kontraktor dan profesional yang boleh membantu menilai jumlah kos pembinaan. Tambahkan peruntukan untuk perbelanjaan tidak dijangka bagi memastikan anda bersedia dari segi kewangan. Pertimbangkan: Jumlah kos yang perlu ditanggung, deposit 10%, yuran guaman, rebat, pulangan tunai, dan pemeriksaan tambahan. Semua ini sering tersembunyi dalam harga jualan dan mungkin ditambah ke dalam pinjaman gadai janji anda. 3. Tidak Mengesahkan Status Undang-Undang dan Pematuhan Jangan anggap hartanah itu sah hanya kerana ia masih "dalam pembinaan". Sahkan semua permit dan syarat pengezonan telah dipenuhi, serta pastikan tiada isu undang-undang yang belum selesai daripada pemilik atau pemaju terdahulu. Langkah ini dapat mengelakkan pertikaian undang-undang yang mahal atau pengubahsuaian untuk mematuhi peraturan. 4. Mengabaikan Keadaan Pasaran Walaupun rumah separuh siap kelihatan seperti tawaran menarik, jangan abaikan keadaan pasaran secara keseluruhan. Dalam sesetengah pasaran, nilai hartanah mungkin tidak meningkat banyak selepas siap, atau kos menyiapkan rumah mungkin melebihi potensi keuntungan. Sentiasa lakukan analisis pasaran yang teliti sebelum membeli untuk memastikan pelaburan anda membawa pulangan positif. 5. Gagal Merancang Lebih Awal Jika pembinaan hartanah tertunda atau memakan masa lama, pastikan anda telah merancang kewangan anda dengan teliti. Jangka kos tambahan seperti bayaran pinjaman, insurans, dan cukai harta, serta pastikan anda mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan ini sepanjang tempoh pembinaan. Melabur dalam rumah dalam pembinaan boleh memberi peluang menarik, tetapi ia juga membawa risiko yang ketara. Kesimpulan Ketidakpastian mengenai garis masa penyiapan, kos tidak dijangka, isu kualiti, kesukaran pembiayaan, dan komplikasi undang-undang boleh memberi kesan negatif kepada pelaburan. Keadaan pasaran yang berubah-ubah juga boleh menjadikan pelaburan yang kelihatan menguntungkan menjadi cabaran yang berat. Seperti yang dicadangkan oleh Ejen IQI dari AG Group, Putera Amirul Haziq, pelabur hartanah perlu membuat penyelidikan terperinci danmenilai keadaan hartanah. Selain itu, mereka juga perlu mengenal pasti risiko untuk memastikan keputusan kewangan yang bijak. View this post on Instagram A post shared by IQI (@iqiglobal) Soalan Lazim (FAQ) 1. Bolehkah bank tolak pinjaman untuk rumah dalam pembinaan? Ya, bank masih boleh menolak permohonan pinjaman walaupun projek tersebut baru dilancarkan. Kelulusan bergantung kepada profil kewangan anda seperti skor kredit, komitmen hutang dan nisbah hutang kepada pendapatan, bukan semata-mata status projek.Sebab itu, mendapatkan pra-kelulusan pinjaman sebelum menempah unit adalah langkah lebih selamat bagi mengelakkan risiko tempahan terbatal atau kehilangan wang tempahan. 2. Apa berlaku jika pemaju gagal siapkan projek? Jika pemaju gagal atau projek terbengkalai, pembeli boleh berdepan proses tuntutan yang panjang dan kompleks. Walaupun terdapat perlindungan undang-undang di Malaysia, penyelesaian tidak semestinya cepat dan mungkin melibatkan prosedur perundangan.Inilah sebabnya semakan rekod dan reputasi pemaju sebelum membeli bukan sekadar langkah tambahan, tetapi keperluan asas. 3. Adakah rumah dalam pembinaan sesuai untuk pembeli rumah pertama? Ia bergantung kepada keadaan kewangan dan kesediaan pembeli. Rumah dalam pembinaan mungkin menawarkan harga awal yang lebih rendah, tetapi tempoh menunggu dan risiko pasaran boleh menjadi cabaran bagi pembeli pertama yang memerlukan kestabilan segera. 4. Perlukah saya melawat tapak projek sebelum membeli? Langkah yang bagus! Walaupun projek belum siap, melawat tapak boleh membantu anda menilai lokasi sebenar, akses jalan, persekitaran dan pembangunan sekitar. Visual di galeri jualan tidak semestinya mencerminkan keadaan sebenar kawasan tersebut. 5. Adakah semua projek dalam pembinaan memberi keuntungan selepas siap? Tidak. Keuntungan bergantung kepada permintaan pasaran, pertumbuhan kawasan dan keadaan ekonomi semasa. Membeli pada harga awal bukan jaminan pulangan jika lokasi tidak mempunyai asas permintaan yang kukuh. 6. Bagaimana cara menilai sama ada projek ini benar-benar berpotensi? Nilai projek berdasarkan beberapa faktor utama seperti rekod pemaju, kadar pembangunan kawasan sekitar, akses pengangkutan, kemudahan asas dan tahap permintaan sewaan. Analisis ini lebih penting daripada sekadar promosi harga pelancaran. Nak mula melabur dalam hartanah tapi tak pasti caranya? IQI sedia membantu, dari mencari hartanah ideal hingga memiliki rumah impian anda. Hubungi kami sekarang! [hubspot portal="5699703" id="85ebae59-f425-419b-a59d-3531ad1df948" version="undefined" type="form"] Baca Selanjutnya: Reka Bentuk Rumah 2025: Ini 7 Trend Paling Hangat di Malaysia! Pembeli Rumah Pertama? 10 Soalan Anda Telah Di Jawab! 5 Cara Pelaburan Hartanah Yang Anda Perlu Tahu!

Continue Reading

Adakah Harga Rumah Sungai Besi Akan Naik Kerana Bandar Malaysia? Adakah Harga Rumah Sungai Besi Akan Naik Kerana Bandar Malaysia?

Versi: EN TL;DR: Bandar Malaysia berpotensi menjadi koridor pertumbuhan baharu Kuala Lumpur berdasarkan skala pembangunan dan lokasi strategiknya. Namun impaknya terhadap harga hartanah sekitar Sungai Besi bergantung kepada konsistensi pelaksanaan dan akan berlaku secara berperingkat dalam jangka panjang. Kuala Lumpur tidak pernah statik. Setiap dekad, ada satu projek yang mengubah peta bandar ini. KL Sentral mengangkat Brickfields. TRX mengubah wajah Jalan Tun Razak. Kini perhatian mula beralih kepada satu lagi projek berskala besar di Sungai Besi, iaitu Bandar Malaysia. Projek ini sering dikaitkan dengan fasa pertumbuhan seterusnya Kuala Lumpur. Persoalannya, adakah ini benar benar bakal menjadi koridor pertumbuhan baharu Kuala Lumpur? Intipati Utama: Bandar Malaysia mempunyai skala hampir 486 ekar dan lokasi strategik, menjadikannya antara pembangunan bandar terbesar dalam KL yang berpotensi membentuk koridor selatan. Harga kondominium sekitar Sungai Besi kini berada sekitar RM559 psf hingga melebihi RM770 psf, menunjukkan kawasan ini bukan lagi zon harga rendah tetapi sudah memasuki kategori pertengahan. Potensi pertumbuhan nilai bergantung kepada konsistensi pelaksanaan dan integrasi infrastruktur, bukan sekadar pengumuman projek mega. Impak sebenar dijangka berlaku secara berperingkat dalam tempoh 5 hingga 10 tahun, selari dengan corak transformasi bandar sebelum ini seperti KL Sentral dan Tun Razak Exchange. Kerangka Penilaian Potensi Bandar Malaysia1. Apa Itu Bandar Malaysia?2. Kenapa Lokasi Bandar Malaysia Sangat Strategik?3. Apa Yang Dirancang Dalam Masterplan Bandar Malaysia?4. Bandar Malaysia vs Tun Razak Exchange: Apa Beza dan Apa Yang Boleh Kita Jangka?5. Adakah Harga Rumah Sekitar Bandar Malaysia Akan Naik?6. Risiko dan Cabaran Bandar MalaysiaKesimpulanSoalan Lazim (FAQ) 1. Apa Itu Bandar Malaysia? Sumber gambar diambil dari mymrt Bandar Malaysia ialah projek pembangunan semula berskala mega yang terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Tapak ini merupakan bekas pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia dan meliputi kawasan seluas kira kira 486 ekar. Dari sudut saiz tanah sahaja, ia sudah meletakkannya sebagai antara pembangunan bandar terbesar dalam pusat Kuala Lumpur dalam tempoh dua dekad terakhir. Anggaran nilai pembangunan kasar projek ini mencecah sekitar RM140 bilion dan dirancang untuk dibangunkan secara berfasa dalam jangka masa panjang. Apa yang membezakan Bandar Malaysia daripada projek hartanah biasa ialah skalanya. Ini bukan sekadar projek kondominium atau pusat beli belah.  Ia dirancang sebagai pembangunan bercampur yang merangkumi komponen komersial, kewangan, kediaman dan hab pengangkutan utama. Dalam erti kata lain, Bandar Malaysia direka sebagai satu ekosistem bandar yang lengkap, bukan pembangunan tunggal. 2. Kenapa Lokasi Bandar Malaysia Sangat Strategik? Sumber gambar diambil dari the malaysian reserve Dalam pembangunan hartanah, tiga perkara paling penting ialah... lokasi, lokasi dan lokasi. Dan dari sudut ini, Bandar Malaysia memang berada di titik yang sangat unik. Bandar Malaysia terletak di tengah koridor selatan Kuala Lumpur, di antara kawasan matang dan kawasan pertumbuhan baharu. Ia berada berhampiran: TRX Bukit Bintang KL Sentral Mid Valley Sri Petaling Ini bermaksud ia tidak bermula dari kosong. Ia dikelilingi kawasan komersial dan kediaman yang sudah mempunyai permintaan sedia ada. a) Integrasi Pengangkutan Yang Menjadi Kunci Sumber gambar diambil dari the malaysian reserve Salah satu kekuatan utama Bandar Malaysia ialah konsepnya sebagai hab pengangkutan utama. Dalam perancangan asal, ia menghubungkan pelbagai sistem rel termasuk MRT, KTM dan ERL, serta cadangan HSR yang pernah diumumkan sebelum ini. Walaupun projek HSR masih belum dilaksanakan, integrasi pengangkutan yang dirancang tetap menjadikan kawasan ini sangat relevan dari sudut mobiliti bandar. Dan dalam sejarah KL, kawasan yang mempunyai akses pengangkutan awam bersepadu biasanya menjadi pemangkin pertumbuhan nilai hartanah. KL Sentral ialah contoh paling jelas. b) Koridor Selatan KL Yang Sedang Berkembang Selama ini, pertumbuhan KL banyak tertumpu ke arah pusat bandar dan koridor timur seperti Jalan Tun Razak. Bandar Malaysia membuka potensi pengembangan yang lebih seimbang ke arah selatan. Apabila pembangunan berskala besar berlaku di kawasan seperti ini, limpahan biasanya akan dirasai oleh kawasan sekeliling seperti: Sungai Besi Salak Selatan Sri Petaling Kuchai Lama Inilah sebabnya lokasi Bandar Malaysia sering dianggap sebagai faktor paling kuat dalam keseluruhan projek ini. Kalau anda memandu melalui Sungai Besi hari ini, mungkin ia kelihatan biasa~ Tetapi dalam perancangan bandar, kawasan seperti ini biasanya berubah secara drastik apabila projek mega bermula. 3. Apa Yang Dirancang Dalam Masterplan Bandar Malaysia? Sumber gambar diambil dari utusan Untuk menjawab sama ada Bandar Malaysia benar benar berpotensi menjadi koridor pertumbuhan baharu, kita perlu faham apa sebenarnya yang dirancang dalam pelan induknya. Bandar Malaysia bukan projek satu fungsi. Ia dirancang sebagai pembangunan bercampur berskala bandar yang menggabungkan beberapa komponen utama dalam satu ekosistem. Antara komponen yang dirancang termasuk: Pejabat korporat dan pusat kewangan Kediaman bertingkat Ruang komersial dan runcit Hab pengangkutan bersepadu Taman awam dan ruang hijau Ini penting kerana projek yang mampu menggerakkan ekonomi bandar bukan sekadar projek kediaman.  Ia perlu mencipta pekerjaan, menarik syarikat, dan mewujudkan aliran harian manusia yang konsisten. a) Bukan Sekadar Bangunan, Tetapi Ekosistem Kita boleh bandingkan secara mudah. Jika sesuatu kawasan hanya membina kondominium, permintaan bergantung kepada pembeli rumah. Tetapi jika kawasan itu mempunyai: Pejabat Akses pengangkutan Komersial aktif Ruang awam Ia mencipta kitaran ekonomi yang lebih stabil. Inilah konsep yang cuba diterapkan dalam perancangan Bandar Malaysia. b) Skala Yang Memberi Ruang Pertumbuhan Jangka Panjang Dengan keluasan hampir 486 ekar, pembangunan boleh dilakukan secara berfasa. Ini memberi dua implikasi: Ia tidak memberi impak secara mendadak Tetapi ia memberi potensi pertumbuhan yang berpanjangan Sejarah menunjukkan kawasan yang berkembang secara berperingkat biasanya lebih mampan berbanding lonjakan spekulatif jangka pendek. 4. Bandar Malaysia vs Tun Razak Exchange: Apa Beza dan Apa Yang Boleh Kita Jangka? Apabila bercakap tentang pembangunan mega di Kuala Lumpur, nama TRX hampir pasti disebut terlebih dahulu. Ini kerana TRX sudah melalui fasa pembinaan, kemasukan penyewa korporat dan pengoperasian komersial. Ia kini berfungsi sebagai pusat kewangan antarabangsa yang aktif. Sebaliknya, Bandar Malaysia masih berada dalam fasa pembentukan dan pelaksanaan berperingkat. Tetapi perbezaannya bukan sekadar soal masa. i. Perbandingan Utama AspekTRXBandar MalaysiaKeluasan TanahSekitar 70 ekarSekitar 486 ekarFokus PembangunanPusat kewangan dan komersialPembangunan bercampur berskala bandarTahap KematanganSudah beroperasi aktifMasih dalam fasa pelaksanaanImpak Harga SekitarSudah berlaku secara berperingkatPotensi jangka panjangRisiko UtamaKitaran ekonomi dan permintaan pejabatKonsistensi pelaksanaan dan timelineJadual di atas menunjukkan bahawa perbezaan utama antara TRX dan Bandar Malaysia bukan sekadar dari sudut saiz, tetapi tahap kematangan. Ringkasnya, TRX ialah pembangunan yang sudah terbukti. Bandar Malaysia ialah pembangunan yang masih dalam proses pembuktian. 5. Adakah Harga Rumah Sekitar Bandar Malaysia Akan Naik? Soalan ini paling penting untuk pembeli dan pelabur. Kenaikan harga tidak berlaku secara automatik setiap kali projek mega diumumkan. Ia bergantung kepada tahap pelaksanaan dan kematangan kawasan. Untuk memahami kedudukan semasa Sungai Besi, kita perlu lihat dua perkara: a) Kedudukan Pasaran Kuala Lumpur Sebagai Rujukan Berdasarkan data rasmi transaksi kediaman Kuala Lumpur, julat median harga bandar ini secara umum berada sekitar kategori pertengahan, dengan variasi mengikut lokasi dan jenis hartanah. Ini memberi kita benchmark bahawa kawasan yang menghampiri atau melepasi julat pertengahan tersebut sudah memasuki fasa matang. b) Snapshot Listing IQI Sungai Besi (Awal 2026) Berdasarkan pemerhatian listing IQI pada awal 2026, berikut ialah julat harga beberapa projek sekitar Sungai Besi: ProjekSaiz (sqft)Julat HargaJulat PsfDamai Residence695 – 1051 sqftRM599k – RM714kRM559 – RM650 psfAricia Residences550 – 1420 sqftRM461k – RM1.137mDari RM779 psfArte Star527 – 840 sqftRM443k – RM630kRM709 – RM750 psfNota: Julat harga di atas adalah berdasarkan pemerhatian listing aktif IQI pada awal 2026 dan mungkin berubah mengikut saiz unit, tingkat, kondisi dan faktor pasaran semasa. Jika anda ingin mengetahui unit yang masih tersedia atau membandingkan pilihan berdasarkan bajet anda, pasukan ejen IQI boleh membantu memberikan senarai terkini di kawasan ini. Apa Maksud Data Ini? Beberapa perkara boleh diperhatikan: Sungai Besi kini berada dalam julat sekitar RM559 psf hingga melebihi RM770 psf untuk projek tertentu. Sudah ada projek yang menembusi paras RM700 psf. Julat harga keseluruhan antara RM443k hingga lebih RM1 juta menunjukkan pasaran yang semakin berlapis. Ini menunjukkan Sungai Besi bukan lagi zon harga rendah, tetapi sudah memasuki kategori pertengahan dan sebahagiannya pertengahan atas. Jadi, Akan Naik atau Tidak? Berdasarkan corak pembangunan seperti KL Sentral dan TRX, kenaikan nilai biasanya berlaku secara berperingkat: Fasa sentimen Fasa pembinaan Fasa operasi Sungai Besi kini sudah berada dalam kategori harga pertengahan. Jika pembangunan Bandar Malaysia berjalan konsisten dan berjaya menarik aktiviti ekonomi berskala besar, tekanan permintaan boleh menyokong julat psf yang lebih tinggi dalam jangka sederhana hingga panjang. Namun ini bukan cerita kenaikan mendadak dalam satu atau dua tahun. Ia lebih kepada naratif 5 hingga 10 tahun. 6. Risiko dan Cabaran Bandar Malaysia Potensi besar sentiasa datang bersama cabaran. Bagi Bandar Malaysia, faktor paling kritikal bukan pada pelan induk, tetapi pada konsistensi pelaksanaan. Projek berskala bandar memerlukan: Pembiayaan stabil Penyelarasan agensi Infrastruktur yang berjalan selari Jika mana mana komponen utama tertangguh, momentum boleh terjejas. Selain itu, komponen komersial dan pejabat juga bergantung kepada keadaan ekonomi dan permintaan sebenar pasaran. Sejarah menunjukkan transformasi bandar mengambil masa bertahun tahun. Bandar Malaysia berkemungkinan mengikuti trajektori yang sama. Ini bukan risiko untuk ditakuti, tetapi realiti yang perlu difahami oleh pembeli dan pelabur. Kesimpulan Bagi menjawab soalan sama ada Bandar Malaysia benar benar bakal menjadi koridor pertumbuhan baharu Kuala Lumpur, jawapannya ialah ya, ia mempunyai potensi tersebut. Namun potensi itu bergantung kepada konsistensi pelaksanaan dan masa, bukan sekadar skala atau pelan induk. Seperti transformasi bandar sebelum ini, impaknya berlaku secara berperingkat dan dalam jangka panjang. Dalam konteks itu, Bandar Malaysia bukan sekadar projek hartanah, tetapi sebahagian daripada naratif evolusi Kuala Lumpur yang wajar diperhatikan dengan rasional. Soalan Lazim (FAQ) 1. Adakah Bandar Malaysia benar benar akan menjadi koridor pertumbuhan baharu Kuala Lumpur? Ya, Bandar Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi koridor pertumbuhan baharu berdasarkan lokasi strategik dan konsep pembangunan bercampur. Namun impaknya bergantung kepada konsistensi pelaksanaan dan akan berlaku secara berperingkat dalam jangka panjang. 2. Adakah harga rumah sekitar Sungai Besi akan naik kerana Bandar Malaysia? Harga di sekitar Sungai Besi berpotensi meningkat jika pembangunan berjalan konsisten dan berjaya menarik aktiviti ekonomi berskala besar. Namun kenaikan biasanya berlaku secara berperingkat, bukan serta merta. 3. Bilakah Bandar Malaysia dijangka siap sepenuhnya? Menurut laporan sebelum ini, pembangunan semula Bandar Malaysia dijangka bermula sekitar penghujung 2026 dan akan dilaksanakan secara berfasa.Berdasarkan skala pembangunan yang dirancang, keseluruhan projek berpotensi mengambil masa beberapa dekad untuk matang sepenuhnya. 4. Adakah Bandar Malaysia sama seperti TRX? Tidak sepenuhnya. TRX lebih fokus kepada pusat kewangan dan sudah beroperasi aktif, manakala Bandar Malaysia dirancang sebagai pembangunan bercampur berskala lebih besar yang masih dalam fasa pelaksanaan. 5. Kawasan mana paling hampir dan berpotensi mendapat limpahan daripada Bandar Malaysia? Kawasan seperti Sungai Besi, Salak Selatan, Sri Petaling dan Kuchai Lama sering dikaitkan dengan potensi limpahan kerana kedudukan yang berhampiran serta akses kepada rangkaian pengangkutan utama. 6. Adakah sesuai membeli hartanah di sekitar Bandar Malaysia sekarang? Keputusan bergantung kepada strategi dan jangka masa pegangan anda. Pelaburan di kawasan yang sedang berkembang biasanya lebih sesuai untuk horizon jangka sederhana hingga panjang berbanding keuntungan cepat dalam tempoh singkat. Ingin tahu sama ada kawasan sekitar Bandar Malaysia sesuai dengan strategi anda?  Hubungi pasukan pakar hartanah di IQI untuk mendapatkan analisis pasaran dan nasihat profesional sebelum membuat sebarang keputusan. [custom_blog_form] Baca Selanjutnya: Pusat Data Pacu Peralihan Strategi Pemaju Hartanah Malaysia Analisis Pasaran Hartanah Lembah Klang: Data & Perkembangan OPR Kekal 2.75% Apa Maksudnya Untuk Pembeli dan Pelabur (2026)?

Continue Reading

Pusat Data Pacu Peralihan Strategi Pemaju Hartanah Malaysia Pusat Data Pacu Peralihan Strategi Pemaju Hartanah Malaysia

Ledakan global teknologi kecerdasan buatan telah mencetuskan lonjakan besar permintaan terhadap pusat data, sekali gus mengubah keutamaan pembangunan hartanah di Malaysia. Pelaburan oleh pemain teknologi utama menjadi pemangkin, dengan Microsoft dilaporkan melabur sekitar AS$80 bilion manakala OpenAI pula membelanjakan kira kira AS$500 bilion bagi pembangunan infrastruktur AI. Malaysia kini muncul sebagai antara pasaran pusat data paling pesat berkembang di Asia Tenggara. Kedudukan strategik, kos tanah dan elektrik yang kompetitif serta dasar pro pertumbuhan menjadikan negara ini pilihan utama, dengan lebih dua pertiga kapasiti pusat data yang sedang dibina di rantau ini tertumpu di Malaysia. Pelaburan berkualiti tinggi turut mengukuhkan kedudukan tersebut, termasuk pembukaan kemudahan penyelidikan seluas 209,000 kaki persegi oleh syarikat semikonduktor Amerika Syarikat, AMD, di Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu. a) Konteks global dan kedudukan Malaysia dalam ledakan pusat data Elemen utamaButiran ringkasPelaburan AI globalMicrosoft AS$80 bilion, OpenAI AS$500 bilionPemacu permintaanAI, cloud dan operasi hyperscaleKedudukan MalaysiaAntara pasaran pusat data terpantas di Asia TenggaraSkala serantauLebih dua pertiga kapasiti pusat data ASEAN dibina di MalaysiaContoh pelaburanKemudahan AMD 209,000 kaki persegi di Pulau Pinang Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, berkata pelaburan pusat data bernilai berbilion ringgit ini telah mengubah asas penilaian pembangunan hartanah, dengan akses elektrik dan air kini menjadi faktor penentu utama kelulusan projek. Tanah sahaja tidak lagi mencukupi. Projek yang telah diluluskan juga boleh tertangguh jika bekalan elektrik tidak mencukupi. Fenomena ini, yang dikenali sebagai ‘power pinch’, membuka peluang kepada pemaju dan pelabur yang bersedia lebih awal... Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI Menurut beliau, pusat data menggunakan tenaga dan air pada skala jauh lebih tinggi berbanding pembangunan hartanah konvensional, menyebabkan pemaju kini menilai keupayaan utiliti sebelum membeli tanah. Johor muncul sebagai tumpuan utama berikutan kekangan kapasiti di Singapura, dan perkembangan di negeri itu dijangka menjadi rujukan kepada negeri lain. b) Gambaran ringkas faktor penarik utama pusat data di Malaysia Faktor utamaKesan kepada hartanahPelaburan AI globalPermintaan pusat data meningkat mendadakKos elektrik kompetitifMenarik pengendali pusat data berskala besarPolisi pro pertumbuhanMempercepat keputusan pelaburanKedudukan strategikSokong operasi serantau dan global Dalam menghadapi perubahan struktur ini, Kashif menggariskan lima strategi utama untuk pemain industri hartanah: Mengawal tanah yang sudah mempunyai infrastruktur elektrik dan air Membina projek yang fleksibel untuk pelbagai jenis pengguna termasuk pusat data, ujian cip dan pembuatan canggih Menumpukan pembangunan pejabat berhampiran hab teknologi Melabur dalam perumahan berhampiran kluster pusat data dan infrastruktur Menggunakan jadual pembangunan infrastruktur sebagai panduan merancang masa pelaksanaan projek Menurut beliau, pengendali AI sanggup membayar premium lebih tinggi bagi tanah yang membolehkan pusat data beroperasi dengan lebih pantas, menjadikan reka bentuk projek yang fleksibel semakin penting. Bagi sektor pejabat, permintaan dijangka kekal kukuh di lokasi berhampiran hab teknologi seperti Bangsar South, pinggir KL Sentral, Damansara Heights dan Cyberjaya. Manakala bagi perumahan, peluang tertumpu di kawasan berhampiran pusat pekerjaan AI dan pusat data termasuk Johor, Cyberjaya dan Pulau Pinang. Juwai IQI melihat ledakan pusat data bernilai berbilion ringgit ini sebagai satu anjakan struktur jangka panjang, di mana infrastruktur utiliti kini menjadi asas utama nilai hartanah dan daya tarikan pelaburan di Malaysia. https://www.youtube.com/watch?v=n2PrdxdNwAs Juwai IQI telah dipaparkan dalam Newswav, Astro Awani & Dagang News. Ingin memahami bagaimana pelaburan AI global dan pusat data membentuk semula pasaran hartanah Malaysia? Dapatkan analisis dan pandangan strategik daripada pakar Juwai IQI! Untuk maklumat lebih

Continue Reading

Explore IQI Blog

Dapatkan maklumat terkini tentang projek baru

Langgan emel kami untuk mendapat maklumat terkini tentang berita hartanah, trend dan tarikh pelancaran projek

Juwai.com, Juwai.asia, IQI, and Juwai IQI are trademarks of Juwai IQI group. All rights are reserved.

© IQI Global 2026

Privasi anda sangat penting!

We use cookies to improve your browsing experience, serve personalized content, and analyze our traffic. By clicking Accept all Cookies, you agree to the storing of cookies on your device. For more details, see our Cookie Policy.

Got questions? 😊 I'm JIQI, happy to help!